Tuesday, August 31, 2010

Recap Birthday - Ogos

Betapa beruntungnya, ulangtahun kelahiran kali ini di sambut bertepatan dengan bulan Ramadan alMubarak. Seperti kelaziman, ucap selamat ulangtahun kelahiran saya iringi dengan doa dan harapan muga mereka yang melakar peta kehidupan bersama saya berbahagia. Dimurahkan rezeki dan di lindungi ALLAH selalu. Muga bertambah usia seiring dengan pengabadian kehadrat ALLAH . Semuga nur Ramadan yng melimpah ini terus memayungi dan merahmati kehidupan kalian.


Antara saudara-mara saya(anak2 dan cucu2 saudara) yang bertuah dilahirkan di bulan Ogos, melengkapkan nostalgia MERDEKA 53 tahun Malaysia ialah:
Fyza: 8 Ogos
Irfan : 10 0gos
Sue dan Hasyir : 11 Ogos
Najwa : 16 0gos
Dzul farizan: 18 Ogos
Dania : 19 Ogos
Tidak terkecuali juga kawan@ adik2 baik saya di BTP : Suhair dan  Angah niza
Adik angkat saya dari dulu hingga kini : Saba@JB
Sahabat maya saya - Syima dan kak zainab 

Juga ucap alhamdulilah dan tahniah kepada sahabat saya Fyda telah melahirkan bb puteri baru-baru ini dan terkini 31 Ogos 2010, jam 4.30pg, anak saudara sepupu saya – anak Farhana@ cikgu nana telah selamat memperolehi putera sulungnya di Sg Petani. Semuga kehidupan kalian bertambah bahagia dan ceria dengan kehadiran orang baru untuk diraikan.
SELAMATKANLAH GENERASI KAMI MUGA MEREKA tetap patuh dan tunduk kepada MU YA ALLAH.Bimbing dan Pimpinlah mereka di jalan yag di redai . Amin

JUGA SALAM KEMERDEKAAN--Muga negaraku 'aman' dan 'merdeka'

Monday, August 30, 2010

Sepuluh terakhir

Dengan Nama ALLAH Yg MAHA Pemurah Lagi Penyayang

Salam Ramadan kepada sahabat yg membuka lembaran KK ini. Bagaimanakah puasa anda? Sempurnakah terawih semua, berjayakah mendendangkan kalam ALLLAH hingga juzuk terakhir dan sejauh mana sahur dan pengisian sebelumnya???

Hanya tinggal sembilan hari saja lagi Ramadan akan meninggalkan kita...
Ohhh sedih rasanya...kita akan kehilangan rahmat, hikmah dan fadilatnya nanti..sama ada ditinggalkan atau meninggalkan inilah yang pasti.. Apakah kan ditemui lagi di Ramadan 1432H..wallhuaklam


Menyusuri pengalaman lalu---> 10 terakhir ini adalah saat mencemaskan dan paling pendek tidur. Mencemaskan???Ia, andaikata terlepas atau bangun lewat itu adalah kesilapan diri yang tak dapat dimaafkan. Rasa cemburu mengongkong diri bila melihat ramai jemaah beribadah di masjid2 di awal pagi.. Bertanya pada diri sendiri...kenapa harus saya memanjangkan tidur sedangan pesta ibadah sedang bermula. Subhanallah..indahnya amal dengan niat kerana ALLAH. Untuk kali ini azam saya, selagi saya masih di ibu kota, saya akan berqiyammulail secara jamaah di masjid. Sewajarnya ibadah untuk kali ini lebih baik dari sebelumnya.. insyaALLAH

Tak rugi kita mengembara di sini, kerana di sini segalanya ada..Tahun lalu, masjid yang menjadi sasaran saya  di awal pagi  (sekitar 4 pg) adalah Masjid Tmn TAR, Masjid As syakirin(KLCC), Masjid Wilayah, Masjid Kg Baru dan Masjid Negara...Rasailah sendiri dan di sini kan ditemui indahnya ibadah.

Saya mengajak, mempelawa dan menjemput sahabat2 maya untuk sama-sama beribadah. Datanglah beramai-ramai dengan niat kerana ALLAH dan tanpa paksaan sesiapa. Kita bertuah kerana dapat beribadah dengan dibimbimg oleh ustaz2, tuan imam2 yang membakar rasa keegooan, sucikan hati dan perbetulkan amalan yang rongak... Walaupun benar, kita boleh beribadah sendirian di rumah  tetapi akan ade kelainan bila bersolat hajat, taubat, tahajud, tasbih, witir serta zikir secara jamaah..Apapun ini adalah pandangan saya dan saya bertanggungjwab sepenuhnya dan niat saya mewarwarpun kerana ALLAH. Mungkin ini peluang yang ada kerana siapa sangka esok kita mampu hidup namun dah tak berdaya ke masjid lagi...Usah bertangguh kerana esok belum tentu milik kita ..

 Makluman dipetik dari website Masjid Negara...Percayalah

Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak Masjid Negara, Kuala Lumpur akan menganjurkan
Program Qiamullail Bagi Sepuluh Malam Terakhir Bulan Ramadhan 1431H/2010M 
 Di Dewan Solat Utama, Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Program ini akan bermula pada hari Selasa, 31 Ogos 2010
Program Qiamullail tersebut akan dipimpin oleh Imam yang didatangkan khas dari Mesir iaitu Sheikh Abd El-Rahman El-Desouky Taha Radwan

Sehubungan itu, tuan/ puan muslimin muslimat adalah dijemput hadir. Sekian.

Ayuh sama- sama kita gandakan ibadah dan pesta ibadat di pusingan terakhir ini....Kita sandarkan harapan pada ALLAH muga diberinya peluang dan keringanan untuk istiqamah di fasa ini.

Kiwi yang berkhasiat

TAHUKAH anda sebiji buah kiwi mengandungi zat kalium lebih daripada sebiji pisang manakala kandungan vitamin C pada kiwi pula umpama dua biji oren?

Lebih menarik, sebiji kiwi juga mengandungi kandungan serat umpama kita menikmati semangkuk bijirin selain kaya dengan beta karotina, magnesium, zink, zat besi dan fosforus.

Menurut fakta jenama kiwi terkenal dari New Zealand, Zespri, ia dianggap antara buah yang dapat membantu mengurangkan tekanan pada tubuh ketika berpuasa kerana ia mengandungi pelbagai vitamin dan zat galian penting.

Sama ada dimakan sebelum atau selepas berbuka, kiwi dapat membantu melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit kerana kandungan vitamin C di dalamnya membantu meningkatkan sistem imunisasi badan terhadap patogen seperti bakteria.

Selain itu, ia mengandungi vitamin E dan antioksidan penting untuk membantu melindungi tubuh daripada radikal bebas.

Lebih istimewa, kandungan vitamin C dan karotenoid dalam kiwi juga membantu dalam penyerapan zat besi manakala satu enzim proteolisis aktif yang digelar actinidin dapat menolong meningkatkan penghadaman protein daging, susu, kekacang dan bijirin.

Ramai yang mengalami masalah sembelit ketika di bulan puasa dan untuk mengatasi masalah berkenaan, pakar pemakanan menyarankan pengambilan sebiji kiwi dalam diet harian.

Bagi pesakit diabetes, kiwi mampu membekal sumber tenaga yang diperlukan kerana kajian menunjukkan ia mengandungi indeks glisemia 52, iaitu tahap sederhana ke rendah untuk hidangan sebiji kiwi saiz besar.

Ini bermakna tahap glukosa darah pesakit diabetes juga tidak akan bertambah secara mendadak.

Kajian turut mendapati jika kiwi dimakan sejam sebelum tidur, ia mampu membantu memperbaiki kualiti serta menstabil dan menenangkan angin seseorang.
Bagaimanapun, untuk warga emas yang mempunyai penghadaman lemah, disyorkan menikmati buah berkenaan sejam setengah sebelum tidur.

TIPS
# Untuk ­memastikan kiwi hijau sudah siap untuk dimakan, pegang buah antara ibu jari dan jari telunjuk kemudian tekan secara lembut, kiwi yang sedikit lembut sudah boleh dimakan.

# Jika kiwi tidak lembut ketika anda menekan menggunakan ibu jari dan jari ­telunjuk, ia tidak boleh dimakan ­kerana ia belum lagi mencapai tahap kemanisannya.

# Kiwi boleh ditinggalkan untuk masak beberapa hari sehingga seminggu pada suhu bilik, jauh daripada cahaya matahari dan kepanasan.

# Letakkan kiwi di dalam beg kertas bersama epal, pisang atau pir yang boleh mempercepatkan proses masak. Kiwi yang sudah masak boleh diletakkan dalam suhu bilik atau di dalam peti sejuk.

# Kiwi emas pula sudah sedia dimakan apabila dibeli.


Kiwi oren (Hidangan dua orang)

Bahannya:
3 kiwi Zespri Gold - dikupas dan dihiris
3/4 cawan jus oren
Ais krim dan yogurt


Cara penyediaan:
# Masukkan kiwi ke dalam pengisar dengan 3/4 cawan jus oren.
# Kisar sehingga halus dan tuang ke dalam gelas panjang.
# Tuangkan aiskrim atau yogurt.

Friday, August 27, 2010

Seputar bersama mereka

eh tu macam Amin, ooop eli...eh kak zan.....betulka sangkaan saya nie?? ohh dah besar pun diantara dua anak saudara 'angkat' saya. Sebetulnya sempena Nuzul Quran ini, jabatan menganjurkan majlis sumbangan utk anak yatim, OKU dan pesakit kronik yang terdiri dari staff dan bekas staff. Rupa-rupanya mereka di jemput untk diraikan sempena majlis hari ini.



Segalanya adalah telah direncanakan ALLAH taala. Sepuluh tahun lalu, En Nordin, seorang staff  RTM yg baik hati telah dipanggil mengadap Ilahi.  Tika itu saya tak mengenali allahyarham tetapi saya semakin akrab dengan isterinya  Pn. Robizan yang bertugas sebagai Penerbit TVP dan kebetulan kami sering bekerjasama dalam satu pejabat  di BTP.  Mengenalinya tidak sukar kerana perwatakannya yang peramah dan ceria sering mengundang rasa mesra. Namun sesuatu yang amat tragis berlaku tatkala kak Zan dan ibunya menunaikan umrah. Abang Nordin yang mengidap asma  telah dijemput ALLAH di hadapan 7 permata hatinya...( Along, Adam, , acik, Deeba, Aliah, Adilah dan Amin) . Bayangkan dengan rasa syahdu teramat, aruah pergi meninggalkan 7 orang anak yang berusia di antara 16 tahun - 1 tahun. Pilu rasa hati melihatkan  anak-anak ini di sisi jenazah allyarham tanpa ibu mereka...Kak Zan pun hanya mengunjungi pusara aruah  sekembalinya dari umrah dua hari selepas itu.Inilah lingkaran kisah sepuluh tahun lalu...

Kini anak yang bungsu dah berusia 11 tahun...yang dua terakhir 13 tahun......hanya mereka yang layak kerana belum melewati usia 15 tahun ( syarat menerima sumbangan ini). Rasa bertuah bertemu lagi dengan Alia dan Amin...Melayan mereka dan menginfakkan saguhati buat mereka...Walaupun kami jarang jumpa, namun saya terharu kerana anak2 ini masih ingat dan memanggil saya 'ucu'..ini adalah dengan kerelaan mereka sejak 10 tahun lalu....ucu sayang semua ...
Dari khabar ceritanya sekarang:- kak zan masih solo
- along sedang amik master kt upm
- adam(angah) dah kerja di shah alam( graduate uitm)
- acik bakal konvo
- adila uitm
- adibah, alia di sk menengah
- amin  di sk

Syabas kak Zan, seorang ibu yang berjaya mendidik dan melaksanakan tugas sebagai ibu, ayah yang berjaya. Ketabahannya memberi semangat buat anak2...
Teruskan mendoakan kejayaan anak2 yatim ini...

Thursday, August 26, 2010

Kursus Kemahiran Quran

Menjemput halaqian muslimin muslimat untuk menyertai kursus Kemahiran al-Quran. Marilah sama2. Siapa yang tak tahu lokasi tu, tiada masalah. Hubungi no telefon seperti yang tertera pada iklan. Yang baik kita hebah-hebahkan..semuga genarasi AQ di suburkan sempena ramadan ini

sumber: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=12396.msg165236#msg165236

Di pusara itu..


Soalan :
Ustaz apa hukumnya tabur bunga dan tanam pokok di atas kubur.Terima kasih utz.2010-07-26 9:14 AM

Jawapan:
Boleh, pernah Nabi meletakkan pelepah kurma di atas kuburan dan kemudian baginda bersabda, semoga orang di bawah kubur ini diringankan siksanya selagi daun ini masih basah (belum kering).
 (soalan ini  dijawab oleh Ustaz Mohd Amin)

Alhamdulillah, kepulangan saya di minggu pertama Ramadan, di mulai dengan bersahur bersama family. Kemeriahan memakan baki nasi daging (di buat kenduri berbuka puasa sempena ulangtahun pemergiaan ayah ke rahmatullah) bersama emak, kak jah, abg Soleh  dan anak-anak saudara yg pulang bercuti dari asrama merancakkan lagi waktu sahur kami.itu. Memandangkan pagi hari Jumaat, seusai waktu imsak, semua diarahkan ke Masjid yang letaknya tak jauh dari rumah.  Kami sama-sama solat subuh  berjamaah dgn bersujud sejadah sebagai lambang kepatuhan dan kesyukuran ke hadrat ALLAH. Alhamdulillah...

Mengambil peluang di awal pagi itu, kami terus mengunjungi pusara ayah.  Dalam keredupan pokok hujan, saya dan anak2 saudara membacakan yasin di sisi pusara ayah. Di akhiri dengan doa semuga roh almarhum ayah damai, dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan soleh.   Kelihatannya kesegaran pokok yang menghijau di kepala dan hujung kaki pusara ayah. Di tengahnya pula , bunga kuning subur mengeluarkan aksinya. Ini menampakkan keceriaan  pusara ayah, di pagi jumaat itu. Syukurlah muga pohon ini akan terus mendoakan buat almarhum ayah.

Namun begitu, pada hari Sabtu, dalam kunjungan kedua ke pusara ayah, kami 'trim' pokok yang tumbuh. Harapannya semuga, ia terus merimbun dan terpelihara. Rumput-rumput kecil yang menjalar dibersihkan dan di taburi dengan daun pandan dan bunga yang dibawa dari rumah..Mengakhiri kunjungan hari itu, sekali lagi yasin dibacakan dan dua nisan ini  di basuh oleh kedua-dua anak saudaraku. Semuga di panjangkan umur untuk mengunjungi pusara ayah lagi di Syawal nanti. 

Semuga apa yang saya buat, anak-anak saudara saya ini akan terus meneruskan tradisi ini, betapa kita menyayangi mereka tika di dunia begitulah juga tika " pergi tak kembali.

Ini adalah notis peringatan yang ditulis oleh kak jah selepas ayah meninggal dan akan terus  diingatkan. Peringatan ini jugalah menjadikan saya tak pernah lupa menghadiahkan AL FATIHAAH walaupun sekadar berjauhan.  Muga keturunan kami juga akan terus mendoakan ayah  ..

Untuk tahun ini dan bulan Ramadan ini, beberapa kebajikan telah dibuat atas nama ayah. Semuga   ayah  terus dirahmati dan diampuni dan direhatkan di taman-taman syurga sebelum di pertemukan di jannah nanti. InsyAALLAH

Yang baik itu dari allah jua, kelemahan dan kekurangan adalah dari kelalain diri saya sendiri.mhn diamaafi. Wallahuaklam

Wednesday, August 25, 2010

Ahli Kelab Ibadah

Tanpa yuran keahlian, tanpa tapisan, anda dialu-alukan utk menyertai kelab ibadah..Penyertaan serta merta dan keahlian seumur hidup selagi anda berpegang pada terma dan syarat. Sempena Ramadan,dilanjutkan tawaranini  beserta bonus berganda. Terbuka kepada umum tanpa mengira pangkat, usia dan latar belakang.
Calon yang layak menyertai kelab ini perlu memiliki:
1. Niat ikhlas kerana ALLAH
2. Mengikut syariat @peraturan yang telah dimeterai oleh agama berpandukan rujukan Nabi Muhd saw


Menurut Tn Guru Abdulah Al Fatani yng menyampaikan tazkirah Ramadan di Masjid Jamiul Huda Ampang, kita perlu menekadkan niat atas segala usaha yang akan dilakukan..Laksana dengan ikhlas...apa saja bentuk kebajikan dianggap sedekah dan bakal beroleh pahala disisi NYA. Laksanakan dengan sempurna tanpa terburu-terburu dalam ibadah

Subhanallah,tazkirah TG walaupun sekitar 30 min sebelum solat isya dan terawih dilaksanakan begitu menarik perhatian. Ringkas tapi padat....anda mahu join??? jom join kelab

Tuesday, August 24, 2010

Jom Sedekah 1

Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang) maka yg demikian itu adalah baik ( kerana menjadi contoh yang baik) . Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekeh-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-fakir miskin, maka itu adalah lebih baik bagi kamu  dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan -kesalahan kamu. Dan ingatlah, Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.
                                                                    Al Baqarah : 271

Bersedekahlah

Sebaik-baik sedekah adalah di bulan Ramadan. 
Sejauh mana kita memanfaatkan  iklan dan tawaran ini.?? Tepuk dada tanye hati. Saya perhatikan ramai teman berebut-rebut booking untuk membuat jamuan berbuka puasa dan more di surau pejabat. Syukur. Memperuntukan  dan menyerahkan sebahagian wang atas niat sedekah. Walaupun hanya terhad untuk 29 orang saja,ia bukanlah bererti pintu sedekah telah tertutup. Sewajarnya meneruskan niat dan hasrat ini ke tabung-tabung masjid yang lain,  pusat tahfiz, rumah anak yatim ataupun wakaf al quran/tanah. Bagi yang tak berkemampuan melaksanakannya, usahalah membantu memudahkan urusan orang , membuang duri di jalan, memberi senyuman dan sebagainya. 


Diriwayatkan dari Ibnu Abbas radliyallahu 'anhuma berkata: Rasulullah saw adalah manusia yang paling dermawan dan lebih dermawan pada bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya untuk mengajari Al-Qur`an pada setiap malam pada bulan itu.




Amalan sedekah di bulan Ramadhan itu dilipatkan pahalanya kerana kemuliaan waktu dan tempatnya sebagaimana amal-amal dilipatkan pahalanya pada dua masjid Mekah dan Madinah (masjid Nabawi) iaitu shalat di dua masjid tersebut berpahala 1000 kali lipat dibanding shalat di tempat lainnya. Oleh itu beruntunglah mereka yang melaksanakan umrah di bulan ini seperti - kak Nab n suaminya, CL, Hj Arshad dan ramai lagi teman PDKM khususnya dan umumnya kepada  yang bakal di jemput.


Selepas 14 hari berpuasa, bagaimana dengan checklist amalan di sepanjang  Ramadan??  (terima kasih untuk ummihumaira). Banyak yang lopong?. Masih belum terlewat untuk melipatgandakan amalan. Kita tak menjangka tahun depan masihkah kita berpeluang untuk bertemu Ramadan lagi. Apakah ini terakhir buat kita. Ambillah peluang fokus kepada sedekah ini,  infakkanlah sekurang2 RM1 setiap hari . Tak kan surut poket kerana di situ ada keajaiban tersembunyi. 


Wallahuaklam.

nota kaki :
- Pic MH- Credit to CL
- Checklist itu juga telah saya dicetak untuk edaran jemaah surau Muhammadi . Alhamdulillah- Credit to umihumairah

Friday, August 20, 2010

anti-dosa

Sesiapa yang qiyam Ramadhan dengan penuh iman dan mengharap pahala maka diampunkan baginya dosanya yang telah lalu”. (Riwayat al-Bukhari).

Thursday, August 19, 2010

ucap Ramadan 4

SALAM RAMADAN
Semuga satu bulan mendatang penuh cemerlang, 
4 minggu kebahagiaan
30 hari keberkatan
720 jam kasih sayang
43200 saat senyuman

via sms terimakasih alang@gee usim

Wednesday, August 18, 2010

Semanis Kurma


Dengan NAma ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Rasulullah saw bersabda:
"Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya "
( Hadith riwayat Baihaqi dan Ibn Khuzaimah )

Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air besar besar  ganjarannya..Pertamanya kenyataan ini saya tujukan buat emak dan almarhum ayah yang tak jemu2 menyediakan makanan berbuka buat anak-anaknya. Dengan sulaman air tangan emaklah dari dulu hingga kini saya menikmati dan bahagialah emak dengan janji2 ALLAH ini.Terima Kasih emak dan ayah yang sentiasa mmberi ..

Ketika saya di kampung juga, ada orang mengedarkan kurma2 sebagai hadiah selepas solat terawih. Jadi bayangkanlah bila mereka berebut-rebut bersedekah kurma yang lazimnya di makan semasa berbuka pastinya bakal memperolehi janji2 ALLAH ini. Sementara di  pejabat pula, ada beberapa syarikat yang mengedarkan kurma untuk kami. Yang nyata kami menerimanya dengan niat semuga ALLAH melimpahkan rezeki buat mereka yang memberi dan dibersihkan dari segala unsur syubhat.

Dan kurma ini jugalah sebagai tanda jalinan ukhuwah bermula. Betapa terharunya menerima sekotak kurma yang segar dan bertangkai pemberian seseorang teman maya. Allah jua yang Membalasnya, betapa pemurahnya  seorang 'kakak' ini. Saya hanya mampu bersyukur dan berterima kasih atas kemanisan dan huluran ini. Nukilan spontan..
kenal tanpa rupa
berbicara tanpa suara
itulah kenyataannya
keindahan dlm PDKM

Pertemuan itu tak dirancang
sekadar merencana kepulangan
antara CRV dengan d'kriss
bertamu di ruang masjid


Mengenalinya sedikit cuma
tpi hatinya begitu mulia
melebar senyum santun bahasanya
berbudi mulia kak zie namanya


Semanis kurma itulah semanis nikmat yang bakal dikecapi..InsyaALLAH . Terima kasih kak Zie( pernah dinobatkan sebagai antara jaguh pecut PDKM 2009). Terimakasih dan jazakillahu khoirun kathira. Saya  tak mampu mmbalasnya, melainkan merafak doa kpda Robbul Jalil agar segala amal kebajikan yang diterima, dihulur, ditabur, diberi dan segala kebaikan digantikan ALLAH dengan pahala yang berganda dan di murahkan rezeki yang berterusan. (credit buat CL@PDKM). Amin

Sama-samalah kita memeriahkan suasana Ramadan ini dengan bersedekah, menghulur dan merebut ganjaran nikmat ALLAH sepanjang tempuh sebulan ini.....Semuga kita juga di lembutkan hati untuk  menjadi seorang pemurah. Wallahuaklam

Mistakes

If a barber makes a mistake,
It's a new style

If a driver makes a mistake,
It is an New path


If a engineer makes a mistake ,
It is a new venture


If parents makes a mistake,
It is a new generation


If a politician makes a mistake,
It is a NEW LAW



If a scientist makes a mistake,
It is a new invention


If a tailor makes a mistake,
It is a New fashion


If a teacher makes a mistake ,
It is a new theory



If our boss makes a mistake,
It is a New idea

If an employee makes a mistake,
It is a      'Mistake'

THANK Q (credits to NMK)

Monday, August 16, 2010

Motivasi Remaja di Masjid Negara

Anda mmpunyai anak/adik dan berada di sekitar Kuala Lumpur/Selangor ?
usia antara 9-16 tahun
sertailah Smart Study, Smart Solat dan Smart Ramadhan
pada : 21 Ogos 2010 (9am-1030pm)
di Masjid Negara, KL (Sempena Ramadan Al Mubarak)
Yuran : RM50

Daftar sekarang/tempat:  hubungi : Ust. Subhi 0193775484 atau pejabat : 03-26937784
utk lanjut : www.mybmq.com

Objektif program:
1.Pendedahan kepada pensyariatan solat, penghayatan Ramadan dan tip-tip smart study
2. Memahami perkara wuduk dan soalt secara teori dan pktikal
3. Pendedahan kpda kelebihan, kebesaran dan hikmah bulan Ramadan

4. memahirkan diri kepada asa fardu ain sebg pelengkap remaja muslim
5. Kearah melahirkan remaja muslim yg berilmu, bersahsiah melalui penghayatan ilmu dan iman.

Yang baik kita sebar-sebarkan. Muga bermanfaat dan selamat  generasi kita.
-wallhuaklam--

Allahi Allah kiyakaro



Translate to english:

say Allah Allah all the time
give no pain to anyone
who is the owner of this world
always say Allah's name

Allah say Allah

walk on the right path
give no pain to anyone
who is the owner of this world
always say Allah's name

don't do this selfishness
give no pain to anyone
who is the owner of this world
always say Alla'hs name
*********************************

Lagu ini menggunakan bahasa urdu. Setelah diolah dgn muzik, melodi dan lagu yng sesuai...hmmm enak didengar dan hayatilah terjemahan liriknya..satu peringatan agar kita tak melupai ALLAH dimanapun jua..

Terimkasih MH