Wednesday, December 21, 2011

kisah d'Vaku

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
2011, makin menghampiri penamatnya. Kalendar baru akan bertukar tangan menandakan akan meningkatlah usia dunia , usia umur  juga segala benda baharu di dunia ini. Kita penghuni dan penyemarak dunia akan terus dimamah zaman.. Akhir-akhir ini ,diri blog KK seakan sepi..Pemiliknya masih di sini cuma masa bagai menghakis idea yang terperam. Maklumlah SKT perlu diberesi, borang option SPBA perlu dikembalikan.. ....

Semalam menemani  D'va, teman setiaku ke PS. Untuk di servis ke sekian kalinya..Mengikut jangkaan biasa,ia hanya mengambil masa kurang lebih 2 jam sahaja tetapi ade sesuatu yang istimewa hendak saya kongsikan...

Tertarik pulak dengan tawaran hujung tahunnya10% untuk set timing belt. Kebetulannya bacaan mililage telah melewati 700000km yakni masa yng sesuai untuk digantikan. Saya pun mengambil peluang hujung tahun ini. Maklumlah 'jahil' ilmu permotoran ini.  Pada kiraan awal dibuat, saya ada meminta diskaun ( ini strategi ilmu pak abu/irfan khairi) dan mungkin ada 'ong', service advisor(SA) tu berkenan memberikan diskaun. Saya senyum dan berpesan dengannya, buat elok2 dan kasi yang terbaik...tiptop tau.!

Walaupun secara tabienya, hanya satu saja  dari timing belt tersebut telah keras dan boleh dipatahkan namun atas nasihat SA saya bersetuju menukarkan semuanya..Katanya original dari kilang..terjamin. Wallahuaklam. Ini hanyalah gula2 dalam bisnes..:)

Tunggu punya tunggu, akhbar metro sempat dikhatamkan, majalah mastika dapat diakhiri juga novel kawin-kawin( karya allahyarham azizi abdullah) berakhir dengan kesudahannya Malang(watak pemuda yang galak ingin berkahwin dengan janda secara mutaah sedangkan secara teorinya telah bertemu jodoh dengan seorang yang tinggi agamanya namun gagal memenuhi syarat maskahwin-menulis semula AQ  ) telah menjadi gila isim gara-gara beramal tanpa ilmu dan  niat kerana ALLAH. Syukur alhamdulillah masa yang ada digunakan sebaiknya.Rupa-rupanya setengah hari saya di pusat servis ini. Apa nak dikata..jangkaan telah meleset dan saya perlu terima fakta dari SA ni, bahawa untuk menukarkan timing belt, aligment balancing dan rutine service ia memerlukan masa dan kos upah pun agak tinggi...aduuuhhh...

Semasa saya membuat pembayaran, pegawai akaun telah memberi diskaun RM2.80. Memadailah saya katakan terima kasih dan dengan senyum saya mengambil baki yang ada. Tanya juga kot2 ade kalendar 2012 tapi hampa rupanya.....apa nak dirayu lagi..orang berbudi kita berbahasa jer lah.  Kebetulan pulak ketika itu beberapa  orang mekanik berada berhampiran sementara menunggu waktu tamat bekerja yang hanya berbaki 15 minit sahaja lagi.  Kebetulan, sebelum sampai ke pintu, saya terserempak dengan SA tadi.. Saya ucapkan terima kasih dan hepy new year dan secara selorah saya ungkit tentang diskaunnya.  Subhanallah, dia ajak saya berbincang depan kerani akaun tadi (dengan resit yang telah dicatatkan)dan memutuskan diskaun diberikan seperti dijanjikannya. Subhanallah..inilah satu ketentuan ilahi. Hanya ALLAH yang tahu hikmahnya dan rezeki saya hari ini.  Secara keseluruhannya saya dikembalikan rm17.80 (termasuk rm2.80 sebelumnya). Jumlah itu mungkin biasa jika berlaku di workshop biasa tetapi bila kejadian ini berlaku di perodua servis, saya benar-benar macam tak percaya tapi dah benar-benar berlaku. Terima kasih kepada SA,Mr Kong yang telah melayan dengan berhemah serta mengotakan janjinya.

Untuk rekod  juga, sebelum itu saya telah  memberikan "tips" kepada orang yang telah memberikan perkhidmatannya dengan baik. Amalan yang diterjemahkan daripada perkongsian ilmu bersama Prof Muhaya baru-baru ini. Sebelum dihantar ke Pusat Servis, D'va singgah untuk dimandikan di sebuah car wash. Saya berpuas hati dengan cara dandanannya dan telah menghulurkan  wang lebih daripada sepatutnya. Terima kasih Prof Dr  yang berkongsi amalannya dan menghargai  kehidupan. Yang baik kita amalkan bersama.    

Moralnya, Apa yang kita beri, itulah milik kita, dan apa yang ada ditangan kita belum tentu milik kita. Sama-samalah kita mensyukuri dan berazam membuat kebaikan. Semuga ALLAh mncatatkan amalan kanan melebihi dari kiri. InsyaALLAH. Sekiranya kita berpeluang, gunakan budi bahasa dan mintalah diskaun ketika membuat servis.  Apa kata sesekali kita kongsikan keuntungan mereka. Saya sendiri sukar meramal sampai bila saya harus bergantung kepada perodua servis sedangkan banyak workshop boleh disapa. Jika dibandingkan memang kos perkhidmatan nya agak tinggi tetapi saya harus menerima hakikat saya masih 'jahil' dan baru mengenal isi perut kereta. Mau tak mahu kena juga tahu...dan pengalaman ini saya kongsikan.

TERIMA KASIH ALLAH yang telah mengamanahkan  myD"VA untukku manfaatkan, muga diva mmpu mmbawaku ke taman2 syurgamu dan mempermudahkan segala urusan ku. Amin

2 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Ain

terima kasih Ain
mewakili drp D'Va...he he

Wassalam

ainhany said...

waalaikumusalam THR,

sama2 tn hj,
doakan d'va selamat sokmo

terima kasih