Tuesday, February 23, 2010

Rahmatnya berjiran

Suatu hari, washine machine semi auto saya buat hal. Dalam kekalutan kehidupan, mesin ini banyak membantu memudahkan rutin harian. Usianya melampaui 15 tahun namun kudratnya utuh dan tak pernah mengeluh. Inilah bezanya teknologi dulu dan sekarang yang lebih mementingkan pakai buang. Macam lagu Stacy jer bunyinya…lagu yg pernah memasuki peringkat akhir juara lgu 2oo9.Ttapi itulah hakikatnya…zaman sekarang zaman pakai buang yang menyumbang kpada penipisan lapisan ozon..

Tanpa diduga, washine machine ini tak boleh memutar utk membasuh tetapi hanya boleh untuk mengeringkannya. Saya terpaksa study wiringnya memandangkan ini adalah alat yg lama dan lazimnya tidak sukar utk mencari punca masalah. Membuka, memerhati dan mengesan bau hangit adalah skill yg perlu untuk membaik pulih sesuatu peralatan elektronik. Ini adalah rentetan ilmu yng pernah dipelajari satu ketika dulu. kESIMPULannya, saya mengandaikan kapasitor utk rotate motor bermasalah dan getahnya tidak anjal lagi (loose). Ia memerlukan alat ganti dan kepastian dari seseorng mekanik amat diperlukan.

Memandangkan jiran saya adalah orang yg paling baik dan sentiasa membantu, saya memaklumkan masalah yg dihadapi. Sekiranya boleh dicarikan mekanik utk membaikinya di hujung minggu, sementara saya juga akan mencarinya menerusi iklan nanti.

Dalam masa 24 jam sahaja, tuah ayam nampak dikaki, tuah saya alat dibaiki. Rupa2nya jiran saya telah meminta seorang sahabatnya membaiki semasa ketiadaan saya di rumah dan seperti dijangka dua alat tersebut telah digantikan. ALHAMDULILLAH..terima kasih ALLAH dan saya bersujud panjang di penghujung solat maghrib tanda mensyukuri pertolongan ALLAH ini menerusi jiran yng baik ini. Alangkah indahnya semangat kejiranan ini dan dimana mungkin kan temui lagi jiran yg boleh dipercayai dan sering memerhati rumah dan kehidupan saya ini.

Saya hanya mampu membalas dengan berbuat baik terhadap mereka sekeluarga dan menganggap mereka sebahagian dari keluarga saya juga. Di perantauan kita tak memiliki emak dan ayah tatapi kita hanya mempunyai amanah yg wajar ditunaikan. Namun sempurnakah hak kejiranan sayai…???

Terimakasih Tn Hj Kassim dan Hjh Sabariah. Inilah jiran saya yang amat baik dan sering memastikan saya sihat, selamat dan aman. ALHAMDULILLAH

No comments: