Thursday, July 23, 2009

happy birtday Yusof Midad

Penat ni!-
senyum skit..
serius nya
ala manja?




Ini Yusof Miqdad. Lahir 20.07.2001. Doa dan ucapan selamat hari lahir yang ke 8, Semuga menjadi anak soleh. Nama timangan edat dan merupakan anak bongsu dari 8 beradik. Lahir dan tinggal di Skudai, JB.
Kenangan terindah mengenai cucunda ke 47 ni:
Edat menangis dan teresak-esak di hari pemergian wan( 11/6/2009)

Semasa wan di rawat di PMC, setiap pagi kita edat bersama-sama membaca yasin, mathurat untuk mendoakan kesihatan wan dan selepas wan meninggal, edat juga baca yasin sambil tunggu tepi wan bersama ayahanda dan sepupu yang lain. Kita sama-sama mencurahkan air mandi untuk almarhum wan tetapi tiada sapa menduga anak sekecil ini mempunyai satu perasaan kasih sayang yang tinggi untuk almarhum.. Sungguhpun jarak dan kekangan waktu yang membataskan edat bersama wan di kampung tetapi ikatan kasih itu adalah anugerah. Ingatlah bahawa cinta datangnya dari hati manusia, sedang hati pula adalah milik Allah swt. Kita tidak dapat mencintai seseorang melainkan jika ALlah kehendakki. Oleh itu sentiasa kita berdoa semoga Allah mengurniakan kita cinta kasih kepadaNya dan RasulNya, supaya kita akan terus mencintai dan dicintai orang-orang yang kita sayangi.

Ketika di masjid, semasa menanti keranda diangkat ke kubur, edat dan adik zaki sekali lagi tunggu tepi wan. Alangkah bertuahnya jika saya dapat membaca apakah katahati anak sesuci edat ini ketika itu. Kali ini edat memang teresak-esak dan menyebak dan memilukan sesiapa yang melihatnya. Antara yang terkasima adalah ibu along(kakak Lang Nah BtgKali) . Sayangnya edat pada wan...TETAPI ALLAH lebih sayang wan.... edat bukan menolak hukum alam tetapi sekadar melepaskan perasaan sayang, kasih, cinta kepada orang yang pernah membelainya.

Mungkin sikap ayah sendiri yang tegas tetapi mesra dengan anak cucunya hingga edat teramat pilu. Ayah amat pemurah, suka mendahulukan anak cucu dan suka menasihat. Kalau anak cucu bercerita ayah suka mendengar dan kongsi cerita. Ayah akan cium dan pegang kepala dan tepuk-tepuk bahu anak cucunya. Sekiranya mereka membuat sesuatu yang tak disukainya, ayah tak teragak-agak akan tegas dan ini menjadi peringatan untuk semua.

Kepada 52 orang cucu wan/tok yang mempunyai pengalaman tersendiri bersama almarhum wan inilah satu kenangan dalam kehidupan. Iya tak kan berulang lagi dan tak mungkin sama seperti wan lagi. Hargailah mereka yang ada, sayangi org yang kita sayang sebelum mereka meninggalkan kita....ambilah iktibar duhai anak-anakku...
Anak-anak saudara saya:
zul,suriani, nizam, mariani, iwan, farizan, ti, salleh, nurul, dik pai, fyza, hafiz, sara, kakak ajan, qden, abg long hamzah, abdullah, dik fahana, saiful,dik bas, anas, dik fa, asraf, fathiyah, naem, faizah(kak Ngah), handzalah, arif, long-aminatul, irfan, maryam, husaini, kakak dan adik kembaq-hazwani& sharwani, atiqah, zaid,imad, abg im/ib, shahmi, adam, syuhaida, aisya, shahira, zaki, huda, edat, shahir, dik arif, dik ain, dik nadhiah juga adik danial.
cucu-cucu saudara saya:
harith, hanis, hasyir,hifzan, aufa,nisa, allya, balqis, hareez, amirul, amira, izani,zulaika,zikry.hakim, wawa, fifi dan akan datang-ogos 2009(insya allah)


Nama Yusuf juga diabadikan sempena mengenangkan kembali anak saudara saya yang telah dijemput ilahi pada 23.06.2001 .Cucunda keluarga ke 17 ini meninggal di usia 13 tahun(26/4/1988) . Seindah nama Yusuf Firdaus anak saudara saya ini telah tertulis berkota di jannahtul firdaus sekarang. Berbahagialah abang Din dan ibu kerana ada anak-anak menanti di syurga. Seperti mana juga dua anak kembar ayah, abg Hussin dan abg Hasan yang menerima dan telah menyambut wan di alamnya kini. Berbahagiala ayah, abg hussin & hassan, yusuf, ishak( meninggal semasa dilahirkan) dan huda hayati (jg meninggal slps 30 hari brtarung dengan jaundis)) ....Doa dan ALFATIHAH buat meraka .

Nota Kaki: Terima kasih edat kerana memberi ilham untuk cu membuat catatan ini sempena nama dan kenangan termanis yang kita saksikan bersama. Semuga Edat berjaya membahagiakan family dan maruah agama dipertahankan seindah namamu.

Wednesday, July 22, 2009

Al fatihah Dr Marwa Sherbiny

Innalillah hi wainailai hirajiun. Semuga dicucuri rahmat atas rohnya dan ditempatkan di kalangan solehin dan berbahagialah almarhumah dalam islam dan iman menjadi pegangan. Semuga suaminya cepat sembuh dan lukanya menjadi saksi atas sebuah kekejaman manusia. amin


Ketika kuliyah dzuhur hari ini, saya terpana seketika. Betapa diri ini jauh dari perkembangan berita mutakhir. Kematian Dr Marwa sewajarnya mendapat tempat di kalangan ummat islam kerana ia melibatkan maruah agama kita. Namun hakikatnya berita yg ada di media kita, seolah-olah adalah satu tragedi yang tak memerlukan ulasan masyarakat. Ayuhla kita berkongsi cerita dan bertanya diri siapa sebenarnya terrorist...? Sejauh mana kita membela agama dan siapa kita disisi NYA kelak? Ya ALLAH tolongla kami, bantulah kami..Masukilah kami jannahMU dengan redzaMU.

Kita spatutnya lebih tersentak lagi marah dengan pembunuhan Dr Marwa el-Sherbini. Si pembunuh manusia celaka bernama Alex W, penganggur dan penyokong parti pro Nazi German, yang berasal dari Russia sebelum itu didapati bersalah mengucapkan kata-kata kurang sopan serta maki hamun kepada Dr Marwa di khalayak ramai pada bulan November yang lalu. Si celaka menjerit melolong kepada Marwa, melaungkan kata "terrorist" dan "Islamist whore" sewaktu berada di Dresden park. Ketika itu, Marwa meminta izin untuk meletakkan anaknya di buaian di taman berkenaan, tetapi si celaka tersebut tidak membenarkan, lalu pertengkaran terjadi.

Foto : Al-Marhumah Marwa, suami dan anaknya


Si celaka itu diheret oleh Marwa ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman Euro 780. Namun si celaka ini membuat rayuan yang menyebabkan ia bertemu wajah sekali lagi dengan Marwa di mahkamah. Dengan pisau di tangannya si celaka ini menyerbu Marwa yang sedang mengandung tiga bulan lalu menikamnya sebanyak 18 kali di dalam mahkamah di hadapan hakim!.Peristiwa ini berlaku pada 1 Julai 2009 yang lalu.

Satu suasana yang tidak masuk dek aqal, bagaimana boleh si celaka ini membawa pisau di dalam sebuah mahkamah? Dan bagaimana ia boleh menikam sebanyak 18 kali tanpa gangguan segera dari pengawal dan orang sekelilingnya. Suami Marwa tangkas menerpa untuk membantu namun rupanya mereka terlupa sedang berada di `medan perang'. Suaminya ditembak oleh pihak polis semasa ingin membantu isterinya, sedangkan si celaka pembunuh dibiar hidup. Polis menggunakan alas an murahan apabila berkata `tersilap sangka', mereka sangkakan suaminya adalah pembunuh. Syeikh al-Azhar Syeikh Muhammad Tantawy mendesak pihak Germany untuk mengenakan tindakan berat kepada si pembunuh. Namun sejauh manakah seriusnya mahkamah akan bertindak terhadap si pembunuh, tidak dapat dipastikan?
Adalah wajar jika dapat pelajar Islam di Germany bergabung tenaga dengan umat Islam di tempat masing-masing menghantar memorandum mendesak tindakan keras ke atas si pembunuh.!

Malangnya, berita ini langsung tidak dihebahkan dari media barat khususnya. BBC senyap sunyi, sedangkan berita mahkamah Dubai yang menjatuhakan hukuman kepada dua warga British yang mengadakan hubungan seks terbuka di pantai Dubai, dihebohkan, mahkamah Dubai dikritik seolah melakukan satu tindakan jahat.
Namun, kisah wanita Islam yang mengandung di tikam di dalam sebuah mahkamah di hadapan hakim di sebuah Negara yang membangun kononnya tidak langsung diambil endah. Teringat saya kepada pengalaman bertamu di beberapa daerah di Germany, tidak disangka begitu hodoh wajah sebenar negara tersebut, lebih khusus sebenarnya kepada bangsa Rusia, yang mana warga Rusia sememangnya terkenal sebagai amat bersifat perkauman lagi berjiwa ganas dengan selainnya.

Semuga ALLAH memelihara umat Islam di Germany, Russia dan seantario dunia.

petikan asal :http://usharewecare.blogspot.com/

Friday, July 17, 2009

WAN kita telah pergii...

Wan kami bernama HJ MANSOR BIN ABDULLAH telah meninggal dunia pada 11 Jun 2009 bersamaan 17 Jamadil Akhir 1430H jam 1.55pagi. Kami berasa sedih kerana tidak mempunyai wan lagi. Ketika itu, saya tertidur di kerusi bersebelahan katil dalam wad tingkat 3A bilik 401e PMC. Tiba-tiba ibu mengejutkan saya daripada tidur dan memberitahu wan baru saja meninggal dunia. Saya terus pergi ke katil dan menatap wajah wan. Saya nampak macam wan sedang tidur tapi selepas itu muka wan ditutup dengan kain putih. Saya menangis sehingga merah mata. Saya lihat ibu dan emak saudara saya membaca yasin ketika itu. Saya lihat saudara mara yang turut bersedih termasuklah tok.

Kemudian ibu menyuruh saya mengemas barang-barang yang dibawa ke hospital untuk dibawa balik ke rumah seperti kain baju wan, makanan, selimut, tikar dan sebagainya. Ada emak dan bapa saudara yang menemani aruah wan di hospital dan ada yang balik dulu untuk membuat persiapan di rumah. Ketika dalam kereta, saya dan keluarga di datangi oleh seorang lelaki meminta duit. Ayah tak memberi wang padanya dan kami terus memecut kereta memyebabkan orang itu berang. Orang itu juga beralih ke kereta cik wan untuk meminta perkara yang sama. Takut juga..


Kami sampai di rumah dalam pukul 4 pagi, saya dapati jiran dan beberapa saudara mara saya sedang mengemas rumah. Saya turut membantu mengangkat kerusi dan menghampar tikar dan kapet di ruang tamu untuk menyambut kepulangan wan . Saya juga turut membantu mengemas dan mengelap lantai dan tingkap di rumah bersama sepupu yang lain.

Adik saya, Nabiatul Huda dikejutkan oleh ibu, memaklumkan kematian wan. Adik seperti tak percaya berita ini dan bertanya sekali lagi kepada mak ndak. Adik Huda turut bersedih kerana sebelum dia balik dari hospital petang tadi, keadaan wan seperti biasa sahaja. Dia sempat bersalam dengan wan.

Jenazah wan sampai dengan van Pak Lang. Turut bersama ialah Tok, Cik Na, Ngah Nab, Pak Tam, Pak Nyang, Pak Su, abg Salleh, Abg Anas, Abg Pai dan beberapa lagi ahli keluarga lain. Jenazah wan diletakan di ruang tamu dengan beralaskan tilam dan cadar putih. Tirai juga dipasangkan bagi memisahkan kedudukan jenazah ruang itu. Selepas solat subuh kami sama-sama berkumpul di depan jenazah wan untuk membaca surah yasin. Saya juga turut membaca beberapa juzuk Al Quran untuk wan. Ramai tetamu di kalangan saudara mara,rakan-rakan, anak murid dan jiran yang menziarahi wan buat kali terakhir

Tepat jam 11 pagi, jenazah wan diangkat dan dimandikan di ruang dapur dalam rumah. Tirai juga dipasang dan hanya saudara terdekat yang masuk melihat wan. Saya juga turut mencurahkan air kasturi dan menggosok-gosok badan wan. Kelihatan wajah wan menjadi lebih putih daripada biasa.

Selepas selesai memakaikan wan dengan kain kafan yang terdiri dari dua helai kain putih dan sehelai kain ihram yang pernah wan gunakan ketika menunaikan haji dan umrah dulu.

Kemudian jenazah wan diusung sekali lagi ke ruang tamu untuk disempurnakan kafan. Saya turut menabur wangian dan air mawar kepada wan. Saya juga mencium dahi wan yang sejuk itu. Semua emak saudara, bapa saudara, anak saudara (cicit), sepupu( cucu), atuk saudara ( tok shu) juga tok memberikan penghormatan dengan mencium dan menabur wangian untuk wan. Saya mengalirkan airmata apabila melihat keadaan ini. Saya lihat sepupu saya juga menangis

Jenazah wan dibawa ke masjid untuk disembahyangkan. Ramai orang datang untuk menyembahyangkan wan. Saya dapati sepupu saya menangis teresak-esak semasa menunggu sebelum diangkat ke tanah perkuburan. Selepas disembahyangkan , jenazah wan di bawa ke tanah perkuburan.

Paksu dan pak njang turun ke liang lahat untuk menyambut wan. Saya lihat ikatan pada kaki dan kepala wan dibuka dan diletakan ketulan tanah. Saya tidak sanggup melihat kerana sedih. Saya lihat pak tam,ngah, juga sepupu-sepupu berada di atas dan mereka juga membantu mencangkul tanah ke lubang kubur.

Selepas selesai, imam masjid datang dan membaca talkin di depan wan. Semua saudara mara juga turut mengaminkan doa untuk wan.

Selama 7 hari bacaan yasin dan tahlil di buat di masjid. Ada juga yang membacakan Al quran di kubur wan. Saya pun turut membaca dan berdoa di kubur wan. Adik Huda suka bawa air mawar dan menjirus untuk wan. Kami juga bawakan daun pandan yg telah di potong untuk di tabur pada pusara wan. Kata ayah saya, selagi daun-daun itu hijau ia mendoakan kesejahteraan untuk wan. Kami juga mencacakkan pokok bunga di kepala dan kaki wan. Saya harap pokok itu dapat hidup .

Sekarang hampir setiap petang saya dan keluarga akan menziarahi pusara wan. Setiap kali menziarahi pusara wan kami akan membersihkan pusara wan dan membaca yasin dan tahlil. Kelmarin, pak tam telah mengorek lubang untuk meletakkan batu nisan di atas kubur wan. Di atas batu nisan terukir nama wan dan batu nisan berwarna hijau. Batu nisan kelihatan bersinar dan lincin . Saya dan keluarga merasai ketiadaan wan di rumah kerana wan seorang yang baik.


Cacatan asal : Muhamad Ibrahim Soleh 11 tahun ( cucu ke …..) 20062009 Di edit sikit2: chu
( editor tanpa kepakaran dan kemahiran mengedit perkataan/ bahasa spt seorang editor yg bertugas di sebuah gedung penerbitan. Semuga satu hari sahabat saya menjadi seorang penulis terkenal juga. Tulisan ni dah lama cu amik dari pc kt kg. Ib yang tuliskan tapi cu tak boleh teruskan membaca kerana terasa macam” tayangan video sedang dimainkan”.. Tetapi mengenangkan 40 hari ketiadaan wan pada isnin nie (bersempena dengan isra’mikraj) , sengaja saya mengajak anak2 cucu berkongsi rasa dengan adik Muhammad Ibrahim dan adik Nabiatulhuda . Catatan adik Ahmad Husaini menyusul lepas ni )

foto: wan dikelilingi ank cucu dan cicit untuk kali terakhir sebelum berangkat ke masjid
Selain tu… saya mengharapkan kita sama2 dapat menghadiahkan “ALFATIHAH, YASIN dan TAHLIL khusus buat ayahanda kita
...

Wednesday, July 15, 2009

kursus oh kursus 02

mempelajari dan mengenali open office.org.
best juga maklumla perisian free...bleh ambil dari internet..
macam word juga tapi lebih banyak yang perlu dipelajari.
jadi sifu mcm en nadzry ni mgg best laa
boleh tanya bnyak2
tq pada boss yng mengizinkan saya berkursus

Monday, July 13, 2009

sahabat...

Friends are like melons,
Shall I tell you why ?
To find one good friend you must try...
Never look back...
Never regret...
Never remember...
the people you've met...

Never begin...

And never end...
Never say never...
When its come to your friends...

thanks to be my friend

alhamdulillah

happy birthday CIK NA


selamat ulangtahun kelahiran pada kakakku, Rusnina
Semuga ALLAH memakbul doamu dan dipermudahkan urusan menunaikan haji 2009.
Diberkati ALLAH hidupmu dan family ats segala kebaikan yng diberi .
Thnz for ur caring,loving n sincerely sis.
I love u sis

13 julai .......32 hari selepas pemergian ayah kekal sbg memori


ucapan balas yg diterima:
tq, tq, tq Semuga kita sama2 beroleh sejahtera.Semuga AYAH bahagia disana. KITA anak2 redha dengan apa yg ayah persiapkan untuk kita.

nota kak
i:
Foto ni dirakamkan sebelum kelahiran anakanda sholehah( nadhiah)

Sunday, July 12, 2009

kurrsus oh kursus

hmm...hari ni attend kursus internet..
banyak yng tak tahu......
kursus kt ipptar jer

hendak seribu daya

Allhumma solli ‘ala saidina Muhammad wa a’la aalihi wa as-haabihi ajma’iin
“ Ya ALLAH, kurniakanlah kepujian ke atas Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya “

Dalam kehidupan seharian kita menempuh banyak perjalanan. Ini bermakna kita mempunyai banyak tujuan dan banyak matlamat. Semua orag akan berhadapan dengan berbagai perjalanan dan berbagai tujuan. Mampukan kita membayangkan seseorang yang mundar- mandir di perjalanan tanpa tujuan????

Tapi sedar kah kita kehidupan dunia ini HANYALAH satu perjalanan? Dunia hanya sementara yakni jambatan ke alam yang lebih kekal iaitu alam akhirat. Samada kita di dunia atau dihidupkan semula di akhirat kita sebenarnya menuju ke satu destinasi. Matlamat hidup sebenar adalah kebahagiaan hidup di dunia dan mendapat keredzaan ALLAH di akhirat.

Namun bagaimana kita merancang dan menyiapkan persediaan untuk mencapai matlamat?? Satu persoalan yang subjektif untuk di rungkai mengikut perspektif individu. Saya sedang merangka dan menuju ke fasa yang sepatutnya. Anda bagaimana?

Inilah antara persoalan tentang kehidupan yang mengizinkan saya untuk menghadiri majlis ilmu di Masjid As Syakirin KLCC iaitu kursus panduan solat musafir dan solat ketika darurat”daripada dua penceramah tersohor. Majlis ilmu merupakan satu majlis pengampuanan dan seumpama menghadiri taman- taman syurga. Subhanallah

Yg bhg Dato Ustaz Abu Hassan Din selaku pembentang pertama mengingatkan peserta tentang kalimah “ DEMI MASA…” dari surah Al Asr. Kenapa masa, kenapa “insan” bukan “nas”? Segalanya membuka persoalan tentang kehidupan mencari hukum AL QURAN dan panduan AL Hadith.

Beribadatlah dengan ilmu dan kemudahan yang ALLAH hadiahkan buat manusia. Solat musafir satu solat yang harus diamalkan oleh seseorang musafir dengan syarat2 tertentu tanpa mempertikaikan apa “orang kata”. Kupasan nota yang sahih karangan dato di jadikan rujukan. Majlis selama 3 jam bagaikan 15 minit kerana banyak persoalan dan iktibar kecuaian manusia akibat kekurangan ilmu di kongsikan. Pengalaman Dato bersama jemaah haji dan umrah membuatkan diri bertanya lagi adakah saya akan mengulangi kesilapan yang sama satu nanti??? Tentu TIDAKKK!!!

Selepas solat dzuhur, dihidangkan pula dngn “Persoalan Solat& Bersuci, Semasa darurat, sukar dan sakit.”. Dengan teori dan praktikal di sampaikan oleh pembentang kedua, Ustaz Azhar Yahaya saya rasa bersyukur kerana beberapa kemusykilan tentang almarhum ayah dapat saya kongsikan. Terasa terpanggil untuk bertanya ustaz dalam dewan yang luas dan dihadiri lebih kurang 150 org antum cukup memuaskan hati.

Mengikut survey ustaz, kira2 85% orang yang sakit di hospital tak menunaikan solat. Ini memerlukan usaha dakwah untuk menyampai dan mengajarkan pesakit dan penjaga pesakit apabila berhadapan dengan ujian. Sebenarnya orang sakit masih boleh beribadah seperti seandainya tak diizinkan menunaikan haji – boleh memperuntukan wang sekadarnya sahaja untuk mngupah haji. Boleh membayar fidyah kerana tidak lagi layak berpuasa dan di beri kemudahan menunaikan solat – duduk, menyandar,melintang, mengiring,isyarat- mata dan hati . Semua kemudahan ini hanya ketika sakit dan bergembiralah dengan pemerhatian ALLAH pada ketika sakit. Ustaz juga berpengalaman sakit ketika menyiapkan buku solat orang sakit. Sebagai aktivis NGO, ustaz sering terdedah dengan reality dan rintihan pesakit yang dan telah menyarankan pesakit dihadiahkan buku ini sebagai santapan rohaninya.
Oleh itu marilah kita menggesa pesakit menunaikan solat dgn Niat ketika ambil wudu- shja aku wudu’ untuk mengharuskan solat kerana ALLAH Taala. Subhanallah

Dalam sesuatu keadaan kita tak menjangkakan akan berlaku kesesakan di jalan raya di mana kekangan waktu solat dan wudu yang sempurna. Oleh itu tidak ada alasan melalaikan solat walau di mana jua keadaannya. Dalam kes ini teori yng di fatwakan untuk dato sheik muzaffar boleh dikongsikan. Debu yang berterbangan di bumi ini boleh dijadikan alat untuk bertayammum. Mungkin di dashbox, atau di tingkap kereta atau di tepi pintu adalah contoh yang mewajibkan kita untuk menunaikan solat. Sebagai persediaan- air dan spray bottle perlu ada dalam kenderaan terutamanya d’viva. Pengalaman terperangkap dalam kesesakan banjir di ibukota( jalan ipoh) cukup di jadikan iktibar. Hampir 3 jam terperangkap telah mengajar erti perjalanan kehidupan.

Segalanya berdasarkan ilmu, Ilmulah yang membezakan akhlak dan membentuk peradaban. Dengan mengetahui kaedah solat, cara bersuci, cara bertayammun, cara wuduk orang sakit, solat jamak ketika sakit, solat menghormati waktu dan darurat sekurang-kurangnya bersedia “selagi akal berfungsi” selagi itulah tuntutan solat di wajibkan.

Ya ALLAH ampunilah diri ini. Saya mohon rahmatmu, Mohon taufik hidayahmu, Mudah-mudahan bermanfaat dan ada kebaikan info ini dikongsikan.

Wallahuaklam

Saturday, July 11, 2009

happy birthday

11/6/2009....tarikh keramat yang mengembalikan ingatan tentang ayah
Setelah 30 hari berlalu, Paksu menyambut ulang tahun kelahirannya hari ini.

"Happy Birthday to you PAKSU FUAD. "
"Semuga menjadi pemimpin yang diredhai, suami yang menghargai, ayah yang membahagiakan family dan anak soleh-bernilai di mata hati emak ayah" Berlandaskan iman, ehsan dan ikhlas- panjng umurmu murah rezkimu selamanya. Amin. (11/7/2009)

11.5.....birthday abg Zan sebulan sebelum ayah meninggalkan kita...
11/7 ...sebulan selepas ayah tinggalkan kita....
satu kebetulan atau suratan?

12/5 dalam ingatan peribadi

Friday, July 10, 2009

kasih ayah

" cu, buatla kisah wan, tulisan yang dihayati. Tulisan yg hidup lahir dari hati "

Pinta anak saudara saya, Sara dalam ym nye pagi ni. Terimaksih sudi melayari blog yang dalam proses pembelajaran ni. Bantula cu berilah komen lagi. Insya ALLAH. Ada dalam perancangan. Adik kena bagi sokongan dan bersabar. Banyak yang tertanam di sanubari ni dan akan kita kongsikan. Cuma buat masa ni, apabila cu terkenangkan wan sama ada tika bekerja, solat, menulis atau baca quran sudah pasti ada mutiara kaca yang mengiringi. Hanya doa, fatihah, surah al ikhlas yang cu kirimkan khas untuk wan tika itu . Selain itu yassin dan tahlil masih menjadi amalan setiap hari. Mudah2an cu dapat isqamah dalam beribadah ini.

malam tadi pak ndak sms cu ( 1:.43: 10/7/2009 )
salam cu, kenangan manis bersama ayah- 27 thn dulu, lepas 1st istimak Malaysia di KT, abg dok tunggu kerje waktu baru balik UK. Kami-ayah, abg Din, ank zul & abg keluar jemaah 10 hari di kwsan KK, habis di Taiping. Lpas tu setahun later kami pi istima' Yala. Bleh confirm dengan mak. Ya ALLAH berilah ganjaran abadi untuk ayah pi istimak' KT & Yala dan kluar untuk berdakwah. Agama penting dlm hdup & dakwah menghidupkan ruh agama. Doa supaya semua umat ambil dakwah as kerja kita. Allah Akbar

sms daripada teh (22.54:9/7/2009)
Salam cu,malam nie ib, dik de dan hussaini tidur ngan tok. Abg Mat, kak nab, ank Siti dah sampai umah Nizam kt Sepang. A Din pi last night, anak Salleh dan 2 adiknya naik bas malam nie ke istimak. Husaini pi check BP tadi-106/65.

cik wan pun sms cu(18.57:9/7/2009)
cu, cu tau tak, group kakak cipta solar boat dapat tempat ke 3. 2 hari p SM Pokok Sena, Kepala Btas. Tempat 1 dan 2 boleh masuk prtandingan peringkat kebangsaan. cu mcmna? KW bukan nak kata tapi x boleh dok sorang pasti nak nangis. ingat saat akhir ayah..

terimakasih anak2 saudara, abang juga kakak2 saya yang berkongsi rasa dan kita saling membicarakan tentang ayah. Kata seorang sahabat cu bertuahla ayah masih diingati dan disayangi walaupun tiada di mata kini. Bercakap memang mudah tapi bila kita merasai barulah tahu erti "ketiadaan, " erti "kehilangan" dan "makna sepi ". Saya menghargai apa jua bentuk nasihat, panduan hidup, cerita suka dan duka kerana saya mahu semua orang bahagia dan membahagiakan orang2 yang saya sayang. Mungkin ini cara kita untuk saling bertanya khabar dan berutusan kerana masing2 berjauhan dengan kg dan kita bersaudara.

Utk itu, bersyukurlah kita, kita mempunyai ayah yang sempurna, melaksanakan tgjawp sebagai suami,ayah, guru besar SKCK, pengerusi SKAP, pengerusi SMP, bendahari masjid ar rahman yang amanah dan seperti kata mak ayah bekerja bukan kerana mengejar wang ringgit tapi kerana tanggung jawb.

ayah-----pakar matematik,
ayah-----berkemahiran dalam pertukangan & pertanian
ayah-----pembaca setia harakah
ayah-----mindanya sentiasa aktif dan suka membaca hinggalah saat akhir membaca artikel kejadian pembunuhan di masjid al ghurran di naratiwat 8/6/09 dan satu kisah isteri sambut suami bwh pokok.
"cukupla 'otak tak boleh nak pikiaq dah" itulah ayat yang cu dengar bila tanya nak baca lagi tak metro satu hari di penghujung hayat ayah.
ayah juga seorang yang memakmurkan masjid. Subhanallah.

Ayah lah yang teristimewa dan selayaknya ayah di jemput dengan begitu lembut dan tenang
berbahagialah ayah....terimaksih ayah.....
KAMI SAYANG DAN MENDOAKAN AYAH- ALFATHIHAH

Thursday, July 9, 2009

siapalah saya

Dedikasi buat semua semua sahabat saya...

Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik,
kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.
Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskhah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik.

Nota kaki: Moga saya salah seorang kawan baik anda

Wednesday, July 8, 2009

negara hukum

negara HUKUM?
macam pelik juga tajuk ceramah politik anjuran pakatan rakyat semalam. Kata DSAI kearah mewujudkan negara yang berhukum dan berprinsip tanpa menjejaskan sistem demokrasi yang dah sedia ada. Dengan erti kata lain meletakan institusi perundangan ini di tempat tertinggi tanpa didominasikan oleh politik semasa.

Teringat saya, kali terakhir bersama jutaan rakyat dalam perhimpunan di masjid negara- hapuskan PPSMI! Rakyat bangun menuntut dan membantah sistem yang boleh menjejaskan martabat bahasa melayu. Kini setelah 6 tahun berlalu, barulah kepekaan ini terserlah dan akan berakhir pada 2012. Segalanya bermula dengan perjuangan rakyat.

Perkongsian pengalaman dato zaid ibrahim (nama ini sinonim dengan nama anak saudara saya.) seorang peguam yng berkarisma dan berprinsip. Ini adalah himpunan rakyat yang baru dilangkahinya. Truskan perjuangan ini..

Kemudahan slide show ketika Yb Sivarasa menyampaikan pandangan di segi perundangan dan etika perubatan amatlah dikagumi. Walaupun masih kes mahkamah tetapi rakyat harus didedahkan dengan fakta yang jelas. Kita berpeluang mendapat info dari media tempatan tetapi haruslah menggunakan keseimbangan akal untuk membuat keputusan dan perubahan.Tahniah

Seperti biasa, rakyat memenuhi dewan DAR dan sekitarnya dan tika DSAI tiba di pentas, lagu rasmi keadilan rakyat membakarkan semangat perjuangan. Yang saya suka-membujur lalu melintang patah....peribahasa yang telah lama ditinggalkan.

Memandangkan waktu dah melewati dinihari, saya sekadar melihat rakyat disajikan dengan berbakul-bakul buah durian. Syukurlah di era rakyat diutamakan, majlis seperti ini bukan sekadar berisi info tetapi boleh mengisi perut selain dari kemudahan seperti kerusi, skrin layar putih, sistem pembesar suara dan speaker yang memuaskan. Truskan kegemilangan pakatan rakyat untuk MALAYSIA

Arus Perjuangan Bangsa

Keadilan!
Keadilan rakyat kita
Menjana arus
Kami arus perjuangan bangsa
Keluhuran perlembagaan
Perpaduan negara
Masa depan anak Malaysia

Kebebasan!
Kebebasan rakyat kita
Diberkati Tuhan, memperkasa rakyat
Membujur lalu, melintang patah

Perjuangan rakyat Malaysia
Membujur lalu, melintang patah
Demokrasi rakyat Malaysia

(muzik)
(Ulang kedua-dua rangkap)

Membujur lalu, melintang patah
Keadilan Rakyat Malaysia


Moh doakan kemenange kitO di Manik Urai
(betulke ambo kecek klante lagu nie ??? )

KAW6578- peninggalan ayah yang ku warisi
LOVE U KAW

d' ViVa-01


Hari ini ke perodua sc keramat, hmm …diam tak diam dah 19000km perjalanannya. Sepatutnya d’viva nie kena servis apabila mencecah 20230km atau pada 30/6/2009 mana yang terdahulu. Jadi apabila dah melepasi tarikh nie, perasaan berhati-hati sentiasa bersarang. ( berhati2 sebelum meragam)

Biasanya kalau dah pi servis ni ambil masa 3 jam. Jadi ruang waktu yang ada dapatlah bersantai sambil menelaah majalah nona ( ada citer pengasas ESQ-Dr Ady) dan menonton tv “in loving memory of Michael Jackson. King of pop 1958-2009. “ . Siaran tertunda dari saluran Tv mana tak perasan pulak tapi terkasima rasa hati apabila mereka berhimpun dan disusuli dengan cerita ‘flashback” kebaikannya sahaja. Michael@ bro michaeel… u hve done ur work her,.mike….You taugh us hw to laugh, how to love, how to believe. Mike… I love u deeply and I cant wait to see you again, dad I love u and I miss u so much…….

