Tuesday, June 2, 2009

anakanda Syaiful pi Mekah


Maksudnya:-
Hambamu datang menyahut panggilanmu, Ya Allah,
Hambamu datang menyahut panggilanmu
Hambamu datang menyahut panggilanmu,
Tidak ada sekutu bagimu,
Hambamu datang menyahut panggilanmu
Sesungguhnya segala pujian
Dan nikmat
Dan pemerintahan adalah kepunyaanmu
Tidak ada sekutu bagimu


Pelan asal nak ke KLIA…anakanda Saiful akan menunaikan umrah pada 1/6/2009. Tapi rupa2nya kita hanya mampu merencana...ALLAH Maha Mengetahui. Walaupun chu tak menghantar di KLIA tapi kita sama-sama balik kg ziarah tok,wan dan saudara-mara lain. Syukurlah, abang Ful dapat peluang utk buat amalan umrah disamping menziarahi tempat2 terpilih di antara Mekah dan Madinah. Seorang remaja yang sedang didewasakan dengan persekitaran dengan tulus-mulus hatinya, rupa-rupanya telah menanamkan azam untuk ke sana sejak berusia 17 tahun lagi. Dua tahun selepas itu,doanya dimakbulkan dan kini abang Pon sedang melaksanakan ibadah tersebut. Semuga 13 hari di bumi ambiya dia dapat memikul tanggungjawap sebagai sempurna… Doakan chu juga sempat ke sana dan melambai Kaabah...LABBAI KAL LLAH HUMMA LAMBBAI…...

Teringat kata seorang ustaz beribadat di Masjidil Haram nie pahalanya 100 000 kali ganda berbanding 1000 kali ganda di masjid Nabawi jadi gunakanlah peluang semasa utk sentiasa beribadat. Allah juga sentiasa 24 jam menurunkan rahmat sebanyak 120 rahmat kepada hambanya di Masjidil Haram. 60 rahmat kepada mereka yg bertawaf, 40 rahmat kepada yg bersembahnyang & 20 rahmat kepada yg sekadar melihat Kaabah.Begitu mudahnya mendapat rahmat & pahala dariNya�. Allahuakbar!
Terima lah ibadat anakanda kami ini…Semuga bakal menjadi anak yng soleh.Amin

No comments: