Thursday, November 1, 2012

usang

bersawang lagi....
ada tikanya ku ingin menulis 
melayan rasa hati
berkarya tanpa suara
membolos jiwa  sepi

namun
ku terhenti
tiada lagi bicara
tiada lagi 
tiada lagi
tiada apa yang bermain 
di kotak fikiran
buntu
sepi
sunyi


berikan daku masa
kan ku kongsi
cerita terbenam
tanpa perlu dikuburkan 
bersama
perginya dia
biarpun ku akur
dipinjamkan dan dipulangkan
bila dikehendakiNYA

ku kan kembali...
bekalkan ku
ketabahan
ketenangan
kesihatan
kebahagiaan
ku masih sayang 'kembara kehidupan' 



2 comments:

Kakzakie said...

Detik berlalu
nostalgia menggamit
relakan ia berlalu
walau ada rasa perit dan pahit
Robbul Jalil maha arif
semalam, hari ini mahupun esok
dgn doa penuh mengharap
berada digarisan yg lurus.

Kuatkan hati
buat entry baru Cu..

ainhany said...

salam kak,

insyaALLAH
terima kasih atas semangat terhimpun,
kan ku garap
jadikan himpunan
kisah semalam..

akak doakan ucu ye...insyaALLAh cu kembali jua