Tuesday, November 6, 2012

selamat berjuang SPM 2012

Setulus ucap selamat maju jaya buat semua calon2 SPM 2012 yang sedang beraksi di gelanggang perjuangan. Bermula semalam, lapangan di buka...Persediaan fizikal dan mental  untuk menghadapi SPM perlu diutamakan. Pastikan ketenangan dan persediaan yang rapi sebelum memasuki dewan peperiksaaan. Andainya ada kecelaruan dan kelupaan tika menjawapnya, banyakkan selawat.  Ini petua yang pernah ayah sampaikan pada saya pada tika menghadapi peperiksaan.  Amanah dan petua ini juga saya perturunkan buat
semua calon peperiksaan ini khususnya buat 2 orang anak saudara saya yang turut mengambilnya..
Untuk anakanda Aminahtul Farhatain Hj Soleh ( Along) dan  
Arif Ismail Hj Basharudin,  buat dengan terbaik dan catatkan  kecemerlangan untuk diri, family , guru-guru dan sekolah.  SMA An Nadhah  dan Maahad Mahmud perlu dinobatkan lagi sebagai sekolah berprestij untuk kecemerlangan pendidikan dunia dan akhirat. Usah diabaikan doa ibu bapa yang mengiringi dan mendoakan kejayaan anak2 semua bahkan emak2 dan bapa2  saudara juga turut mendoakannya.

Serba sedikit tentang Along... Sebagai anak sulung, Along Aminahtul telah menunjukkan ciri2 kepimpinan dan kecemerlangan sejak di bangku sekolah rendah lagi. Dia tak lokek ilmu dan sering membantu adik2nya seramai  3 orang  lagi untuk menyelesaikan masalah. Sesekali along bagai di buli adik2.. Aruah mak sering menyebelahi along. Mak sayang along dan tak salah jika mak mewasiatkan sesuatu yang disayangi untuk along.  Syukurlah along telah menunjukan yang terbaik dan pastinya mak bahagia andainya mak masih bersama..  Semuga Along berjaya dan menjadi anak solehah. Kesian along ....hanya mengetahui kematian tok(emak saya) selepas program subuh di asramanya...)

Tentang arif: Arif  pula anak kedua terakhir dari familinya. Seorang anak yang taat dan menghormati. Kejayaan abang2nya banyah mempengaruhi kehidupannya dan sayang saya tetap sama keran dia anak saudara saya sampai bila2..
(dua tahun lalu : PMR 2010 )
 
Terima Kasih para guru, yang telah melaksanakan amanah dengan bijaksana dan berhikmah. Redza dan restulah anak-anak didik ini menjalankan tanggung jawab mereka menghadapi peperiksaan ini. Sebagai kayu ukur dan  tanda aras ilmu diberikan, kejayaan diharapkan.  Halalkan ilmu diberikan dan kami generasi akan terus mendoakan guru selagi hayat dikandung badan.  

Ini adalah  doa2 ini yang dipetik dari ustazcyber: InsyaALLAh boleh dimanfaatkan buat semua:
 
1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:
وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”
 
2. Ketika menerima kertas soalan:
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

3. Ketika sukar menjawab:
ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

4. Atau:
اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.
Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

5. Jika terlupa jawapan:
اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku
 
almarhumah mak suka menemani kakak menghantar along ke asrama.. pesan tok sama saja: ceq belajaq leklok naaa.. .
 

7 comments:

azlina said...

assalamualaikum ucu..
apa habaq semuga sht2 di beri Allah hendaknya..
selamat berjuang buat semua anak2 yg akn menduduki SPM..

mama ju, said...

salam sejahtera

Anak mama pun spm juga. Doakan sama.
Bagus doa tu.
Moga semua anak2 spm berjaya dlm perjuangan.

Bb Hussain said...

aik..kita sama lagi kak..anak saudara saya pun ada yang menduduki SPM tahun ini. Semoga mereka sukses.

ainhany said...

waalaikumusalam kak ina,

alhamdulilah..
muga2 sama2 kita dalam kesihatan dan kebaikan. Terima ksih atas ucap selamat untuk anak2 generasi kita meneruskan perjuangn...doakan mereka ye kak.

maafkan ucu laaama tak berziarah..

ainhany said...

salam mamaju di sayang,

insyaALLAH, muga anak mama berjaya seperti kakak2nya juga..doa ain bersama nye jue.

Terima kasih mama singgah lagi ke teratak ni..ain hargai.Sila2 panjangkan doa ini...usaha terakhir kita doa sebelum berbertwakal..Muga kajayaan menanti mereka

ainhany said...

salam BB,

wah..kemana tumpah kuah kan..mudahan kejayaaan buat anak2 sedara kita.insyaLLAH..( we pray 4them2)

terimakasih

sahromnasrudin said...

assalamualaikum...apa khabar sahabat..semoga sihat walafiat ya..