Tuesday, September 8, 2009

Ke garisan sedia......

Diam tak diam tanpa kita menghitung, rupanya hanya tinggal 11 hari lagi kita ke garisan penamat..Ramadan akan meninggalkan kita namun sejauh mana kita memuliakan ramadan kali ini...Akan sempatkah kita menyambutnya untuk kali berikutnya tahun hadapan..
Masih banyak kebocoran dan keculasan dalam beribadat...Ayuh kita sama-sama hidupkan malam untuk sepuluh terakhir bagi fasa ke 3 ini dengan qiyamullail..

Ya ROBB....dekatilah SYUGA pada diriku, jauhilah daku dari neraka MU.
Lembutkan bibirku untuk bertasbih, ringankan badanku menyempurnakan ketaatan pada perintahmu , ringankan tangan untuk memberi, murahkanlah rezekiku dan limpahkanlah kasih sayang supaya dapat ku memberi dengan penuh keinsafan dan ketakwaan.
Ya ROOB saya takut nerakamu....jgnlah himpunkan kami KECUALI di syurgamu kerana kami amat2 mengharap redza padamu. Kasihanilah saya, keluarga saya, anak2 saudara saya, saudara mara saya juga sahabat2 saya yang sering membahagiakan saya ...SAYA sayang ALLAH

Marilah kita bersembahyang malam terutamanya Tahajjud kerana ia berupaya merawati gejala kelupaan dan kebebalan diri. Ia juga merupakan penyebab kecerdasan serta hafalan yang kuat dan mantap. Menyusuri buku terapi tahajud yng saya miliki, tahajud juga berupa terapi untuk kansel namun sejauh mana kita gali nikmatnya. Janganlah kita terleka andai sakit telah mengundang kita masih kebuntuan mencari pedoman.

Dalam sebuah hadis diterangkan bahawa orang yang bersembahyang malam dimuliakan dengan sembilan perkara. Antaranya lahir tanda-tanda ketaatan pada wajahnya, dipelihara dari segala bala dan bencana, disukai oleh hamba yang soleh dan manusia, lidahnya bertutur dengan kata-kata hikmah dan ia menjadikan seorang yang bijaksana iaitu diberi ilmu hikmah yang rahsia dan mendalam. Juga dikurniakan kesihatan yang baik dan dihindari dari penyakit.

Orang yang mendapat ilmu hikmah dikurniakan "instinct", gerak hati, ilham, idea-idea kreatif, kebijaksanaan, serta kepintaran dalam berbicara. Mereka diberi faham ilmu yang halus-halus dan sukar-sukar. Hasilnya lahirlah buah-buah fikiran yang bermutu, bernilai tinggi, pelik-pelik lagi aneh yang tidak terfikir oleh manusia biasa. Terpancar cahaya kebijaksanaan dari hatinya atas lidahnya sebagaimana yang berlaku kepada Imam Ghazali, Ibnu Rusydi, Ibnu Sina dan para genius Islam.

JOM kita sama-sama melakukan qiamullail bagi memperoleh kebaikan dan kelebihan dari Allah Ta'ala selain itu dapat memperkukuhkan Iman dan memperbanyak lagi amalan sunnah yang terselindung Rahmat-Nya.

Kejutkan saya andainya masih terleka dan keasyikan kerana tidur yang nikmat itu adalah tidur selepas mati..:)

SUBHANALLAH

Dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan kurnia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud
TERIMA KASIH ALLAH

No comments: