![]() |
| buku agama pun ada@ Karya bestari |
sarat ilmu ramai karyawan
Niat ada disusuli kemahuan
Ayuh segera kita tawan
cuti sekolah dah lama dah ...apa yang telah dihidangkan untuk anak2?..(cuma anak2 yang ambil SPM belum bercuti). Eh kenapa tanya orang?? tanya diri sendiri ni....?? Kesian anak2 saudara saya....ada yang dok berkarya, ada yang berfantasi, ada yang berimaginasi dan ada macam2 ragam lagi sempena cuti sekolah ni. Nak berkelah sakan pun, hujan tak tentu masa... Nak meracun rumput pula kena tunggu seriyat hujannya.... nak melawa pun kena tau lokasinya dan nak tak nak...membaca, menontOn, makan dan mengusik itulah yang tepat dan sejajar dengan pengertian cuti bagi anak-anak yang bersekolah.
Tapi kesian pulak mereka jauhhhh di sana....mak saudara mereka nun dekat sangat dengan fiesta lelong ni.. Rasanya nak aje suruh depa mai...tapi kena plan B juga. Peluang lelong2 ni bukan selalu nak dapat Mana tau kot2 esok tak de lagi..pahala pelaburan pun missing ... ...mmm...insyaALLAH walaupun ada jemputan kenduri pada hujung minggu ini, saya kenalah mencari peluang untuk singgah.
Pilih2 buku2 untuk santapan family di cuti ini...... jom teman2..kita singgah di Komplek Kumpulan Media Karangkraf@ Shah Alam. Ada majalah, novel juga buku-buku ilmiah yang boleh kita hadiahkan untuk diri, anak, adik dan teman juga saudara mara......Ye mungkin sebagai buah tangan meraikan perkahwinan di musim2 kenduri kahwin ini dan mungkin juga sesuai untuk merobah diri yang semakin di mamah usia. Di samping itu, resit belian buku pula boleh disimpan untuk mendapat pelepasan cukai. Almaklumlah tanggungjwap kena diutamakan...Kitakan rakyat MALAYSIA yang berhemat..
![]() |
| perabis stok ke? |
Pastikan generasi berilmu dan rajin membaca....membaca wacana minda...
Bertanya soalan lagi pada diri....
bilakah kali terakhir menelaaah sebuah buku?'
bilakah kali terahir membeli sebuah buku?
bila kali terakhir mengunjungi kedai buku ?
buku apakah yang sedang ditatapi sekarang..
(ini adalah perkongisian dan ....hihiiii jika ada kemahuan...ayuh kita serbu di hujung minggu ni..)


4 comments:
Assalamualaikum Ain
jom jom kita....
waalaikumusalam tuan hj,
jom..kita berriadah di sanaaaaa...
(insyaALLAH)
Salam.. Ain, menarik tu.. Akak baru je borong buku2 di Pameran buku di JB baru2 ni..
wasalam kak nur,
alhamdulillah..tahniah.
Ain sempatla layan anak2 saudara memilih buku hari tu..
Lain kali datang mmborong disini pula..(january ada lagi kot).
Post a Comment