Thursday, October 1, 2009

untuk pertama kalinya 1430H

Ramadan 1430H ini , merupakan tahun pertama emak menyambutnya tanpa ayah di sisi. Bahtera perkahwinan selama 63 tahun yang di nakhodai ayah dengan penuh tenang dan mendamaikan. Tapi kini sejarah itu tak mungkin berulang.

Terkenangkan salah satu soalan sejarah tika saya di tingkatan 2, apakah makna sejarah.? Kami diminta mendefinasikan makna sejarah dan setelah berhempas pulas mencarinya rupa-rupanya makna sejarah ialah sesuatu yang benar- benar berlaku dan telah berlaku. ( history mean happening)

Kini maksud sejarah amat bermakna dalam kamus peribadi saya dan family. Ramadan lalu merupakan satu “ketidak laziman” yang harus ditempuhi. Berbuka puasa tanpa ayah begitu terasa kerana lazimnya ayah akan berada di satu sudut dan hidangan yang memang khas untuknya. Secawan susu dan oat, beberapa biji kurma lembut, kuih serta hidangan nasi menjadi santapannya berbuka. Ayah amat menggemari masakan kari mak dan boleh dikatakan hampir setiap hari mak akan menyediakannya.

Maklah yang paling sibuk ke dapur seawal mungkin bagi menyediakan santapan berbuka. Pelbagai juadah akan disediakan bagi menepati selera anak-cucu dan ayah. Sesekali ayah juga turut memesin kelapa dan memberi sokongan moral pada mak. Ini lah rutin yang telah emak korbankan selama ini bersama-sama ayah Tapi Ramadan kali ini mak seolah-olah tawar hati untuk memasak.Mujurlah ada kakak yang boleh melayan emak dan juga jadual penggiliran menemankan mak. Setiap hujung minggu pula kakak/abg akan menjemput anak2 pulang dari asrama untuk berbuka bersama. Dengan keriuhan mereka dapatlah sedikit sebanyak mengubat rasa “ketiadaan ayah”.

Pada Ramadan ke 8, abg salleh pula di timpa ujian. Tangan kanannya yang terkena bisa gergaji menjadi semakin parah dan amat menduga kesabarannya. Sengaja saya tak menghebahkan berita ini kerana saya terkenang2kan saat ayah memegang erat tangan abg dan seolah2 ayah memberikan seribu satu harapan dan kedinginan tangan abg ipar saya ini dapat meredakan jiwanya yang bakal mengadap ilahi. Saya rasai seolah-olah ianya baru semlam berlaku…ayah memegang tangan bagai tdak mahu melepaskan abg tika berada di sisi kanannya dan kirinya. Abg soleh juga beberapa kali membisikan kalimah “ la ila haillahlah” di telinga ayah. Sebelum itu abg Soleh lah yng menjadi Imam/ketua membaca surattul yasin di katil ayah. Beliau membaca dengan penuh tartil dan kami sama2 mengikutnya. Diakhiri dengan doa yang amat syahdu yang sama2 di aminkan ayah. Saya dapat menyaksikan ayah seolah-olah diberi kekuatan dengan kelebihan yasin ini. Saatnya teramat sayu. Saya juga bersyukur kerana diberi kekuatan ilahi untuk membisikan kalimah tersebut buat kali terakhir untuk ayah dengan di pantau oleh saudara mara yang lain.

Ya ALLAH, berilah kesembuhan buat abg Soleh semuga dia dapat sama2 menjaga emak dgn amanah yang ayah dzohirkan di saat sebelum dijemput pulang. Apa yang saya ingat abg Soleh juga telah menyempurnakan fidyah puasa ayah dengan memberikan beberapa kilo beras kepada yang berhak. Walaupun secara zahirnya kata emak, ayah tidak pernah culas dan tinggalkan puasa tetapi demi kebaikan ayah wajarlah di laksanakan. Puasa itu hak ALLAH dan hanya DIA lebih mengetahui tahap puasa seseorang. Kini abang sdg beransur sembuh dan sedang mengqada puasa yang ditinggalkan ( hampir 17 hari).

Tambahan lagi, kakak sulung pula tidak dapat menyempurnakan penggiliran menjaga mak kerana suaminya ada komplikasi dalam perut hingga di rawat di hospital Sultanah Bahiyah . Kakak terpaksa seharian di hospital dan dia memerlukan rehat yang cukup pada waktu malamnya. Syukurlah abang ipar saya ini telah discharge dan memerlukan rawatan susulan shja. Begitu juga raya tempuhari, abg sudah menunjukan perkembangan positif walaupun pada dasarnya dia hanya diberi cuti raya.

Buat pertama kalinya Ramadan lalu mencatatkan kenangan sepi semasa waktu berbuka. Yang ada hanya ada emak, kak jah dan dua anak saudara ( abg sakit). Sesuatu yang jarang berlaku di rumah kita. Kak jah telah memaklum kepada abg2 supaya, suasana berbuka harus dihadiri oleh anggota keluarga yang lain bg mengurangkan rasa kesunyiaan mak. Syukurlah saya mempunyai satu keluarga yang besar tetapi saling memahami dan mengambil berat. Insya ALLAH


Untuk pertama kalinya juga, fitrah emak diuruskan oleh anak-anaknya dan suasana ini harus ditempuhi bagi menghadapi hari besok yang pastinya menjelang……….

Untuk pertama kalinya juga, ujian serentak buat dua kakak saya- kak Chik dan kak Jah apabila suami mereka di duga dengan kesakitan. Saya masih ingat ade ketikanya dulu abang zan di uji dengan kesakitan demi kesakitan, kemudian kak Wan dan kak Na . Segala ujian tersebut adalah untuk melihat sejauh mana keimanan dan kesabaran kita disamping mempertingkatkan pahala yang dimiliki. Wallahuaklam

Untuk pertama kalinya…….saya sambut “Ramadan” tanpa ayah

untuk pertama kalinya..........saya "cinta ramadan"


No comments: