Tuesday, August 2, 2011

banner menarik!!

sumber : MUTALIGAT
Salam Ramadan Al Mubarak,
Ketika blogwalking pagi ini, saya terpandang banner nie..terus jatuh hati dan mengundangnya untuk dikongsikan..Terima kasih mutaligat. Ini merupakan iklan dan tawaran sepanjang masa yang dihidangkan untuk kita merebutnya. Sama-samalah kita memperbaharui  tekad dan azam di pemulaaan ramadan ini untuk merebut jawatan yang ditawarkan..InsyaALLAH.


Ramadan telah datang...Ayuh kita semarakkannya..Sama-sama kita mengutip ganjaran dan tawarannya.Kini hanya tinggal 28 hari saja lagi...Jika hitungan ini  boleh di umpamakan, ia bagai merentasi sebuah jambatan untuk sampai ke destinasi. Misi mesti sempurna dalam masa 30 hari sahaja.Semua orang mesti melaluinya..Stamina perlu diperhebatkan, kekuatan mental perlu dimurnikan dan matlamat perlu juga jelas. Ini hanya bahasa perlambangan dalam menjelaskannya. Berkesempatankah kita lagi untuk ramadan akan datang jika yang sedang kita tempuhi sekarang dibiarkan berlalu...Siapalah kita untuk melakar kisah akan datang..  

Maafilah kami ya ALLAH, ampunilah kedua ibu bapa kami, guru2 kami, saudara mara kami, sahabat2 kami dan seterusnya muslimim muslilam yang hidup ataupun dah mati. Sembuhkanlah saudara2 yang sedang sakit dan berikanlah kami kekuatan untuk menjinakkan hati2 kami istiqamah dalam ibadah. Jadikan Ramadan kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya yang telah kami lalui.. 


  
Sehingga kini, Subhanallah saya dapati masjid dipenuhi  oleh tetamu2 ALLAH. Kehadiran yang melimpah di setiap masjid. Saya juga berkesempatan menunaikan ibadat tarawih  pada malam pertama di masjid negeri Selangor( mesjid shah Alam). Tudia macm ini rupanya kemeriahannya ramadan. Sekurang-kurangnya saya rasai ruh islam dan kecintaan melaksanakan tuntutan di Ramadan ini di sambut oleh semua golongan dan peringkat umur.. Tahniah kepimpinan yang ada yang berjaya menyemarakkan obor ibadah ni.

Kami  saya dan dik mala  terpaksa menapak tangga demi tangga ke tingkat atas kerana tiada kekosongan  di ruang muslimat kat dewan utama. Ini adalah benar-benar berlaku dan ia juga pengalaman pertama saya solat di ruang di tingkat atas itu.  Dari atas saya saksikan setiap ruang penuh..Alhamdulillah berbaloi2 la keluasan masjid dengan kebanjiran jamaah. Terima Kasih ALLAH masih memberi ruang dan nafas untuk kami bersama berjamaah di sana.

Terawaih berikutnya di Masjid Negara, lokasi yang tak jauh dari pejabat. Menghayati ibadah ini dengan bilangan saf yang melebihi dari kebiasaan membangkitkan semangat untuk beramal. Melihat jemaah berlumba-lumba beribadat, memberi satu injuksi buat diri untuk mensyukuri dan menyambut tawaran2 ramadzan. InsyaALLAH mudahan bilangan jemaah akan bertambah dan dari masa ke semasa. Marilah sama-sama kita rebut peluang yang masih ada ini dan jangan menangguhkannya lagi. Manfaatkan waktu ini kerana belum tentu esok untuk kita lagi...Wallauhaklam

SELAMAT MEYAMBUT RAMADAN
Selamat berbuka dan berterawih dan menunaikan ibadah-ibadah lain yang digalakan.

NOTA KAKI
Hari ke 3?? di mana ya??

3 comments:

ahmad humairi said...

Salam ramadhan al mubarak,

Selamat menjalani ibadah puasa.
Selamat menyambut lebaran bakal tiba.
Maaf zahir dan batin.

ainhany said...

waalaikumusalam cikgu,

insyaALLAH sama2 kita memuliakan kedatangan ramadan dan syawal yang dinanti. salam ibadah

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Hidup ini hanyalah suatu persinggahan. Oleh itu, ambillah segala peluang kebajikan yang terdaya kita lakukan supaya kita termasuk golongan org2 solih dan mendapat keampunan dari Allah SWT.
Surah AliImran:114 يُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَأُولَـٰئِكَ مِنَ الصَّالِحِينَ
Betapa banyak cerita kita mendengar keluhan2 dari mereka yang sudah mati, meminta kepada Allah SWT agar dapat kembali ke dunia barang seketika supaya dapat melakukan amal ibadat dan mengutip hasil di akhirat! Surah AlAhzab:66 يَوْمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ يَقُولُونَ يَا لَيْتَنَا أَطَعْنَا اللَّـهَ وَأَطَعْنَا الرَّسُولَا
Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah.
Didunia inilah peluang utk kita beramal, alangkan Rasulullah saw sendiri mengambil peluang melakukan amal ibadat, bagaimana pula kita?
Surah Adh Dhuhaa: 11
وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ
Dalam ayat ini Allah menegaskan lagi kepada Nabi-Nya agar ia memperbanyak pemberiannya kepada orang-orang fakir dan miskin serta mensyukuri dan menyebut-nyebut nikmat Allah yang telah dilimpahkan kepadanya. Menyebut-nyebut nikmat Allah yang telah dilimpahkan kepada kita bukanlah untuk membangga-banggakan diri, tetapi untuk mensyukuri dan mengharapkan orang lain mensyukuri pula nikmat yang telah diperolehnya. Adat kebiasaan orang-orang kikir adalah menyembunyikan harta kekayaannya untuk menjadi alasan tidak bersedekah dan selalu mereka mendengarkan kekurangan, tetapi sebaliknya orang-orang dermawan, mereka senantiasa menampakkan pemberian dan pengorbanan mereka dari harta kekayaan yang dianugerahkan Allah kepada mereka dengan menyatakan syukur dan terima kasih kepada Allah atas limpahan karunia-Nya itu.
Banyak hadis yang meriwayatkan bahwa Nabi SAW., banyak bersedekah kepada orang-orang fakir miskin, menyantuni dan berbuat baik kepada mereka, sehingga pada suatu waktu beliau pernah menyedekahkan semua yang beliau miliki kepada orang-orang yang berhajat, sehingga beliau terpaksa tidur tanpa makan. Wallahualam