Tuesday, April 19, 2011

Aura masjidilharam..

Alhamdulillah, ade juga sahabat2 saya menghebahkan kedatangan TuanSheikh dari  Masjidlilharam  ni ke Malaysia menerusi beberapa programnya...Terkini juga dimaklumkan kuliah sebelum jumaat, khutbah dan iman solat Jumaat oleh Tuan Sheikh `Abdur-Rahman bin `Abdul Aziz as-Sudais akan berlangsung pada hari jumaat  ini 11.30pg-2.00 ptg di Masjid Wilayah, Jln Duta. Bagi muslimat sila ke aras 3. Muslimin muslimat dijemput hadir..  Sengaja saya mengulangi ayat yang dihebahkan menerusi sms ini untuk perhatian dan tindakan semua sahabat maya terutamanya buat Mamaju yang mengingatkan saya.. InsyaALLAH jika berkesempatan saya juga akan turut ingin merasai suasana 'aura masjidilharam' ini. Semuga ALLAH mempermudahkan urusan jua. 

 Diperpanjangkan Info dari sumber  ( terima kasih) : MUZIR di sini
Suara Sheikh `Abdur-Rahman bin `Abdul Aziz as-Sudais memang tidak asing bagi mereka yang gemar mendengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran.  Malah, suara beliau selalu dirindui oleh ramai muslim yang pernah mengerjakan ibadah haji, kerana suara beliau selalu berkumandang mengimamkan solat fardhu di Masjidil Haram.
Beliau kini berada di Malaysia.  Beliau berada selama beberapa hari di sini dan akan menghadiri beberapa program khas yang telah diatur, insyaALLAH.
Berikut adalah jadual beliau yang sempat saya kutip dari pelbagai sumber:
  • 19/4/2011 (Selasa):  
    • Program:  Tadzkirah Maghrib
    • Tempat:  Masjid UIAM
    • Masa:  Selepas Maghrib
  • 20/4/2011 (Rabu):  
    • Program:  The Future of Islamic Civilisation (al-Hadarah al-Islamiyyah) in the 21st Century
    • Tempat:  IAIS Malaysia, Petaling Jaya.  (Maklumat lanjut)
    • Masa:  10 pagi – 12 tengahari
  • 22/4/2011 (Jumaat):
    • Program:  Tadzkirah, Khutbah & Imami Solat Jumaat
    • Tempat:  Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, KL
    • Masa:  11 pagi – 2 petang.
  • 23/4/2011 (Sabtu):
    • Program:  Ceramah Perdana
    • Tempat:  Hotel Royal Chulan, Jalan Conlay (dekat Bukit Bintang dan Hotel Istana).
    • Masa:  8.30 malam
    • Untuk pertanyaan dan sebagainya hubungi Tuan Haji Sidek 012-4940992.  (SUMBER)





Catitan ini sekadar untuk program sekitar Lembah Klang.  Tertakluk kepada sebarang pindaan maklumat.
WAllahu Ta`ala A`lam.

Tambahan Info Diterima dari Acik Sara ( terima kasih ) menerusi sms:
Sheikh Sudais (iman masjilil haram ) akan berada di
20/4 Asar di masjid KLCC,
22/4 Masjid Kg Baru- solat  Maghrib dan Isya
23/4 Darul Quran- solat zuhur

Selamat Ulangtahun kelahiran buat Mamaju dan semuga ALLAH memberkati jejak perjalanan hidup ini selamanya....Terimakasih  atas ingatan dan perhatian menyusuri kembara kehidupan dengan penuh kasih sayang. Semuga ALLAH memberkati ukhuwah kita. Amin.

TERIMA KASIH

Air tangan mak

Bilakah kali terakhir kita memeluk mak? Senikah kita dalam pelukan seorang mak??  Memadaikah dengan hanya mengucup dua tangannya, mencium dua pipinya dan membiarkan dia mencium dahi kita...? Memadaikah sekadar mengucapkan.."Mak,ampunilah dosa ceq mak, doakan ceq selamat,........".  Memadaikah dengan layanan yang telah kita buat selama ini....TIDAKKKKKK...Tepuk dada, tanyalah diri sejauh mana kita meletakkan emak dalam kamus hidup kita.

 kekuatan Maryam semangat Ismail
Berkongsi 'air tangan ibu" dalam sesi kuliah dhuha d Surau Al-Mustaqim, Lembah Keramat
bersama ustazah kak chik@Ustazah Hafizah merupakan satu koreksi buat diri...Air tangan ibu adalah satu acuan yang direkabentuk dan produknya adalah kita...Kita yang ada hari ini adalah produk ibu bapa kita dan generasi kita adalah dari air tangan kita. Setiap anak dilahirkan bersih dan ibubapanyalah mencorakannya sama ada Yahudi, Nasrani ataupun Majusi diperincikan oleh ustazah.

 seorang perwira...
Sejauh manakah seorang yang bernama ibu atau bakal bergelar ibu menunaikan sujud syukur setelah mengetahui dirinya telah hamil.?  Di rahim ibulah pengujudan dan  penciptaaan 'manusia' yang amat selesa membesar di dalamnya.  Rahim ibu juga  akan menjadi saksi- dengan keredaan jiwa dan anugerah yang mengundang syafaat buat ibu kelak. Subhanallah.  Bagi ibu-ibu yang belum melaksanakan sujud syukur @ mengetahui tentangnya belum terlewat untuk beristifar atas kelalaian mensyukurinya. ALLAH memuliakan setiap penciptaanNYA, dan itulah rezeki yang ALLAh pilih.


Sentuhan kasih sayang mak bermula dari dalam perut lagi.. Usapan dan belaian manjanya  tak pernah lekang sehinggalah kita menjadi semakin dewasa.. Di saat kita sakit, dia ada, kita berjaya dia suka, kita jahat dia usap dan kita sedih dialah penawar. Namun kini, anak-anak berani menyalahkan ibubapa sehingga Tanggang Moden muncul kembali....  Wajarlah kita berkongsi perasaan dengan mak, tanpa mengabaikan dia dan mematuhi keputusannya adalah tindakan kita. Mengapa harus melarikan dari berkongsi dengan mak sedangkan kitalah airtangannya ...??

Generasi anak-anak hari ini  memerlukan curahan perhatian dari ibu bapa. Manfaatkan qualiti masa dengan sentuhan dan belaian kasih berilah perhatian buat anak-anak.. Kesibukan bukan alasan menjadi taruhan kedewasaan mereka. Ambilah kesempatan menikmati masakan ibu biarpun simple tetapi barokah dinikmati bersama-sama.  Berilah pengisian agama dan nasihatlah setiap hari . Amalkan membaca quran atau hadis sebagai panduan bersama-sama. Sesekali bersolatlah jamaah dan lazimi menjadi pendengar yang hebat.

Memadaikah ini.??..Kenangan bersama aruah ayah
Jadilah model terbaik untuk anak-anak. Berkongsilah pengalaman dengan mereka dan berikan pengisian sepanjang mereka bersama kita. Belajarlah memperhalusi bagaimana kaedah menegur dan perbaiki akhlak dari masa ke semasa. Jika bermasalah dengan anak-anak itul adalah refleksi diri kita...Bak kata tuding jari telunjuk, empat lagi mengadap kita...
Bila nadia nak g Casariana lagi ?

Suasana sepanjang program adalah bening dan tenang walaupun  dalam cuaca hujan dan kesejukan. Majoriti muslimat bermuhasabah diri sendiri dan sesekali menyeka air mata yang gugur tanpa dipaksa. Intonansi penyampaian ustazah yang berbicara melalui hati begitu  menyentap qalbu.  Dengan dibantu paparan Power point dan video yang begitu 'touching' dalam melembutkan hati mengenal keujudan diri manusia.   Dalam sebak ustazah berkongsi pengalamannya dalam program motivasi  yang pernah dianjurkannya. Ada banyak cerita benar yang dikongsikan dan boleh dijadikan iktibar....Bertanya-tanya tentang diri sejauhmanakah saya sebagai anak yang menjadi acuan dan produk air tangan ibu ayah saya memuliakan emak kini setelah ketiadaan ayah ..
jadilah anak solehah ye sayang..
 Kemuliaan orang soleh yang meninggal dunia seolah-olah berada di taman-taman syurga dan bahagianya mereka seumpama berada dalam pelukan ibu...Betapa 'protection ' ibu terhadap anaknya tatkala kecil di lindungi dan besar disokongi..... Skill tindakan  yang hendak dikongsikan selagi ada hayat peluklah emak dan ayah sepuas-puasnya....mulai hari ini berazamlah" saya nak peluk mak@ ayah sepuas hati dan saya juga nak mak@ayah peluk saya sepuas hati mak@ayah juga.....sebab saya nak merasai kebahagian dalam pelukan seperti yang digambarkan oleh hadis nabi....Subhanallah "
YA ALLAH BERKATILAH EMAKKU..> Akis  saaayang nek ..

YA ALLAH ampunilah saya, Sesungguhnya saya telah berbuat zalim pada diri saya sendiri, emak ayah juga teman-teman...Ampunilah daku..Terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkaulah Maha penerima Taubat lagi Maha Pengampun. YA ALLAH berikanlah kesempatan waktu lagi untuk saya menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu dan jadikan ia sebagai saham untuk emak ayah saya juga..Amin   

TERIMA KASIH 

Monday, April 18, 2011

indahnya nikmatMU

 Semporna dijejaki suda..SUBHANALLAH
Memerhati lakaran alam
menilai 
menafsir 
menyakini 
inilah penciptaan milik SANG PENGUASA
bersyukurlah 

sapa kita?



Dalam kesibukan kita teralpa, terkadang kita tersasar
mencari  makna diri, mencari kecukupan yang tak pasti
menewaskan kerehatan mengabaikan kesempatan
tanpa bertanya apa yang kita cari
Di mana tanggungjawab kita
Di mana janji kita

Kembalilah keabadian sejati
perbaharui akujanji
kita hanya khalifah
pemakmur mukabumi

"Cukuplaa ALLAH buat kami, tiada yang lain di hati kami selain dari ALLAH
Cahaya nabi Muhammad S.A.W , Tiada tuhan selain dari ALLAH"


Friday, April 15, 2011

Hujung minggu bersama...jom

Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk 'Ibu Bapa & Remaja'
Panelis :-

1- Ustaz Mohd Kazim Elias Al-Hafiz (Pengetua Pusat Pendidikan Islam Al-Barakah)

2- Ustaz Uda Kassim (personaliti TV3, TV9, Astro & Radio IKIM)

3- Ustaz Yusri Abd Karim (Pengetua Maahad Tahfiz Kuala Selangor)

Moderator : Ustaz Mohd Yusri Ariffin (tokoh guru agama negeri Selangor)

Tarikh : 16 April 2011 (Sabtu)

Masa : selepas Maghrib

Tempat : Surau Al-Mustaqim, Jln AU5C/8 Lembah Keramat, Hulu Kelang

Semua dijemput hadir
Posted by Surau Al-Mustaqim at 6:11 AM
Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz
Air Tangan Ibu


Kuliah Dhuha Perdana Khas Untuk Muslimat bertajuk ' Air Tangan Ibu' bersama

Ustazah Nor Hafizah Musa (pensyarah UTM, penceramah motivasi, personaliti TV9, Astro & Radio IKIM)

Tarikh : 16 April 2011 (sabtu)

Masa : 9.30 PAGI

Tempat : Surau Al-Mustaqim, Lembah Keramat

Semua muslimat, wanita, para ibu, bakal2 ibu, para isteri, bakal2 isteri dan para pelajar serta remaja dijemput hadir

Thursday, April 14, 2011

Hari Buku Sedunia?

Tahukah bahawa pada 23April  telah dinobatkan sebagai Hari Buku Sedunia dan Hari Hakcipta oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun 1995.
 
Hari Buku Sedunia diperingati setiap tanggal 23 April, tanggal tersebut merupakan tanggal wafatnya penulis William Shakespeare and Miguel de Cervantes yaitu pada tahun 1616. Tanggal 23 April juga sebagai tanggal lahir William Shakespeare pada tahun 1564. Unesco menetapkan tanggal tersebut sebagai Hari Buku Sedunia sebagai bentuk penghormatan bagi kedua tokoh tersebut yang dikategorikan sebagai penulis dunia yang berjasa dibidangnya.
 
Buku merupakan hal penting bagi kita, dengan buku kita dapat mempelajari banyak hal yang tidak kita ketahui sebelumnya. Buku memberikan pencerahan bagi siapa saja yang dapat mengeksplorasinya dengan baik sekaligus menerapkannya dalam kehidupan sehari-hari. 
 
Dunia begitu luas dan kita dapat menikmatinya lewat buku, oleh karena itu buku sering dikatakan sebagai jendela dunia. Sejarah manusia yang dituliskan kedalam buku sangat bermanfaat bagi kita, isinya merupakan pelajaran tentang kehidupan yang berguna pada masa kini. Sejarah yang ditulis dapat menjadi rahmat bagi kita, ertinya suatu peristiwa yang baik dalam sejarah harus kita ikuti, sebaliknya peristiwa yang buruk harus kita hindari. Oleh kerananya kita akan menjadi celaka bila tidak memahami rambu-rambu yang ada dalam perjalanan sejarah untuk dijadikan pelajaran pada sekarang ini. ....sumber DISINi (Terima kasih )


Opp.. yang nak dikongsikan.....KLBF2011 datang lagi...kali ni pada  tanggal 22 apr - 1 mei  2011.Tenguk betul2 ye......tarikhnya bermula hari Jumaat depan. Di tempat dan lokasi yang sama...PWTC akan diserbu lagi...Bagaimanapun kali ini mungkin lebih bertuah biarpun pada hari Jumaat terutamanya buat  kaum Adam boleh menunaikan solat jumaat di surau PWTC yang telah dinaik taraf untuk menunaikan solat jumaat. Jadi tiada alasan untuk ponteng solat kerana singgah dan datang ke sini...

Sama-sama kita amik kesempatan untuk ke sini lagi...Hari2 permulaaan adalah tempuh recce dan insyaALLAH pastu kita pakat  beli..... layan pic tahun lalu...
shahir dan shahirah modelku di kLbF2010.
Bila Atiqah dah pegang buku.... mintaaak....
 Ya ALLAH jadikan kami suka membaca, mencintai ilmu dan beramal dengannya dan menyampaikan nya untuk meneruskan kesinambungan dakwah yang  direntasi oleh Nabi Muhamamad saw  dan para sahabat...



Tuesday, April 12, 2011

Bila ujan...

YA ALLAH berikanlah akal yang sihat, petunjuk yang benar, pemanduan berhemah dan keselamatan buat pemilik kereta ini juga kenderaan2 lain yang menggunakan kemudahan AKLEH. Melihatkan model kereta, pasti kita mengandaikan pemilik ini mempunyai pelbagai fasiliti keselamatan pada keretanya...Namun malang seribu kali malang....lampu signal pun tak ade.. Dalam suasana hujan lebat semalam, kadar pemandangan menjadi kabur, tetapi  tanpa rasa bersalah, pemandu ini dengan senang hati menciluk..Sudahlah signal pun tak diberi...merbahaya dan menyusahkan mana2 kenderaaan yang berhampiran...Agak2 laa bila gajah menyelit...ruse, kancil, angsa,sawi, macamane,....(metafora )

Sesuatu yang menyusahkan hendaklah dihindari..Tatkala hujan, sewajarnya kita lebih berhati-hati... Elakkan diri dari menjadi sebab atas kecuaian kita. Walaupun maut tak dapat dielakkan, tetapi sekurang-kurang jadilah pemandu yang tahu tanggungjwab di jalan raya... Ingat keluarga tersayang dan sayangi orang disekeliling kita...Apakah kita mahu kubur kita disumpah seranah berterusan atas 'amalan yang ditinggalkan". Nasihatkan ini buat diri sendiri juga.... ASTAQFIRULLAH 


Sama-samalah kita bersyukur, biarpun sapa pemandunya...kita adalah pemandu yang berhemah dan sentiasa sabar. Janganlah menongkah arus dan ikutlah resmi padi.. Saya teringat untuk berkongsi pandangan Prof Dr Muhaya...kita adalah sungai kehidupan...Apakah kita malu keledak berterusan dalam sungai hidup hingga mengundang pelbagai penyakit...Atau kita menjadi sungai yang bukan saja mengalirkan air yang jernih tetapi juga dapat mengairi persekitarannya...Ayuh sama-sama kita berubah....menjadi lebih baik dan memperbaiki diri dari masa kesemasa..Semuga ALLAH mmberi hidayah buat pemilik kenderaaan berkenaan....
Hidup satu universiti kehidupan..

Thursday, April 7, 2011

Interactive Dakwah Training 1

PERKIM Ampang akan menganjurkan Interactive  Dakwah Training – IDT1 Kursus Perbandingan Agama ( akar umbi Kristianiti)
Pada 9 dan 10 April 2011, jam 8.30 pagi – 5.30 ptg.
Tempat: Masjid Bukit Indah, Ampang.
Pembentang: Brother Lim Joi Soon, Mohd Amin dan Zainal dari PERKIM.
Sumbangan peserta RM100 seorang termasuk makan dan minum.
Hubungi Brother Lim Joi Soon HP 0123661121.
Sila hebahkan berita baik ini.
Jazakallah.

KOMEN: 
Memanjangkan sumber yang diterima dari email.. Lokasi masjid ini mgg selesa dan terasa kedinginannya...Berada di lokasi yang strategik dan suasana mendamaikan dengan sound sisitem yang mantop. Jika tak pecaya..ayuh sila hadirkan diri....Walaupaun saya tak dapat bersama...semuga segalanya berjalan dengan sempurna. Insya ALLAH

Refleksi Maulid 2010

Memo undangan..

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Meneliti poster ini, kerinduan menggamit rasa. Doa dipanjatkan semuga diberi kelapangan, kesihatan dan kesempatan untuk hadir sekali lagi di majlis sambutan MaulidulRasul dan Haul  2011. Setelah  dua tahun berturut-turut  saya berpeluang hadir di majlis yang sama yang diadakan di Masjid Negara, Kini saya menanam azam untuk terus menghadirinya..Mudah-mudahan ALLAH dorong dan mudahkan urusan saya kelak. Alangkah indahnya andainya anak2 saudara saya yang berada di sekitar KL, iwan dan familynya, along Hamzah, along Q-deen, dik Abbas juga abg Nasir dan familynya turut bersama-sama nanti. Semuga ALLAH memberi mereka taufik dan hidayah pada mereka.

Flash back tahun 2010, majlis Maulid yang bermula selepas Asar, dihiasi dengan forum oleh tokoh-tokoh agama nusantara. Ketika ini muslimat dan muslimin mula mengambil tempat dan dari masa ke semasa ruang masjid dipenuhi dengan ribuan jemaah. Ada dari pelbagai rupa,bangsa, bahasa dan pakaian yang semuanya mempunyai satu matlamat untuk berselawat, marhaban, burdah qasidah dan tazkirah hanya untuk mengingati kelahiran, kebesaran dan kelebihan Nabi MUhamaad SAW.

Majlis ini menghimpunkan ummat Nabi Muhammad SAW dari pelbagai negara seperti , Egypt, Canada, Arab Saudi, Madinah, US, India, Singapore, Indonesia dan lain-lain lagi. Mereka mengenakan jubah atau baju melayu serba putih dgn meletakan serban berwarna di bahu (Ini amalan Rasullullah jua) manakala perempuan mengenakan telekung. Warna putih menghiasi segenap ruang solat dan sekitarnya. Betapa warna putih sinonim dengan kebersihan dan pembersihan jiwa. Mudah-mudahan tercatat kebaikan kepada semua yang telah menghadirinya.

dalam SATU saff kita SATU kiblat
 Pada tahun lalu juga, saya berada dalam ruang solat utama dan satu saf dengan jemaah dari Singapore. Mereka datang setelah digerakkan ALLAH jua, walaupun nyaris-nyaris tersesat gara-gara mencari lokasi Masjid Negara. Deretan bas juga memenuhi ruang letak bas dan jalan disekitarnya. Ada kenderaan yang terpaksa diletakan sehingga ke simpang Taman Burung, namun semangat mereka tetap tega.

Pengisian program, usai solat maghrib,ceramah disampaikan oleh ilmuwan jemputan dengan menggunakan bahasa Arab dan diterjemahkan oleh juru bahasa yang berpengalaman. Setiap tokoh2 membicarakan tentang perjuangan dan akhlak Rasullulah. Subhanallah

rindunya suasana ini
Gambaran 1400 bertahun berlalu, walaupun tak pernah ditemui ,tapi dirasai bagaikan seperti Rasulullah amat-amat sayang dan mengenali kita. Betapa diri kita terbiar lalai mengabai selawat dalam mengingatinya. Di samping itu, alunan marhaban, burdah, selawat,dialun dari masa ke semasa dan ini menaikkan semangat mencintai Rasullulah. Sama-samalah kita mengambil iktibar dan berselawat setiap hari. Untuk merasainya, saya menggalakan datang dan alami sendiri pengalaman ini.

Mug utk semua
Klimak program mauled ini ialah mengaminkan doa yang begitu menyentuh qalbu. Subhanallah,, adalah lebih baik merasai sendiri.. Bersama -sama jemaah juga YDMM YDPA, Tuanku Mizan turut menghadirinya. Oleh itu majlis ini lebih formal dan tamat selepas jam 10 shaja. Mungkinkah dengan sokongan ketua negara untuk kali ini, lokasi juga berubah dengan kemudahan yang lebih efisen. Harapnya.

Sebelum pulang, tetamu disediakan makanan dan ada guudies dari AL WARISEEN TRUST. Semuga ALLAH menganjari pahala buat mereka yang telah terlibat secara langsung dan tak langsung sehingga sempurna majlis ini. Segalanya berjalan lancar dan Tahniah.

Semuga program pada kali ini lebih baik dan dipermudahkan.

Majlis Maulidul Rasul dan Haul Al Sheikh Abd Qadir Jailani 2011

anda di jemput  tau
Jom pakat mai sini
Sempena Majlis Maulidul rasul dan Haul Al Sheikh Abd Qadir Jailani
-MASJID TUANKU MIZAN (Masjid Besi), Presint 2, Putrajaya
-9 April 2011, Hari Sabtu

Datang Awal2.....Muslimin muslimat di jemput hadir

Seputar tentang poster ini,
Pada hari Ahad lalu,  seketika bersama dengan dua anak menakan angkat, yatt dan mala bershoping di kota raya,  kami singgah solat asar di Masjid Kg Baru. Kebetulan pulak poster ini baru diletakkan. Saya memang tertarik dan terus mengambilnya. Mungkinlah ini satu kebetulan atau suratan supaya kami  menjadi agen penyebar majlis ilmu ini. Merenung asbab, tentulah ALLAH mmpunyai jawapannya... Sama-samalah kita sebarkan dan jika berpeluang ayuh sama-sama kita menghadirinya..Akan ada rasa satu kemanisan yang amat2 mendalam betapa kasihnya Rasullullah pada kita dan bertanyalah pada diri sendiri sebanyak mana kita berselawat padanya selama ini. Layakkah meneriima syafaatnya..

InsyaALLAH imbauan seputar bersama di majlis  tahun lalu akan saya kongsikan selepas ini, Muga diberi kesempatan untuk menulis nya...amin

Wednesday, April 6, 2011

Temujanji bersama Tuan Sheikh Nuruddin

 zoommm...untuk lebih jelas
Mari-mari...kita bersama semarakkan majlis ilmu untuk BULAN APRIL ini.
Ini merupakan kuliah bulanannya dan kepada sesiapa yang telah dan sedang mencari-cari pengisian ilmu, saya amat-amat mengalu-alukan..Tak kan rugi bersama di taman-taman syurga ini...sekiranya ada persoalan segalanya segalanya akan dihuraikan dengan berpandukan AQ dan hadith. InsyaALLAH.

InsyaALLAH  saya akan cuba menghadirkan diri di sekitar KL nanti. Semuga diperkenankan ALLAH akan niat nie, Jua.. Ayuh teman-temanku...kita penuhi hujung minggu dengan program agama..:)

Tuesday, April 5, 2011

Alahai d'vaku

Pagi tadi baru KK perasan ada kesan yang tak menyenangkan di bahagian depan d'vaku. Seharian kotak fikirku bertanya-tanya dimanakah tempat yang sesuai untuk menyelesaikan prOblem masalah ini. Perlukah ke SC atau di mana workshop yang sesuai ? Memandangkan saya masih buta mengenai ilmu kereta ini, tetapi selagi masalah ini belum diselesaikan, hati saya menjadi tak keruan. Usai solat saya mendoakan semuga ALLAH menunjukan jalan nya untuk merungkai permasalahan semasa ni.

Alhamdulillah seketika pulang dari kerja, saya bagaikan didorong untuk singgah di sebuah bengkel kereta pemilik seorang islam di Keramat. SYukurlah dengan kepakaran dan kemahiran yang ada padanya, d'va kembali ceria. . Menurutnya, samada di langgar atau melanggar, viva adalah mangsa yang paling mudah cedera. Bodynya amat lembut dan macam 'tin sardin" ..eh kenapa pulak disamakan dengan tin sardin ? Alangkah baik jika dikatakan tin pepsi yang terbukti lebih lembut aluminiumnya...  Itulah realitynya.

Yang saya nak kongsikan ialah pemasangan interbodynya,. Apabila hood dibuka, rupanya-rupanya hanya diklipkan di antara bumper dengan body tersebut. Kini ketiga-tiga klipnya telah tercabut...Hihi.. kelakar dan ajaib..mana pi klip tersebut,. Ada kemungkinan ianya terjatuh sendiri kesan gegaran enjin dan cara pemanduan. Saya akui kelalaian saya kerana meletakan 100% kepada SC . Saya jarang membuka hood depan untuk memerhati perjalanan sistem enjin.  Sesekali adalah sekadar melihat minyak hitam dan air bateri  yang sememangnya mencukupi seperti yang disyokan oleh SC . Lebih dari itu saya memang saya tak tahu.

Hikmahnya bila berurusan dengan bengkel ini, saya diberi nasihat dan ditunjukkan beberapa perkara yang perlu diperhatikan bila melibatkan "sistem hardisk" kenderaan tersebut. Sebagai penyelesaiannya, dia telah menggantikan dengan  tiga skru dan nut. Mungkin juga sekiranya berurusan di SC, saya hanya akan dimaklumkan kos tanpa ditunjukan kunci penyelesaiannya. Di sini ada pro dan konnya  bila menjadikan SC sebagai konsultan. Kini saya perlu berhati-hati dan peka dengan d'va. Walau apapun saya bersyukur kerana dengan d'va, pemanduannya menghala ke arah mencari restu dan redza ALLAH. Telah banyak pengorbanannya dan  menjadi saksi buat saya menjejaki restu ALLAH.

Terimaksih ALLAH.
Terima kasih d'vaku

Monday, April 4, 2011

Apa nak jadi nie..

Astaqfirullah hal azim.
Apa nak jadi dengan media melayu hari ini..Jijik dan malunya dengan maruah agama dan tatasusila melayu yang selama ini menjadi budaya kita di cemari di dada akhbar. Mana pegangan agama yang dianuti dan memadailah saya katakan ianya amat-amat menjijikan. Memadailah diaibkan dengan bahasa-bahasa "panas'gambaran maksiat yang dilakukan sebelum ini . Kini dipaparkan lagi dengan tona warna hitam putih..Cukuplah...kami menjadi saksi atas tangan2 kotor ini  di pengadilan ALLAH . Sungguhpun ini satu permainan politik, tak salah rasanya jika minda rakyat satu Malaysia ini tidak mencampuri urusan pihak bertanggung jawab. Bertindaklah wahai tangan-tangan yang berkuasa, tutupilah aib dan usah disensasi berita begini. Rosaknya akhlak di kalangan remaja kita kerana kelalaian kita dan jangan diulangi kecuaian ini. Apa modal untuk menjawab didepan ALLAH nanti. Renung-renungkan segala nikmat tangan, minda dan lain-lain yang dianugerahkan, dengan Rahmannya ALLAH ke arah mana digunakan..


Teringat satu kalam ilmiah yang pernah di sampaikan oleh seorang ustaz.  Yang paling ditakuti kita ialah fitnah kehidupan. Fitnah ini diluar jangkaan kita dan ia boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja sebelum ajal menemui kita. Cukuplah sekali saya merasai pengalaman di tikam tanpa darah, dihidu tanpa rasa dan diaib tanpa sebab kerana rasa kurang senang seseorang atas kejayaan saya selama ini. Hikmah yang terkandung disebaliknya dirungkai ALLAH  engan diperkenan doa daripada org yang dizalimi..Semenjak dari itu, saya terus menjadikan doa ini sebagai amalan harian. Sebagai  'preventive" molek sangat di kongsikan doa ini.. Dibacakan doa ini selepas bacaan tahiyat akhir yakni sebelum memberi salam.   

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ.

Allahumma innii a’uudzubika min ‘adzaabilqobri wa min ‘adzaabi jahannam wa min fitnatilmahyaa wa mamaati wa min syarri fitnatilmasiihiddajjal

Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari siksaan kubur, siksa neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan setelah mati, serta dari kejahatan fitnah Almasih Dajjal.”
(HR. Al-Bukhari 2/102 dan Muslim 1/412. Lafazh hadits ini dalam riwayat Muslim)

Petikan ini menghuraikan perbezaan antara doa dan zikir:

Syeikh Muhammad Shalih Al-Utsaimin pernah ditanya tentang perkataan Ibnu Taimiyah :

إن الدعاء يكون قبل السلام والذكر بعده

Artinya : "Sesungguhnya doa adalah ketika sebelum salam (dari sholat) dan dzikir adalah setelahnya."

Beliau menjawab : Adapun pertanyaan tentang perkataan Ibnu Taimiyah dan muridnya Ibnu Al-Qoyim -rahimahumallah- : "Sesungguhnya doa adalah ketika sebelum salam dan dzikir adalah setelahnya," adalah perkataan yang baik sekali berdasarkan hadits dari Ibnu Mas'ud yang menyebutkan bahwa ketika Rosulullah -sholallahu 'alaihi wasallam- mengajarinya tasyahud, beliau bersabda :

ثم ليتخير من الدعاء أعجبه إليه

Artinya : "Kemudian agar memilih doa yang diinginkan." (HR Bukhori dan Muslim)


Ayuh sama-sama kita saling mendoakan...

Ya Allah Ya Tuhan Kami. Engkaulah Penguasa Yg paling Agung dan yg Paling Berkuasa. Kami hamba2 Mu memohon perlindungan dari segala fitnah dan kezaliman oleh golongan yg sesat . Berilah kami Ketenangan dan Istiqamah bermunajat kepada Mu dalam menghadapi dugaan Mu ini Ya Allah. Sesungguhnya hanya dengan izin Mu Ya Allah segala fitnah dan kezaliman ini terjadi. Oleh itu Kami memohon agar kami dan keluarga kami dan keturuanan kami diselamatkan dari segala bala ini.


Kembalikanlah segala fitnah dan kejahatan ini kepada mereka yang bertanggungjawab dan yang terlibat melakukannya agar menjadi pengajaran supaya mereka tidak kembali kepada Mu dengan dosa besar ini. AMIN YA RABBAL ALAMIN..

Friday, April 1, 2011

Orang memberi kita merasa..

woww menu berbuka baru-baru ini.. buah strawberi . Nikmatnya SUBHANALLAH..masam2 manis rasanya. Pelik kan tapi itulah realitinya. Hajat rakan sepejabat, Kak Mastiah untuk menikmati Strawberi Cameron ditunaikan oleh rakan saya yangke Cameron.. Bahkan, Kak Mas juga telah memberikan satu pack untuk saya juga….Adapun, sekiranya diterima ibadah puasaku, kuhadiahkan jua puasa ini untuknya jua.. Terima kasih atas ukhuwah yang menyatukan kita...Hanya ALLAH yang layaknya membalasnya..
apa kata kita makan dulu...

Namun begitu, saya jua menerima buah tangan dari Cameroon….jeng jeng..
Hmmm menarik, tertarik d’boooom....kali ini strawberi menjalar kat peti sejuk pulak..enak sekali kan..
Terima kasih Pn Fyda…semuga ALLAHmerestui perjalanan hidup kita.
Kenangan ini juga satu cabaran untuk mengulangi convoi ke Camerooon lagi..jom-jom
cantik kan koleksi ini...strawberi yang menguja...
 Masih kah kau ingat?? antara ladang teh yang sempat kami terjah satu tika dulu..
TERIMA KASIH ALLAH..
nikmatMu amat luas...Muga kami mnjadi manusia yang terus mensyukuri...Amin

Bila Sabtu berbicara adden

Program Bicara Addeen anjuran bersama Masjid Negeri Shah Alam Selangor pada
2hb April 2011 hari Sabtu jam 6.30pagi. Panel jemputan Dr Danial Zainal Abidin.

Disusuri pula selepas itu program Kuliah Dhuha (Dr Danial Zainal Abidin) dan Dai Murabbiy yang akan disampaikan oleh(Cikgu Mohd Azmi Abdul Halim)

Muslimin dan Muslimat dijemput hadir ke program ini.

Sumber :fb Salimah Kebangsaan Malaysia