Wednesday, February 10, 2010

terimakasih teman

Apa yg  dikatakan "orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa."

Berbudi tidak semestinya dengan wang ringgit dan harta benda. Tetapi budi juga boleh diberikan dalam bentuk tunjuk ajar, nasihat, pengajaran, pandangan,sokongan dan lain2 amalan baik. Membalas budi pula tidak semestinya dengan menabur kebaikan yang sama. Tetapi memadai juga jika membalas kebaikan yang diterima dengan mendoakan kebaikan untuk si budiman tersebut. .

Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang berbuat baik kepada kamu maka hendaklah kamu membalasnya. Kalau kamu tidak terdaya membalasnya maka berdoalah selalu baginya sehingga kamu mengetahui bahawa kamu telah berterima kasih kepadanya kerana Allah sentiasa membalas kebaikan (orang yang berbuat baik) lagi mengasihi orang yang bersyukur.”-

Jom balas kebaikan dgn berdoa

No comments: