![]() |
| Klik foto ini untuk lebih jelas |
akan diadakan pada ISNIN , 4 JUN 2012 selepas maghrib
Sama-samalah kita mengambil kesempatan dan waktu yang masih berbaki ini untuk sama-sama mensyukuri akan kejadian alam ini. Tidak ada sesuatu pun boleh EGO, hatta matahari dan bulan sekalipun masih ada gelap dan terangnya....Inilah caturan ALLAH bagi kita...Ayuh....manfaatkan kehadiran gerhana ini dengan lambang ketaatan yang bersungguh2 dengan melaksanakan solat sunat ini. Andainya tak tahu caranya....kunjungilah mana2 masjid yang melaksanakan solat sunat ini..Mungkinkah ini sujud kita terakhir dikunjungi gerhana bulan....wallah aklam
Disamping itu kita juga boleh ke Planetarium untuk mencerap selepas itu..
![]() |
| Klik foto untuk lebih jelas |
Maklumat
berkenaan program pencerapan tersebut adalah seperti berikut:
Tarikh
: 4 Jun, 2012 (Isnin)
Masa
: 8:00 malam
hingga 10:00 malam
Penyertaan
: PERCUMA
Tempat : Planetarium Negara Kuala lumpur
Gapailah langit dan ajak anak2
bersama-sama menyertai program pencerapan ini. Di samping itu bolehlah ’LIKE’ FACEBOOK MALAYSIA LUNAR ECLIPSE bagi
mendapatkan gambar-gambar fasa gerhana bulan secara langsung daripada Sabah
bermula dari jam 7.10pm hingga 8.10pm.
Untuk pertanyaan
lanjut berkenaan program di atas, bolehlah
menghubungi Penolong Pegawai Penerangan kami, Cik Asmidar Zainol di talian 03-2273
4303. ( Sumber Edaran surat Jabatan )
InsyaALLAH.....sama-sama kita hadir ye....


2 comments:
Assalamualaikum wbt
Hany nak tau, asai mai ja bulan gerhana, cheq dok teringat kat blog ni. Tu yang cheq singgahg sini nak tau habaq baik Hany ni. Baguih la hampa org muda dok ambik tau hal2 ni semua! Cerita bab bulan ni bukan bulih lama2, satgi dok kalut perhati, bulan lain pula dok mai...
Semoga ibadah hany diberkati Allah SWT selalu, InsyaAllah.
Wassalam.
waalaikumualam wbkth ustazah,
Alhamdulilah dan terima kasih ats singgahan ini. Amat2 hargainya. Hmm nampaknya BULAN jadi trademark Blog KK lah ye..ohh bulan teruslah mngambang hingga dapat mnjadi saksi islam terus dijulang lagi gemilang..)
insyaALLAH. Mudahan kita mnjadi hamba yng sentiasa bersyukur.. Terima kasih ustzh. Teruslah berkongsi ilmu ye
Post a Comment