Sunday, February 7, 2010

bas Maut

Foto ini saya rakamkan awal pagi sementara menanti siang membuka lembarannya. Pemandangan ini lazimnya di temui di ibukota(Puduraya) dan menjadi trend masa kini bas dua tingkat digunakan sebagai pengangkutan jarak jauh.
Ada juga bas dua tingkat yg hanya memuatkan beg di tingkat bawahnya manakala penumpang berada di tingkat atas sahaja. Tetapi tidak kurang juga yg menggunakan kedua2 tingkat utk menampung kapasiti penumpang semasanya.

Saya mengakui merasai gah ketika menaiki bas dua tingkat ini buat pertama kalinya dan saya tak pernah berangan-angan berada di tingkat bawah. Mungkin sekadar memikirkan pemandangannya dan keselesaannya seperti berada di bas setingkat sahaja. Namun yg saya dapat gambarkan, situasi bas dua tingkat ini tidak sama sekali sama seperti yg pernah saya naiki dari Berlin ke Hamburg. Mungkin faktor bentuk mukabumi dan pengaruh cuaca mempengaruhi ciri-ciri keselamatannya. Sensor akan mengenal pasti penumpang yang tak mengenakan talipinggang keselamatan selain kerusinya menggunakan teknologi hikrolik yg memberi keselesaan kpda penumpang

Namun saya tetap mengkagumi kerana bas dua tingkat ini telah melata di negara saya kini. Namun yg perlu diambil kira ialah faktor pemanduan berhemah. Ada dikalangan pemandu yang suka merokok dan tidak kurang juga yg memandu dgn laju. Mungkin mereka mempunyai alasan tersendiri namun pemerhatian dari pihak syarikat kenderaan dari masa ke semasa perlulah diambil kira.

Namun begitu, pengalaman berada di tingkat bawah bas Pancaran Matahari tetap menjadi kenangan terindah saya. Saya yg sepatutnya turun di Hentian Shahab Perdana A/S telah dibuai keselesaan sehingga ke stesen bas Tanah Merah Jitra. Mujurlah saya tak panik dgn kecuaian yg tak sepatutnya berlaku. Segalanya kerana, berada di tingkat bawah laksana berada di bilik hotel, suasana lampu yg dim dan mata tak dapat memerhati jln raya lantaran paras cerminnya lebih tinggi dari paras kepala. Oleh itu melayan mimpi adalah cara terbaik sementara menanti tiba ke destinasi. Indahnya kenangan itu….

Atas pandangan inilah, saya sentiasa memberi sokongan kepada bas dua tingkat terutamanya SANI yg menjadi sasaran baru2 ni. Walaupun menjejaki kemalangan dan kematian adalah dua perkara takdir yg menjadi milik ALLAH, namun kita wajar melihatnya secara hikmah. Apakah kekurangan yg perlu diambil perhatian utk meningkatkan ciri2 keselamatan penumpang terutamanya di tingkat bawah. Apakah sekadar menahan permit atau menghukum pemandu bas, masalah ini tak kan berulang?? Jgn kita menuding jari yg satu sedangkan empat lagi menghadap ke diri sendiri juga.

Oleh itu, andainya dapat terapkanlah ciri-ciri kesopanan dan kesusilaan pemanduan seperti yg diamalkan oleh bas Mara Liner di mana memulai perjlann dgn berdoa naik kenderaan. Selain mengaminkan doa, penumpang merasai pemandu ini boleh menjadi imam dan pemimpin dalam bas tersebut. Yang baik kita kongsikan dan hebahkan semuga keselamatan dan keselesaan menjadi cirri utama kenderaan awam kita.

No comments: