Minggu ini, balik kampung lagi...misi kekeluargaaan yang perlu dilunaskan. Segala aktiviti mingguan di ibukota ditangguhkan dan muga ALLAH memudahkan urusan yang dirancang oleh manusia kerdil ini.
Jika minggu lepas, meraikan majlis pernikahan Ilyas Tufail dan Rohaida daripada abang ke 3 , minggu ini pulak abang no 2 di Pendang, akan mengadakan majlis pernikahan anak perempuan bungsunya. Majlis pernikahan direncanakan pada hari Jumaat ini sebagai mengambil keberkatan hari penghulu segala hari. Sinonim dengan permulaan segala kehidupan ....
Pada hari ini juga di SP, anak kedua daripada aruah sepupu saya, almarhumah Siti Hajar akan dinikahkan. Walaupun dia hanya anak saudara sepupu tapi jalinan kemesraaan yg ada dirasai bagaikan anak saudara sendiri juga. Tambahan pula, aruah emaknya meninggal di tahun dia menerima ijazah dari sebuah institusi pendidikan(2008). Semuga segala perencanaan mereka hari ini di restui Ilahi.
Inilah nota2 tarikan yang menggamit kepulangan saya utk minggu ini. Majlis perkahwinan akan diadakan pada hari Sabtu ini .Saya perlu membahagiakan anak-anak yang bakal menjadi isteri. Saya mahu melihat keceriaan mereka pada hari tersebut dan betapa nilainya sebuah kasih sayang daripada seorang ibu saudara. Semuga ALLAH memberi kelapangan untuk saya menghadiri dan pulang dengan selamatnya dgn membuat rencana untuk mnghadiri majlis di dua lokasi yg berbeza dalm waktu yang sama.
Nota buat dua anak saudaraku :
Sara Mashitoh dan Azreen Dalilah
Dua puteri keluarga yang dicintai
Jadilah permata suri yang mendamaikan
Penyejuk sebuah keharmonian
Kesinambungan sebuah tuntutan
Tugas kalian bukan mudah
Usah bersunggut jauh mengeluh
Redza ALLAH itulah ketentuan
JodOh terbaik itulah pilihan
Sara dan Dilla....
selamat menjadi isteri
hargailah amanah yg diberi.
Perjalanan ini baru bermula
jalan ALLAH pilihannya SYURGA
Nota untuk bakal menantu lelaki???
InsyAALLAH akan dititipkan
Terima Kasih dan doakan mereka
10 comments:
Assalamualaikum Ain
moga Sara dan Dilla
menjadi isteri yg solehah
Wassalam
semoga perkahwinan mereka kekal sehingga ke akhir hayat...
salam kenal ain.
seronok balik utara na..lama tak p sana dah
semoga selamat po dan balik
kita flw u..sudi2lah flw back
Salam Ain,
Semoga dipermudahkan perjalan itu.
Selamat juga untuk anak-anak buah semuanya. Langkah pertama menjadikan hidup kearah persefahaman sesama insan.
Salam...
Semoga semuanya berjalan lancar...
InsyaAllah...
Assalamualaikum wbt
Sebagai seorang Islam, apa lagi yg menggembirakan selain melihat perkahwinan yg mengikut syariat Islam dan sama2 membina masyarakat Robaniyyah. InsyaAllah, Semoga Sara dan Dilla menjadi isteri yg solehah. Jgn lupa mencari petunjuk dgn mendalami agama Islam tidak berakhir setelah melalui alam perkahwinan!
so macam mana ngan balik kampung?
Waalaikumusalam wbkth
-->Tn Hj,
InsyaALLAH mudah2an begitulah.
Amin
terima kasih
--> dik Shah,
InsyaALLAH..semuga berkekalan hndaknya...:)
--> Ati,
salam ukhuwah.
Sudi2lah datng kedah lagi noo..
La nie bendang menghijau tapi ujan pula berterusan.
--> Kak Zakie,
dah selamat kak :)
Ain suka ayat ni" Langkah pertama menjadikan hidup kearah persefahaman sesama insan".
Masih banyak yg perlu ditempuhi....muga langkah berikutnya keserasian dan keimanan..Amin
--> akhi Hadi,
Alhamdulillah..segalanya sempurna dan selamat. Penatla jadi mentara..:)
--> Tajnur,
Amin.
Terima kasih atas peringatan dan pedoman diberi sbg persediaan utk kehdupan yg lebih mncabar. Muga mereka terus mendapt barokah dan rahmat ilahi. terima kasih
Salam, ain...
Musim org kawin....mg2 kita semua kan dirahmati ALLAH selalu, iA...
ps : jg kesihatan lek lok ye...
waalaikumusalam Muthiah,
InsyaALLAH.
Muga hingga akhirat..kesetiaan dan kejujuran mnjadi teras
da baik tapi mash perlukan ubt2..:(
Post a Comment