
Sempena Cuti Wesak kesempatan menghadiri seminar "
Wanita dari kacamata AQ: Satu Analisis tak disia-siakan. Jutaan terima kasih dan tahniah kepada penganjur majlis: IIS satu badan NGO yanng melaksanakan misi dakwah dan menyebarluaskan pemahaman islam kepada ummah. Walaupun kumpulan sasaran seminar ini adalah lelaki namun majoriti kehadirannya adalah wanita. Syukur.
Sebagai rumusannya, dlm islam wanita diletakkan di mertabat paling mulia sehingga tercatat dalam beberapa surah dalam AQ. Antaranya, Surah al Nisa khusus membicarakan tentang wanita bagi melindungi kepentingan dan hak-haknya. Manakala pengkisahan kehebatan serikandi Islam ada di catatkan dalam AQ. Watak kebaikan yang dikisahkan diulas secara terperinci. Antara watak serikandi terpuji tersebut ialah :
- "Maryam": Lambang pemudi mithali
- "Ibu Nabi Musa": Cinta dan pengorbanan
- "Asiah" : wanita mulia
- "Balqis": pemerintah yang bijak dan beberapa lagi yang perlu diterokai menerusi AQ.
Allah jua yang Maha Mengetahui walaupun tidak disebutkan secara khusus nama watak tersebut TETAPI penumpuan kepada iktibar kisahnya. Sama-sama kita mengkaji dan mencontohi tokoh serikandi yang hebat itu
Kenapa dikisahkan?
Uniknya AQ bukan sekadar satu pengkisahan sejarah Islam tetapi juga satu pengiktirafan kepada kaum Wanita @Hawa . Melihat di segi sifat, sikap dan perwatakan kaum wanita sendiri yang boleh mempengaruhi dan dipengaruhi bergantung kepada nilai, latar belakang keturunan dan agamanya. Walau bagaimanapun iman tak boleh diwarisi tetapi boleh di bentuk dengan moral hasanah.
Namun begitu ada juga antara wanita yang dikisahkan dalam AQ yang membawa watak kejahatan yang perlu disempadani. Kita meneliti kejahatan mereka tetapi metaforanya kita menilai dan mmperbaiki watak yang ada pada diri sendiri. Antaranya ialah
-
Imra'atul aziz - Zulaikha ( Rujuk Yusuf, 23 )
Perwatakan lahiriahnya sebagai isteri pembesar Mesir yang menggoda, curang dan hilang rasa malunya.
-
isteri nabi Luth a.s dan nabi Nuh a.s ( rujuk Al Tahrim,10)
Walaupun tanpa disebut namanya, tapi sifat mereka yang mengkianati dakwah yang dibawakan oleh nabi Luth a/s dan Nuh a/s amat dikesali.
-
Wanita bandar ( surah Yusuf,30-31)
sebagai tetamu yang diundang untuk majlis mmperkenalkan Yusuf mereka juga mengeji, mengumpat dan menfitnah Zulaikha
- I
steri Abu Lahab ( Rujuk Al Masaad/ Lahab, 4-5)
membantu suami membuat maksiat dan menganggu tugas dakwah Nabi Muhammad saw
-
Wanita yng merungkai ikatan ( al Nahl,92)
sinonim dengan perbuatan tercela wanita yang suka membuat kerja sia-sia atau memungkiri janji dan sumpahnya.
AQ adalah satu contoh hidup pengkisahan tentang kita lalui sekarang. Sifat. sikap yang negatif haruslah dipandang di segi
moral of the story manakala yang positif wajarlah di dicontohi dalam menyempurnakan sifat kemuliaan wanita. Sama-sama kita memperbaiki diri dan sejauh mana langkah kita kembalilah kepada yang digariskan dalam perlembagaan AQ .
Terima Kasih kepada ahli panel Ustaz Adlan Abd Aziz (Al Ahkam.net) yang berkongsi ilmu tentang watak kejahatan wanita dalam kisah AQ manakala Ustaz Mohd Syauqi Mohd Zahir (UIAM) yang berbicara tentang watak kebaikan wanita dalam kisah AQ. Pembentangan yang tuntas dan padat dalam waktu yang terhad. Bicara ustaz bersandar pada AQ dan penyelidikan yang bersumberkan Al Hadith dan kitab . Terlalu banyak yang dikongsi dan sinopsis ini antara intipatinya. Saya akui kelemahan dan khilaf andai ada sebarang kekurangan dari fakta yang dikongsikan ini. Sama-sama kita memerhati diri sendiri dan beralehlah untuk membuat lebih banyak kebaikan untuk kemantapan iman kita. Setiap kita bertanggung jwab dan hargailah haq dan amanah yang diberikan.
Di majlis ini juga, ALLAH mengizinkan pertemuan saya dengan rakan blog PDKM. Terima kasih kak Zie..InsyaALLAH catatan pengalaman bersamanya akan saya nukilkan nanti. Semuga ALLAH merahmati jejak ilmu kita dan sama-sama beramal dengannya.