Sunday, February 7, 2010

catatan untuk adik Abbas

7 FEB....Selamat ulngtahun kelahiran dik bas.
Hrgailah setiap nafas yg dihembus dan yg mendoaknmu.  Anak adalah lambang kasih sayang dan anak adalah permata berharga buat ayah  ummi.  Hargailah pengorbanan mereka dan nilaikan sejauh mana mereka memperuntukan masa, wang, keringat dan kasih yg tak pernah bertebing

Di usia remaja ini berilah peruntukan yg sewajarnya antara KAWAN, TEMAN, SAHABAT dan SAUDARA. Rakan akan melambai tinggalkan kita bila misi telah selesai tetapi yg akan mendoa, menitip kasih sementalah memandikan mayat, mengiringi ke lahad adalah tangan2 yang sama menyambutmu di usia sebesar telapak tangan ini.. Berilah keseimbangan akal dan hargailah setiap hitungan umur yg menjengahmu.

Ucapkan syukur dalam sujudmu kerana memiliki ayah, ummi dan keluarga walaupun berjauhan kini. Tunjukilah sifat dan keperibadian muslim yg telah diterap selama ini kerana dirimu bukan sebarangan..lulusan al hidayah juga idrisiah.  


Selamat ulang tahun dik bas dan jika semalam satu kecuaian, masih ade hari ini untuk keampunan dan kembalilah kepada kenyataan.. Kejayaan sebenar adalah bila membahagiakan org2 yg kita sanjungi dan sayangi. Family adalah segala2nya...
Semuga anakanda saudaraku ini sihat, selamat dan berjaya dunia&akhirat.

No comments: