Pejam celik pejam celik dah 4 tahun d'Va telah bersama ku..biarpun hanya sekali dua shja d'va dan saya berkhidmat dengan almarhum ayah. Dari riak muka ayah dulu, saya rasa ayah turut gembira dan tak risaukan keselamatan saya lagi berbanding bersama KAW(sebutannya Kau-myKris). Namun sebelum dibawa ke KL ni, selama 6 bulan d"va di kg untuk 'dipandu uji' telah digunakan oleh kakak dan adik saya. Turut saya ingat juga, D'va pernah digunakan oleh emak mertua adik untuk berulang alik ke klinik mahsuri semasa kelahiran Daneil..anak ketiga mereka... Alhamdulillah.
Selamat ulangtahun myD'Va...Mudahan D'Va dipanjangkan usia untuk terus berkhidmat. D'Va banyak membantu saya dari berpanas dan berhujan, tanpa segan menemani siang maupun malam dan kehulu hilir tanpa rasa bosan. Selain digunakan sebagai kenderaan ke opis, D'VA seringkali dipandu ke masjid2 dan program2 keagamaan...subhanallah...Terima kasih ALLAH yang men'jodohkan' D'Va padaku dan memberi manfaatnya. Kini D'Va menanti untuk major servisnya di 80,000Km .Entah berapa pulak bakal lolos.... Muga2 dengan perkhidmatan diberikan oelh perodua servis dari masa ke semasa, jangka hayatnya dipanjangkan dan berbaloi. Bersyukur dengan apa yang dpinjamkan dan semuga ALLAH membantu memudahkan kehidupan kita.
Biar pun dirimu pernah dicalar, apatah lagi dilanggar
sakitnya dirasai, kesannya mendalam
namun disimpan sekadar pedoman
muga esok tak berulang
Selamat Ulang Tahun D'va
Terima kasih menjadi teman
Pemudah juga pelindung
29.05.20008-12

4 comments:
assalamualaikum kak..
jgn risau, major servis utk viva tak byk..tak sebanyak proton..saya rasa dia akan tukar fan belt, minyak gear, timing belt dan servis standard lain..InsyaAllah dlm rm 400-500 je...
waalaikumusalam shah,
insyaALLAH..begitulah hendaknya..
set timing belt tu dah tukar pun pada servis yang lalu.. jadi ada kurang lagilah tu kan.
terima kasih ats estimate tu..(bermanfaaat:)
assalamulaikum ucu...
smuga d'va tetap setia/sedia berkhidmat..
waaalikumusalam kak ina,
amin..
terima kasih mndoakn keselamatn kami. ucu mndoakan kebahagiaan buat akak juga.
Post a Comment