Thursday, May 28, 2009

Mencari ISAAC muslim?



Sebagai ketua naqibah anak didik Maahad Muhamadi(P) beliau memiliki kefasihan dan kepetahan berbicara bersulamkan ayat quran, hadis juga cerita para sahabat. Laluannya mengejar impian sebagai pakar fizik islam mengatasi sir isaac Newton bakal menjadi kenyataan. Dengan sokongan dari Bank Negara beliau bakal melanjutkan pelajaran di Jordan di samping mendalami bahasa Al Quran juga. Teruskan perjuangan duhai puteri Negara….

Nur Nik Madhihah satu-satunya anak melayu aliran agama yang menempa kejayaan dalam kesemua subjek diambil dalam SPM 2008(19A1,1A2). Kepintaraannya bermula sejak di awal persekolahan lagi. Tanpa tuition, prasarana dan ruang waktu yng cukup beliau menempa kejayaan pada setiap peperiksaan.

Terlalu byank paparan mengenainya telah diketahui umum. Memadailahh catatan ini sekadar perkongsian peribadi dalam pertemuan singkat di majis motivasi bersama adik nur madhihah. Beberapa kali mata ini digeladangi airmata kerana hiba dengan ketabahannya. Akan adakah lagi generasi yang menjaga agama dalam kehidupan selepas beliau.??? Dia matang dan tidak pernah menyesal dilahirkan dari keluarga miskin walaupun hakikatnya dia menangis dan ibu bapa bukanlah tempat untuk menambah kedukaan. Dia bangun menghadiahkan kejayaan utk family bersama doa yang tak pernah jemu. Seorang yang merendah diri dan tidak menganggap ini miliknya seorang tetapi harus dikongsikan..

Dua faktor kunci kejayaannya ialah :
1;Habblu minallah- hubungan dengan ALLAH
2.Habblu minannas- hubungn sesame manusia

Selain menggunakan waktu untuk belajar nik madhihah tidak leka daripada qiayamullail. Dia lebih suka study selepas lewat malam dan awl pagi dan lazimnya selapas solat tahajud. Beliau yakin ALLAH lebih memahami dan mendengar keluhan hatinya dan membantunya Subhanallah….

Selain itu puasa isnin khamis juga menjadi amalannya. Dari riak mukanya yang bersih menampakan kejujuran dalam sesi pertemuan ini.

Kejayaannya hari ini adalah satu hadiah buat guru-gurunya. Berdasarkan pengalaman beliau amat menghormati dan mengkagumi guru-gurunya. Kerjasama dan keredzaan gurulah yng membantunya berjaya.


Boleh couple?
Menerusi ceramah motivasi bersamanya beliau mengingtkan akan kesan couple dan lebih baik jangan mencuba. Inilah budaya yang boleh mengancam dan menghalang tumpuan kita utk belajar. Beberapa petikan cerita para sahabat dan ayat quran menjadi garis panduannya.

Semangat pejuang
Dalam menjaga hubungan sesama manusia,senjata utk membantu Gaza adalah teknologi dan beliau yakin jika ummh bersatu dan mencipta teknologi Israel boleh dihapuskan. Subhanallah …Nik Nur Madhihah, semangatmu membara dikala bercerita tentang perjuangan….Teruskan langkahmu nak… ..Kita YAKIN boleh dengan izin ALLAH

Doakan
Marilah sama2 kita mendoakan semuga dipermudahkan segala laluan untuk adik nik nur madhihah dalam mencapai impiannya. Kata kuncinya ialah doa,usaha iktiar dan tawakkal .SUBHANALLAH

No comments: