sebuah catatan perjalanan yang menemukan kita pada satu NOKTHAH. Muga perjalananku direstui...
Tuesday, March 30, 2010
4the rest of mylife
apa istimewa tentangnya?
-lagu yg menarik dengan lirik yg touching..
-diperkenalan oleh adinda wanie dan adinda syida..Terimakasih dik
-hargailah kehidupan ini utk memperolehi kehidupan yg lebih mmbahagiakan di sana
-kejujuran dan kesetiaan adalah satu anugerah ALLAH
-mengembalikan ingatan pada booth alhidayah di pesta buku. Lagu2 Maher Zain ini yg berkumandang mmbawa feel yg mndamaikan di situ..Menanti rahmat dan hidayah berterusan.
-bersyukurlah
-lagi???
Friday, March 26, 2010
Thursday, March 25, 2010
Gamatnya PWTC
Antara yang sempat saya ikuti dan rakamkan yg dianjurkan oleh Saba Media- wakaf Quran terjemahan bahasa Inggeris. Taklimat yg disampaikan oleh seorang pemidato terpilih bukan sahaja menyentuh tentang akidah tetapi juga penggunaan kalimah ALLAH yg masih kabur. Dgn mngaitkan islam bukan hanya utk kaum melayu di malaysia, begitu juga lah isu kalimah ALLAH. Harus dipandang secara positif dan langkah Saba Media yg menganjurkan wakaf quran degn tawaran RM100 utk dua buah quran versi Bahasa inggeris ini di alu-alukan. ( tawaran ini terhad sempenaa KLBF2010 sahaja).
Yayasan Restu pula membuat persembahan muzikal islam yg digabungjalinkan dengan sketsa Al Quran sebagai wadah utk ummah. Proses penyalinan mushaf Al quran begitu teliti dan mmpunyai corak dan keseniaan melayu di nukillkan di tepi al quran tersebut. Cetakannya juga mmpunyai nombor siri dan tidak boleh diciplak.zinkan.. Dalam masa yg sama demostrasi khat dari suarah "iqra" menjadi perhatian umum samada di paparan skrin maupun dari pelawat yg datang. Teruskan usaha dan misi yayasan restu
Ini pula, sesi ilmuan yg mmbicarakan betapa buku mengubah kehidupan. Dua orang motivator yg mmpunyai pengalaman dan merubah kehidupan kesan dari buku yg diibaca. Bagi en.samsudin kadir pengarang beberapa buku motivasi, cabaran baginya adalah harapan masa depan. Cara penyampaiannya begitu berhikmah dan beliau mengajak masyarakat umum mengubah harapan menjadi kenyataan. Mengambil contoh dunia sekarang yg mengejar A, sebenarnya mengajar pelajar bersaing dan pulun untuk diri sendiri. Sedangkan skor A bukanlah makna kejayaan yg sebenar. Sepatutnya ibu bapa lebih bertanya kepada anak2 "hari ini berapa orng kawan yang kamu bantu". Merujuk kegagalan Dr M, dan Prof Ungku Aziz semasa di peringkat awal pendidikan wajar dijadikan iktibar. Hatta Albert Eeistien juga dikatakan gila kerana berfikir diluar jangkaan.Begiti juga Dr Atan seorang lepasan universiti luar negara dlm bidang kimia tetapi kini menghambakan diri dengan NGO- islamic relief dan menjadi badut utk menghiburkan kanak2 kesan dari buku yg dibacanya. bukan setakat itu bahkan dia telah memiliki setara ijazah dlm bidang badut ni. Betapa beliau anak muda yg melakukan kerja amal walaupun memiliki sijil profesional. Kenali potensi diri dan langkahlah dengn jayanya.Tajuk buku yang mengubah hidupnya itu akan saya maklumkan kemudian....secara spontan begini...saya pun lupa.

Moralnya, selagi ada pesta buku, semakin rancaklah pentas di PWTC tu. Kalau pun i sessi lmiah dari buku dapat dikongikan , kenapa kita tak mencari peluang ini. Tahniah kepada penganjur yg menjalankan pelbagai aktiviti. Yang tak dapat saya hadiri ialah sessi pelancaran buku....
Namun buku dua buku karya ustaz saiful islam tetap menjadi sasaran. Ini Antara buku2 yg tersenarai...
Selamat mengunjungi dan selamat datang...
Tuesday, March 23, 2010
Apa dah jadi
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara [JPN] Datuk Alwi Ibrahim telah mendedahkan peningkatan Anak Luar Nikah [ALN] yang didaftarkan ke Jabatan Pendaftaran Negara: [Berita Minggu 21 Mac]
a] 2007 : 16,100 anak Luar nikah
b] 2008 : 16,541 anak luar nikah
c] 2009 : 17,303 anak luar nikah
Datuk Alwi juga menyebut bahawa dalam tempoh 5 tahun terakhir Jabatan Pendaftaran Negara telah mencatatkan 74,723 anak luar nikah yang membabitkan orang melayu Islam .
[Fakta ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat]
Sepanjang tempoh yang sama [ 5 tahun ], seramai 214,033 bayi luar nikah didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf termasuk kes anak yang tidak berbapa dari pelbagai bangsa dalam negara kita .
Menjadi tanggungjawab setiap individu untuk bangkit berjuang bagi menyelamatkan negara dari kebinasaan dan kemusnahan ini dengan membuat desakan agar syariat Islam dilaksana dan didaulatkan . Ianya adalah satu desakan berasas setelah semua pihak menyaksikan kegagalan total sistem peraturan dan undang - undang ciptaan manusia .
( sumber : http://episodeperjuangan.blogspot.com )
apa tindakan kita?
Seketika pulang ptg tadi, Radio Bernama dlm aksi terjahnya menjadi pilihan saya. Seorang wanita yg bukan gadis lagi dari Johor yg sedang mengandung 7 bulan telah dihantar ke sebuah institusi pembelaan wanita dan kanak2 di KL. Berkongsi pengalamannya bersama DJ dan pendengar membuatkan hati saya seperti bertanya2. Adalah dia telah sedar dan betul2 insaf??? Wanita berusia 18 tahun itu hanya memaklumkan kepada familynya setelah kandungannya 7 bulan dan dia melakukan perbuatan terkutuk tersebut bersama teman lelakinya yg dikenali hampir 2 tahun. Pada pandangan saya perbuatan terkutuk itu berlaku bukan dgn ketidakrelaan atau keterpaksaan. Sesuatu yang harus difikir2kan.
Walaupun perbincangan itu tak dapat saya ikuti hingga akhir, tetapi beberapa persoalan berligar2 di fikiran saya. Kenapa teman lelakinya menyepikan diri selepas itu??? Selesaikah sudah tanggung jawab ibu bapanya dan sanggupkah wanita ini menghadapi cabaran yg lebih ganas selepas ini?? Anak kecil yg bakal dilahirkan ini juga akan mencatatkan graf peningkatan anak tak saf taraf lagi??? Apakah pembelaan ini bermakna selesai sudah tugas kita??
Menyusuri tasek Titiwangsa satu ptg juga, saya dapati ramai anak2 remaja bercouple dan bersantai di sini. Mereka seolah2 (tak semua) merasakan ia bukan satu kesalahan bila berdua2an, berpegangan dan bermesra-mesraan. Inilah pintu2 kearah kemaksiatan dan penzinaan. Di manakah ilmu yg diadun, ditanam dan disemai selama ini atau sekurang-kurangnya di mana budaya melayu yg menjadi pegangan dan adat kita walaupun sekadar semasa perkahwinan? Tidak adakah rasa malu dan bersalah pada agama, ibu bapa, masyarakat serta alam yng menyaksikan fenomena ini.
Bertanya saya pada diri, apakah yg wajar dan harus saya buat untuk membantu anak generasi kita hari ni. Bukan sekadar menuding jari satu sedangkan 4 lagi mengadap diri sendiri. Saya takut andai hari ini saya berbicara tentang orang, kelak saya diuji pula. Saya akui anak2 saudara saya yang ramai sedang meningkat remaja dan suatu hari nanti akan keluar dari kepompong family mereka, apakah mereka setega Masyitah yg sanggup diumpan dengan kawah demi maruah ISLAM yg disanjungi. Semuga ALLAH mmbukakan jln hidayah kepada semua dan menyelamatkan kita juga. Ayuhlah wahai teman, sahabat, rakan dan semua :
teruskan berdoa...wallahuaklam..
a] 2007 : 16,100 anak Luar nikah
b] 2008 : 16,541 anak luar nikah
c] 2009 : 17,303 anak luar nikah
Datuk Alwi juga menyebut bahawa dalam tempoh 5 tahun terakhir Jabatan Pendaftaran Negara telah mencatatkan 74,723 anak luar nikah yang membabitkan orang melayu Islam .
[Fakta ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat]
Sepanjang tempoh yang sama [ 5 tahun ], seramai 214,033 bayi luar nikah didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf termasuk kes anak yang tidak berbapa dari pelbagai bangsa dalam negara kita .
Menjadi tanggungjawab setiap individu untuk bangkit berjuang bagi menyelamatkan negara dari kebinasaan dan kemusnahan ini dengan membuat desakan agar syariat Islam dilaksana dan didaulatkan . Ianya adalah satu desakan berasas setelah semua pihak menyaksikan kegagalan total sistem peraturan dan undang - undang ciptaan manusia .
( sumber : http://episodeperjuangan.blogspot.com )
-------------------------------------------------------------------------
apa yg hendak dikatakan dengan fakta ini?apa tindakan kita?
Seketika pulang ptg tadi, Radio Bernama dlm aksi terjahnya menjadi pilihan saya. Seorang wanita yg bukan gadis lagi dari Johor yg sedang mengandung 7 bulan telah dihantar ke sebuah institusi pembelaan wanita dan kanak2 di KL. Berkongsi pengalamannya bersama DJ dan pendengar membuatkan hati saya seperti bertanya2. Adalah dia telah sedar dan betul2 insaf??? Wanita berusia 18 tahun itu hanya memaklumkan kepada familynya setelah kandungannya 7 bulan dan dia melakukan perbuatan terkutuk tersebut bersama teman lelakinya yg dikenali hampir 2 tahun. Pada pandangan saya perbuatan terkutuk itu berlaku bukan dgn ketidakrelaan atau keterpaksaan. Sesuatu yang harus difikir2kan.
Walaupun perbincangan itu tak dapat saya ikuti hingga akhir, tetapi beberapa persoalan berligar2 di fikiran saya. Kenapa teman lelakinya menyepikan diri selepas itu??? Selesaikah sudah tanggung jawab ibu bapanya dan sanggupkah wanita ini menghadapi cabaran yg lebih ganas selepas ini?? Anak kecil yg bakal dilahirkan ini juga akan mencatatkan graf peningkatan anak tak saf taraf lagi??? Apakah pembelaan ini bermakna selesai sudah tugas kita??
Menyusuri tasek Titiwangsa satu ptg juga, saya dapati ramai anak2 remaja bercouple dan bersantai di sini. Mereka seolah2 (tak semua) merasakan ia bukan satu kesalahan bila berdua2an, berpegangan dan bermesra-mesraan. Inilah pintu2 kearah kemaksiatan dan penzinaan. Di manakah ilmu yg diadun, ditanam dan disemai selama ini atau sekurang-kurangnya di mana budaya melayu yg menjadi pegangan dan adat kita walaupun sekadar semasa perkahwinan? Tidak adakah rasa malu dan bersalah pada agama, ibu bapa, masyarakat serta alam yng menyaksikan fenomena ini. Bertanya saya pada diri, apakah yg wajar dan harus saya buat untuk membantu anak generasi kita hari ni. Bukan sekadar menuding jari satu sedangkan 4 lagi mengadap diri sendiri. Saya takut andai hari ini saya berbicara tentang orang, kelak saya diuji pula. Saya akui anak2 saudara saya yang ramai sedang meningkat remaja dan suatu hari nanti akan keluar dari kepompong family mereka, apakah mereka setega Masyitah yg sanggup diumpan dengan kawah demi maruah ISLAM yg disanjungi. Semuga ALLAH mmbukakan jln hidayah kepada semua dan menyelamatkan kita juga. Ayuhlah wahai teman, sahabat, rakan dan semua :
Doa mohon Allah selamatkan ummat...
Doa mohon Allah ampunkan ummat...
Doa mohon Allah bantu ummat...
Doa mohon hidayat ummat seluruh alam...
dan FIKIR seperti mana fikir nabi saw...bagaimana seluruh ummat dpt selamat drp neraka masuk syurga Allah...

dan BUKAN..
berda'wah utk digelar aku seorang da'ie...
berjihad utk digelar aku seorang mujahid...
menderma utk digelar seorang dermawan...
berda'wah utk digelar aku seorang da'ie...
berjihad utk digelar aku seorang mujahid...
menderma utk digelar seorang dermawan...
teruskan berdoa...wallahuaklam..
Monday, March 22, 2010
Thnx Q Allah
I was so far from You
Yet to me You were always so close
I wanna love in the dark
I close my eyes
To all the signs
You put in my way
I walked the day
Further and further away from You
Oh...
Allah...
You brought me home
I thank You
With every breath I take
Alhamdulillah
Our praise is to Allah
I never thought about
All the things You had given to me
I never thank You once
I was to proud
To see the truth
And prostrate to You
Until I took the first step
And thats when You opened the doors for me
And now Allah I realized what I was missing
By being far from You
Alhamdulillah
Our praise is to Allah
ALLAH...
I wanna to thank You
I wanna to thank You
For all the things that You've got
You've got me through all the years I've been lost
You guiding me from all the ways that were wrong
And indeed You give me hope
Oh ALLAH...
I wanna to thank You
I wanna to thank You
For all the things that You've got
You've got me through all the years I've been lost
You guiding me from all the ways that were wrong
I wanna thank You
For bringing me home
Alhammdulillah

Sunday, March 21, 2010
pertemuan itu...
Bermulalah penceritaan tentang gerai BTP yg terpinggir di celah pintu masuk tingkat 3, PWTC. Yang dapat saya kongsikan, BTP seperti hambar dan pudar. Satu2nya bahagian KPM yg dulunya lebih sinonim dengan TVPendidikan, anugerah NILAM dan beberapa event besar yg melibatkan pendidikan termasuklah Pesta buku, PIPP dan lain-lain lagi kini semakin malap. Menerusi media websitenya tersendiri, orgramai memperolehi info namun sejauhmanakah keberkesanannya????
Kebetulan juga, kami berkongsi masalah perumahan terbengkalai dari pemaju perumahan yg sama. Pelbagai kerenah dan mehnah dari pemaju dirasai dan menerusinya, saya menyertai komuniti PJ di laman web. Bersyukurlah kini rumah tersebut telah siap dan boleh diduduki walaupun tanpa sebarang bayaran pampasan atas kelewatan dan kecuaian mereka. Namun berbeza dengan kawan saya ini, rumahnya masih belum berstatus walaupun potongan pinjaman berterusan sejak 4 tahun lalu. Bersabarlah YM Raja, mudah-mudahan dapat rumah yg lebih baik atas kesetiaan menanti. Kini mengertilah saya makna kesyukuran, ALLAH membebani seseorang itu mngikut kemampuannya dan selayaknya saya menjadi manusia yg bersyukur. Seusai solat maghrib pula, ketika memasuki pintu masuk PWTC, sapaan salam sayup kedengaran dari belakang. Wajah manis dua puteri ayu bertag petugas dgn berbaju T biru memang membuatkan saya terkedu. Subhanallah. Ti ke nie???.Rupa-rupanya di surau tadi, “adik” saya dan temannya juga berada di sana. Salam bersambut, tangan dihulur, “adik” mencium tanganku, saya cium pipi kiri kanannya.. cu pun rindu ti (mungkin kerana kejutan ini, tindakan luar sedar saya membenarkan dia mencium tangan saya yg banyak dosa ini)
Kerana pertemuan itu juga saya berkesempatan berjumpa dengan Yb Izzah..wanita reform yg ceria seperti dulu..alangkah indahnya pertemuan hari ni..Muga semangat dan visi perjuangan kita berterusan.
p/s : laa baru perasan buku PLJ hilang juga .
gara2 camera buat hal, foto bersama yb juga terdelete...hihi..think positive
Friday, March 19, 2010
KLBF 2010- kunjungan pertama
Picture tell a story:
Rombongan dari Chini menyeberangi sempadan ilmu pada hari petama.
tapi mana ayahnya dan adik nadia?? betapa ceria anak2 saudara saya bila di beri peluang lagi mengunjungi pesta buku lagi...bila ulat bertemu buku.....Sempat juga suruh mereka berposing. Sementara urusetia PBKL sentiasa mngalu2kan kedatangan dengan target sasaran kali ini 2 juta pengunjung.
Bila dapat buku, mulalaa mengasingkan diri...terkadang buku penghalang mereka bersosial..Tiada lagi berkejaran dan usik- mengusik ...kini masing-masing menyendiri dan mmpunyai agenda tersendiri...Buku Lakaran Masa Depan
Ayuh kita meriahkan lagi Kuala Lumpur Book Fair 2010 (KLBF) kali ini yg mempunyai 3 blok untuk dikunjungi: A,B dan C.Keadaannya pun terkawal dgn oneway..dari ruang legar A, ke tingkat 1 (B) dan ke dwn tun razak- seberang sungai(C). Kepada pengunjung sediakan stamina dan wang kerana tiada penyesalan di penghujungnya.kalau tak percaya jom jumpa di sana.
p/s ptg ni ada bicara buku kt bilk kedah- yb izah akan hadir sama- sumber fb Dr Lo'lo
SELAMAT DATANG
Thursday, March 18, 2010
PeSta buku 2010
hari ni hari PERTAMA
-melayan anak2 saudara berkunjung ke PWTC
semuga kami dapat menjana minda dgn mmbaca
JUMPA DI SANAA
-melayan anak2 saudara berkunjung ke PWTC
semuga kami dapat menjana minda dgn mmbaca
JUMPA DI SANAA
satu kisah
Mlm munajat bersama Ustz Badrul Amin begitu shahdu dan menyentap hati... betapa banyak dalam kealpaan saya mengukir dosa2 yg tak disedari. Lahiriahnya tak tapi bersarang kata umpat yg tak didengar kwan, meruap rasa benci tak berkesudahan, rasa amarah pada kenderaaan, rasa muak pada kesesakan.....inilah yg perlu di cuci dan di polish dan dibasmi. Batu persempadanan yg menghalang doa dikabulkan bila adanya sifat2 terkeji ni.Cara menghalang karat ini dari bersarang adalah dgn istifar dan melakukan solat taubat selalu....Semuga dapat diamalkan dari masa ke semasa....
Yang nak dikongsikan adalah cerita dari pengalaman ustaz Badrulamin mngendalikan kursus motivasi di sebuah masjid di Rawang. Katanya di ajarkan anak2 yg seramai 100 orang tu bersolat duha. Buat pertama kalinya wajah suci anak2 ni melaksanakan dengn penuh rasa ketaatan dan memohon dimurahkan rezeki buat mereka dan ibu bapa. Diamainkan anak2 ini dengan deraian airmata keinsafan dan munajat yg telus. Tak berapa lama selepas itu, ada jenazah di bawa ke situ dan mohon disolatkan. Memandangkan ini juga pengalaman pertama, ustaz menganjurkan anak2 ni bersama2 solat jenazah dan di ajarkan serba ringkas tentang cara solatnya. Alhamdulillah, ramailah jemaah yg mmyembahyang dan mengaminkan aruah tersebut. Sebelum keluar dari pintu masjid, ada orng mnghulurkan sampul surat berisi kepada setiap jemaah. Anak2 jadi tak keruan dan menerimanya tetapi penuh tanda tanya... Ramai gembira menerimanya walaupun ada yg keciciran.Mereka bertanya ustaz dan dengan senyum ustaz kata ....syukurlah anak2....ALLAH dengar rintihan kita....semua dah solat duha tadikan.....SEkarang benarkan janji ALLAH, rezeki buat org yag solat dengan yakin tadi. Bagi yang tak dapat tu kena check semula solat tadi dan jangan kecewa teruslah amalkan solat ini.
Moralnya: Sebaik2 amalan dimulai dengan taubat dan solat taubat, diiringi dengan solat hajat dan lain2 solat sunat..Manakalat solat duha merupakan sedekah untuk sendi2 kita dan dapat meluaskan rezeki. Mudah2an akan terus mengalir rzki yg halal lagi berkat. Semuga dpt dijadikan iktibar
lokasi kejadian; Masjid kg melayu
masa: 7.30-11.00 mln

menanam saham
“Harta kita ialah apa yg kita dah makan seharian, apa yg kita pakai sehingga lusuh dan apa yang kita sedekahkan.”.
Bermuhasabah saya seketika. B’fast dan lunch tadi saya makan bersama sahabat2. Apakah ini harta yg dimiliki, yang bakal meringankan timbangan ku kelak bernilai 3 biji roti canai dan beberapa pinggan nasi di sebuah warung pilihan ramai. Ohh betapa saya terlena dengan limpahan rezeki yg diberi ALLAH selama ini. Apakah makna keselesaan dan fasiliti dunia yang dimiliki jika tak membantu di akhirat kelak.….Impikasi makan amat berpengaruh kepada jasad dan roh. Makanan yg halallaltoiyibban bukan saja menyenyangkan bahkan membentuk darah daging dan keperibadian seseorang. Semuga kita menjadi lebih teliti dan peka dengan apa yg dimakan.

Merenung baju-baju di almari.. Betapa lusuhnya jubah rasullullah berbanding sebeban baju yg dimiliki yang tak sempat pudar. Betapa ia bukanlah harta saya kelak,pabila roh meninggalkan jasad, pakaian dan harta dunia… terserahlah kepada mereka menguruskannya…Segala harta sama ada disayangi atau tidak, dipamer atau disimpan, diguna atau dihias segalanya akan ditinggalkan dan dipersoalkan. Subhanallah.
Yang hakiki milik kita ialah apa yg telah disedekahkan. Sedekah yg merupakan pintu kebaikan juga boleh diibaratkan umpama penuras yg mengasing wang perolehan dan pendapatan daripada unsur haram dan syubhat. Rahmatnya sedekah ini, penderma akan di doakan malaikat supaya digantikan harta yg luak kerana sedekahnya itu. Ayuh bermurah hatilah kita untuk bersedekah selagi ada orang yang menerimanya.
Betapa tazkirah pendek ini terpana diri sendiri…nak dapat doa makbul kena jaga makan, barulah berkembang biak anak2 yg soleh yang akan mndoakan. Doa makbul- makanan halal- bentuk anak soleh.
Bersedekah juga merupakan penawar penyakit jasmani. Cuba kita 'flashback', bilakah kali terakhir kita bersedekah dan mmbuat "uptodate top-up" akhirat dan janganlah kita menjadi manusia yg rugi. Masih belum terlewat untuk menanam saham akhirat… wallahuaklam
sumber : tazkirah magrib di masjid keramat
Monday, March 15, 2010
Kebetulan atau suratan
“ ….,Mak nak ikut laah, tunggu sat” kata mak sebelum beralih ke biliknya. Plan awalnya saya akan ke pusara ayah besama-sama Ibrahim saja memandangkan ini ziarah saya ke dua kalinya di hujung minggu tersebut. Tak sangka pulak mak ingin mengikutnya kali ni. Saya tahu bunga rindunya pada ayah tak pernah menguncup. Sambil menunggu mak menyempurnakan wudu’ dan tudung, saya memetik beberapa kuntum bunga kenanga. Baunya mengharumkan laman rumah dan kuntuman bunganya sering menguning mengindahkan persekitaran.Tragisnya, inilah pokok yg pernah di tanam oleh almarhum ayah kerana air tangan ayah selalunya menyejukkan bumi dan pokok akan subur hidup. Sama ada kebetulan atau suratan ini adalah hakikatnya…Saya merenung diri sendiri, jarak dari bukit IBC ke masjid RTM hanya 300 mter pun memenatkan andainya saya di usia tua ayah mampukah saya melangkah lagi. Hanya ALLAH yang mngetahui.
Di sisi pusara ayah kini , bersimpuh sang isteri ditemani cucunda dan anakndanya membisikan nyanyian kasih kepada murabbi. Ayah ...kelak kami pasti menurutimu..muga kita bertemu di syuga. Insya ALLAH
Ya Allah! Sampaikanlah pahala apa yang telah kami bacanya kepada almarhum ayahanda…”.
Sunday, March 14, 2010
di sini ku temui
Di sini kedamaian
Bersama sekalung doa di kirim
Muga tenang dirimu di sana
Ayuh….mari kita saling mendoakan
AL FATIHAH buat ayahanda juga penghuni kubur
Kelak ku menyusuri bersamamu
Al fatihah jua buat aruah mertua AZ, nenek datin asnija, sepupu mamaju, ayah dan bonda CL juga semua muslimin muslimat yg kehilangan org tersayang terutamanya buat rakan PDKM.
Semuga roh mereka dicucuri rahmat berterusan.
Semuga roh mereka dicucuri rahmat berterusan.
AMIN
Fikir dan Zikir
Merupakan dua kaedah utk mengenali ALLAH secara total. Memerhati alam dan keperluan dengan menggunakan mata, hati dan akal mampu menerobos rasa kesombongan diri. Kita perlu menghargai alam yg diciptakan. Manusia dilantik sbg sebagai ‘duta” utk memelihara dan memulihara alam ini. Walaupun hari ini kita selesa dengan apa yng kita terokai tetapi wajarlah diseimbangkan untuk makhluk lain juga. Janganlah kerana kecuaian hari ini, pemanasan global akan manjadi topic panas kelak. Membayangkan seekor burung yang hinggap di belakang kerbau mungkin sekadar berehat sebentar tetapi hakikatnya ia saling berhubungan. Burung akan memakan kutu pada kerbau dan menghilangkan rasa kegatalan yg berterusan. Ini lah rahsia alam kerana dan setiap ciptaan itu interdependence dan harus kita berfikir dan bersyukur.
Mengingati kembali kisah nabi Muhammad s,aw tatkala bangun qiyamullail, Nabi akan melihat, merenung ke langit seketika sebagai simbolik rasa rendah diri dalam menghancurkan rasa takabbur dan merasai kebesaran ALLAH. Betapa DIA menguasai dan berhak memberi dan mengambil sesuatu tanpa izin sesiapa. Segalanya hakmilik kekal ALLAH. Tetapi sejauh mana kita merenung ‘flash back’ kehidupan kita. Apakah hari ini lebih dari semalam yg ditinggalkan..fikir2kan
Kita perlu sentiasa bersedia untuk diuji dan jangan lupa asal usul. Menerima ujian dengan redza sambil bermuhasabah dan berzikir serta beristifar. Inilah antara intipati kuliah bulanan Ustaz Saiful Islam dalam membicarakan tentang akidah di sebuah masjid di Ampang. Lazimnya kuliah dihadiri oleh ramai jemaah dari pelbagai golongan dan bentuk penyampaiannya banyak disulami contoh dan pengalaman hidup. Semuga ustaz terus menyebarkan dakwah bagi meneruskan kesinambungan addin.
Foto: gambaran dinasour yg keujudannya satu ketika dulu digeruni kini hanya menjadi fantasi dan animasi. Bersediakah kita andai ia hadir kembali…
Betapa anak-anak ini gembira menyaksikan pameran interaksi dymotrax petrosains di Kuantan. Satu rehlah keluarga kakak saya sempena cuti sekolah. Muga anak2 ku dapat berfikir dan berzikir. Setiap kejadian ALLAH mmpunyai hikmahnya....
Gambaran virtual dulu, kini manjadi mainan cuma..
Mengingati kembali kisah nabi Muhammad s,aw tatkala bangun qiyamullail, Nabi akan melihat, merenung ke langit seketika sebagai simbolik rasa rendah diri dalam menghancurkan rasa takabbur dan merasai kebesaran ALLAH. Betapa DIA menguasai dan berhak memberi dan mengambil sesuatu tanpa izin sesiapa. Segalanya hakmilik kekal ALLAH. Tetapi sejauh mana kita merenung ‘flash back’ kehidupan kita. Apakah hari ini lebih dari semalam yg ditinggalkan..fikir2kan
Kita perlu sentiasa bersedia untuk diuji dan jangan lupa asal usul. Menerima ujian dengan redza sambil bermuhasabah dan berzikir serta beristifar. Inilah antara intipati kuliah bulanan Ustaz Saiful Islam dalam membicarakan tentang akidah di sebuah masjid di Ampang. Lazimnya kuliah dihadiri oleh ramai jemaah dari pelbagai golongan dan bentuk penyampaiannya banyak disulami contoh dan pengalaman hidup. Semuga ustaz terus menyebarkan dakwah bagi meneruskan kesinambungan addin.
Foto: gambaran dinasour yg keujudannya satu ketika dulu digeruni kini hanya menjadi fantasi dan animasi. Bersediakah kita andai ia hadir kembali…

Gambaran virtual dulu, kini manjadi mainan cuma..
Subscribe to:
Posts (Atom)