Tuesday, August 9, 2011

naluri emak

Balik kg!! muktamad...Walaupun pada mulanya, hati kecil ini berbelah bagi..
Kakak mengarahkan saya terus pulang ke kampung kerana kesihatan mak yang tiba-tiba tak sihat. Cukuplah saya katakan, emosi mak sedikit terganggu dengan keadaan anak cucunya. Walaupun hakikatnya tidak diluahkan, tetapi bayangan dan perasaannya dapat dilihat dengan penuh kasih sayang. Tambahan pula ini Ramadan ke 3, menyambutnya tanpa ayah...Tanpa ayah libur mak tak sama seperti dulu . 63 tahun kehidupan mereka bagai aur dan tebing dan bercerai mereka hanya mati.. Hebatnya cinta mak dan ayah. Setia,jujur dan saling menghormati kunci kerukunan kebahgaiaan. Pada mak, ayah seorang lelaki yang amat penyayang dan bertanggungjwab. Membantunya meringankan kerja2 rumah dan melunaskan tanggungjawab dengan sempurna. Pada ayah, emaklah pelengkap hidupnya, air tangan emaklah yang paling sedap dan hanya emaklah ratu hatinya. Tiada dua, tiga atau empat walaupun dia mampu.. Tiada istilah monopoli ataupun polygamy dalam berkeluarga.
 
Saya bersyukur dilahirkan menjadi sebahagian dari zuriat mereka. Kerukunan rumahtangga dan cara didikan mereka memang berbeza.   Ketegasan ayah pada abang2 sudah cukup mendidik generasi bawahan terjana disiplinnya. Walaupun kini ayah tiada, namun semangat dan ruhnya tetap hidup bersama kami yang masih ada. Bayangkan perasaan mak, di waktu kini, bila dimaklumkan keadaan cucunya Abdullah Ishaq di rawat di HSA..Emosinya berkecamuk, dalam sabar dan reda dia tewas pada keadaan. Seketika mak jadi  lemah, selera makannya menjunam dan tak dapat bangun untuk berterawih dan bertadarus bersama rakan masjid lagi. Kesian mak...Saya tak dapat andaikan ada manusia yang masih mengakui ada emak tetapi mengabaikan emaknya. Anak lelaki yang diharapkan mewarisi sikap dan cara ayahnya, kian hambar dihanyut dengan dunia yang 'jahat'. Pergilah dengan duniamu dan biarlah emak memiliki ketenangan di sini.

Mak kemudiannya di bawa ke Klinik. Walaupun dia tak larat tetapi dia semangat untuk sihat dan keazamannya  menyempurnakan puasa  tahun ini. Beberapa ubat dibekalkan dan dipastikan di makan mengikut arahan. InsyaALLAH semuga kesembuhan jua buat mak.

Tentang perkembangan kesihatan  cucunya Abdullah Ishaq...suara ini belum mampu berterus terang. Tak sanggup melafazkannya melainkan untaian air mata..Mungkin dua abang saya yang telah menziarahinya di  dapat menyampaikan dengan cara yang berhemah. Pada saya,mak harus sihat sebelum diledakkan dengan keadaan sebenar abdullah ishak@ abang ngah. Namun segala-galanya terserahlah pada abang-abang saya kerana kini saya telah kembali ke ibukota.

YA ALLAH, ampunilah dosa kedua ibu dan ayahku, Pandanglah mereka dengan kasihan belas dan rahmatilah mereka selamanya. Berikan kesembuhan buat emak dan anak saudaraku Abdullah, Tak dlupakan mendoakan  kesembuhan juga buat ibunda kak ina pemilik blog Terimalah aku seadanya Maafilah mereka dan sihatkan mereka untuk terus melaksanakan visi sebagai hambaMU.
Terimalah permohonan ku...ya Robb.

p/s kak ina: Sabarlah kak..kita teruja dengan kesakitan insan yang kita sayang...Mudahan sembuh dan sihat ..insyaALLAH
TERIMA KASIH ALLAH

6 comments:

Ummi Humaira said...

assalamualaikum Ain...

sabaq yer dik ,ujian untuk kita di Ramadhan kareem.

ainhany said...

Waalaikumusalam wbkth,

terimakasih kak chaq,
Benar tu...rahsia ujian dan ujian di di sebalik ramadan kali ini. Mga ALLAH perkenankan doa kita. Amin

azlina said...

assalamualaikum....

ucu....kak ina mendoakan perkara yg sama ucu doakan bt emak kita masing2...
semuga limpah dan rahmat Allah jua bt mereka berdua...
dan semuga kita juga berada di dlm golongan org2 yg sabar bila di uji..

p/s; emak akk dah kuar hspital semalam tapi keadaan emak msh lemah hanya utk ke bilik air shja dia sudah terlalu penat...seperti org yg baru lps berlari..

aizamia3 said...

sabarlah..
moga makcik semakin sihat dan kuat dalam menjalani kehidupan seharian..

ainhany said...

waalaikumusalam kak ina,

Amin...
Semuga resah hati kita juga tak panjang...semuanya kembali sembuh dan sihat.

Sama2lah kita terus berdoa buat insan2 kita sayang..InsyaALLAH sembuh la tuh emak kak ina nanti..Berkat sokongan dan doa kita semua anak2nya...Amin
Terim kasih kak ina.uc sayng semua!

ainhany said...

salam aiza,

terima kasih atas harapan dan semangt buat mak akak.InsyaALLAH..mudahan sihat dan dapa beribadat dgn sempurna

Amin