Tuesday, May 5, 2009

ooo...balik kampung!!!


Alhamdulillah. Peluang balik kg adalah satu2nye yang dinantikan oleh seseorg perantau. Bukan sekadar bercuti tetapi bersama kuntuman harum syurga bila ditatap dan dikucupi wajah emak ayah tercinta.

Terimakasih ayah, terimakasih mak…atas doa dan restumu jua pejalanan hdup anak2mu bahagia hingga kini. Percaturan waktu dan kekangan kehidupan bukanlah alasan untuk menafikan bahawa kami anak-anakmu mendambakan doa dan restu ILLAHI jua. Teruslah doakan kami.......

Syukurlah ayah sihat dan bertenaga, makanpun berselera. Cuma hanya makanan yang lembut dan tidak pedas menjadi citarasanye masa kini. Abg Mat ada hantarkan lauk kenduri yang dia masak…tapi ayah hanya jamah sekadarnya saja. Kata ayah daging susah nak hadam. Namun ayah amat menjaga solat jemaahnya. Sebelum masuk waktu solat lagi ayah pasti dah ada dimasjid Ini lah kekuatan jitu ayah yang kukagumi.

Mak macam biasalah melayan anak2 yang ada kat umah. Kebetulan kak Wan n family pun balik kg…jadi riuk rendahla umah. Menu pagi tu, pulut durian, buah Melaka, cucur udang juga cekodok pisang kegemaranku. Jenuhla nak makan.

La ni musim ujan, jadi rumput dah mula menutupi laman. Bayam dan ulam raja dah bersepah tumbuh. Jadi ku kerahkan anak menakan buat operasi bersama…ib,ahmad,,zaid,kak long, fatiyah, faizah,suhada, zaki pakat2 cuci tingkap,longkang, sapu sawang, tebas rumput, juga cuci lantai …oh ya aris dan ain pun dah boleh join menambahkan keceriaan kerja amal ni. Ain dah boleh tolong susun kasut. Aris pulak pandai amik hati semua orang dengan kepetahannya bercakap..Dah ade keje sekolah walaupun bru berusia 5 tahun di Taski ABIM Pendang. Kesian pulak ank saudara bongsuku bb danial yang demam. Manjanye mengatasi keadaan. Petangnye pulak cucuku si Aufa shauki dah boleh tolong kejaq kambing masuk kandang . terimakasih mak, ayah, semua anak2,cucu dan semua yang ada di kampung.


Syukurlah percutianku kali ni walaupun sekejap cuma, namun buih kasih sayang dan kemesraan semua amat ku rasai.
Ya ALLAH jauhilah daku dari sifat riya, takbur, sombong dan angkuh.Sesungguhnya begitu banyak nikmat yang diberikan padaku walaupun ia tak sepadan dgn ibadatku.Ya Allah ampunilah dosa-dosaku...ampunilah ya ALLAH

No comments: