Tuesday, September 1, 2009

ucapkan terima kasih sayang...

Subuh Yang Terakhir

Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang
pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila bejauhan barulah merindu didada
Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa
Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta
Buktikan padanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat

Lafazkan rasa cinta...
andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

boleh dwnload - http://www.mediafire.com/?oh2wmh921as


lirik dan lagu allahyarham ust Asri RABBANI ini benar2 mengetuk hati yg ketegaq' ini. Menghayati setiap huruf pesanannya ini saya merasai ianya terlalu hampir kepada kematian yang datang tak tentu masa dan waktunya sedangkan kita masih leka mengungkapkan tanda kasih pada orang yang disayang. Sepertimana lagu ini, ianya seolah-olah pengharapan dan munajat ustz asri selama ini dan dia telah memiliki dan menikmatinya, semasa dan selepas hayatnya. Al Fatihah

Saya kongsikan peringatan dari seorang abang untuk diri ni:
Teruskan MENCARI JLN utk berbakti kepada EMAK kita. Hadrat Ali berkata, Nabi bersabda" sesiapa yg membuat ibubapa sedih, maka ia telah durhaka kepada keduanya.Ibn Umar berkata, TANGIS kedua ibubapa kepada anaknya termasuk kedurhakaan, Aisyah berkata yg Nabi bersabda: seorang anak yg membeliakkan matanya kepada kedua ibubapanya termasuk anak yang tidak berbakti.
( Petikan dari buku, berbakti kepada ibu bapa oleh ustz Ahmad Isa Asyur. )

Al fatihah juga buat allahyarham Abg Yahaya ( suami tercinta kak Rahmah "X" staff BTP -seorg kakak yang seperti ibu yang amat caring saya dan teman2. Kematiannya jam 5 pagi di Hospital Selayang dan selamat disemadikan di tanah perkuburan Sg Tua, BBS jam 11 pg. Semuga kakak dan anak2 bersabar dan meredai pemergian aruah di bulan yang dimulia ini. ALLAH lebih sayanginya dan kita sama2 titipkan doa muga mereka yg pergi kita restui dan dicucuri rahmat............ALFATIHAH

No comments: