Thursday, September 10, 2009

sedapnya murtabak ....


Entah kenapa tetiba, teringat pada murtabak. ohh sedapnya jika dimakan ketika panas. Nikmatnya menikmati sekeping murtabak , terutamanya selepas terawih sambil bersantai sebelum melayan kehendak mata. Teringat juga suatu ketika, ayah akan membeli murtabak hampir setiap petang di Pendang. Ini kegemaran ayah dan seterusnya menjadi kesukaan semua. Wallahu aklam

Namun dimana hendak ditemui murtabak yng menepati ciri-ciri yang saya ingini..." Janganlah mencampurkan makanan yang halal dengan najis , basuhlah, selawatlah( cur ayeir istilah mudahnya)". Kenapa ditakdirkan para penjual mengambil mudah soal mencari kebenaran dalam kebersihan. Mencari yang benar bermakna mencari keredaan ALLAH. ... Allah sentiasa memerhatikan kita setiap waktu, dan aspek kebersihan ini mempunyai hubungkait dengan alam akhirat. Apakah jawapan dihadapan Allah jika di ajukan soalan "Kenapakah kamu memberi makanan yang tidak halal lagi tidak bersih kepada orang Islam?".

Islam amat menitikberatkan halal dan haram dalam makanan kerana ia akan bertandang ke dalam tubuh badan menjadi darah daging dan tenaga untuk beribadat kepada Allah S.W.T. Alangkah pilunya hati , dalam bertak'rub kepada Allah S.W.T., bermunajat dan memanjatkan doa, tubuh kita di selimuti segala macam yang tidak halal. Minda, rohani dan sahsiah muslim terbentuk mengikut acuan makanan dan minuman yang mengalir dalam tubuh. Kita amat bimbang jika segala perintah Ilahi yang kita turuti dan larangan yang kita patuhi menjadi sia-sia di sisi Allah S.W.T. sebagaimana Rasulullah S.A.W. bersabda :

[Kemudian ia menyebutkan ada seorang lelaki datang dari tempat yang jauh, rambutnya tidak terurus, mukanya penuh dengan debu, dia mengangkat kedua tangannya ke langit sambil berdoa: "Wahai tuhanku, wahai tuhanku, pada hal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan di beri makan dengan yang haram pula, maka bagaimana mungkin doanya itu kabulkan?

Seorang ulama', Sheikh Ali Syazali ada menyatakan: "Sesiapa memakan benda yang halal, maka hatinya menjadi lunak, tipis dan bersinar, sedikit tidurnya, dan tidak terhalang daripada berhadapan dengan Allah. Sebaliknya pula sesiapa yang makan benda yang tidak halal, maka tergeraklah semua anggota badan untuk melakukan maksiat. Nauzubillah

Perlu dijelaskan, bersih dan suci mempunyai makna berbeza. Bersih bermaksud sesuatu benda itu boleh digunakan untuk kegunaan harian dan tidak memudaratkan, tetapi Suci, lebih dari itu kerana ia mempunyai hubungan langsung dengan akidah dan ibadat kepada Allah S.W.T.

teringat pulak iklan kat radio IKIM...murtabak draja sahirah...murtabak kegemaran tuanku agaknya?? Setelah disurvey ia adalah produk muslim dari pantai timur. Tetapi sejauhmana hendak dipastikan ia sesuci dan sebersih yang di kehendaki. Sahabat dari pantai timur pun tak boleh nak bagi komen....abih macamna ni, nak makan atau tangguhkan ??? :(

No comments: