Monday, October 19, 2009

Mufti dalam kenangan

Menatapi mingguan malaysia  pada di hujung minggu ini,di m/s 21 saya terpanggil untuk membicarakannya. Inilah wajah tuan guru dikagumi Almarhum Tuan Guru Hj Said Ibrahim yang merupakan bekas seorg mufti Sabah dan ulamak yg telah  turut meyumbangkan syiar melebarkan ilmuannya buat semua para pencinta ilmu. Lokasi kuliah pula pada setiap hari ahad, di rumah ustz pak yazid di kg baru.

Kitab tua berkertas  kuning menjadi tatapan dan akan rujukan kami. Lazimnya Tn Guru dijemput oleh salah seorang anak murid pak yazid dan kuliah ini bermula sekitar jam 11 pgi. Kehadiran tn guru akan disambut oleh kaum muslimin dengan bersalam dan ada yang mengambil kesempatan memeluknya...alangkah indahnya waktu itu...mengambil barokah dari tok guru.Ustaz dengan tertibnya akan melangkah anak2 tangga ke tingkat ats sambil membimbit brifecasenya.  Lazimnya ustaz  akan bertanya di mana sambungan mukasurat kitab yang hendak dibaca, kerana ia mempunyai jadual kuliah yang banyak dan sewajarnya lah anak2 murid yang menandakanya. Mungkinkah ini satu amalan para alim-ulamak untuk menguji anak2 muridnya  Ulasan dan pengajaran ustaz amat teliti dan detail. Tuturan bahasanya jelas beliau seorng yang tegas tetapi melihatkan wajahnya beliau amat alim lagi warak.

Saya baru mengenali latar belakangnya setelah menatap akhbar ini.  Alangkah bertuahnya saya sempat juga menjadi sebahagian dari  anak muridnya di senatario dunia. Riwayat hidup almarhum yang amat tulus, zuhur dan luas pengetahuannya amatlah di kagumi.  Ulamak kelahiran kelantan ini dilahirkan pada 1923 mendapat pendidikan di Jambi( asal usul ibu bapanya sebelum merantau ke Kelantan) dan Tanah Suci Mekah.  Beliau juga banyak menulis dan menterjemahkan banyak kitab. Kebolehannya berbahasa arab diterjemahkan bila mentafsirkan ayat-ayat supaya mudah difahami.


Sunguhpun almarhum telah meninggalkan kita hampir sedekad yang lalu, namun beliau tetap dikenangi dan dikagumi. Almarhum Tn Guru, Haji Said meninggalkan dunia yang fana ini pada tahun 2001 dalam usia 78 tahun dengan meninggalkan 8 orang anak serta ribuan anak murid. Sepanjang hayatnya, beliau tidak jemu-jemu menyumbangkan tenaga dan idea dalam memartabatkan Islam. Mudah-mudahan segala amalnya dinilai sebagai ibadah yang tulus dan rahmat Allah yang berkekalan dicucuri atas beliau....al-Fatihah.


lagi tentangnya>>
>>http://bahrusshofa.blogspot.com/2009/05/datuk-haji-said-haji-ibrahim.html

No comments: