Thursday, May 28, 2009

mengenali bapa Nik Nur Madhihah



"saya mencari yang halal dari yang halal"......Nik Kamal

mengenali ayahanda kepada puteri ikon negara, Nik Nur Madhihah dalam satu sessi forum di program penghayatan islam secara kaffah benar-benar menarik hati. Runtunan hati ini bagai terkasima bagaimana Pok Nik(mengelarkan dirinya dengan nama ini) dengan bangganya yakin bahawa pegangan inilah punca kejayaan zuriatnya ini. Walaupun satu ketika dulu Pok Nik pernah bekerja sebagai kontaktor pendawaian elektrik dan aircond namun hati kecilnye tidak penah “selesa”. Namun setelah memilih nelayan sebagai kerjayanya dan ikan2 di lautan sebagai teman, dirinya kian bahagia dan tenang.

tumpang tuah anak?

“Dia milik Negara dan anak tuan-tuan semua, Pok Nik hanya diberi amanah utk memeliharanya.” Subhanallah, seorang bapa macm Pok Nik ni sanggup mengulangi beberapa kali ayat ini kerana yakin bahawa dia hanya menjalankan tugas sebagai bapa dan wajar bersama kak long (gelaran utk madhihah sebagai anak sulong) dlm majlis2 yang perlukan muhramnya. Dengan sikap rendah diri dan tawaddhuk beliau mengakui bahawa selama ini kesemua kejayaan anak2nya tidak pernah dimaklumkan kepada org luar sama ada kejayaan Nik Madhihah ataupun adik-adiknya dlm upsr, pmr,smu, ataupun spm2008. Pok Nik selayaknya menerima habuan dan saguhati dari persatuan nelayan jika kejayaan anaknya diwarwarkan. Pok Nik amat mementingkan dan akan mempastikan anak2nya sentiasa solat dan menjaga agama. Beliau yakin dengan janji ALLAH bila melaksanakan urusan ALLAH dengan redza, sabar dan twakal.

Jadilah Cerdik, Bijak dan Pandai!
Inilah falsafah Pok Nik pada anak-anaknya. Jangan bercita-cita sekadar menjadi doktor, peguam atau sebagainya. Tetapi dengan ilmu dan bijak menggunakan akalnya. kita mampu menguasai dunia.
Tanda diduga, keterujaan Pok Nik terserlah apabila tetiba bekalan elektrik terputus/’black-out”. Pok Nik menggunakan skil dan praktikal yang ada dalam menghadapi situasi ini. Dewan syarahan menjadi gelap-gulita,dan kepanasan menguasai setiap ruang memandangkan kehadiran peserta melebihi dari muatannya. Pihak AJK menyediakan satu skrin layar putih di luar dewan syarahan tersebut bagi menampung kehadiran para ibu, bapa dan anak-anak. Syukurlah bekalan elektrik kembali pulih selepas itu. Terima Kasih Pok Nik!!!

Mengamit teknologi?
Di rumahnya memang ada sebiji TV dan vcd player. Tapi awas Pok Nik tidak mengizinkan sesekali cerita Hindustan menjadi tontonan keluarganya. Akidah dan moral anak2nya terpelihara dari budaya ini. Fikir-fikirkan…..


Sekali pandang Pok Nik ni seorang yng pendiam dan hanya bercakap apabila perlu. Dia petah berbicara yang diselang seli dengan jenakanya, menghargai dan mensyukuri nikmat yang diberikan kini yang dirasakan juga ujian semasa. Ternyata anugerah Ilahi paling bererti dengan kejayaan anakandanya Puteri NIK NUR MADHIHAH adalah hadiah dan berokah negeri yang dipayungi dibawah kepimpinan ulamak dan serambi Mekah.

Tahniah Pok Nik sudi berkongsi cerita, bertukar pandangan dan mengajak para hadirin kembali kepada agama dan menghargai pengorbanan ibu bapa. Sebagai bapa, PoK Nik juga menghargai pengorbanan isterinya juga para guru2. Inilah yang perlu dicontohi dan dikagumi, seorang orang biasa yang kini memiliki harta Negara.

Sesunguhnya penderitaan, kesusahan yang mereka alami semalam bukanlah penghalang kejayaan. Dengan sangka baik dengan ALLAH, mereka menyemai benih2 sabar, rdeza dan memetik kunci kebahagiaan dunia dan akhirat kelak.

…23mei2009
Masjid Saidina Othman Ibn Affan

No comments: