Thursday, October 15, 2009

beraya cara Opis


Muafakat membawa berkat itulah antara kata kunci hari ini. Sempena dgn sambutan hariraya peringkat jabatan penyiaran 2009, Bahagian kejuruteraan turut terlibat secara langsung. Bermula degn persiapan gerai, penyediaan makanan dan berakhir dengan pengemasan .Gerai bermotifkan kontemporari berhemah menjadi tema bahagian kejuruteraan . Ia juga gerai yg menjadi pilihan ramai.  Membolot hadiah gerai paling kreatif kerana air gunung selasihnya yang hanya ada pada hari ini shja. Menu lain yang disediakan secara gotong royong ialah   nasi himpit, rendang daging dan kuah kacang....memang hebat!!

Sempena dgn sambutan yg julung kali diadakan, jalinan kemesraan dapat terpancar di setiap warganya. Bukan sahaja dapat beramah mesra tetapi juga menjamu selera. Lain unit lain konsepnya dan berbeza menunya. Yang saya ingat, Bahagian BES dengan satay kajang dan satay pantai dalamnya, bahagian promosi dgn menu pelbagai keknya, bahagian filem dengan laksa dan mee karinya....lain2 gerai ada lemang dengan pelbagai buah-buahan ...Pelbagai jenis bubur juga disediakan...

Dan tidak terkecuali juga  saya dapat bertemu dengan rakan2 baru dan lama ...
Semuga ukhuwah kita tersimpul mati dan andai ada salah silap mohon kemaafan jua dipinta. Secara tidak sedar mungkin ada kekhilafan antara kita dan saya mhn kemaafan .

kepada kakak2, adik2 dan sahabat2,  saya hargai persahabatan ini dengan sokongan serta kerjasama yang telah diberikan. Atas komitmen diberi gerai kita gerai yang paling ramai dikunjungi .

Terimakasih Fyda- meminjamkan sony ericsonnya utk kembara kehidupan hari ini. Catatan spontan ini juga di ilhamkan dengan gambaran photo yang telah diambil. Yang baik kita war-warkan....

No comments: