Monday, January 11, 2010

Talkshow-" bidadari cemburu padamu"


tarikh/masa kejadian: 10012010 (0900-1300)
tempat : Anjung Rahmat, Gombak

sekalung tahniah buat  Nisa WPKL ats penganjuran konvensyen 2110 ini.
Keayuan anak2 remaja nisa terserlah di sebalik pakaian ungu yg membaluti diri. Saf kepimpinan Nisa, di bawh kepimpinan Dr Rosni Adam sentiasa menghulur tangan menyambut mesra anak2 remaja dgn mnyediakan hidangan dan santapan diri. Ayuhlah wahai putri remajaku...libtkan dirimu dgn aktiviti yg memberimu kekuatan rohani dan jasmani  dan hiduplah dalam jamaah.

Majlis yng dimulai dgn alunan asma al husna menjadi lebih merdu dan lunak didasari degn makna dan hikmah di sebalik 99 nama illahi.. Saya yakin setiap dari kita mampu menghafalnya kerana ia telah meniti di setiap bibir, di ruang tamu jua di kereta menemani kita. Syukurlah majlis ini terbentang dgn nur illahi. muga terus menyinari setiap ruh anak-anak kita

Menghayati forum yang dikupas oleh Dr Rosni dan ustazah norhafizah@kak chik dapatlah disimpulkan betapa wajar  bercita2 menjadi bidadari malah ketua bidadari. Bak kata ustazah, andaikata  ada suami meninggal dunia kerana syahid utk agama, akan datang menyambutnya 600 bidadari memeluknya dan setiap seorang akan bersamanya selama usia nya di dunia. Jadi bayangkanlah kenikmatan yg bakal diperolehi oleh muhajid ini dan bercita2lah utk bermuhajaddah. Subhanallah

Namun begitu bidadari ini juga akan mencemburui isteri2 yang solehah di dunia ni kerana....
Sebaik-baik perhiasan ialah wanita sOlehah. Dan wanita solehah adalah mereka yang menerapkan islam secara menyeluruh di dalam dirinya, sehingga kelak ia menjadi penyejuk mata bagi orang-orang di sekitarnya. Sentiasa merasakan kebaikan di manapun ia berada. Bahkan seorang “Aidh Al-Qarni menggambarkan wanita sebagai batu-batu indah seperti zamrud, berlian, intan, permata, dan sebagainya di dalam bukunya yang berjudul “Menjadi wanita paling bahagia”.

Subhanallah. Tak ada kemuliaan lain ketika Allah menyebutkan di dalam al-quran surat an-nisa ayat 34, bahwa wanita solehah adalah yang tunduk kepada Allah dan mentaati suaminya, yang sangat menjaga di saat ia tak hadir sebagaimana yang diajarkan oleh Allah. Ciri2 menjadi wanita solehah ini juga tersurat dlm ayat Al ahzab 35. sudi2lah merujuk

Dan bidadari pun cemburu kepada mereka karena keimanan dan kemuliaannya. Bagaimana caranya agar menjadi wanita solehah? Tentu saja dengan melakukan apa yang diperintahkan Allah dan menjauhi segala laranganNya. Senantiasa meningkatkan kualiti diri dan menularkannya kepada orang lain. Wanita dunia yang solehah kelak akan menjadi bidadari-bidadari syurga yang begitu indah. Ciri-ciri menjadi wanita solehah ini juga tersurat dlm ayat Al ahzab 35.
.
Duhai saudariku muslimah, maukah engkau menjadi wanita yang lebih utama dibanding bidadari? Allah meletakkan cahaya di atas wajahmu dan memuliakanmu di surga menjadi bidadari-bidadari surga. Maka, berlajarlah dan tingkatkanlah kualiti dirimu, agar Allah ridha kepadamu

Sesungguhnya tiada shortcut utk mncapai redza Allah... pesanan yg masih segar utk di praktikan:
1) Berbuat baiklah dgn org yang jahat dengan kita
2) Teruskan mendoakan kebaikan keatas org yng kita dengki/cemburu
3) Bersabarlah atas kesakitan dan kesibukan kerana untk menjadi hebat, kita perlu tahan lasak.

Syabas dan tahniah NISA WP --
teruskan perjuangan !!! 
teruskan berdoa...........
" untukmu Wanita kerana dirimu begitu berharga"

Sunday, January 10, 2010

sabaq noo

atas kekangan waktu...
cerita  dihujung minggu akan saya kongsikan kemudian

terima kasih dan salam perjuangan buat NISA WP
terimaksih buat pendokong PDKM..memng gah ghathering semalam
ummi ..i miz u
wan....ur food very ummp   

to be continue....

Saturday, January 9, 2010

to Alya

pada hari ini 9 january 2003..
Merupakan kelahiran PUTRI NUREEN ALYA BT ROZAIDI.
Hari ini ulngthunnya..."Happy besday Alya".Mesra dengn panggilan Alya@aLong merupakan puteri sulung dripada 4 beradik. Nak kata keturunan puteri kayangan pun bolehlah kerana ayahnya dari perlis indera kayangan..Ala2 puteri fantasikan.. Pejam celik pejam celik cepatnya masa berlalu. Enam tahun lalu, menanti kelahiran puteri alya nie merupakan satu harapan buat keluarga anak saudara saya: Sue &Dd. Bayangkan penantian empat tahun sebelum kelahirannya pelbagai usaha dan ikhtiar di lakukan. Besarnya pengorbanan umi ayah Alya nie kerana ia menuntut kesabaran dan doa. Syukurlah walaupun dgn cesarian, puteri sulung ini selamat dan membesar sebagai anak yg menceriakan family.

Masih saya ingat, bagi menunaikan nazar kakak sulung saya (Che Rokian Hj Mansor @ tok kepada Alya ), satu majlis berendoi di adakan. Kebetulan juga pada ketika itu, kenduri meraikan perkahwinan adik bungsu saya. Jadi dua majlis di satukan itulah gambaran yg masih segar dlm ingatan saya. Kalau di kenang lagi, lepas itu kepala alya juga di botakan oleh bidan kampong yg dikenali.

Alya pada pandangan saya:
Seorang cucu yg comel, bijak, manja dan suka bertanya. Bakal mewarisi seni tangan uminya dan teliti dalam membuat sesuatu. Yang kelakarnya pandai berposing depan kamera. Semuga cucu saya ini menjadi cucu yg di redai ALLAH dan diberkati kehidupannya dan membesar sebagai anak yg sihat, cemerlang dan berjaya dunia akhirat.

Kini Alya dah bersekolah di TASKI ABIM. Kali terakhir saya berjumpanya ketika cuti sekolah tempuhari. Alya berada di rumah wan& toknya di kg. Namun ketika itu Alya dan Akis sedang tidor ruang tamu. Hanya ciuman dahi &pipi mereka masih segar dlm kerinduan saya : sesungguhnya tok chu pun sayang Alya.

Happy birthday Alya…
Dirimu permata ayahbonda
Harus dipelihara berpaksi agama

d' ViVa-04


Hmmm..d’viva dah mencapai 30000 km. Menepati tarikh temujanji yg ditetapkan yakni 8/1/01. Insya Allah d’viva akan di servis dalam beberapa hari lagi.

Hari ini juga d’viva merentasi 100 km dlm kembaraan mencari ilmu perisai diri, mengukuh akidah menegakkan iman. Semuga diri ini terus segar menimba ilmu, beramal dan doakan semuga saya istiqamah dan menjadi anak solehah

Andai ada kesilapanku…..jangan KAU hukumi kedua ibu bapaku..Melainkan izinkan diriku bertaubat dan ampuni dosa kedua ibubapaku… amen

Wednesday, January 6, 2010

Dari Maya ke Reality

SUMBER dari blog safiudin.com
10 Jan 2010 ini satu sejarah akan tercipta (biar betul ni :) ).
Apa taknya, pada tanggal tersebut satu pertemuan “PERTEMUAN “RAMAH MESRA SESAMA KITA” dari alam maya ke alam realiti… akan berlangsung.

Untuk maklumat semua, selama ini tidak terfikir pun boleh buat perjumpaan. Ya lah, sekadar beri komen dalam blog Pengalaman Di Kota Makkah.(PDKM). Blog tersebut kepunyaan Sdr Tuan Haji Mohd Azli bin Abdul Aziz, bekerja di Hotel Al Safwah Royale Orchid (hotel tersebut terletak betul -betul di hadapan Masjidil Haram, Makkah).

Alih-alih ada perjumpaan. Hebat, teruja dan insaf - betapa kecilnya dunia ini.Butiran terperinci adalah seperti dibawah:

Tarikh : 10 Januari 2010
Hari: Ahad
Tempat : Masjid Muadz, Setiawangsa, Kuala Lumpur
Masa : 2.00 petang hingga 5.30 petang
Tema : Ramah Mesra Warga Pengalaman Di Kota Makkah (singkatannya PDKM)
Jamuan : Hi Tea
Bayaran: Tiada bayaran (percuma lah tu..)
Kehadiran: Semua pembaca dan peminat PDKM

Komen:
Secara kebetulan mengenali blog CL bagaikan satu siaran langsung terus dari kota Mekah. Dari pelbagai sudut CL rakamkan dan terokai Kota Masjidilharam untuk dikongsikan dlm pena mayanya. Begitu juga suasana wukuf tempuhari CL telah b'sama2 jemaah melontar dan memikul bersama bersama doa dan hajat yg di mhn disampaikan/ didoakan. Alangkah murninya jejak perjlanan seorng daie sperti CL yang bukan shaja ramah dan sempat melayan setiap hari dan setiap komen yang diterima. Terimakasih CL kerana menyempurnakan permintaan saya di sana. Yang dapat saya kongsikan, kesihatan anakanda saudara saya- Nursyuhaida semakin pulih dan memerlukan rawatan fisio setiap minggu. Namun ianya satu keajaiban ilahi juga dengan berkat ikhtiar,bantuan dan doa dari semua. Mungkin juga doa hajat dan munajat di kota suci ini membawa bersama makna makbul . Subhanaallah. terimakasih ALLAH telah mendengar hajat dan permintaan kami.  Saya sedar hanya kerana saya seorang hamba yg memang hamba yang saling  memerlukan tuannya walau di manapun berada dan akan di jemput pada bila2 masapun jua. Hidup harus berwaspada dan bersyukurlah dapat menyedut lagi  satu hari  satu nafas naik dan turun... 
"YA ALLAH bimbinglah kami, jangan KAU bolak balikan hati kami melainkan ditetapkan IMAN, AKHLAK dan Ibadah kami. Semuga menjadi insan yg EHSAN  "

Alhamdulilah kini syuhaida tak memerlukan "wheelchair" lagi dan dah boleh ke sekolah.
Dgn kerjasama pihak sekolah juga, kelasnya disediakan di tingkat bawah dan guru &teman turut memberikan perhatian dan sokongan. semuga ALLAH merahmati semua yang membantu syuhaida

jom kita realisasikan " dari maya ke reality"
---foto sebelum dan terkini.( dirakamkan ketika menjemput paksu& maksu pulang dri mekah. syuhaida dengan mak saya( cucu dan tok) ...saya sayang mereka

Monday, January 4, 2010

Konvensyen Nisa`


Dijemput semua ahli nisa wilayah, adik2 remaja yg ingin menyertai nisa', akak-akak dan ibu2 ke:
KONVENSYEN NISA` WILAYAH
TARIKH : 10 JANUARI 2010 / 24 MUHARAM 1431 HIJRAH (AHAD)

TEMPAT : DEWAN SRI ALAM, ANJUNG RAHMAT, GOMBAK
MASA : 8.30 PAGI - 1.00 TENGAHARI



ANTARA YANG MENARIK:
1) Talkshow Nisa bertajuk "Bidadari Cemburu Padamu..."
2) Persembahan nasyid & deklamasi sajak "seindah bidadari syurga"
3) Pembahagian Kad keahlian Nisa'
4) Cabutan bertuah
5) Cenderahati kepada semua yg hadir


Tempat adalah terhad utk 200 org peserta sahaja
"masuk adalah percuma"
sarapan pagi dan mkn tengahari disediakan.


"KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA"
Hubungi segera: azi 0132009426 atau yani 017 353 3468
 

SUMBER : nisa

Sunday, January 3, 2010

Jom lihat gerhana matahari

Gerhana matahari cincin
•Tarikh : 15 Januari 2010
•Waktu mula : 01.13 petang
•Waktu tamat : 04.59 petang
•Lokasi : Seluruh Malaysia
•Cara cerapan : Menggunakan penapis(filter)
sumber : astromas

Pada hari Jumaat, 15hb Jan 2010 nanti, sebuah lagi kejadian gerhana matahari akan berlaku. Kali ini, ia merupakan Gerhana Matahari Cincin yang akan dapat dilihat disepanjang laluan sejauh 300km yang merentasi benua Afrika, kemudian melalui Lautan Hindi di mana gerhana akan berada pada fasa paling lama iaitu 11 m 8 saat.
Kemudian ia akan meneruskan laluannya ke India, Bangladesh, Burma dan berakhir di China.Di Malaysia, hanya Gerhana Matahari Separa sahaja dapat dilihat pada tarikh tersebut.

Kiraan waktu gerhana dari adalah seperti berikut:  SUMBER : falak 
 Kuala Lumpur
Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:01 PM
Fasa Maksimum (41% Matahari Tertutup):4:26 PM
Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:38 PM

Cara melihat gerhana 
Seperti yang selalu diingatkan, jangan SEKALI-KALI melihat Matahari dengan mata kasar atau alat mencerap (teleskop atau binokular). Cahaya matahari amat terang dan memancarkan radiasi yang amat tinggi sehingga boleh merosakkan mata sehingga buta.
Kaedah paling selamat melihat fasa-fasa gerhana ialah dengan menggunakan kamera lubang pin (Pin Hole Camera).
Jika anda mempunyai binokular, gunalah kaedah projeksi atas kertas (cardboard projection).
Jika anda mempunyai teleskop, sebaik-baik kaedah ialah dengan menggunakan penapis matahari (seperti baader atau mylar). Cuba elakkan daripada menggunakan kaedah projeksi atas kertas kerana intensiti cahaya matahari amat kuat dan boleh mencairkan kanta mata (eyepiece) anda!


JGN LUPA SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI

Resipi Mak

Perkara yang sering menjadi adat dikalangan kita ialah memasak BUBUR ASYURAA'. Hal ini disandarkan kepada peristiwa Nabi Allah Nuh as.

Disebutkan dalam kitab Nihayatuz Zain (halaman 196 Syeikh Nawawi Al-Banteni), Kitab Nuzhatul Majalis (halaman 172 Syeikh Abdur Rahman Al-Ushfuri), Kitab Jam'ul Fawaid ( halaman 132 Syeikh Daud Al-Fathoni) bahawasanya ketika mana bahtera Nabi Nuh as berlabuh di bukit Juudi pada hari Asyuraa maka berkatalah baginda kepada umatnya :

"Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih, maka dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila' iaitu kacang ful dan satu genggam kacang Adas dan Ba'ruz dan tepung dan kacang Hinthoh sehingga menjadi tujuh jenis biji bijian yang dimasak"

"Maka berkata Nabi Nuh as : Masaklah sekaliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang".

Maka berdasarkan kisah inilah sebahagian kaum muslimin menjadikan makanan mereka itu daripada biji bijian yang dinamakan BUBUR ASYURAA' (bubur yang dimasak sempena hari kesepuluh dalam bulan Muharam). Dan itulah masakan yang pertama dimasak di atas permukaan bumi setelah berlakunya banjir besar dan taufan yang melanda bumi.

SUMBER : http://al-haziq.blogspot.com


Maka dgn itu juga lah semasa saya di kg bertepatan dengan 10 muharam dan setelah sama2 berpuasa 9& 10, secara rasminya makanan ini telah dinikmati. Bubur asyura mak memang lain dari yang lain kerana mak buat dgn resipi kasih sayang dan keikhlasan.
  ALHAMDULILLAH.
 Terima kasih mak........

Saturday, January 2, 2010

Selamat Menghirup Udara Segar 2010.
Semuga lara & dosa 2009 sudah di talkinkan. Kini menginjak setahun usia yg berbaki.
Sama2 kita bakar obor keyakinan, usaha dan doa berterusan. Mulai langkah dan usaha positif, semuga di kurnia ILAHI  kehidupan kita lebih bahagia . Insya ALLAH



The PEOPLE whom we like VERY MUCH, GOD will always keep them away from us. So that we MISS them every moment and think about them every second.
         ****AL FATIHAH*****

Friday, January 1, 2010

mencerap bulan

countdown...5,4,3,2,1, suuuuuupp........meletup2 mercun warni rakyat malaysia di KL. Ketika ni jika tertidur pun boleh terbangun betapa seramnya detum detam bunyi di luar rumah. Maklumlah namapun hidup di bandaraya Malaysia.  Pelbagai cara di sambut, onkan  TV1 sakan betul ambank dengan budaya di Dataran Merdeka, manakala TV3, tv7, ch 8  live dari the curve....memang keseronokan mengusai malam thun baru ni.
HAPPY NEW YEAR 2010

Lebih kurang jam 120 pagi saya bertolak ke Masjid Negara. Ketika ini kenderaan saya menongkah arus dan terasa segar seperti hari sudah siang. Dalam jarak 13 km shja, d'viva  mudah mendapat parking di gigi jln masjid negara. Syukurlah sekurang2nya bicara saya bersama wan fauziah di FB , bekas staff btp yg sekarang berkhidmat di JAKIM di tepati. Wan telah memaklumkan acara dan mempelawa saya ke sini juga. Terima kasih atas doa dan info

Untuk pertama kalinya saya menyaksikan fenomena bulan secara live menerusi teropong khas yg disediakan. Dan 1 Januari 2010 juga, saya berpeluang  menyaksikan Gerhana Bulan Separa walaupun tak kelihatan seperti ramalan asal  kerana bulan diseliputi awan  namun perjlanan dapat saya perhatikan. Secara amnya gerhana bulan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama bulan melintasi bayang Bumi. Ohh banyaknya fakta yang perlu di ketahui dan fahami daripada taklimat Tn Syed dari Persatuan falak syari'e di bawah embun sekitar  pagi jam 4 pgi tadi.

Menghampiri jam 2 .30 pagi, solat sunat gerhana yg merupakan solat sunat muakaad dilaksanakan. Saya cuba menghayati setiap pergerakan dalam solat tersebut dan benarlah inilah lambang kesyukuran, lambang keindahan dan betapa ALLAH is GREAT.  Kesyahduan imam mengakhiri dengan 2 khutbah dan berpesan-pesan ini menampakkan betapa ramai manusia yg sujud patuh walaupun ada yg leka diulit mimpi.


Tahniah kpada MOSTI, juga staff ANGKASA yg sedia melayan kerenah pengunjung. Saya juga terasa terkasima menyaksikan planet Marikh yg muncul dan bersinar selepas gerhana bulan berlaku. Gambarannya amat menakjubkan dan hnya dpt dilihat menerusi teropong khas yg disediakan. Subhanallah banyaknya galaksi bulan bintang planet di alam ni yang tak pernah kita menghargainya selama ini. Dengan hanya pandangan mata kasar chyanya umpama  "dot" namun hakikatnya cahayanya menembusi perut bumi. Saya terus memerhati dan pandang ke langit lagi...ohh muncul lagi satu planet bersinar...namun hanya di rakam menerusi kamera kerana utk meneropong lagi sudah ramai yg berbaris...rasanya planet zurah dan menurut taklimat diberikan planet ini amat menarik dan paling cantik- w'aklam ( maaf jika saya tersilap fakta ni)


Berembun dan menyaksikan sendiri langit di kala ini di rasai betapa kerdil diri saya dan indahnya alam langit. Alam tertinggi yg tak tercapai dik tangan tak terhitung dik bilangan...Kepulangan saya sekitar 5 pgi di temani sang bulan penuh dan saya menghargai dan mengkagumi  keujudannya. TERIMA KASIH ALLAH
Oh BULAN  di mana BINTANG..
BULAN oo BULAN saya tetap pangkah BULAN

Bersamaan I JAN 2010 + Gerhana BULAN  = HARI JUMAAT= cuti ( penghulu segala hari dan hari terjadinya kiamat)
kebetulan atau ketentuan?????
Kepada saudara2 & sahabat saya yang mana dikejutkan dgn sms bangun solat sunat....maaflah jika terganggu kerana saya tak mau kalian juga terlepas peluang ni...bangkitla berdoa..doakan umat.amin

Lihatlah senarionya mungkin foto ini berbicara???
ALHAMDULILLAH.

We are like pencils, the BEST part of us is INSIDE. We make MARKS as we TOUCH others' LIVES. When we make MISTAKES, we ERASE but we become BETTER when we are SHARPENED. Let us continue to sharpen our GOOD DEEDS this coming year 2010.

Thursday, December 31, 2009

khabar dari chini

pagi ni saya dikejutkan dgn berita dri Chini....
Sepeninggalan abg dan kakak ke Mekah, jirannya merupakan insan yg telah mengambil alih tugas menjengok2 rumah, menghidupkan enjin kereta yang tak bergerak dan menyalakan lampu di malam hari.  Semangat kejiranan kini semakin lumpuh di kota kerana arus kesibukan dan hilangnya kepercayaan sesama manusia. Namun masih ada yg mengekalkannya dan inilah yang perlu di contohi.

Dipendekkan cerita, hnya beberapa hari saja lagi, kakak dan abg akan meninggalkan kota madinah, satu peristiwa telah berlaku di rumahnya. Walaupun tidaklah gempak tetapi memadailah di kongsikan kerana kejadian kecurian , pecah rumah dan rompakan adalah fenomena biasa dimana-mana. Jerat tak pernah lupakan pelanduk....peribahasa yg menarik di kaitkan.

Pada petang hari tersebut, suami  cHik Dah  telah ke rumah utk menghidupkan enjin kereta, di samping itu dia akan masuk utk melihat2 keadaan dalam rumah. Selepas enjin dihidupkan, dia menggunakan kunci pintu depan dan masuk ke rumah. Secara kebetulan agaknya, dia dapati pintu yang memisahkan dapur dengan ruang tamu terbuka sedangkan  kelazimannya dia terkunci rapat dari bahagian ruang tamu. Mengesyaki sesuatu, beliau terus  ke dapur dan alangkah terperanjat kerana pintu dapur terbuka luas dan sperti di pecah.  Gerak hatinya begitu pantas dan meragui keadaan pintu tandas yg tertutup rapat.( kebetulan ada dua pintu berdekatan degn pintu dapur tersebut iaitu pintu bilik air/mandi dan pintu tandas).

Beliau cuba merapati dan sah pintu telah di kunci didalam. Dia tak berpaling lagi dan terus memaksa dgn ugutan supaya pintu tersebut dan alangkah terperanjatnya dia kerana kedua2 pencuri tersebut adalah org yg dikenali dan anak kepada  pekerja di situ juga. Alhamdulillah segala urusan telah dibawa ke hadapan.

Chik Dah  pun turut meninjau2 perubahan dan mendapati bebrapa tabung duit syiling telah lesap dan ada yg berterabur di lantai. Apa yang saya hargai lagi, beliau terus mencari kamera Olympus myju yang penah menjadi milik saya sebelum ini kerana pada mulanya kamera ini ditinggalkan abg dlam kereta shja. Tetapi setelah tnggungjawab terpikul di bahu mereka, mereka begitu amanah dan teliti menghargai amanat diberikan. Beliau mengambil dan menyimpannya dalam salah satu kotak dan diletakkan dalam almari.  Alangkah pintarnya sang pencuri ini mengeledah barang2 dalam almari dan mengambilnya. Chik Dah mengajak suaminya ke rumah sang pencuri ini dan memaksa mereka memulangkannya. Pada mulanya sang pencuri ini tak mengakui dan selepas chik dah menggunakan pelbagai ayat dan ugutan mungkin, mereka menyerahkan semula barangan tersebut. Memang chik Dah dan suami bijak !!! Langkah mereka yang tak memaklumkan kepada abg kakak juga wajar di puji kerana ia memberi ketenangan pada mereka beribadat. 

Berbalik kepada cerita kakak dan abg saya sekeluarga pula.
Selepas 4 hari di raikan kepulangannya di Pendang Kedah, abg mendapat panggilan pertukaran bertugas di Temerluh pula.  Percutian yg sepatutnya sehingga hujung minggu terpaksa dipendekan kerana urusan perpindahan rumah dan penyewaan rumah baru perlu di selesaikan sebelum persekolahan bermula. ( rumah yg diduduki sekarang adalah rumah yg disediakan oleh tempat abang bekerja di situ). Pulanglah  haji dan hajah ni bersama 4 anak2nya , shahmi, shahir, shahirah dan si manja nadiah bersama kenangan di kg

Mereka tiba di Chini jam menghampiri 12 mlm selepas bertolak dari Kedah jam 2.30 ptg. Esok paginya Chik Dah datang memaklumkan kejadian yg baru berlaku itu dan barulah kakak dan familynya mengetahuinya.  Memandangkan chik Dah juga tak dapat memastikan apa lagi barang yang lesap dia meminta kakak mengingatinya.  Teringtlah kakak sebiji  VCD player yg sering memutarkan vcd haji sbg rujukan dan panduan hajinya  tempuhari. Rupanya vcd tersebut juga lesap dan di dapati juga sebentuk gelang nadia hilang.

