Friday, September 11, 2009

911

hmmm...kenangan 911

Guten morgan...

Kejadian yang membawa kenangan "amat indah" walaupun melewati 8 tahun ....ade lagenda BIN dan pandangan negara asing tentang terorist...11.9.2001
segalanya cerita tentang pgalamn kerana ketika kejadian saya berada di benua eropah..asing dan terasing..........Sekitar jam sembilan pagi kami dikejutkan dengan berita kapalterbang yang melanggar WTC. Mr. Host ( cheif coordinator) memaklumkan ianya mungkin berkaitan dengan terrorist dan mngajak kami semua menyaksikan Tv BBC dan CNN. Kursus pada hari itu menjadi hambar dan suram. Dari masa ke semasa kami menyaksikan perkembangan dan berita2 yang tidak ada penterjemahannya.......

Berbalik pada kisah 911 ini, saya dapati rakyat eropah mengutuk kekejaman amerika dan mengambil langgak berjaga-jaga kerana ditakuti semangat dan empayar BIN LADEN akan melarat. Sungguhpun begitu, ramai rakyat Turki yng bermastautin dan mendapat kerakyatan di sini. Secara logiknya pengaruh islam telah menguasai ekonominya.
Namun keharmonian bangsanya tidak dapat dibezakan kerana mereka mnggunakan satu bahasa dan jika berbangsa turkei, kemahiran berbahasanya mungkin lebih dari satu. Di satu segi tiada sekatan dlam beragama selagi hidup rakyatnya aman.

Menyusuri Zoological Garten atau bandaraya sekitar Berlin selepas sebulan berada disana, kita sesekali akan disapa oleh polize yang tiba-tiba muncul atas nama menjaga ketenteraman awam. Namun kerana pakaian yang berbeza dengan masyarakat turkey@ arab saya merasai betapa mereka menghormati rakyat asing tanpa melihat pasport atau sebagainya. Pihak kedutaan dan TTC sentiasa mengingatkan kami supaya sentiasa berwaspada dan jangan bergerak bersendirian.

Ketika kembaraan kami ke Hamburg, yang mengambil masa lebih kurang 5 jam menyusuri highway menggunakan bas, situasi di situ nampaknya tenang tetapi masyarakat islam di situ telah di provok. Ada makluman yg mengatakan, Hamburg akan melarang perempuan menggunakan tudung kepala dan sebagainya bagi membenteras musuh cara mereka. Saya menjadi gusar dan risau kerana hanya inilah maruah yg saya junjung selama ini. Kepada kwn yakni Azman, Mood(thailand), Basuki dan Saiful dari Indonesia, walaupun hampir 3 bulan diperantauan, yg jelas hukum tetap saya kunci rapat. Saya mengambil peluang berdoa dan berdoa jgnlah melucutkan tudung ini kerana 911. Saya terpaksa nekad dan ketika kami melewati pelabuhan tambak yang cantik di hamburgdan pasar pagi( frishmarket), saya bertuah dan bangga kerana ianya tidak menjadi kenyataan. Cuma kami ditahan sekadar melihat pasport dan yang menjadi teruja apabila kawan saya, di perpanjngkan "check point" kerana pada pasportnya ada tertera....norazman shah BIN....
ditakuti dia keturunan BIN LADEN....ohh kenangan terindah.... selain itu,kami hanya tahu beberapa patah bahasa duecthland, selebihnya menggunakan bahasa inggeris sebagai perantara dan sesekali menggunakan bebrapa perkataan bahasa arab mudah bila berinteraksi degn org islam turkey. Syukurlah kerana niat dan kehadiran kami bukan untuk menggegarkan bumi eropah tetapi sekadar mencari ilmu dan berkongsi teknologi ngan negara yang bangun dengan cara tersendiri.

Perasaan takut dan gusar sentiasa menjadi peringatan namun tidak mematahkan niat dan matlamat kami....bertuahnya saya dan kwan-kwan menghadapi situasi ini dan menjadi pengalaman dlm kembara kehidupan...

DANKE PRIMA, ALLEST GUT

catatan:
* .sdapnya kebab turkey walaupun mahal tapi berbaloi...boleh kah ku temui lagi
*Pelabuhan Hamburg di Jerman, merupakan pelabuhan terbesar kedua di Eropa setelah Rotterdam, Belanda.

No comments: