Sunday, May 10, 2009

jom cari buku


Lokasi : PWTC.
Tarikh: 17-27 apr 2009
Yeye…pesta buku antarabangsa KL dtg lagi (PBKL)

Ini merupakan tempat yg mesti ku ziarahi tiap kali ianya diadakan.Macam tak pecayakan, sebanyak 4 kali ku pergi spanjang berlangsungnye pesta buku ni. Dalam dok melilau cari buku2- agama, motivasi ,rujukan anak, novel dan majalah, hati juga terasa tenang bila berada dlm timbunan sumber ilmu kali ni. Kebetulan juga terserempak dgn beberapa kwn2 lama yg hampr terputus hubungan. Syukur hub dapat dijalin semula. Dapat juga jumpa adik yg sorang tu..rindu pun terubat hehe…

Masih ku ingat kali pertama diperkenalkan dgn pesta buku ni tahun 1994. Masa tu keje ngn BTP. Duty dengan En Ismail Mohsan buat PA system untuk sudut kanak2. Jadi sepanjang berlangsungnya majlis tu adalah aktiviti untuk kanak2 sperti becerita, dialog buku, poem, baca puisi dsb. Sambil2 tu dapatla cari2 buku ataupun bertemu penulis, tokoh2 sasterawan juga artis, Bertemu tokoh2 dikagumi sperti dinsman,, lim swee tin,darmawijaya,prof hashim, a.samad said dsb. Juga penah juga jumpa samy yusuf dan cheb ali- terus beli cdnye…oh ya lepas tu dapatla upah dan sijil dari MBBM( majlis buku2 Malaysia)sebagai saguhati. Trima kasih BTP&MBBM


Tahun 2009 pula, satu2 nya gerai yang menjdi pilihan dan memperkenalkan ku dengan bossnya Pn Ainon -adalah PTS islamika. Kali ini kurasai PTS yang menyambut ulngthn ke 9 merupakan syrikat penerbitan yang boleh dibnggakan. Mgg tepatlah moto ”Saya sudah diPTSkan.Anda??” hmm betul sekali motto tu…tahniah!
Kat booth ni banyak pilihan buku novel islamik, pesaing sihat dgn karangraf . Kira puas hati jugak laa dapat juga mentelaah sambil membeli.

Kesempatan hadir di majlis forum “novel popular islamika” bersama Dr. Abu Hassan(UM) ,Pak Habiburahman(penulis ayat2 cinta) juga Sdra Faisal Tehrani sbg moderator, membuka minda dan paradgma bahawa bukan mudah untuk mengajak orang mendekati buku jika niat penulis berbeza. T/jawp penulis adalah mmbina masyarakat, royalti itu adalah imbuhan . Begitu juga kekangan bila novel diadaptasikan ke filem. Rupanya banyak kekangan yng dihadapi seperti pengalaman cikgu Abu Hassan Morad (anugerah media prod) dalam “Julia” dan “Cinta Madinah”. Walaupun kita tak mampu membuat filem seperti ayat2 cinta tapi sekurang2nya ada warna-warni hiburan kita Semuga kepimpinan yang ada lebih terbuka mindanya dlm menjaga nilai estetika filem/drama islam kita.

Oohh rupa2nya banyak juga ku membeli buku dan majalah kali ni……Alhamdulillah ilmu itu subjektif…mg2 ape jua pelaburanku masa ni utk rujukan diri,famili jg shabat2ku jugak knowledge mean sharing

No comments: