Tuesday, May 29, 2012

Setiap Manusia Mempunyai Sel Kanser?

Tahukah anda setiap manusia mempunyai sel kanser dalam badan mereka?  Sel-sel kanser ini tidak akan dapat dikesan melalui ujian biasa sehingga ia telah berganda hingga tahap bilion.  Apabila seseorang diberitahu bahawa dirinya telah bebas daripada sel kanser, ia cuma memberi makna bahawa ujian yang dijalankan tidak mampu mengesan sel kanser ini sehingga ia membesar kepada satu saiz yang boleh dikesan.

Kanser merupakan satu penyakit minda, badan dan spiritual.  Sikap yang proaktif dan positif dapat membantu melawan penyakit kanser.  Sikap seperti pemarah, pendendam dan sering berasa kecewa mampu membuatkan tubuh anda menjadi lebih stres dan dalam keadaan asidik.

Oleh itu, jadilah seseorang yang mempunyai sifat penyayang dan pemaaf serta belajar untuk relaks.  Nikmatilah hidup anda tanpa rokok dan amalkan gaya hidup yang sihat. [majalah i-sihat]
 
terima kasih sumber : orang muO

10 comments:

pena rozie said...

ooo.... can tu ek...

aizamia3 said...

betul.. nikmati hidup dengan tenang..

Kakzakie said...

Hmmm... tak mahu marah-marah, stress dan nak happy selalu Cu. Tapi kenyataan yg mengatakan setiap manusia ada sel cancer itu adalah betul...

Berdoa moga kita dijauhi dari sebarang penyakit cancer..

atuk said...

Assalamualaikum Ain

saya pernah alami...bila kita kecewa...kita jadi seorang pemarah

ainhany said...

salam pena rozie,

a'a...cemgitu laaa..

ainhany said...

salam aiza,

insyaALLAH..anak2 juga pengubat dan penawar yag baik...selamat menikmati kehidupan yang sihat.

ainhany said...

salam kak zakie,

hihi....inyAallaH,mana de cu marah2 laa....lagipun telah dikelilingi kakak2 dan family yang mmbahgiakan.

InsyaALLAH muga diperkenankan doa kita tu...:)

ainhany said...

waalaikumusalam THR,

sabar lah hj, kita jgan merobekkan keadaan tapi hadapi dgn tenang dan reda. AllaH Maha mengetahui dan sekadar menguji kta seketika cuma untuk mmberikan pelangi selepas itu..
eh bermadah rupanya...x marah tau..kesian org2 disekeliling tuhh...:)

mugasihat dan bahagia sokmo

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Kadangkala kajian barat ini pun bukanlah betul sangat! Byk kajian2 mrk yg belawanan dgn kajian mrk balik! Contohnya dinasaur, mrk boleh buat bermacam2 fossil dan mendakwa berupa rangka2 dahulukala tetapi dgn kajian forensik itu sendiri menafikan wujudnya dinasaur dimana anggota2 tak sama dari segi DNA. Kita tetap percaya bhwa manusia dilahirkan dlm keadaan fitrah bermakna asalnya tiada apa2 sel berpenyakit! Sebaliknya, org Kristian pula mendakwa dlm doktrin mrk bhwa semua manusia lahir dlm keadaan berdosa/salah dan perlu ada `korban` berupa salib, cucuk BCG, byr pelabagai cukai dsbnya.
Manusia hidup trus menerus dlm dosa spt tercatat dlm Surah AlBaqarah:81 بَلَىٰ مَن كَسَبَ سَيِّئَةً وَأَحَاطَتْ بِهِ خَطِيئَتُهُ (Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar), sesungguhnya sesiapa yang berbuat kejahatan dan ia diliputi (ditenggelamkan) oleh kesalahannya itu, maka merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
Setiap yg mrk buat supaya minda kita kearah itu sehingga kita akur kebenaran mrk. Benarlah juga krn dlm program CIA mrk ada lepaskan pelbagai jenis penyakit utk eksperimen terhadap manusia.
Wallahualam

ainhany said...

assalamualaikum wbkth ustazah,

apa khabar? lamanya x jengah...terimakasih sudi singgah lagi..ain amat2 hargai

astaqfirullah al azim..terimakasih mngingatkan ats keterlupaan ini. amat2 hargai penerangan diberikan..sesungguhnya ALLAH jua yang mnciptakan segalanya..Kita mndoakan yang terbaik buat semua ummah. Amin