Wednesday, May 9, 2012

kerana mulut...

"Membatalkan dua kalimah syahadah juga apabila mengkafirkan orang orang islam atau tidak mengkafirkan orang orang kafir.Menurut qa'idah yang disimpulkan dari Nas Al Qur'an dan Hadith Nabi SAW yang bermaksud..
"Sesiapa yang mengkafirkan orang yang beriman maka sesungguhnya dia menjadi kafir,sesiapa yang tidak mengkafirkan orang kafir,dia menjadi kafir dan sesiapa yang ragu tentang kekufuran orang kafir,dia menjadi kafir."

Berdasarkan kepada qa'idah tersebut maka tidak harus bagi seseorang islam itu menuduh saudaranya dengan kufur melainkan kufur itu kembali kepadanya jika sekiranya orang yang dituduh tidak sedimikian halnya.Dan tidak mengkafirkan orang kafir serta menbenarkan ajarannya atau idealoginya adalah juga menjadi kafir kerana mengakui kebenarannya bermakna membohongi Allah SWT dan Rasul SAW.

Wallahua'lam.
Petikan daripada Muqaddimah Aqidah Muslimin.
(Haji Abd Hadi Awang - 1405H/1985M) 

                                               -------------------------------------- 
cepatlah bertaubat  dan ayuh sama2 memelihara nikmat yang dipinjamkan ini..Jangan mengundang kemurkaan ALLAH. Semoga ALLAH memberikan hidayah dan taufiq buat saya, ahli keluarga saya dan kita semua makna kehidupan ini. Betapa Hari Akhiratlah tempat tujuan kita. Dunia ini HANYA sementara kita. Ia tempat kita singgah dan mencari sebab keredhaan ALLAH melalui amalan-amalan soleh. Di Syurga nantilah tempat kita semua tuju dan berehat selama-lamanya.

Semoga ALLAH mengurniakan saya dan kita semua akan redhaNYA dan SyurgaNYA. Dan semoga saya dan kita semua dilindungi ALLAH dari kemarahanNYA dan NerakaNYA, amin… Sama-sama mendoakan kesejaheraan buat TGNA dan menyokong seluruh perjuangannya kerana ALLAH....ALLAH AKBAR

6 comments:

anitadiana said...

tq ..info yg bagus untuk dikongsi bersama..

ainhany said...

sama2 dik anita,

redza ALLAH kita cari..muga hidup ini lebih bererti di sana.

terima kasih

aizamia3 said...

kita hanyalah hamba padaNYA dan bukan 'hakim' kepada orang lain..

atuk said...

Assalamualaikum Ain

Nauzubillah
kafir mengkafir

ainhany said...

Setuju dan benar tu aiza, mudahan kita berhati2 dengan nikmat yang telah dianugerahkan/dipinjamkan....
Hakikatnya bertaubatlah ...ALLAH menjadi saksi dan hakim kita.

terima kasih dik aiza

ainhany said...

waalaikumusalam THR@atuk,

kerana pulut santan binasa...
Sama2 lah mnghindari perkara yang sama berllaku lagi..

terima kasih