Thursday, February 11, 2010

Doa untuk SahabatkU…

Ya Allah
panjangkanlah umur sahabatku Kurniakanlah
kesihatan yang baik padanya,terangi hatinya
dengan nur pancaran iman.Tetapkanlah hatinya,
perluaskanlahrezekinya, dekatknlah hatinya
kepada kebaikan,jauhkanlah hatinya pada kejahatan,
tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia
dan akhirat.
Ya Muhaimin
jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati
seseorang yang hatinya
tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang
cinta nafsu. Jagalah hatinya agar tidak berpaling
daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu.jika dia
rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu . . .
Ya Ilahi . . .
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu
jika kau halalkan aku merindui sahabatku,janganlah
aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada
cinta hakiki,rindu abadi dan kasih sejati hanya
untukMu. . .
Ya Allah…
kurniakanlah sahabatku kesenangan,ketenangan,
kecemerlangan & keberkatan hidup di dunia & akhirat kelak..
Amin


p/s:terima kasih kak Qasih@ nora

6 comments:

Bb Hussain said...

Amin..

Tihara said...

Pernah dengar kata-kata dari Dr.Fadzilah Kamsah bhw doa dari sahabat itu mustajab Insya-Allah

ainhany said...

salam bb

amin

ainhany said...

salam tihara,

trimkasih ats perkongsian ini..yg baik kita amalkan..doakan shbt maya...amin

KAMATO said...

Amin ya rabbal alamin...semoga dimakbulkan

ainhany said...

salam akhi KaMAto

aminnn