Monday, December 26, 2011

Karnival mahabbah di Masjid Wilayah


Jom ramai-ramai  ke Masjid Wilayah

Sumber ini petikan dari BERNAMA :
Sempena acara kemuncak Sambutan Ulangtahun ke-10 IKIMfm, dengan bertemakan “Sedekad Mendidik Menghibur Jiwa”, Radio IKIMfm akan meneruskan penganjuran Karnival Mahabbah IKIMfm dan Konsert Malam Apresiasi IKIMfm sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pendengar setia IKIMfm.

Karnival Mahabbah IKIMfm akan diadakan selama 2 hari iaitu pada 31 Disember 2011 dari jam 10.00 pagi – 10.00 malam dan 1 Januari 2012, dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang di perkarangan, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Karnival Mahabbah IKIMfm ini akan diisi dengan program yang sesuai untuk seisi keluarga. Program akan bermula dengan “Dari Konti Ke Pentas” . Tiga program IKIMfm yang akan dipentaskan iaitu :

i. “ISLAM ITU INDAH” bersama Y.Bhg Prof. Dr. Muhaya Muhammad
ii. “ISLAM AGAMAKU” bersama Saudara Baru
iii. “NASYID ON STAGE” – persembahan nasyid

Lima program kerohanian turut diatur :

i. Daurah bersama Sheikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki, Penasihat Yayasan As-Sofa;
ii. Pameran Khazanah Nusantara
iii. Qiamullail berimamkan Imam Masjid Shah Alam
iv. Zikir Munajat dan Burdah
v.Kuliah Subuh “Rumahku Syurgaku”

Harapan agar Karnival Mahabbah IKIMfm ini akan menjadi platform orang ramai menimba ilmu di samping berriadhah dan berhibur.

Sementara itu, “Konsert Malam Apresiasi IKIMfm” yang akan diadakan pada 31 Disember 2011, pada jam 9.00 malam hingga 11.00 malam di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah persekutuan. Diharapkan ianya mampu memberi ruang untuk orang ramai menghayati hiburan yang mendidik jiwa. Inilah harapan IKIMfm dalam memberi alternatif terbaik untuk orang ramai menyambut tahun baharu secara Islami.

Antara artis dan tokoh yang akan membuat persembahan ialah Kumpulan Saujana, Inteam, Mohram, Hafiz Hamidun, UNIC, Rahmat Ekamatra, Voices of Ummi, Ustaz Zul Ramli Razali dan Prof Madya Dr. Lim Swee Tin.

IKIMfm dengan kerjasama Masjid Wilayah Persekutuan, Dewan Pemuda Masjid, Darul Muhibbin, SF Events sukacitanya menjemput semua peringkat masyarakat dari golongan kanak-kanak, remaja dan ibu bapa memeriahkan dua acara bersejarah ini.

Kami berharap agar IKIMfm terus menjadi “Pilihan Utama Anda” dalam mencari ilmu pengetahuan, mendapatkan maklumat berguna dan berhibur untuk mendidik jiwa.

IKIMfm akan menyiarkan Siaran Langsung Konsert Malam Apresiasi IKIMfm pada 31 Disember 2011 bermula jam 9.00 malam.

LINK : INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)


2 comments:

mama ju, said...

Aslkm Ain

Terimakasih, Ada hati dan berbunga2 nak ke sana, Insyallah.
Tahniah kpd anak2 saudara yg dpt result cemerlang.

ainhany said...

Waalaikumusalam wbkth mama,

InsyaALLAH mudahan niat mamaju diperkenankan...sambil2 berfiesta di ambang tahun baru.

Terima kasih, doakan anak2 mnjadi soleh dan solehah.