sebuah catatan perjalanan yang menemukan kita pada satu NOKTHAH. Muga perjalananku direstui...
Monday, May 21, 2012
doa awal rejab
Selamat datang bulan rejab..
insyaALLAH sama-sama kita mulai dengan berpuasa dan membanyakan doa dan istifar. Belum terlewat juga untuk di suburkan dengan doa ini...Ayuh sama-sama berdoa mudahan....sempat kita bertemu degan ramadan lagi kali ini..
اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان (Allahumma baarik lanaa fii rojabin wa sya'baana wa ballighnaa romadhoona)
Maksudnya : Wahai Allah! Berkatilah kami di dalam bulan Rejab dan Sya'ban dan sampaikanlah kami ke dalam bulan Ramadhan.
Nota tambah: Dipetik dari buku 75 Solat Solat Sunat Serta Doa Dan Wirid Di bulan Rejab, dianjurkan memperbanyak doa, amal zikir dengan ketentuan sebagai berikut:
Diriwayatkan
oleh Ibnu 'Asyaakir, dari Abu Umamah, sabda Nabi Muhammad (s.a.w.):
"Tiga malam yang tidak ditolak doa padanya iaitu doa di awal Rejab,
malam AidilFitri dan malam Aidil Adha".
Oleh kerana itu dianjurkan: Puasa pada Khamis pertama bulan Rejab, syurga bahagiannya. (Al-Baqarah) - Bahawa
di syurga ada sungai, dinamai 'Rejab' yang lebih putih dari susu, lebih
dingin dari ais, dan lebih manis dari madu, sesiapa yang berpuasa
sehari dalam bulan Rejab, Allah mengurniakannya minuman dari sungai itu.
(hadis) - Puasa pada 1 Rejab, menjadikan kafarat (menghapuskan) dosa-dosa kecil. (Aljaami'us Shaghiir) Pernah
Nabi Adam bertanya kepada Tuhan, mengenai hari-hari apa yang disukai
Allah, katanya: 'Nisfu Rejab': Sesiapa yang menghampirkan diri dengan
puasa, solat sunat, bersedekah, beristighfar, permohonannya akan
dikabulkan, dosanya diampuni, dengan bersedekah dan berzikir &
menjaga diri dari berbuat maksiat. Syurga bahagiannya." - Malam 15 dan
27 Rejab, dianjurkan agar mengerjakan solat sunat 12 rakaat dengan 6
salam. Pada tiap-tiap rakaat dibaca fatihah dengan salah satu surah.
TAMBAHAN LAGI
"Tiada Tuhan selain Engkau (Allah), Maha Suci
Engkau, sungguhnya aku dari golongan yg zalim (kerana melakukan dosa).
Ampunkan dosaku, rahmati daku dan terima taubatku. Sungguhnya Engkau
sebaik2 Tuhan Maha Penyayang". n
3 comments:
Selain berpuasa sempena awal Rejab... ramai juga yg berpuasa kerana anak-anak semua periksa sekarang nie Cu...
Bersama kita berdoa moga masih diberi peluang utk menambah amal sebelum ke alam yg lebih kekal abadi...
alhamdulillah kak....
berkat berpuasa segalanya hendaknya dipermudahkan..
InsyaALLAH..anak2 boleh buat dgn jayanya....
doakan ucu jugak ye
alhamdulilah...
Post a Comment