Friday, November 30, 2012

tiba-tiba

tiba-tiba...di sama ertikan dengan satu kebetulan atau sesuatu yang tak disengajakan..Merujuk kepada
 kamus ia:
:datang-datang, mendadak, seketika, sekonyong-konyong, tahu-tahu, terserempak  
Itulah indah dan kayanya bahasa kita....mutiara bahasa melayu - indonesia yang serumpun.

Contoh ayat ialah: Tiba-tiba cermin mata ini patah bingkainya. 
Aduh teramat bisa ayat ini kerana ia berkait dengan diri kembara kehidupan.   Ini adalah kejadian yang benar berlaku dan ianya telahpun  berlaku tanpa diduga. Innalillahi wainnailaihirojiun...Ia merupakan cermin mata saya yang ke 6 semenjak menggunakannya. Jika dulu, kerana masalah rabun jauh dan sensitif dengan cahaya(silau) tetapi kini ditambah dengan faktor usia yang menjerat saya dengan masalah rabun dekat. INilah makna 'kedewasaan' yang mengajar diri untuk mengingat sebuah kematian yang bakal tiba. Apa nak dikata, cempedak dah jadi nangka....patahnya bingkai ini bakal menjemput cermin baru.

Awal tahun ini saya pernah membuat pemeriksaan mata di hospital tun hussin onn. Pakar mata telah membuat pemeriksaan yang teliti bagi mengenal pasti tahap kerabunan mata ini.  Pelbagai test dan equipment dilakukan termasuklah di scan dengan alat berteknologi tinggi. Terima kasih pakar optomerist ......anda telah melaksanakan tugas dengan jayanya...Saya dibekalkan ubat untuk mengurangkan tahap stress mata ni untuk tempuh sebulan dan disusuli dengan stress test untuk temujanji berikutnya.

Berbalik kepada kes ini....
Terima kasih duhai cik cer(cermin mata)...yang telah mencurahkan khidmatmu selama ni. Nampaknya secara tiba-tiba, saya terpaksa menempah cermin mata baru seiring dengan tahap keperluannya. Saya berhajat ingin menempahnya di Farah Optometrist di Kedah tapi banyak pula agenda hujung minggu ini. Anak2 saudara saya, fatin, along, ahmad, dan adik  huda telah menempah di kedai ini. Selain  mempunyai design yang cantik, murah, layanannya baik dan servisnya cepat  InsyA ALLAH semuga cita-cita mnjadi kenyataan.

patah sudah ....
tempang kini wajahmu....
Bukan salah sesiapa 
inilah fitrah sunnahtullah..
setiap permulaaan pasti ada penghujungnya.
-------------------------------------------------
Jom balik kampungggg
rinduku pada mak 
rinduku pada ayah
seolah menyapa
kapan hadirlagi duhai anak
---------------------

Thursday, November 29, 2012

pesta jualan gudang

buku agama pun ada@ Karya bestari
Jualan gudang di shah alam  .
sarat ilmu ramai karyawan
Niat ada disusuli kemahuan
Ayuh segera kita tawan

cuti sekolah dah lama dah ...apa yang telah dihidangkan untuk anak2?..(cuma anak2 yang ambil SPM belum bercuti). Eh kenapa tanya orang?? tanya diri sendiri ni....?? Kesian anak2 saudara saya....ada yang dok berkarya, ada yang berfantasi, ada yang berimaginasi dan ada macam2 ragam lagi sempena cuti sekolah ni. Nak berkelah sakan pun, hujan tak tentu masa... Nak meracun rumput pula kena tunggu seriyat hujannya.... nak melawa pun kena tau lokasinya dan nak  tak nak...membaca, menontOn, makan dan mengusik itulah yang tepat dan sejajar dengan pengertian cuti bagi anak-anak yang bersekolah.

Tapi kesian pulak mereka jauhhhh di sana....mak saudara mereka nun dekat sangat dengan fiesta lelong ni.. Rasanya nak aje suruh depa mai...tapi kena plan B juga. Peluang lelong2 ni bukan selalu nak dapat Mana tau kot2 esok tak de lagi..pahala pelaburan pun missing ...  ...mmm...insyaALLAH walaupun  ada jemputan kenduri pada hujung minggu ini, saya kenalah mencari peluang untuk  singgah.

Pilih2 buku2 untuk santapan family  di cuti ini...... jom teman2..kita singgah di Komplek Kumpulan  Media Karangkraf@ Shah Alam. Ada majalah, novel juga buku-buku ilmiah  yang boleh kita hadiahkan untuk diri, anak, adik dan teman juga saudara mara......Ye mungkin sebagai buah tangan meraikan perkahwinan di musim2 kenduri kahwin ini  dan mungkin juga sesuai untuk merobah diri yang semakin di mamah usia.  Di samping itu, resit belian buku pula boleh disimpan untuk mendapat pelepasan cukai. Almaklumlah tanggungjwap kena diutamakan...Kitakan rakyat MALAYSIA yang berhemat..

perabis stok ke?
Pastikan generasi berilmu dan rajin membaca....membaca wacana minda...
Bertanya soalan lagi pada diri....

bilakah kali terakhir menelaaah sebuah buku?'
bilakah kali terahir membeli sebuah buku?
bila kali terakhir mengunjungi kedai buku ?
buku apakah yang sedang ditatapi sekarang.. 

(ini adalah perkongisian dan ....hihiiii jika ada kemahuan...ayuh kita serbu di hujung minggu ni..)

Thursday, November 22, 2012

Selamat jalan "yana".

innalillahiwainna ilaihi rojiun
kematian  yang menjemput di awal pagi semalam 11/11/2012( sekitar jam 3.30 pagi ) ku hanya terima jam 645 pagi. Segalanya salah diriku sendiri ...konunnya untuk menjamin hayat teleFon klasik, ku sengaja meng'off'kannya semasa mengecasnya  di mlm hari.i Sedar2 dah  mnghampiri subuh rupanya. Namun, tak ku on kan telefon itu melainkan setelah mahu melangkah ke tempat kerja.

Tiba2, deringan di sambut dan kakakku di Sabah terus memaklumkan berita kematian anak saudara suaminya ini. Mengucap panjang diri ini, menyesal atas kecuaian sendiri.  FADLIYANAWATI BT KASIM, anak  tunggal abg sulung abang ipar saya dengan aruah isterinya telah dipanggil ilahi  ......Dengan ertikata lain, dia kehilangan ibu ketika usia 17 tahun. Kini  aruah turut menyusul di kala usia mencecah 35 tahun....(mudanya dia berbanding diriku ini...)Belum terlewat untuk ku singgah ke HKL sebelum ke tempat bekerja...

Benarlah janji ALLAH itu, apabila tiba saat nya takkan di lewat barang sesaat....
Pada hari selasa tempohari, saya singgah di HKL menziarahinya.  Suaminya terpaksa mengambil keputusan membenarkan anggota badannya dipotong kerana cengkaman diabetis yang mengganas sehingga memudaratkannya.   Hampir 5-6 jam menanti dengan debaran yang teramat. Ketika saya tiba lebih kurang jam 6.30 petang, suaminya mundar mandir menanti2 keputusan operation.Hati mana boleh tenang, insan tersayang dalam pertarungan...inilah hakikat nya bila berjauhan.... Apabila ade sretcer pesakit disurong keluar, masing2 panjang leher untuk mengetahui siapakah pesakit itu.

Penantian itu memang satu penyiksaan.....
Apabila yan di surong ke wad 11, katil 32, kami sama-sama mensyukurinya kerana daripada maklumat awal doktor, sekiranya ada komplikasi lain, dia akan terus dimasukan ke ICU selepas operatian.  Alhamdulilah...inilah 'yana' yang tabah dan bersemangat wajar. Tak pernah menyalahkan takdir bahkan dia kan gembira berkongsi 16 jenis ubat yang menjadi santapan hariannya juga berbagai cerita yang menggambarkan cerianya dia. Dia juga pesakit buah pinggang tegar yang perlukan dialisis 3 kali seminggu. Subhanallah . Besar ujian untuknya di sini.  Kami takut sekiranya dia sedar dia akan menangis menyaksikan  kekurangan dirinya itu. Kaki kirinya terpaksa dipotong di paras betis tanpa pengetahuannya. Sebelum itu, ketika dia diiring ke ruang operation, ayahnya  turut menemani memberi semangat sebelum pulangs ke kedah atas kepentingan family juga.

Melihatkan air mukanya selepas pembedahan,, tiada riak sedang menanggung kesakitan...Tiada air mata bertakung dan tiada penyesalan atas segala yang diaturkan ALLAH. iNilah 'yana' yang tega. Dia  adalah bekas  pakar IT yang telah di'sara'kan atas rujukan pakar kesihatan. Srikandi yang betah bekerja. Melihatkan dia telah menunjukan perkembangan positif,   sebelum pulang sekitar jam 1030 mlam, saya mnghampiri katilnya, mengusap dahinya yang kering dan rambutnya yang tak bersikat....saya pangil namanya....
yana.....sabar ye...( dia buka matanya sekali...) saya hampiri  ke mukanya...yana...nie cu adik cikna..chuuuu..yana ingat tak?? yana kan penah p umah cu, bla bla.... 
Mula2 dia macam tak ingat tapi lepas dia bukakan matanya dan perhatikan saya....dia   berusaha  bercakap dengan perlahan dan saya faham butirannya ......(saya hampiri telinga ke mulutnya...).
saya pegang dahi ke kepalanya dan berpesan lagi......
na ingat tau....ingat allah banyak2...zikir, istifar ...x lupa tau ...lailahailallah...allah akabar..ce na baca.... dia mula baca allah akbar....kemudian saya kata,,pandaipun...nnti na ingat tau..Allah sayang yana sbb tu yana mcm ni... Tadi pakcik pun datang tapi pakchik dah balik JB, esok dia datang lagi...dia jwab..dah jumpa tadi(sebelum ke bilik operation..maknanya dia sedar kehadiran ayahnya dan bapa saudara serta suaminya dan ita sebelum ke bilik operation.)  Chu nak balik dah ni ...dah lewat, esok2 cu datang lagi...dia angguk, Matanya masih memerhatikan saya..Jika sakit, yana press ni tau..ni ubat tahan sakit...Dia angguk lagi. Saya cium dia dan  lepaskan tangan dia...Dia pun pejam mata semula..


Secara peribadi, perbualan  ini adalah secara spontan dan saya sebak tapi dalam masa yang sama saya saya tak dapat meneruskan perbualan ni kerana...pesanan yeng lebih kurang begini jugalah yang pernah saya ucap pada mak. INilah kenangan terakhir bersama  yana  yang telah dijemput ALLAH pada hari ni, 22-11-2012.Melihatkan matanya yng bersinar, saya tak menduga dia akan dijemput pada hari kedua selepas pembedahan. Tapi itulah rahsia yang sengaja ALLAH sembunyikan dari kita sebagai amaran waspada selalu..kematian mengejar kita

Sekitar jam 730 pagi, saya telah berada di jabatan forensik aka bilik mayat HKL. Saya sempat masuk dan menyaksikan peringkat terakhir arah dikafankan oleh kakitangan yang bertugas. Turut serta membantu di bilik mandi tersebut adalah suaminya. Sebelum dikafankan sepenuhnya, suaminya membenarkan sahabat2 mereka menghampiri dan memberikan penghormatan terakhir buatnya .  Suasananya pilu, sedih, sebak dan saya antara mereka yang mengalirkan air mata menyaksikan. Selesai semua, jenazah dimasukkan  ke keranda sebelum diusung ke kereta jenazah untuk dikebumikan di alor setaq.  Perjalanan kereta diiringi doa muga selamat dalaam perjalanan jauh dan  mengambil masa sekitar 5-6 jam.
perjalanan terakhir di dunia ni...

Alhamdulilah, jenazah selamat tiba di rumah kelahirannya sekitar jam 12.30 tghari dan dikebumikan sekitar jam 4 petang. Menurut anak saudara saya, ramai sanak saudara mara menanti dan mengiringi jenazahnya. Tak dapat saya gambarkan bagaimana perasaan toknya yang amat menyayangi aruah. Maklumlah anak yatim sebelum memiliki ibu pengganti.Salam takziah buat keluarganya.  (kesian ayahnya yang  terpaksa berulang alik dan pulang ke kedah awal pagi(selepas kematiannya)  bagi menyambut kepulangan jenazah ni di rumah pula)

 DArinya kita datang dan kepadanya kita dikembalikan. Kehidupan adalah perjalanan dan setiap perjalanan pastinya menempuh pelbagai ranjau. PErginya dia bersama penyakit-penyakitnya dan meninggalkan 1001 kenangan buat kita yang masih hidup. Mencari makna kehidupan dan memaknakan kehidupan adalah tugas kita.   Perginya seorang isteri, apabila diredai suami , adalah satu bonus buatnya..Ketaatan seorang isteri adalah pada suaminya dan redza ALLAH dicari.

Sama-samalah kita hadiahkan AL FATIHAH buat aruah 'yana' dan semuga ALLAH cucuri dan rahmatinya dan menempatkannya bersama org2 soleh di jannahtul firdausi. YA allah, terimalah doa2 kami dan ampunilah dosa kedua ibu bapa kami dan guru2 kami dan saudara marq kami sama ada yang masih hidup maupun yang telah mendahului....wallahuakalam

HAri ini : JUmaat, seorang lagi saudara ku telah dijemput ilahi....Bapa saudara sepupu... pakchik Ibrahim, Aruah pernah  membesar di Mekah dan kini telah kembali ke tanah air  . Berkat jumaat kita mndoakan semuga aruah juga damai disana....

Saya mhn ampun maaaf dan sekiranya ada salah silap maafkanlah....
mungkinkah ini tinta terakhir saya?? apakah jaminan esok unuk sayaaaa?
tinta KK

Jom posa Asyura


Selamat berpuasa pada 9 dan 10 muharaam 1434H @ Jumaat dan sabtu ni. Katakan TAK kepada sebarang bentuk pelawaan yang berupa santapan pagi ..... Tapi sebelum tu pasakkan niat selagi mentari belum pacak di langit, pastinya ALLAH menerima ibadah puasa tersebut. InsyaALLAH pahala diperolehi jua.  Indahnya tawaran ALLAH bagi mereka yang menghidupkan amalan ini dan berlapang dada lah kita mengerjakannya. Berniatlah kerana ALLAH dan belajar untuk menunaikan amalan sunnah ni.

UNTUK MENGETAHUI KELEBIHANNYA tentang puasa asyura nie :
rujuk di sini : shakirshafiee ( terima kasih )

hmmm...sapalah kita untuk memberi jaminan bahawa tahun depan kita masih mampu beramal dengannya. Jadi usah menanti esok yang belum pasti kerana esok belum pasti milik kita walaupun  esok masih ada. Perhatikan degan jelas kelebihan berpuasa ni dan betapa rasulullah menganjurkannya....Hargailah nikmat sihat kita hari ini dengan bersegera beramal dengan petunjuk yang dibawa oleh rasul tercinta kita.

Tapi....bagaimana dengan orang yang uzur syar'e...? Apakah mereka perlu disisihkan?   Maka tiadalah peluang menikmatinya??? Rugikah ???   Pandangan dhaif saya, ALLAH itu Maha Mengetahui dan Maha segalanya.....DIA tahu apa yang kita niatkan....Oleh itu berbuatlah  apa saja kebajikan dan apa kata kita sama-sama buat agenda menderma untuk tabung GAZA. Derma kita salurkan, doa kita iringi, Mudahan perjuangan HAMAS mendapat kemenangan dan bantuan ALLAH bersama mereka. Rakyat Palestin dicincang, disiksa pelbagai cara, namun semangat jihad mereka tetap tega kerana mereka mengejar syahid dlm wadah perjuangan.   Sama2 kita terus doakan mereka..

Buat yang berkesempatan:  sudilah  hadir ke SURAU AL MUSTAQIM, Lembah Keramat,
MAJLIS SAMBUTAN  MAAL HIJRAH1434H & HARI ASYURA
HARI : JUMAAT
aturcara 
6.00 ptg - bacaan yasin, tahlil arwah dan doa
7.00 ptg - majlis berbuka puasa sunat & solat maghrib
7.30 malam - bacaan AQ oleh Ustaz ahmad al yamani
7.45 malam -Maulid, Qasidah &solawat
8.00 malam - ceramah perdana oleh ustaz Hasrul nizam mat hussin
9.00 malam - majlis pengijazahan periwayatan hadis musalsal hari asyura
9.30 mlam - bacaan AQ oleh Ustaz Anuar Ghazali( juara tilawah AQ 2012)


Semua  dijemput hadir......Semuga ALLAH mempermudahkan urusan kita dan memilih kita untuk hadir ke majlis2 ilmu dan beramal dengannya.

wallahuaklam

Thursday, November 15, 2012

Oh GAza

Gaza diserang lagi.....
 
Bayangan Tragedi Gaza 2008-2009 ke atas Gaza bakal berulang kembali. Di awal tahun 1434H ini, Gaza terus dihujani muntahan bom dan peluru yang telah mengorbankan Ketua Umum Briged al Qassam dan puluhan yang lain. al fatehah 
 
 Tabahkan jiwa dan bersabarlah wahai saudaraku, iringan doa dan sumbangan kami di jauhan tetap bersama anda wahai ahli Gaza.

Ya Allah, berikanlah kekuatan dan kemenangan kepada saudara kami yang sedang berjuang di jalanMu Ya Allah.
 
YA ALLAH HANCURKANLAH ISRAEL DARI PETA BUMI INI  
MENANGKANLAH  UMAT ISLAM DI PALESTIN
AYUH SAMA-SAMA  -  DOA. ( biarpun jauh tapi kami tetap bersamamu)
inilah SENJATA UMMAT ISLAM . 
SUMBANGKANLAH RM RM RM...demi Agama, demi persaudaraaannn....
 
Angkuh !! Biadap Dan Kejam....inilah lagak PM Israel yang memberi arahan akan terus melancarkan serangannya seperti tersiar di berita pagi  ni.....Tidak berperikamanusiaan!!! Membunuh nyawa anak2 dan orang awam yang tak berdosa....Ya ALLAH, KAU hancurkanlah israel ini ...bersama  niat mereka .!!!!  Sama-sama kita doakan pasukan bantuan  kita selamat dan dapat menyempurnakan amanah dgn sempurna. 
(sama2 kita nantikan perkembangannya ) 

Wednesday, November 14, 2012

salam maal hjrah 1434H

Ahlal wa sahlan ya 1434H

Mudahan kedatangan tahun baru 1434H ini kita sambut dgn pujian2 kehadrat Ilahi dalam menterjemahkan peranan kita dijadikan...   Jika selama ini kita terbabas, ayuh pulanglah ke pangkal jalan dan kita susuri jalan yang lurus itu. Kembalilah..masih belum terlewat untuk u-turn, dan beristifarlah untuk tidak mengulanginya.  InsyaALLAH kita tutup buku tahun lalu dengan mengapai doa mohon keampunan dan kita buku sejarah baru dgn azam untuk lebih baik dari semalam.

Secebis kisah betapa ALLAH itu Maha Mengetahui perjalanan hidup kita..Dalam tempuh setahun berlalu, berbagai acara kita susuri. Langkah demi langkah tanpa kita sedar, kita melewati . Ada catatan bahagia jua tersasar....  Namun sedarkah kita terlalai dari mengingatinya, gagal bertasbih memujinya dan berselawat keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad saw. Sempurnakah peranan kita sebagai anak keatas kedua ibu bapa kita, sebagai adik, kakak, pekerja, jiran, saudara dan hamba? Astaqfirullah hal azim..
Masih ku ingat kata seorang tuan guru, hikmahnya ALLAH jadikan bulan  Zulhijjah di penghujung tahun kerana di situ adanya hari arafah. Satu-satunya acara  akhir tahun bagi yang tidak menunaikan haji adalah  berpuasa sunat 9 Zulhijjah. Subhanallah...besarnya ganjaran ALLAH yakni diampuni kita dosa setahun lalu dan setahun akan datang( berniatlah untuk terus mengamalkannya dengan ilmu).  Oleh yang demikian, bersangka baiklah dengan ALLAH, kerana masih banyak yang kita tak tahu sedangkan kita perasan kita tahu...

Oleh itu, sekali lagi, dengan ilmu yang tak seberapa, saya menyeru diri saya, saudara mara, rakan2, teman dan sahabat , sama-samalah kita mengkoreksi diri, setahun berlalu , dimana wajah kita menghampiri. Andai saya tersasar , mhn bantuan dan petunjuk dan luruskan niat kita untuk menjadi lebih baik dari setahun yang lalu. Walaupun doa awal dan akhir tahun ini tak pernah diamalkan oleh junjungan kita, namun  kita ambillah ia sebagai amalan berterusan. Penuhilah rumah ALLAH dan satukan hati kerana niat yang satu.. Berdoalah di setiap waktu dan yakinlah ALLAH Maha Mendengar dan Memperkenankan.i

 Terima kasih mak( muga Allah cucuri rahmat atas nya) yang telah memaksa saya membaca doa ini (selepas asar dan selepas magrib) sejak di bangku sekolah lagi.  Caranya telah memperngaruhi saya untuk mengamalkannya setiap tahun dan kini setelah ketiadaan mak, saya ungkit semula semuga ianya menjadi pahala dan rahmat buat mak di sana....Terima kasih mak..Rindu saya tetap sama.....Hari ini genaplah 2 bulan 8 hari mak meninggalkan kami....68hari....satu tempuh yang panjang.....sepi , sunyi..





Pautan ini ada doa akhir dan awal tahun : sila singgah (Terimakasih lizarazak)

Ayuh kepada semua, asar bakal menjelma...bersedialah..
singgahlah di masjid2 berdekatan....andai inginkan kemeriahannya...( tiada paksaan laksanakan di rumah)

Apakata kita ke  SURAU AL MUSTAQIM, (SAM)Lembah keramat
6.00 petang bacaan yasin bersama ustaz Sayuti Ismail,
7.30 malam zikir munajat,
7.45 malambacaan maulid, qasidah dan selawat bersama ustaz Ahmad Al Yaman.
8.30 malam, solat hajat
(insyaALLAH mudahan saya akan  menunaikannya di sini)


Tuesday, November 6, 2012

selamat berjuang SPM 2012

Setulus ucap selamat maju jaya buat semua calon2 SPM 2012 yang sedang beraksi di gelanggang perjuangan. Bermula semalam, lapangan di buka...Persediaan fizikal dan mental  untuk menghadapi SPM perlu diutamakan. Pastikan ketenangan dan persediaan yang rapi sebelum memasuki dewan peperiksaaan. Andainya ada kecelaruan dan kelupaan tika menjawapnya, banyakkan selawat.  Ini petua yang pernah ayah sampaikan pada saya pada tika menghadapi peperiksaan.  Amanah dan petua ini juga saya perturunkan buat
semua calon peperiksaan ini khususnya buat 2 orang anak saudara saya yang turut mengambilnya..
Untuk anakanda Aminahtul Farhatain Hj Soleh ( Along) dan  
Arif Ismail Hj Basharudin,  buat dengan terbaik dan catatkan  kecemerlangan untuk diri, family , guru-guru dan sekolah.  SMA An Nadhah  dan Maahad Mahmud perlu dinobatkan lagi sebagai sekolah berprestij untuk kecemerlangan pendidikan dunia dan akhirat. Usah diabaikan doa ibu bapa yang mengiringi dan mendoakan kejayaan anak2 semua bahkan emak2 dan bapa2  saudara juga turut mendoakannya.

Serba sedikit tentang Along... Sebagai anak sulung, Along Aminahtul telah menunjukkan ciri2 kepimpinan dan kecemerlangan sejak di bangku sekolah rendah lagi. Dia tak lokek ilmu dan sering membantu adik2nya seramai  3 orang  lagi untuk menyelesaikan masalah. Sesekali along bagai di buli adik2.. Aruah mak sering menyebelahi along. Mak sayang along dan tak salah jika mak mewasiatkan sesuatu yang disayangi untuk along.  Syukurlah along telah menunjukan yang terbaik dan pastinya mak bahagia andainya mak masih bersama..  Semuga Along berjaya dan menjadi anak solehah. Kesian along ....hanya mengetahui kematian tok(emak saya) selepas program subuh di asramanya...)

Tentang arif: Arif  pula anak kedua terakhir dari familinya. Seorang anak yang taat dan menghormati. Kejayaan abang2nya banyah mempengaruhi kehidupannya dan sayang saya tetap sama keran dia anak saudara saya sampai bila2..
(dua tahun lalu : PMR 2010 )
 
Terima Kasih para guru, yang telah melaksanakan amanah dengan bijaksana dan berhikmah. Redza dan restulah anak-anak didik ini menjalankan tanggung jawab mereka menghadapi peperiksaan ini. Sebagai kayu ukur dan  tanda aras ilmu diberikan, kejayaan diharapkan.  Halalkan ilmu diberikan dan kami generasi akan terus mendoakan guru selagi hayat dikandung badan.  

Ini adalah  doa2 ini yang dipetik dari ustazcyber: InsyaALLAh boleh dimanfaatkan buat semua:
 
1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:
وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”
 
2. Ketika menerima kertas soalan:
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

3. Ketika sukar menjawab:
ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

4. Atau:
اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.
Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

5. Jika terlupa jawapan:
اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku
 
almarhumah mak suka menemani kakak menghantar along ke asrama.. pesan tok sama saja: ceq belajaq leklok naaa.. .
 

Thursday, November 1, 2012

usang

bersawang lagi....
ada tikanya ku ingin menulis 
melayan rasa hati
berkarya tanpa suara
membolos jiwa  sepi

namun
ku terhenti
tiada lagi bicara
tiada lagi 
tiada lagi
tiada apa yang bermain 
di kotak fikiran
buntu
sepi
sunyi


berikan daku masa
kan ku kongsi
cerita terbenam
tanpa perlu dikuburkan 
bersama
perginya dia
biarpun ku akur
dipinjamkan dan dipulangkan
bila dikehendakiNYA

ku kan kembali...
bekalkan ku
ketabahan
ketenangan
kesihatan
kebahagiaan
ku masih sayang 'kembara kehidupan' 



Monday, October 8, 2012

Selamat PMR si kembar & Fatin

 PMR 201bermula hari ini ..

Salam kejayaaan dan salam kecemerlangan buat semua  yang akan menghadapi UPSR 2012. Adab dan tertib di dewan peperiksaan perlulah di hormati...Pelihara hubungan dengan ALLAH dan pohoni doa restu ibu bapa sebelum menghadapinya .Mudahan segalanya dipermudahkan dan mendapat petunjuk ALLAH jua.

Biarpun ini hanyalah ukuran dunia, sekurang-kurangnya rasa usaha dan tanggungjawab sebagai pelajar dilaksanakan semaksima mungkin. Berikan kejayaan buat diri, bonus untuk ibubapa, hadiah hebat buat guru-guru juga nota kejayaan buat sekolah atas usaha, galakan dan pengorbanan yang telah diberikan selama ini. Hargailah pengorbanan guru yang sinonim dengan  "lilin yang membakar diri" biarpun mereka hanya memberi dan menunaikan amanah tetapi dalam hati mereka mengharap kejayaan para pelajarnya..

Begitupun harapan dan doa juga dikhususkan buat anak2 saudara saya yang bakal menghadapi PMR 2012 kali ini.   Semuga mereka mengekalkan  prestasi kejayaan seperti yang pernah dicatatkan  5'A di UPSR tempuhari.  Fatin Atiqah yang mewakili Maktab Makmud akan bertembung dalam pertarungan ini dengan sepupu kembarnya (kakak dan adik) dari sekolah SMK Dato Syed Omar. InsyaALLAH ketiga2 puteri kami akan menghadapi UPSR ini dengan yakin berbantu persiapan yang lengkap( harap2nya).  Menjawab soalan dengan mudah dan fasih serta beroleh kejayaan selepas usaha dan doa serta restu ibubapa mereka. Biarpun semuanya berjauhan dari ibu bapa dan bermastautin di asrama, namun kami sebagai ibubapa akan turut mendoakan kejayaan kalian...Mudahan menjadi sumber kejayaan. 

Dari jauh, cu mendoakan kejayaan kalian dan muga generasi Hj Mansor akan terus berilmu untuk mengejar kejayaan dunia dan akhirat....Semuga anak2ku tidak akan lupa ...kita  ada tanggungjawab dan amanah dengan ALLAH, IBU BAPA, GURU2 dsb. Ingatlah...jadikan hari ini adalah hari terbaik untuk mmbuat yang terbaik unuk menjadi lebih baik dan berbuat baik ....Semuga segala kebaikan itu membuahkan hasilnya dengan izin ALLAH taala:

Selamat Menghadapi PMR 2012 buat anak-anak saudaraku -  Syazwani,  Fatin Atiqah  dan Hazwani..Mohon izin para pembaca kembara kehidupan turut mendoakan kejayaan buat mereka... Terima kasih
tiga pupu...
selamat berjuang!!! GOOD LUCK

Wednesday, September 26, 2012

la tahzan..

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

walk slowly & lonely...
need to 'muhasabah'.
such a peacefull time.
redza tubillah

Hasbunallah wani’mal Wakil”
(Cukuplah Allah sebagai penolong kami,
dan Allah adalah sebaik-baik pelindung)
(Al- Imran 3:173)

 

 

Tuesday, September 4, 2012

Rawatan Sakit Jantung Guna ayat AQ

Memanjangkan dari petikan yang dikongsikan daripada blog ummuhanif
----------------------------------
Di sini saya akan berkongsi sedikit ilmu tentang cara merawat penyakit jantung ini melalui amalan bacaan ayat-ayat al-Quran tertentu.

Ini dipetik dari tulisan Ustaz Raflis Sabirin melalui Majalah Milenia Muslim, Mei 2010. Beliau mempunyai pengalaman selama 27 tahun merawat penyakit jantung dan lain-lainnya dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran dan Asmaul-Husna.

Cara Pengamalan
1) Setiap kali lepas solat 5 waktu, setelah selesai salam, duduk bersila tetap menghadap kiblat, lalu konsentrasi kepada niat tujuan (secara spesifik). Contoh: 'Semoga Allah lenyapkan segala sumbatan yang menyumbat setiap mana-mana pembuluh jantung dengan Keagungan dan Kebesaran Kalamullah'

2) Baca Surah al-Fatihah sekali untuk dihadiahkan kepada Nabi Muhammad S.A.W, keluarga, para sahabat Baginda dan sekalian muslimin supaya mendapat limpahan syafaat dari mereka

3) Selepas itu baca al-Fatihah (sekali)

4) Selepas itu baca Surah al-Ikhlas (tiga kali)

5) Selepas itu baca Surah al-Falaq (sekali), Surah an-Nas (sekali), ayat Kursyi (sekali)

6) Selepas itu Surah al-Hasyir ayat 21-24 (tujuh kali) iaitu seperti berikut:-


(Sila rujuk ayat dalam kitab al-Quran yang sebenar)

Maksudnya:

Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya (21)

Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (21)

Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya (23)

Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana (24) .

Setiap kali baca Surah Al-Hasyir itu, maka hendaklah tarik nafas ke dalam badan perlahan-lahan seakan-akan kita masukkan amalan semua surah yang telah dibaca supaya lenyap segala yang menyumbat saluran darah pada jantung. (Untuk lebih memahami, lihat rajah jantung di bawah, bayangkan anda membawa energi seperti cahaya putih yang masuk terus ke setiap salur darah koronari jantung dan cahaya itu terus menghancurkan plak-plak kolesterol yang menyumbat)

Jantung terletak di tengah-tengah dada, agak ke kiri sedikit. Terdapat 2 salur darah utama yang membekalkan darah ke jantung (untuk digunakan oleh otot-otot jantung). Ini dipanggil arteri koronari kiri dan arteri koronari kanan. Di dalam arteri inilah penyumbatan berlaku.

7) Setelah selesai tujuh kali baca, maka akhiri dengan bacaan berkat 'Lailahaillallah Muhammad Rasulullah' semampunya, tapi jangan kurang 100 kali baca

8) Lakukan amalan ini selepas setiap kali solat lima waktu selama 21 hari berturut-turut, insya-Allah anda akan merasakan manfaat dan kesannya pada jantung anda.

Nota: Teruskan mengambil ubat-ubat yang sedang anda makan. Jangan ditinggalkan, kecuali selepas dinasihatkan oleh doktor anda!
 

Thursday, August 16, 2012

mood raya

hari ke 27 ramadan...jalan raya seakan lengang dan tiada lagi tingkah pemandu yang mengejar waktu. Fenomena awal ramai yang sedang bercuti dan merancang perjalanan pulang beraya. Suasana 'pohun nyior melambai2 dan balik kampung ...sindrom raya!!!

Pastinya rindu pada kampung halaman dan kenangan bersama tercinta bermain di kalbu. Andai dapat diputar waktu, ingin ku ulangi gembiranya raya bersama ayahanda tercinta..Ayah yang menyediakan segala keperluannya dan mak yang akan melengkapkannya..tapi.....Namun sebagai anak, saya pastikan setiap hari pasti ada kebajikan untuk aruah ayah dan mendoakannya...Itu kewajiban dan peranan yang mampu saya lakukan..mewariskan kebaikan seperti mana yang pernah ayah laksanakan.. terima kasih ayah.

Secara sukarela juga, buat pertama kalinya saya memikul tanggungjawab yang pernah ayah lakukan buat kami. Menyempurnakan fitrah mak walaupun mak berada di kampung.  Terasa satu kepuasan bila mengaminkan doa usai zakat dan fitrah dilunaskan..Mak jangan risau, kali ni anak mak yang ke 10 telah membayarnya...tapi sekiranya abang-abang masih dan akan membayarnya juga...silakan.. itu kewajiban mereka sebagai anak lelaki. Bayangkan pengorbanan mak ayah melunaskan fitrah kita dulu2... Takkan rugi orang yang memberi....

Balik kampung?? insyaALLAH esok bermulalah anak rantau ini  pulang ke desa...kita sama-sama cuti dan meraikan hari raya bersama family dan kerabat di kampung pula. Muga perjalanan selamat pergi dan balik.

Kepada sahabat-sahabat  ..
Saya mengambil peluang ini utk mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA dan
MAAF ZAHIR BATIN di pohoni atas sebarang kesilapan, kecuaian, keterlanjuran dan apa jua khilaf yang ada..Muga2 madrasah ramadan telah melenturkan hati ini untuk lebih berhati2 dalam mengkoreksi diri. Andai ada pertemuan...sudi2lah bertandang ke rumah...masih sudikah lagi ummihumairah singgah ke kampung ke?? Atau mungkinkah kak ina manjung bakal menjengok, atau puan hanim  sudi menegur air secawan dalam misi pualng ke desa..

selamat pulang kg buat familyku di rantauan..kak @Cikna, cikwan, abg nasir, abg zan sekeluarga juga selamat beraya di rantauan buat anak saudaraku...pastinya ketiadaaanmu dirasai dan keceriaan family tanpa kami..Pandai2lah jaga diri  dan iman  ye su dan dd, juga cucu2ku- alya, angah, abg hariz, dania, juga dinie. Tokchu tepat menanti kepulangan kalian nnti dan muga ALLAH pertemukan kita lagi ..apakah perasaan bila berjauhan dalam kegembiraan di syawal kelak??? Terima kasih ole2 diberi...chu amat hargai..

awal pagi tadi

27 ramadan..
fenomena di ibukota yang cukup meriah....dari segenap penjuru, ramai beriktikaf di masjid.
subhanallah...pandangan ku seketika berkata...bagaikan himpunan manusia gelandangan ...
Membawa mesej mencari tuhan. Itulah pandangan manusia yang faqeh ni. Hakikatnya inilah manusia-manusia yang sanggup berkorban dgan membawa family bersama-sama iktikaf di masjid. Meninggakan empuk tilam dan selesanya tidur. Mereka bersedia untuk menghambakan diri mengharap keampunan di sepertiga malam...

Alhamdulilah...
andainya ada peluang dan masih bernafas, pasti takkan di sia-siakan 10 malam yeng terakhir ramadan..pecutan terakhir biarlah samping ke matlamatnya..Lanturan zikir, munajat telah berjaya melenturkan hati keras ini...Sesungguhnya diri ini tak layak ke syurgamu....tapi ku tahu, sebesar manapun dosaku, hanyalah bagai pepasir di tepi pantai yang bisa di hapuskan dgn kasihnya ALLAH

terima kasih allah yang menjemput saya, har, yat juga amal untuk bersama di rumahMU tadi. bertemu pulak degn dik cinta yang baik hati  ...Bersama adik2 yang masih usia muda beribadah dan bersahur bersama ,satu kenangan termanis sebagai penutup di ramadan ini. Terima kasih adik2ku yang mnyediakan sahur kita tadi...Muga ALLAH catatkan segala amal kebaikan  ni dan bertemu kita kembali nanti.

Pagi tadi ade rintik2 hujan menyentuh bumi...suasana yang damai di jalanraya ...Apakah petanda berlalunya lailatul qadar? 
Ramadan.....tak puas  bersamamuu..pergimu ditangisi... ketemu lagi di ramadan akan datang????

Tuesday, August 14, 2012

rebat oo rebat

rebat TOL balik kampung??  bestnya dapat bonus camni di waktu2 semua orang satu matlamat....
tapi bila??? mmmm..tang ni yang rasa2nya ....mgg macam tak berpeluang

Rebat tol tersebut diberikan kepada orang ramai yang menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch 'n Go atau SmartTAG ketika membayar tol di lebuh raya kendalian PLUS pada 15, 16, 22, 23 dan 31 Ogos ini.-Petikan bernama

Pada tarikh tersebut....saya belum berangkat pulamg ke desa manakala pada 22 dan 23  masih di suasana raya di kampung...Walau bagaimana pun....langkah yang diberikan kita sambut dan alu-alukan.  Kepada yang bakal merebut peluang rebat ini selamat menikmatinya..... Bagi meredakan diri, bersangka baiklah dengan tawaran diberi selain mengurangkan kesesakan di jalan raya  dan lebuhraya nanti..kan  Sama2lah kita pulang dengan selamat dan kembali dengan selamat..

Teruskan guna TnG miles sebab rebatnya sentiasa bersama sekerap mana penggunaannya...

jika masih tak caya....dapatkan kad touch n go 
saya bukan agen dan ini bukan iklan tapi satu perkongsian