sebuah catatan perjalanan yang menemukan kita pada satu NOKTHAH. Muga perjalananku direstui...
Tuesday, December 6, 2011
Word less Wednesday # 9
Demi Bubur Asyura.... apa yang penting : KERJASAMA
Terima kasih mak : Bubur asyura resepi mak memang hebat!!!
Satu perkongsian : Perkara yang sering menjadi adat dikalangan kita ialah memasak BUBUR ASYURAA'. Hal ini disandarkan kepada peristiwa Nabi Allah Nuh as.
Disebutkan dalam kitab Nihayatuz Zain (halaman 196 Syeikh Nawawi Al-Banteni), Kitab Nuzhatul Majalis (halaman 172 Syeikh Abdur Rahman Al-Ushfuri), Kitab Jam'ul Fawaid ( halaman 132 Syeikh Daud Al-Fathoni) bahawasanya ketika mana bahtera Nabi Nuh as berlabuh di bukit Juudi pada hari Asyuraa maka berkatalah baginda kepada umatnya :
"Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih, maka dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila' iaitu kacang ful dan satu genggam kacang Adas dan Ba'ruz dan tepung dan kacang Hinthoh sehingga menjadi tujuh jenis biji bijian yang dimasak"
"Maka berkata Nabi Nuh as : Masaklah sekaliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang".
Maka berdasarkan kisah inilah sebahagian kaum muslimin menjadikan makanan mereka itu daripada biji bijian yang dinamakan BUBUR ASYURAA' (bubur yang dimasak sempena hari kesepuluh dalam bulan Muharam). Dan itulah masakan yang pertama dimasak di atas permukaan bumi setelah berlakunya banjir besar dan taufan yang melanda bumi.
Sumber untuk lebih lanjut : ALHAZIQ
Label:
mencari cinta
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
memula terus tengok gambar, ingatkan buat dodol.. oh.. silap tengok rupanya tapi sedapkan sesekali dapat.. ;)
sedapnya bubur asyura..kak ita mula2 tadi buat dodol..penah makan negeri pantai timurnya sedap sesanggat..tak pernah rasa...sekali rasa terbaikkkkkkkkkk....
salam aiza,
hihii...pic bikin confuse ye...kalau dodol, masakan anak2 mampu mngacaunya..berat tu.. setakat bubur dan makan keluarga mcamni..bolehlaaa depa pakat tolong.
SEDAP: mgg sedap...jgn ade yg mngidam pulak yer.
salam puan ita,
sssssedap...ini bubur asyura kedah. Mak masak dalam kawah nak bagi aura dan aromanya mngancam. Setakat ni,akak dok biasa yag kedah jer..nnti nita rasa hat kedah pulak noo. bessst.
Trimakasih
seronok nya.... tak dapat balik kampung dalam masa terdekat, tertunggu juga kariah di sekitar taman perumahan nie nak buat bubur asyura. terasa nak joint... seronok bila ramai2 keluar bergotong royong. tapi tak sama dengan suasana kat kampung halaman.....
salam eelobor,
alhamdulilah...:)
akak dah pun merasa ketika 10 muharam temopuhari, surau SAM bukan shja buat mjlis tahlil yasin berbuka puasa bersama tetpi juga bubuur asyura. Alhamdulillah..usai majliz tazkirah...sama2 mkan lagi
Muga semngat gotong royong masih kekal bersama kita.
Terima kasih dik
lama tak makan bubur asyura...dulu kat taman ada juga buat la ni memasing sbk...
kalau la ada yg sudi duk mai htr sepiring..he..he..
Post a Comment