People say true friends must always hold hands,
But true friends don't need to hold hands
Because they know the other
Hand will always be there.
Walaupun keimanan itu milik peribadinya,namun sebagai muslim kita harus mendoakna allahyarham. Semuga dicucuri rahmat jua .

Dalam pada tu, kelakar pun ada…nak buat aligment dan balancing tire, tapi tak ada nut security nak buka sport rim tu ??? hmmm nie lah gara-gara tukar sport rim. Gelabah dan frust pun ada pada mulanya. Maklumlah tak tahu pula betapa securitynya my sportrim tu……Alhamdulilah puas juga geledah rupa-rupanya ada kat belakang bonet kereta- tak perasan pun kalau tak berlaku !!

Masalah “lock window” selalunya ada satu bunyi “ciuuutt” tak selesai juga. Memng special betui d’viva nie. Penyakit ni mungkin tak sehebat H1NI dan di kira tak serius. Kata sc tu bila dah ada spare part dia akan hubungi dan akan diganti. Masalah mekanikal dan masih tahap gerenti selepas berunding.

Syukurla pengalaman lalu satu persempadanan agar lebih bersedia. Sesi servis kali ini, saya yang banyak bertanya, ni apa, untuk apa, nak buat macamna dan bila……bukan apa berhati2….

And every morning when you open your eyes,
Tell yourself that it is special.
Every day, every minute,
Every second is a gift from God.

TERIMA KASIH ALLAH

Tuesday, July 7, 2009

tentang mereka

Sapa kata Aufa tak boleh jaga Nisa'

Hai ni kes dera Mak Chaq Fathiyah layan Wawa ke?

hmmm... merajuk ke marah ni Edat?

Putri Nureen Balkis - ada rupa putri raja kayangan tak?

Ini Nadhiah tapi cu suka panggil Sholehah


Ni takut ke gayat Aris?

Saya sebenarnya mahu mengajak anda berfikir tentang satu perkara. Apabila melihat gelagat kanak-kanak kecil hati pun terfikir, “Ish…. saya masa kecik dulu macam tu jugak ke….”?

Ala ibu nie.. kasilaa Aamirul Hakim posing ngn tok chu sat!

Jika anda seorang ibu atau bapa, tentu pernah lalui saat-saat di mana begitu asyik memerhatikan gelagat anak-anak semasa kecil. Bagi saya sendiri, saya rasa begitu seronok memerhatikan gelagat dan perkembangan minda anak2 dan cucu2 saya yang semakin hari semakin menjadi-jadi. Sesetengah orang akan mendefinisikan perkembangan minda anak-anak ini sebagai ’semakin nakal’ atau ’semakin buas’ tetapi realitinya, anak-anak ini sedang mempelajari sesuatu yang baru setiap hari berdasarkan interaksi dengan persekitaran mereka. Inilah zaman kanak2 adalah zaman yang paling indah. Zaman yang tak perlu memikir tentang masa depan.

Lebih menarik lagi, pernahkah kita terfikir bahawa kadangkala perangai kita orang dewasa masih lagi terbawa-bawa perangai semasa kita di zaman kanak-kanak dahulu? Ada antara kita yang semasa kecil kecil suka menangis dan merajuk apabila tidak dapat apa yang kita inginkan. Apabila sudah dewasa, kita tidak lagi menangis tetapi masih lagi merajuk dan mengharapkan seseorang membantu kita untuk mendapatkan sesuatu yang kita mahu.

Ada antara kita semasa kecil mempunyai perangai yang sangat degil. Begitu degil hingga jika kita mahukan sesuatu, kita tidak akan berhenti meminta atau mencuba hingga kita mendapatkannya. Adakah kita masih mempunyai kedegilan sebegitu? Jika kita masih degil begitu, tentu sudah ada beberapa kejayaan besar yang sudah kita kecapi sekarang ini.

Semua orang pasti mengalami fasa demi fasa dalam hidup ini. Di kala kanak2, merakalah ahli syurga tetapi adakah kekal di masa dewasa. Di sinilah perlunya pengisian, menuntut pengorbanan ibu bapa dalam pendidikan yang bukan saja berteraskan fizikal tetapi melibatkan kebijaksanaan, emosi dan spiritual. Doa juga satu spritual tetapi harus bergabung dalam satu konduit IQ dan SQ yang membentuk akhlak yang sempurna. Dimana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Dimana pun berada "mind set" harus tepat dan berpandukan sunnah dan kalam suci Ilahi.

Saya Ain tapi dok perasan adik lagi...kan kak Ain?





Nie gaya ultraboy- hasyir,haris, hanis
Cucu yang menceriakan hujung minggu hingga cu menulis blog ini
Sayangnya foto hifzhan tak ada lagi...jgn marah tok cu tau


Inilah antara anak-cucu yang mengajak cu berfikir dan tentang mereka...
Doakan mereka menjadi generasi yang soleh dan solehah.....Amien