Tuesday, April 28, 2009

Halaqah Tafaraqquh Fiddeen


Sejenak di taman ilmu bersama Tuan Syeikh Muhamad Nuruddin Marbu Albanjari Al Makki adalah satu peluang yang amat bermanfaat. Walaupun tanpa “air condition” bahang panas di Masjid Wilayah tidak menghalang antum/akhwat yang dahagakan ilmu untuk terus ‘iktikaf’ hingga majlis berakhir sebelum dzuhur.

Antara intipati yang boleh dikongsikan, di kalangan sahabat Rasulullah S.A.W ada tujuh perawi yang paling banyak merawikan hadith daripada Baginda Rasul.Antaranya:

1-Abu Hurairah R.A yang meriwayat 5374 hadith, disepakati oleh Syaikhan iaitu Imam Bukhari dan Imam Muslim (semoga Allah mencucuri rahmatNya kepada mereka) daripada riwayat beliau sebanyak 325 hadith.Di sisi Imam Bukhari sebanyak 93 hadith manakala bagi Imam Muslim sebanyak 189 hadith.Hadith yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah adalah lebih daripada 800 hadith yang perawi dikalangan sahabat-sahabat.

2-Abdullah Bin Umar R.A iaitu anak kepada Al-Faruq Saidina Umar R.A.Sahabat yang sentiasa komitmen dalam melaksanakan sunnah Rasulullah S.A.W.Beliau meriwayatkan sebanyak 2630 hadith.

3-Anas Bin Malik R.A meriwayatkan sebanyak 2286 hadith.

4-Saiyyidah Aisyah R.A anak kepada Saidina Abu Bakr As-Siddiq.Digelar oleh Baginda Rasulullah sebagai "Humairah"yang bermaksud gadis kecil yang kemerah-merahan.Ummul Mu'minin telah meriwayatkan hadith sebanyak 2210 hadith.

5-Abdullah Bin Abbas R.A, sahabat yang alim dan didoakan oleh Nabi Muhammad S.A.W supaya Allah Ta'ala memberikan kepadanya kefahaman dalam agama dan mengajarkannya ta'wil.Beliau meriwayatkan sebanyak 1660 hadith.

6-Jabbir Bin Abdullah R.A meriwayatkan sebanyak 1540 hadith.

7-Abu Said Khudri R.A meriwayatkan 1170 hadith.

Sebuah kitab “Al ikhtabas” (tulisan jawi) karangan Tuan Syeikh menjadi rujukan yang mengandungi sebanyak 92 buah petikan hadith drpa Abdullah bin Abbas R.A. Walau bagaimana pun hanya 15 buah hadis shaja yang sempat dibincangkan. Insya Allah majlis akan disambung pada 21.6.2009 nanti. Semugaku berkesempatan hadir lagi bersama teman2 yang dahagakan ilmu. jom kita sama2 join

Gaya penyampaian ustaz yang tegas bersulamkan lawak dan sindiran telah menarik perhatian dan menikam hati. Tiada langsung rasa mengantuk atau darjah kepanasan melampau Ustaz mempunyai jadual yang padat sepanjang berada di Malaysia-ada majlis di masjid bakar arang SP , taman ria SP, jg skitar kuala lumpur. Al Ustaz sheikh jg fasih berbahasa melayu dengan loghat utaranya. Sememang beliau seorang ulamak yang alim dan faqeh dengan ilmu yang ada padanya. Sebagai rumusan “janganlah ada pilihan hidup KECUALI redza darpa ALLAH.

26042008(7pagi-115thgri)
Masjid Wilayah PErsekutuan KL

No comments: