Saturday, October 31, 2009

ucaplah sayang


31 0ctober,  awal pagi tadi ...
Mula2 wish untuk mak. "Hepi birthday mak.. Love mak".Walaupun mak tak pernah mengharapkan kejutan di hari lahirnya tetapi sebagai anak, kita mempunyai tanggungjawap untuk menghargai org yang melahirkan kita, mempertarungkan nyawanya untuk 13 org anaknya, membanting tulang  dan menggadai waktunya hanya untuk membesarkan ke sebelasan anak2nya (sebab kedua-dua abg kembar saya dijemput ilahi pada hari ke 3 dan 30.)
Mak amat sempurna menunaikan tanggungjawabnya, tak pernah leka dan mengabaikan amanah. Keistimewaan mak dia suka dan pandai menghargai org. Hidupnya tak ade musuh dan memusuhi...Mmbayangkan betapa penatnya melayan anak2 yang ramai dengan tiada kemudahan seperti sekarang...ohh betapa mak memiliki berjuta2 saham membesarkan kami....dengn kain kencing yang hendak dibasuh, air telaga yang nak di ceduk, pinggan mangkuk nak dicuci, kayu api nak di cari dan rumahtangga nak di pelihara.....
Hanya mak yg boleh dan berjaya.....Makan minum kami tak pernah terabai, sakit demam kami pasti dirawat dan pastinya sang nyamuk turut kecewa bila mak memasang kelambu untuk anak2nya....

Hingga sekarang mak amat bijak melayan kerenah anak2nya. juga cucu dan cicitnya..Terharunya bila mak memasak makanan kegemaran saya. Dia akan cepat "instinct" bila ade yang tak kena pada anak2nya...mungkin inilah yg dikatakan ikatan yng tak mungkin putus..inilah ikatan yg sejati....Saya amat2 menghargai bahawa MAK adalah anugerah ALLAH buat saya, abang2 ,kakak2 dan adik....Trimaksih Mak

Kemudian  hantar sms wish birthday aris pulak...Kata uminya, aris kat umah tok lagi..semlam tak nak balik umah..Elok juga begitu kerana ayah dan umi akan berenggang ngan aris, ain juga daniel untuk seketika. Masing2 kenalah belajaq untuk tinggal berasingan dan berdikari. Walaupun cuma 40 hari hitungan bilangannya tetapi di segi perasaan dan kasih sayang tentu "missing". Kata umi juga, sekarang ni bz  mengemas rumah dalam proses  berpindah ke rumah sendiri sebelum berangkat ke tanah suci. Bertuahnya adik saya, dapat isteri yng bukan saja bijak tetapi membawa mawaadaah....Syukurlah saya dapat menyaksikan kebahagiaan dan kesenangan  mereka.....ade anak2 yang menceriakan, rumahtangga yang aman dan bpeluang menunaikan haji di usia muda.....Untuk paksu dan maksu....hmmm selamat mempersiapkan diri....

Pastu call aris pulak...hepi birtday abg aris..
Aris jwap....timekasih...Aris kat umah tok ni...cu ariss nk kek birtday,...tapiiii cuu balik da ke??????
Kita jumpa minggu depan je..mungkin untuk majlis yasin untuk meraikan cikna,cik zul, juga ayah dan umi aris
Insya ALLAH. doakan cu nk pi mekah jugak.....

No comments: