Thursday, November 5, 2009

oh klnte


Alhamdulillah..paparan Harakah tentang misi mengukur pelantar minyak di Laut cina selatan yng mengundang bahaya dan hampir meragut nyawa bagaikan di'recall"semula di mata pemikiran saya. Betapa payahnya utk rakyat membuktikan hak yang sepatutnya diterima. Masih saya ingat juga, TGNA yang melepaskan dan membacakan doa untuk misi ini . Hari ini, dalam dalih dan kalih, Kelantan diberikan hak yg berbentuk ehsan oleh PM. Walaupun kita boleh bersyukur dan TGNA sendiri juga akan menunaikan nazarnya yakni berpuasa, tetapi kita masih kurang berpuas hati dengan pemberian ini. 
" PAS kesal dan dukacita dengan jawapan PM tentang pembayaran royalti minyak yang ditukar dengan wang ehsan. Jelas ianya penyelewengan fakta yang terkandung dalam akta 144 petroleum negara yang jelas memberikan lima peratus untuk negeri yang mengeluarkan minyak. Rakyat Kelantan tidak mengharapkan wang ehsan sebaliknya mahu hak mereka ke atas royalti minyak dikembalikan.Rakyat Kelantan bukan peminta sedekah".

Teruskan perjuangan Kelantan..Mara dan terus mencipta sejarah. Habuan umrah utk pemain dan cuti ahad adalah motivasi untuk mencipta kegemilangan hujung minggu ni. Semuga semngat kesukanan  dikekalkan dgn membenamkan N9!!!....sokong tetap sokong...
on the mark...go for d'goal

sudahkah selawat?

berselawatlah kepada ku( Rasullullah Saw)

Wednesday, November 4, 2009

Fikirla sendiri

salam..kita dikejutkan dengan isu penangkapan Dr Asri. Isu pendakwaan terhadap Dr Asri bukanlah perkara aneh atau pelik. Cuma yang anehnya ialah kenapa mereka bersungguh-sungguh membantah dakwaan terhadap Dr Asri, sedangkan sepatutnya kita kena konsisten terhadap kes, bukan siapa yang terlibat.

Isu larangan ceramah tanpa permit bukan perkara baru. Bahkan sebelum ini pun sudah ada beberapa kes mengenai isu ini:
i. Bekas Mufti Selangor, Almarhum Dato' Ishak Baharom pernah dihalang menyampaikan ceramah di Selangor. Lagi pelik, beliau bekas Mufti Selangor, tak dibenarkan ceramah di Selangor.
ii. Dato' Dr Harun Din juga pernah dihalang, sedangkan ribuan pelajarnya di UKM menerima ilmu darinya, bahkan yang nak halang dia pun bekas anak muridnya.
iii. Dato' Ismail Kamus
iv. Ustaz Nasarudin Tantawi yang hampir tertangkap ketika menyampaikan kuliah dhuha di Surau Ar Raafiq Kota Damansara pada satu ketika dahulu

Apakah istimewa Dr Asri berbanding tokoh lain? Isunya bukan Dr Asri, sebenarnya isu yang besar adalah bagaimana untuk memburuk-burukkan kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat. Kerana itulah media membesar-besarkan isu ini. Semalam terpampang di dada KOSMO dengan tajuk
Kerajaan Selangor yang celaru. mungkin ini agenda utama yang nak disampaikan.

