ku ingin pulang,
menatap wajah rindu
seorang IBU yang ku sanjungi
mendamaikan hatinya yang kesepian
biar tawa senyumnya
sujud doa penuh kekusyukan
ku ingin pulang
menatap rindu
pusara AYAH ku sirami lagi
doa kudus memohon maghfirah
tafakur seketika di badai kerinduan
ku kutip dedaun
menyingkap makna di sebalik keguguran
Aku ingin pulang
tak puas mendengar
IRHAM FAKHREY wajar dipangkuan
tangis senyumnya pasti menawan
cucu ke53 warisan keturunan
Aku bangga tumpang sayang
kerana dia anak manakan
Aku ingin pulang
ada jemputan datang mengundang
Jodoh kesampaian inilah ketentuan
mengakad ILYAS TUFAIL bersama pasangan
Anak saudaraku kan punya teman
Isteri solehah menjadi pilihan
ku ingin pulang
AIDIL ADHA punya pengertian
Dakapan kasih tak bersempadan
Misi pengorbanan satu kebanggaan
SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA
MAAF DZAHIR DAN BATHIN
16 comments:
salam ziarah ka..salam eiduladha 1431h..semoga perjalanan kak pulang ke kampung selamat hendaknya ya...
Semoga selamat sampai ke destinasi Ain..Bb raya di bangi bersama abang.. mak pun dah datang semalam..
--> Salam dik sharOm,
Amin..Mudahan begitulah.
Terima kasih ats doa mngiringi
--> BB
Alhamdulillah meriahlaa BB beraya di samping sweet heart:) salam kepada mereka juga.
terimakasih ye
Assalamualaikum Ain
selamat hari raya Aidil Adha
selamat pengantin baru kpd Ilyas Tufail
Wassalam
Assalamualaikum Ain
selamat balik kg
selamat jumpa ibu
selamat jumpa saudara mara
selamat hari raya Aidil Adha
Wassalam
Assalamualaikum wbt
Merapatkan hubungan silaturrahim lebih2 lg kaum kerabat yg hampir termasuk ibubapa sangat dituntut oleh Islam berdasarkan Surah Luqman:14 Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). Sebaliknya melarang memutuskan hubungan lebih2 lagi bila kita sudah hidup senang dan berkuasa.
Surah Muhammad:22 (Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan jika kamu dapat memegang kuasa kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan silaturahim dengan kaum kerabat?
Wallahualam
assalamualaikum Ain
anak menakan,anak kita juga kan
teringat adik2 saya beritahu kat saya
jangan sedih2 sebab anak2 saya
anak2 mereka juga
selamat ebrhari raya di kampong
Salam Ain,
Sedetik berlalu
tekad menerjah waktu
membulat kekentalan jiwa
mambahagi ruang masa
dengan untaian riang-ria
mengisi impian
semuanya digapai
meninggal nostalgia
kini tinggal senyuman melebar...
aslkm Anakanda
Wah pandai Ain berpuisi..menarik juga. Moga berbahagia bersama ibu dan keluarga.
semoga kepulangan itu memberi erti paling bermakna buat keluarga
Waalaikumusalam THRozali,
Alhamdulillah..satu pertemuan family dan menerima kehadiran org baru dlam fmily.Meriah pulak majlis nikah dan kenduri ilyas.
Terima kasih atas ucap dan doa.Amin_
Waalaikumusalam Tajnur,
InsyaALLAH selagi hayat dikandung badan, hubungan yag ada akan dipelihara. Ain amat2 menghargai perkongsian ilmiah ini..
Terima kasih Taj.
waalaikumusalam ummu,
Setuju tu....:)
Muga2 mereka bahagia mmpunyai mak menakan juga :)
Terima kasih atas perkongsian ini
Waalaikumusalam Kakzakie,
akak sihat ke? Bermakna dan puitis sekali permainan bahasa dilontarkan.Terimakasih mmbuihkan bahasa indah untuk kesekian kalinya. Ye indahnya nostalgia semalam jika diimbau ingin ku pulang lagi sekali
hihih
Terima kasih berbnyak
Waalaikumusalam Mamaju,
Mama...ain ni bukannnya pandai myusun ayat,,sekadar melepaskan rasa hati je..rindu kg..hihii
Terima kasih sudi singgah dan berbekas di sini.
Salam Kamato,
Alhamdulillah misi sempurna dan kini kembali semula ke kota
Terima kasih jua
Post a Comment