Sunday, December 11, 2011

syukur..nikmatnya mencerap

Gerhana Bulan penuh dah pun berlalu....sempatkah lagi diri kita menyaksikannya lagi. Gerhana dan fenomena alam ini bukanlah satu dogengan ,walaupun pelbagai ragam dan perangai kaum terdahulu menyambut kedatangannya. Seputar dicerapan bulan adalah pengalaman saya ketika menyaksikannya di masjid negara pada jun yang lalu.

Dulu ketika saya masih kecil, di bulan penuh bercahaya ini,  saya dan kakak  mengambil kesempatan  menggoncang dan  memukul2 pokok nangka yang kununnya akan lebih memjadi buahnya kelak. Saat itu, emak yang menemani kami di luar akan menyapu sampah dedaun yang gugur sambil mengumpul dan membakarkannya.  Sementara ayah yang pulang dari masjid juga akan turut serta memerhati keriangan anak-anaknya. Riangnya saat ini, satu keluarga berhimpun di luar rumah sambil memerhati bulan dan menghayati kesejukan malam. Keriangan waktu kanak-kanak masih terasa ...walaupun dah lama berlalu...Apabila penat kami masuk ke rumah dan tidur. Berakhirlah makna gerhana apabila malam melabuhkan  tirainya. betapa jahilnya...

Namun kini, gerhana yang berlalu akan diiringi dengan  berdoa, takbir, sedekah dan sujud padaNYA. Fenomena gerhana ini perlulah dilihat secara ilmiah bagaimana ALLAH menjadikannya berputar dan mengikut orbitnya dan sampai saatnya akan berlaku bayangan di antara bulan, matahari dan bumi.. Ia menunjukkan salah satu daripada kekuasaan Allah s.w.t. kepada hambaNya dengan pengertian yang sangat besar dari segi iman dan juga sains. Peristiwa gerhana bulan ini juga telah berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

Kali ini, saya meraikan gerhana bulan penuh di masjid Shah Alam. Usai magrib, majlis disusuli dengan forum khas tentang gerhana.Dengan gegaran dan kupasan  forum yang menakjubkan  daripada pakar agama dan pakar falak, dapatlah disimpulkan bahawa alam kita ini hanyalah pinjaman dan akan berlaku perubahan. Kajian dan kaji selidik astronomi, pakar sains dan pakar Falak memberikan kita susur galur hubungraya alam ini. Antara yang terkasima di hati ini, bagaimana pakar sains dapat meramalkan akan berlaku gegaran dasyat pada 21 disember 2012.  Secara ironinya, setiap ramalan tentang astronomi ini berlaku seperti yang dijangkakan. Lantas saya menfowardkan kalendar di nokia . Subhanallah hari Jumaat....Apakah ini penanda kiamat?

Cukuplah sekadar satu perkongsian dan  siapalah kita untuk membicaranya secara lanjut . Ambillah iktibar dari persekitaran dan hargailah nikmat yang dipinjamkan ini. Sama2lah kita reset dan refresh system yang ada. Masih belum terlewat untuk bertaubat dan kembali ke pangkuan jalan.

Alhamdulillah, bersama jamaah, kami bersolat gerhana di sini, bertakbir dan bertahmid dan menghayati khutbah yang disampaikan. Terasa syukur, kiranya, ALLAH ambil nyawaku, catatkan diri ini sebagai seorang hamba yang mensyukuriMu dan mematuhiMU. Di dataran masjid, saya menyaksikan  cahaya langit merah batu bata seperti yang dikastakan..  Menanti  sehingga bulan masuk ke penumbra dan umbra ...Tiada lagi bulan kelihatan. Langit tanpa bulan pada mata kasarnya.... Subhanallah. FAKTA :Gerhana Bulan Penuh terjadi apabila bulan dilindungi sepenuhnya oleh bumi. Bulan akan memasuki bahagian umbra bayang Bumi dan tidak ada cahaya matahari yang boleh sampai kepadanya. Ketika bulan penuh, bulan akan menjadi warna merah cerah dan keadaan ini berterusan hampir 107 minit)

Sepanjang perjalanan pulang dinihari itu, saya ditemani dengan sang bulan yang memancarkan cahaya gerhananya di sebalik bayangan atmospefa...Ketika  menyusuri Masjid Negara, masih ramai para pencerap dengan teropong ajaib mereka ( juga teleskop disediaakan oleh Planeterium)> Terasa ingin bersama  tetapi agak sukar memakir kereta pada tika itu. Lantas saya membisikkan pada hati cukuplah diri ini menjadi saksi..Di sebalik ada orang yang alpa dan tak memandang ke atas,  masih ramai yang mengerti hikmat kejadian alam ini. Terima kasih ALLAH  yang telah menunjukan kekuasaanMU bagi orang-orang yang berfikir.

  Terima kasih FOTOdi bawah dikongsikan daripada AMIREZ  : lets pic tell a story



Subhanallah.
YA ALLAH rahmatilah kami dan maafilah kami atas kelalaian kami..

4 comments:

Kakzakie said...

Masa gerhana itu kaakk berada di kampung Batu Pahat. Selepas solat maghrib kami anak-beranak keluar rumah mendongak cu... lepas makan malam, solat isya' keluar lagi. Zikir pendik aje lepas solat gerhana sebab dah tak tenang nak tonton lagi. Malam itu kami sembang di luar rumah, nyaman rasa sebab menikmati suasana kg lagi...

Kiamat tetap semakin menghampiri kita, moga kita tidak lalai Cu. Hanya bila masanya kita tidak tahu.

ainhany said...

salam kak,

alhamdulillah....terasa satu kepuasan dalam nyamannya malam disebalik gerhana..Syukurlah...mngerti dan mnghayati nikmat yang dikurniakan. Masih teruskan kedamaian di kg kita kak?

InsyaALLAh...sama2 kira ingat mngingat..doakan cu jugak..:)

shami2 said...

Salam ain..

Alhamdulillah...pengalaman dikampung sewaktu2 dahulu...begitulahkan jiran2 akan keluar kehalaman rumah ada yang menyapu, ada yang berborak...ayam tak henti2 berkokok...waktu tu...

Hari ini suasana telah berubah, rata2 kesedaran makin terserlah...alhamdulillah
mudah-mudahan kesedaran ini merubah kepada yang baik kepada yang terbaik.

Tarikh penghujung disember terutama menjelang krismas ni kekadang mencemaskan ...kira2 4 tahun lalu di waktu inilah tsunami melanda Banda Acheh...mudah-mudahan bumi Malaysia didalam perlindunganNya...hendaknya dekk
sama2 kita doakannya

Kiamat tetap berlaku...bila dan bagaimana terserah kepada Allah SWT.
Teguhkan iman dan amal soleh kita kepadaNya sentiasa..insyallah mudah-mudahan kita dalam perlindunganNya

ainhany said...

waalaikumusalam kak shami,

Alhamdulillah..
InsyaALLAH penghujung disember ditempuhi degn selamatnya dan cukuplah tsunami mnjadi iktibar buat kita.

Betapa hebatnya gerhana kali ini berlaku pada awal tahun hjrah 1433, bersamaan 15 muharam, 10 disember...hikmanya ALLAH jjua lebih mngetahui.

Terimakasih kak, atas perkongsian dan ingatan.