Semestinya kita sangat tidak bersetuju bila mana tokoh agama dilarang menyampaikan kuliah dan ceramah atas alasan tiada tauliah. Kita telah kenal ilmunya dan kemahiran yang ada, tetapi itulah hakikat yang sedang berjalan. Sebenarnya tindakan JAIS itu betul dengan peraturan, yang sepatutnya kalau dilihat dari sudut penceramah yang menyampaikan ceramah tanpa tauliah, memang melanggari peraturan dan JAIS mengambil tindakan tepat pada kesalahan tersebut. Yang pelik bukan tindakan JAIS, tetapi tindakan mereka yang membela pesalah mengikut undang-undang Jababan Agama Islam Selangor. Jawapannya bukan kerana Dr Asri, tetapi kerana ia berlaku di negeri Selangor. Sebagai perbandingan kalau ia berlaku kepada Dr Harun Din, dan tangkapan dibuat pula di negeri Johor, saya yakin kenyataan dari mereka akan berubah bentuk. Inilah hakikat yang cuba disembunyikan.

Mungkin juga ini adalah strategi untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor. Pelbagai andaian yang boleh di buat. Jangan cepat melatah kita ikuti episod seterusnya bagaimana strategi mereka seterusnya.
'Kita merancang Allah juga merancang namun perancangan Allah itu adalah yang terbaik'. Allah memberi kuasa kepada siapa yang Dia kehendaki dan menarik kuasa kepada siapa yang Dia kehendaki. Wallauhua'lam sekadar pandangan dengan ilmu sejengkal ilmu yang ada..
 
Sumber asal : dik sara
..... cu sokong pandangan  adik ini 200%...Semuga ALLAH selamatkan SELANGOR di bawah pimpinan PAKATAN RAKYAT.Seperti kata raja lawak ...lu piki la sendiri...bermain dikotak kepala ini .Kenapa sekarang? dan kenapa menjadikan agama sbg isu tangkapan..Cukupla memanipulasikan isu Kartika, sehingga SIS berdiri menentang hukum...apakah akan tiba pula SIS akan berdiri di sebelah MAZA utk membela ?.
 

Monday, November 2, 2009

untukmu nisa'


2 NOV merupakan ulangtahun pertama kelahiran adik  nisa'. Nisa merupakan satu-satunya adik perempuan Aufa buat masa kini. Memandangkan abgnya telah "discharge" hari ni, saya mencadangkan kepada umminya membelikan aiskream bg meraikan ulngthn Nisa'. Ini baru pra nanti apabila abg Aufa sihat dan tekak dah sembuh sepenuhnya barulah boleh makan kek pula. Boleh jugak join dengan pak long Aris yang  baru 2 hari berlalu usianya ke 5 tahun.


Syukurlah di usia setahun ini, nisa merupakan anak yng pintar dan cute.Rasanya dah boleh berjalan setapak dua dan pandai bergaya. Kalau nak tau lebih kena lah tanya uminya..

Semuga cucunda saya ini dapat menghargai pengorbanan abah dan ummi apabila besar kelak. Jadilah anak seindah namamu ....."sebaik2 wanita"


    oppp pinjam foto birthday aufa boleh:??

Sunday, November 1, 2009

sabarlah sayang

       SmS : " Insya ALLAH  730pg esok aufa operation tonsil. Doa ya chu"


Syukurla aufa dah selamat menjalani operation pg ni... Jam 1036 uminya memaklumkan aufa dah berada di wad. Apabila dia menangis ngadu sakit, nurse kemudiannya memberikan ubat kumur yng memberikan kesan kebas dan aufa pun tidur semula.. Aufa memang anak yg hebat, baru  berusia 3 tahun dah merasai pengalaman . Syukurlah ianya juga dapat dikesan di peringkat awal, semuga kelak tidak memudaratkan kehidupan cucu saudara saya ni...Kepada anak Siti dan farid- semuga sabar dan tabah melayan aufa tu. Sokongan dari semua amat2lah dialu2kan...Tok chu turut mendoakan kesihatanmu sayang...

Apa khabar pulak kwan opis saya si Liza, yg dimasukan ke hospital sg buluh. Berat dan susahnya seorang ibu mengandungkan anaknya hanya dirasai oleh orang luar sedangkan si ibu tak mungkin bersungut tentangnya. Inilah hikmahnya "seorang ibu bukan sebarangan ibu ". Keberangkalian bb keluar ikut tingkap adalah tinggi kerana mama liza baru disahkan diabetis dengan kandungannya yang berusia 35 minggu.  Sama2lah kita mendoakan agar liza dan bbnya selamat dengan kepakaran pihak hospital dan  izin ALLAH.


Semuanya menuntut makna kasih sayang, sokongan moral dan ketabahan bila diuji begini. Cukuplah Ya ALLAH, kami redza dengan pemberianmu ini bahkan berilah kebaikan, kesihatan dan kebahagiaan bersamanya. Hanya ALLAH Maha Penyembuh, berilah nikmat kesembuhan kepada mereka yang kami sayangi ini- aufa, shuhada, liza, ti, hj rokman .... Sesungguhnya kami melakukan kesilapan, kami mohon bertaubat, ampunilah ya ROBB, ampunilah . Ya ALLAH, berilah pengampunanmu dan sesungguh Engkau MAHA pengampun dan MAHA mengetahui.. Al fatihah.Amin


* Hj Rokman - masih di HKL kerana komplikasi usus

Saturday, October 31, 2009

ucaplah sayang


31 0ctober,  awal pagi tadi ...
Mula2 wish untuk mak. "Hepi birthday mak.. Love mak".Walaupun mak tak pernah mengharapkan kejutan di hari lahirnya tetapi sebagai anak, kita mempunyai tanggungjawap untuk menghargai org yang melahirkan kita, mempertarungkan nyawanya untuk 13 org anaknya, membanting tulang  dan menggadai waktunya hanya untuk membesarkan ke sebelasan anak2nya (sebab kedua-dua abg kembar saya dijemput ilahi pada hari ke 3 dan 30.)
Mak amat sempurna menunaikan tanggungjawabnya, tak pernah leka dan mengabaikan amanah. Keistimewaan mak dia suka dan pandai menghargai org. Hidupnya tak ade musuh dan memusuhi...Mmbayangkan betapa penatnya melayan anak2 yang ramai dengan tiada kemudahan seperti sekarang...ohh betapa mak memiliki berjuta2 saham membesarkan kami....dengn kain kencing yang hendak dibasuh, air telaga yang nak di ceduk, pinggan mangkuk nak dicuci, kayu api nak di cari dan rumahtangga nak di pelihara.....
Hanya mak yg boleh dan berjaya.....Makan minum kami tak pernah terabai, sakit demam kami pasti dirawat dan pastinya sang nyamuk turut kecewa bila mak memasang kelambu untuk anak2nya....

Hingga sekarang mak amat bijak melayan kerenah anak2nya. juga cucu dan cicitnya..Terharunya bila mak memasak makanan kegemaran saya. Dia akan cepat "instinct" bila ade yang tak kena pada anak2nya...mungkin inilah yg dikatakan ikatan yng tak mungkin putus..inilah ikatan yg sejati....Saya amat2 menghargai bahawa MAK adalah anugerah ALLAH buat saya, abang2 ,kakak2 dan adik....Trimaksih Mak

Kemudian  hantar sms wish birthday aris pulak...Kata uminya, aris kat umah tok lagi..semlam tak nak balik umah..Elok juga begitu kerana ayah dan umi akan berenggang ngan aris, ain juga daniel untuk seketika. Masing2 kenalah belajaq untuk tinggal berasingan dan berdikari. Walaupun cuma 40 hari hitungan bilangannya tetapi di segi perasaan dan kasih sayang tentu "missing". Kata umi juga, sekarang ni bz  mengemas rumah dalam proses  berpindah ke rumah sendiri sebelum berangkat ke tanah suci. Bertuahnya adik saya, dapat isteri yng bukan saja bijak tetapi membawa mawaadaah....Syukurlah saya dapat menyaksikan kebahagiaan dan kesenangan  mereka.....ade anak2 yang menceriakan, rumahtangga yang aman dan bpeluang menunaikan haji di usia muda.....Untuk paksu dan maksu....hmmm selamat mempersiapkan diri....

Pastu call aris pulak...hepi birtday abg aris..
Aris jwap....timekasih...Aris kat umah tok ni...cu ariss nk kek birtday,...tapiiii cuu balik da ke??????
Kita jumpa minggu depan je..mungkin untuk majlis yasin untuk meraikan cikna,cik zul, juga ayah dan umi aris
Insya ALLAH. doakan cu nk pi mekah jugak.....

Friday, October 30, 2009

bahagiakanlah familyku

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN
ISTIMEWA UNTUK:
emak, ayah
anak-anak saudaraku
cucu-cucu saudaraku




Semuga ALLAH menempatkan almarhum ayahandaku di  Jannah
Memelihara dan mengekalkan kebahagiaan keluarga kami
dengan kesihatan dan kesempurnaan dlm ibadah
Dan menemukan kami di JANNAH
amin


Senarai nama yg menyambut Oktober sbg bulan mengingati kelahiran
AYAH- 28/10
MAK- 31/10
Anak-anaksaudaraku:
1oct Nizam ,3oct Handzolah, 4oct Dikyam, 10oct Hamzah,
16oct Fa, 26oct Ibrahim, 31oct Arisfathy
Cucu-cucu saudaraku:
6oct AmirulHakim
11oct Aufasauki

Duhai kesayanganku jadilah anak2-cucu2 yang membahagiakan dunia & akhirat. AMIN
* tiada pulak antara anak2 ayah/mak yang lahir bulan OCT
satu kebetulan atau suratan


Thursday, October 29, 2009

d' ViVa-02

Syukur kali ni d'Viva merantau  lagi ke Pahang. Takdir ALLAH jua tiada siapa menduga. Perancangan berkonvoi menjadi realiti walaupun kelewatan. Kami hanya tiba ketika aturcara makan dimulai iaitu lebih kurang jam sebelas pagi. Terlepaslah peluang menyaksikan majlis akad nikah yng lain dari biasa tu...(pengantin lelaki berbalut tangannya akibat kemalangan jln raya)  Menu makanannya memang best dan bersistematik. Sementara menantikan pengantin dimake up, kami dijemput untuk menjamu selera. Kami makan dengan berselera sekali.
Selawat dan marhaban umpama ucap selamat datang mengiringi rombongan pengantin lelaki yang tiba bersama 7 dulang hantaran, Berbalas 9 dulang hantaran,  pasangan pengantin di arak masuk ke rumah dengan penuh meriah. Pengantin di raikan di singgahsana pelamin yng serba indah....ohh alangkah meriahnya di saat awal bahtera perkahwinan dilayari. Semuga bahtera ini melayari dengan selamat walaupun badai dan gelombang menghempas. Inilah antara bicara dan doa buatmu adik Raja Farisa dan adik M. Hatta yang sempat kita kenali ketika bersama d'viva di majlis perkahwinan Intan tempuhari.

Apabila pengantin diraikan dengan makan beradab, saya dan oni meneruskan misi ke Bukit Setongkol pula. Jarak perjalanan pula hanya  lebih kurang 2 jam dari Jengka 17 dgn kemudahan lebuh rayanya. Inilah lesen bila pemimpin negara menjadi PM, segalanya didahulukan untuk rakyat One Malaysia.
Walaupun mulanya kami bagaikan tersasar tapi d'viva memang power...Rujuk lagi peta yang disediakan....Kami selamat tiba ke destinasi sebelum jam 4 dan pengantin di sini juga sedang diraikan. Riuh dan gamat seketika dengan kehadiran teman, shabat yang jauh dan dekat. Bergambar, beraksi sehari dalam hidup bergelar raja sehari :) Bertuah juga Farhana nie....teman2 merai dan mendoakan farhana dan suami...semuga berbahagia selamanya.

Sebagai meraikan jemputan kak ina, d'viva ke Chini pula . Alhamdulillah dalam jarak lebih kurang 45 min shaja kami tiba dengan selamatnya.Kali ini d'viva dapatlah parking berbumbung sebagai hadiah merentasi kembaraan ini. ( Hakikatnya memang abang yang bagi ruang tu untuk d'viva.).
Kepada abang dan kakak, saya ucapkan terimkasih kerana memberikan layanan terbaik pada kami. Walaupun abg Zul sedang "kalut" dengn urusan kilangnya.... namun dengan sokongan dan kesetiaan isteri serta anak2 insya ALLAH segala urusan dipermudahkan ALLAH.
Esoknya seusai minum petang dan memetik buah amra, D'viva meluncur terus dari Chini ke KL dengan selamatnya. Seronoknya kembaraan ini kerana ada co-pilot dan kami tiba tika azan isya dilaungkan. Alhamdulillah.
Terima Kasih ALLAH memberikan kemudahan buat kami dalam kembara kali ini.
Terima kasih MAK atas doa yng mengiringi
Amin

Monday, October 26, 2009

munajat_02

YA ALLAH
Selawat dan salam dari Allah ke atasmu wahai Nabi Allah!
Ku berdoa sebagai melaksanakan perintah-Mu. Bukankah Engkau pernah berfirman, "Berdoalah kepada-Ku nescaya akan Daku perkenankan". Maka pada hari ini ku angkat kedua-dua belah tangan ku yang banyak dosa dan kesalahan ini sebagai menyahut perintah-Mu.

Ya Allah! Ku meminta pada-Mu dengan menjadikan penghulu dan penolong kami Nabi Muhammad s.a.w sebagai wasilah agar Dikau perkenankan doa kami ini. Wahai Rasullah s.a.w! Ku meminta kepadamu ya  Allah, muga Allah memakbulkan hajat kami. Permudahkan urusan kami dan luaskanlah rezki yang berkat padaku, keluargaku dan sahabat2ku... Kasihanilah kami Ya ALLAH...bantulah...Kami amat-amat mengharapkan bantuanMU ALLAH .
-Amin-

semuga berbahagia

SELAMAT PENGANTIN BARU

Teristimewa buat :

Raja Farisa dan Mohd Hatta ( Phg vs Klantan)
 serinya raja sehari dari jengka 17 hari ni. Siapa sangka persahabatan seketika di zaman persekolahan membenihkan rasa cinta yang telah di ikat dengan sebuah perkahwinan. Indahnya persahabatan jika kejujuran dan kesetiaan diukir....Sesuatu yang istimewa ialah ijab dan qabul diakad dengan tangan kiri dengan hanya satu lafaz...suatu kenangan terindah..betapa terujanya apabila Hatta mengalami kecederaan beberapa hari sebelum majlis ini dan tangan kanannya terpaksa di simen....Semuga chik dan hatta dapat memelihara sebuah perkahwinan ini dgn sempurna ...sakit di tangan boleh dirawat...Selamat berbahagia....


Farhana Dan Mohd Hatif
hmm...tak sangka jugak...dgn izin ALLAH boleh jugak sampai Bukit Setongkol. Macam setapak jer kan hehe...slow and steady sampai juga d'viva ke majlis ni. Pelamin pengantin memang gamat dengan sahabat2 konti berposing dgn raja sehari ni..Maklumla kawin dengan org glamor ....betul ke RTM tu glamor???
Yang teruja sangat tu sikap farhana yang amat baik dan bersopan...kad kawin pun nak diserahkan sendiri . Jadi wajarlah kita menghargai kebaikan dan jemputan ketika masih sihat dan kesempatan. Untuk mu dik farhana dan suami, selamat melayari bahtera bernama perkahwinan dan semuga selamat ke destinasi yang diredai. Pandulah dengan berhemah................

TERIMA KASIH ATAS UNDANGAN

Friday, October 23, 2009

happy birthday

HARI INI MERUPAKAN HARI LAHIR AYAH

Seandainya ayah masih bersama......23.10.1922 pasti akan terus di ingat, DI INGAT DAN DI INGAT!!!

Kini yang ada adalah susulan rasa dan himpitan rindu dalam tasbih cinta
Semuga almarhum ayah dimasukan bersama solehin di persinggahan yang laksana taman2 syurga.
Damailah ayah disana, mengutip kebajikan dgn tanggungjawap yang AMAT sempurna,
dengan AMANAH yang AMAT sempurna tanpa ada rasa kecewa.
Segalanya telah ayahanda halalkan.....
TERIMAKASIH AYAH....

ku susuli rasa rindu, sayang dan  kasih bahawa ayah adalah ayah yang terbaik dan amat sempurna menyempurnakan AMANAH

Thursday, October 22, 2009

Tuesday, October 20, 2009

Sabarlah sayang

Nabi Shalallahu ‘alaihi wa salam juga memberikan petunjuk kepada kita apa yang harus diucapkan ketika kita tertimpa musibah, besar atau kecil, dengan mengucapkan kalimat istirja’.  
Ummu Salamah r.a mengatakan bahwa ia pernah mendengar Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa salam bersabda :
"Seseorang yang tertimpa musibah lalu ia berkata : inna lillahi wa inna ilaihi raji’un -Surah Al Baqarah 156-157 :
 (Sesungguhnya kami ini milik Allah dan kami akan kembali kepada-Nya). Mereka itu mendapatkan salawat (pujian) dan rahmah. Merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk."dan berdoa : 
Allahuma jurnii fi musibatii wakhluf liya khairan minhaa 
(Ya Allah berilah aku pahala dalam musibah ini dan gantikanlah untukku dengan yang lebih baik daripadanya). 
Nescaya Allah akan memberinya pahala karena musibah itu dan menggantikan untuknya dengan yang lebih baik."
(HR. Muslim 3/37-38).


Berdoa dan sabar separuh drpada iman..inilah katakunci yang sering diucapkan bila di timpa musibah. Hari ni saya dikejutkan dengan berita sedih dari ipoh.........eina salah seorang daripada "adik yang macam anak saudara" kehilangan motosikal. Apa nak buat sayang..kita sayang tapi ALLAH lebih sayang.....Kita ikut prosedur kehilangan dgn buat repot polis dan seterusnya kita doa dan bertawakal..Doa juga satu ikhtiar, mudah-mudahan dikembalikan dengan sempurna barang yang dipinjamkan(dicuri).
Sama-sama kita tawakal muga ALLAH bantu kita untuk membuat koreksi diri juga.
Syukurlah bicara dari rasahati ada hikmahnya




Begitu juga halnya dengan  anak saudara saya ni...Sudahlah saiz S, sakit pula sekarang ni. Semasa musim raya tempuhari, dirinya menjadi sasaran tebuan ...Kesiann syu :(.  Khabar yang diterima, kini  masih dalam rawatan dan sama2lah mendoakan semuga syuhaida@syu sembuh dan boleh kembali ke sekolah. Dah hampir dua minggu syu tak ke sekolah dan terpaksa mengulangkaji dengn bimbingan ibu ayah dan kakak2. Dalam ramai2 anak saudara, syuhaida ni kategori sentimental, tak banyak potpet tetapi manjanya boleh tahan.  Adatlah berkawan, jatuh dan terjatuh adalah satu kebetulan dan bukan salah  sesiapa kerana setiap berlaku ALLAH jua punya perencanaannya.  Syu pun dah maafkan kerana cu tahu syu seorang kawan yang baik dan suka senyum . Jaga diri baik-baik ye sayang. Semuga ALLAH maafkan kita dan beri yang terbaik atas ujian yang di alami.  


Buat semua saudara-saudaraku, anak2ku yang sedang diuji, teruja dan menguji ....sabar, tawakal dan mohonlah petunjuk ALLAH . ALLAH MAHA MENGETAHUI
Sabarlah sayang.....Cu mendoakan yang terbaik buat mu juga.

Monday, October 19, 2009

I love you because ALLAH




CINTA bererti melayani.
Melayani bererti memberi.
Mencintai lebih baik dari dicintai.
Mencintai bererti menebarkan kasih.
Indahnya bumi disirami nur kasih.
Ketakutan akan sirna,
kengerian akan lenyap,
ketidak adilan akan berlalu...
Kewaspadaan harus tega
mencintai dan dicintai
I love you because ALLAH

p/s: kura-kura dlm perahu.....

Mufti dalam kenangan

Menatapi mingguan malaysia  pada di hujung minggu ini,di m/s 21 saya terpanggil untuk membicarakannya. Inilah wajah tuan guru dikagumi Almarhum Tuan Guru Hj Said Ibrahim yang merupakan bekas seorg mufti Sabah dan ulamak yg telah  turut meyumbangkan syiar melebarkan ilmuannya buat semua para pencinta ilmu. Lokasi kuliah pula pada setiap hari ahad, di rumah ustz pak yazid di kg baru.

Kitab tua berkertas  kuning menjadi tatapan dan akan rujukan kami. Lazimnya Tn Guru dijemput oleh salah seorang anak murid pak yazid dan kuliah ini bermula sekitar jam 11 pgi. Kehadiran tn guru akan disambut oleh kaum muslimin dengan bersalam dan ada yang mengambil kesempatan memeluknya...alangkah indahnya waktu itu...mengambil barokah dari tok guru.Ustaz dengan tertibnya akan melangkah anak2 tangga ke tingkat ats sambil membimbit brifecasenya.  Lazimnya ustaz  akan bertanya di mana sambungan mukasurat kitab yang hendak dibaca, kerana ia mempunyai jadual kuliah yang banyak dan sewajarnya lah anak2 murid yang menandakanya. Mungkinkah ini satu amalan para alim-ulamak untuk menguji anak2 muridnya  Ulasan dan pengajaran ustaz amat teliti dan detail. Tuturan bahasanya jelas beliau seorng yang tegas tetapi melihatkan wajahnya beliau amat alim lagi warak.

Saya baru mengenali latar belakangnya setelah menatap akhbar ini.  Alangkah bertuahnya saya sempat juga menjadi sebahagian dari  anak muridnya di senatario dunia. Riwayat hidup almarhum yang amat tulus, zuhur dan luas pengetahuannya amatlah di kagumi.  Ulamak kelahiran kelantan ini dilahirkan pada 1923 mendapat pendidikan di Jambi( asal usul ibu bapanya sebelum merantau ke Kelantan) dan Tanah Suci Mekah.  Beliau juga banyak menulis dan menterjemahkan banyak kitab. Kebolehannya berbahasa arab diterjemahkan bila mentafsirkan ayat-ayat supaya mudah difahami.


Sunguhpun almarhum telah meninggalkan kita hampir sedekad yang lalu, namun beliau tetap dikenangi dan dikagumi. Almarhum Tn Guru, Haji Said meninggalkan dunia yang fana ini pada tahun 2001 dalam usia 78 tahun dengan meninggalkan 8 orang anak serta ribuan anak murid. Sepanjang hayatnya, beliau tidak jemu-jemu menyumbangkan tenaga dan idea dalam memartabatkan Islam. Mudah-mudahan segala amalnya dinilai sebagai ibadah yang tulus dan rahmat Allah yang berkekalan dicucuri atas beliau....al-Fatihah.


lagi tentangnya>>
>>http://bahrusshofa.blogspot.com/2009/05/datuk-haji-said-haji-ibrahim.html