Thursday, October 29, 2009

d' ViVa-02

Syukur kali ni d'Viva merantau  lagi ke Pahang. Takdir ALLAH jua tiada siapa menduga. Perancangan berkonvoi menjadi realiti walaupun kelewatan. Kami hanya tiba ketika aturcara makan dimulai iaitu lebih kurang jam sebelas pagi. Terlepaslah peluang menyaksikan majlis akad nikah yng lain dari biasa tu...(pengantin lelaki berbalut tangannya akibat kemalangan jln raya)  Menu makanannya memang best dan bersistematik. Sementara menantikan pengantin dimake up, kami dijemput untuk menjamu selera. Kami makan dengan berselera sekali.
Selawat dan marhaban umpama ucap selamat datang mengiringi rombongan pengantin lelaki yang tiba bersama 7 dulang hantaran, Berbalas 9 dulang hantaran,  pasangan pengantin di arak masuk ke rumah dengan penuh meriah. Pengantin di raikan di singgahsana pelamin yng serba indah....ohh alangkah meriahnya di saat awal bahtera perkahwinan dilayari. Semuga bahtera ini melayari dengan selamat walaupun badai dan gelombang menghempas. Inilah antara bicara dan doa buatmu adik Raja Farisa dan adik M. Hatta yang sempat kita kenali ketika bersama d'viva di majlis perkahwinan Intan tempuhari.

Apabila pengantin diraikan dengan makan beradab, saya dan oni meneruskan misi ke Bukit Setongkol pula. Jarak perjalanan pula hanya  lebih kurang 2 jam dari Jengka 17 dgn kemudahan lebuh rayanya. Inilah lesen bila pemimpin negara menjadi PM, segalanya didahulukan untuk rakyat One Malaysia.
Walaupun mulanya kami bagaikan tersasar tapi d'viva memang power...Rujuk lagi peta yang disediakan....Kami selamat tiba ke destinasi sebelum jam 4 dan pengantin di sini juga sedang diraikan. Riuh dan gamat seketika dengan kehadiran teman, shabat yang jauh dan dekat. Bergambar, beraksi sehari dalam hidup bergelar raja sehari :) Bertuah juga Farhana nie....teman2 merai dan mendoakan farhana dan suami...semuga berbahagia selamanya.

Sebagai meraikan jemputan kak ina, d'viva ke Chini pula . Alhamdulillah dalam jarak lebih kurang 45 min shaja kami tiba dengan selamatnya.Kali ini d'viva dapatlah parking berbumbung sebagai hadiah merentasi kembaraan ini. ( Hakikatnya memang abang yang bagi ruang tu untuk d'viva.).
Kepada abang dan kakak, saya ucapkan terimkasih kerana memberikan layanan terbaik pada kami. Walaupun abg Zul sedang "kalut" dengn urusan kilangnya.... namun dengan sokongan dan kesetiaan isteri serta anak2 insya ALLAH segala urusan dipermudahkan ALLAH.
Esoknya seusai minum petang dan memetik buah amra, D'viva meluncur terus dari Chini ke KL dengan selamatnya. Seronoknya kembaraan ini kerana ada co-pilot dan kami tiba tika azan isya dilaungkan. Alhamdulillah.
Terima Kasih ALLAH memberikan kemudahan buat kami dalam kembara kali ini.
Terima kasih MAK atas doa yng mengiringi
Amin

No comments: