1.MASA MUDA SEBELUM TUA
2.SIHAT SEBELUM SAKIT
3.KAYA SEBELUM MISKIN
4.LAPANG SEBELUM SIBUK
5.HIDUP SEBELUM MATI
2.SIHAT SEBELUM SAKIT
3.KAYA SEBELUM MISKIN
4.LAPANG SEBELUM SIBUK
5.HIDUP SEBELUM MATI
Namun seketika di saat sakit, itulah habuan terbaik untuk bermuhasabah. Saya kenang diri sendiri yang melangkah usia tua berbanding pernah muda satu masa dulu dan bakal melangkah ke usia emas dan bakal ahli kubur juga. Segala-galanya telah tertolis di luh mahfuz..Tika sakit wajah yang berlegar adalah wajah org yang bertarung nyawa untuk melahirkan kita.. ya itulah wajah emak ...Membayangkan andainya di saat kesakitan begini, perawatnya adalah emak pastinya reda sakit..Betapa mak mmpunyai aura dan magic touch tersendiri.. Teruja dgn kesakitan..saya hubungi mak...bukan menambahkan kerisauannya tapi memadai mendengar suaranya dan kata2 semangatnya..Mungkin kerana kurangnya rehat dan cuaca tak menentu menjerat saya untuk muhasabah ( hakikatnya ini hanyalah biologikal semata-mata) dan yang pastinya ....inilah kasih sayang ALLAH mengingatkan diri agar tak alpa.
Jadi bagaimana kan gamaknya situasi mereka yang membelakangkan mak dan ayah yang dimuliakan ALLAH. Membuat keputusan hanya mengira detik kata hati dan takut orang kata dan macam-macam lagi ? Ah persetankan mereka...kerana itu pilihan mereka dan mereka sedang menempah azabnya di dunia. Biarkan...biakan... biarkan tikus baiki labunya.. Tercatat sudah .. memandang wajah mak/ayah ( bagi sang perantau melihat fotonya) sudah dicatat kebajikan sebaris dengan memandang AQ dan Kaabah. Jadi saya mengingatkan diri saya khususnya dan semua yang membaca di sini agar dapat beramal dengan ilmu yang sedikit ini. Pandangla emak dan ayah dengan pandangan rahmat, betapa mulianya mereka mmbesarkan kita..
Terima kasih ALLAH...
Seketika di uji ,saya rasai betapa kak mas dan nana sangat prihatin lagi memahami. Terima kasih ALLAH yang menganugerahkan saya sahabat yang baik dan mudahan ALLAH membri ganjaran hebat buat kalian jua. Walau bagaimnapun dengan semangat mereka juga, saya masih lagi dapat hadir bersama dlm forum ihya ramadan anjuran jabatan. Syukur hari ini saya rasa lebih segar dan sihat dan mudahan dipermulaan ramadan ini ianya berkesudahan dengan pesta ibadat yang sempurna dan terbaik.
Buat anakanda saudaraku yang sedang terlantar di hospital( JB)....
![]() |
| Muga ada kesembuhah utk abdullah |
Teringat saya satu ketika, apabila ayahanda dan umminya di rawat di hospital yang sama, pada satu masa yang sama atas sakit yang berbeza dan wad yang berbeza. Besoknya dua orang lagi anak-anaknya dirawat di hospital yang sama atas jangkitan yang sama dengan ayahandanya(denggi). Bila abis waktu melawat, kami singgah di wad melihat kakak yang masih lemah kerana pitam tika di wad suaminya. Kerana tiada lagi ahli keluarga yang boleh menjaga kakak, kami terpaksa tinggalkan kakak berdikari. Masih saya ingat bisikan abang ngah. (mungkin sekitar tingkatan 4)..cu abang ngah nak tunggu umii malam nie....tapi mana boleh laa ngah..tu amaran hanya penjaga wanita dibenarkan...ni kawasan larangan...Di luar pagar, bisikan menjadi, kalau abg ngah perempuan, boleh tumggu ummi...Sebak..memang saya sebak...tapi saya juga tak mampu kerana komitmen di rumah, dan anak-anak yang perlu di bawa ke pusat kesihatan untuk di uji darah setiap pagi kerana dikhuatiri denggi. Hanya bantuan tenaga dan mengambil alih menguruskan anak2 yang mampu saya berikan tika ini bagi meringankan beban family abang yang diuji. Dua anak abg turut di jangkiti denggi dan abang ngah sahaja yang tahan antibodinya tika itu tetapi kini, dia abang pula teruja...Hari ini, Sabarlah sayang...Hari ini adalah peluang kerehatan untuk mu, makanlah ubat dan dengarlah nasihat doktor. Terpana cu dengan prihatin saudara2mu yang balik ke JB menziarahimu dan menemanimu. Inilah hikmahnya bila bersaudara...Cu ucapkan terima kasih atas laporan semasa di FByang dikongikan. terima kasih dikbas dan dik fa atas dua photo dikongsikan itu..Sekuang-kurangnya cu tahu perkembangan mu jua nak. Semuga ade kesembuhan dan ujian doktor belum mengesahkan jenis kesakitan dialami walaupun tanda awalnya adalah demam.
Sama-samalah kita doakan kesembuhan buat abang ngah dan semua yang sedang diuji dengan kesakitan samada yang disedari ataupun tak . Datangnya bagai kilat , perginya amat lambat ..itulah hakikatnya sakit dan sembuh....Hukum sunnahtullah...Hargailah nikmat yang diberi....dan maafilah kami ya AllaH. Kami insan lemah yang sering terlalai dan berilah peluang untuk kami bertaubat dan mensyukuri nikmatmu . Sihatkan kami, mudahkan kami untuk menyempurnakan amalan dan berpeluang merebut ganjaran di ramadanmu ini kali ini. Terima kasih ALLAH
**muga yatt juga sembuh..
** Ismael juga sembuh ( anak saudaraku paling bungsu) ...( maaf cu baru tau)

2 comments:
Assalamualaikum Ain
saya doakan agar mereka cepat sembuh
SELAMAT BERPUASA
Wassalam
waalaikumusalam wbkth THR,
Amin.
InsyaALLAH sembuh dan sihat hendaknya .
terima kasih
Post a Comment