Memang saya akui, kakak dan abg ipar saya ni memang serasi, kedua2 cool dan tenang dan suka tolong orang. Mereka tak akan merayu supaya dipulangkan benda yg diambil secara haram itu dengan si pencuri atau familynya lagi. Memadailah dengan  cara  yg telah chik Dah dan suami lakukan. Kini mereka pasrah atas kehilangan dan mengadu kepada Ilahi supaya si pencuri ini mengakui dan memohon maaf.  Ats nada sedih dan kecewa kerana inikah produk generasi didiknya 11 bulan yg lalu.  Kata kakak, jika mereka menghadapi kesulitan dia sentiasa membantu dan saya juga yakin kerana hidupnya amat mudah. Tak suka menyakiti orang dan cuba sebaiknya memperolehi rezeki secara halal dan suka mengia. Selain itu dia lebih banyak membaca dan buku sebahagian dari kehidupnnya. 


Moral of the story:
Semangat kejiranan perlu ujud dlam setiap komuniti masyarakat. Jiran merupakan keluarga terdekat dan perlulah kita bertanye pada diri, sejauhmana kita menghargai jiran di depan, sebelah, di ats atau di bawah rumah kita. Bermula dari diri kita sendiri menilai jiran, begitu jugalah mereka menilai kita. Wajarlah kita menghormati dan menunaikan hak2 berjiran sepanjang hayat kita. Tahniah dan sekalung penghargaan buat chik dah dan familynya. SemuGa ALLAH memberikan ganjaran pahala buatnya.

Bila niat yang baik, ALLAH juga bantu. Benarlah perjlan haji itu dengan niat yang tulus mulus kerana ALLAH dan sepanjang perjlan segala nya telah di susunNYA. Semuga ALLAH memberi gantian yg lebih hebat dengan penyucian hati dan harta benda kepada family kakak saya ni.

Model yg direka atas nama "pelajaran" rupanya masih karat tanpa iman. Jika ada iman pastinya tak melakukan kejahatan dan jika ada rasa hormat pastinya guru bukan sasarannya. Kerana hak guru adalah menghalalkan ilmunya dan hak anak murid adalah mendoakannya.  PErlulah di pikir2kan.....Alangkah beruntungnya seorng guru pengukir setia sebuah kejayaan......merekalah juga lilin dan meraka jugalah wira!

Wednesday, December 30, 2009

Ada sesiapa boleh bantu

Kenapa sejak akhir2 ni susah betul nak buka blog saya...keluh dan rintih beberapa kwn dan peminat senyap saya ...Ada juga yg tak dapat mmbuka/baca menerusi handpone.Pagi ni cubalah nak sette sendiri tapi masih sama. Apa yg terpapar di skrin kwan2 saya semasa cuba membuka blog saya ialah:
 
"this error could mean that someone trying to impersonate the site and you shouldnt continue...."

adeke sasapa yg menyamar??? jgn buat mcm tu tak elok, tak baik dan tak ada sebab saya menolak kehadiran teman2 utk berkongsi pandangan idea dan ilmu. Kerana cambahan dan momentum ilmu itu adalah dari perkongsian.  Saya mengalu-alukan panduan utk meyelesaikan masalah semasa ini . Mungkin sya ada tersalah setting atau spam yg perlu dikenalpasti....tolong bantu saya semuga semua sahabat boleh terus melayari blog saya.   Jika ada yg boleh dibaiki saya baiki dan yang penting tolong jujur dan halalkan ilmu yg diberikan. Saya amat menghargai pandu arah dalam pelayaran kembara kehidupan di blog ini.
TERIMA KASIH sahabat2 saya