Mimpi kakak ipar saya pagi tadi mnceriakan saya,
sdg dia berada di kawasan seperti ladang, tetiba ada dua ekor lembu datang mnyerang dan saya tampil sebagai heroin untuk menghalang serangan lembu tersebut.... Seekor lembu telah menanduk saya dan dia pun menjerit untuk minta bantuan...:)
mimpi pun tamat tanpa akhiran dan kesudahan. Apakah makna disebalik mimpinya ini??
Mimpi hanyalah sekadar mainan tidur dan tanpa mimpi pun tak menjejaskan kehidupan kita. Tapi kita perlulah peka dengan mimpi seperti kata ustaz Syarhan dalam satu kuliah pengajian perubatannya. Tika itu jarak saya dengan meja ustaz hanya sedepa dan puas saya meneliti satu demi satu mimpi dari nota yang disediakan sama ada pernah saya mengalaminya ataupun tidak. Bila saya angkat kepala rupanya ustaz sedang memerhati reaksi anak muridnya ini. Saya geleng kepala dan ustz pun kata alhamdulillah dan angguk. Alhamdulillah
Secara peribadi saya jarang dan sukar bermimpi. Insya ALLAH menjadi amalan rutin memulai tidur dgn doa dan mmbayangkan ini adalah nafas saya yang terakhir andai esok bukan untuk saya lagi saya rela pergi tak kembali.LA ILA HA ILLALAH.
Tidur kita adalah mati dan mati adalah kerehatan bagi orang yng beriman. Andai saya dipilih untuk bermimpi, saya ingin bermimpi bertemu Rasulullah. Banyak sunnahnya ditinggalkan ummah.. Adakah sesuatu yang pelik untuk manusia banyak khilaf dan kurang ilmu ini untuk bermimpi bertemu dgn baginda??.
sebuah catatan perjalanan yang menemukan kita pada satu NOKTHAH. Muga perjalananku direstui...
Thursday, December 2, 2010
bila HATI mati:
Menurut Hasan al-Basri Rahmatullahu’alaih…
1.Sengaja berbuat dosa karena ingat masih ada harapan untuk bertaubat.
2.Mengajarkan ilmu pengetahuan tetapi tidak mengamalkannya.
3.Buat amalan tapi tidak ikhlas.
4.Makan rezeki daripada Allah tetapi tidak mahu mensyukurinya.
5.Tidak pernah puas dengan pemberian Allah.
6.Mengebumikan Jenazah tetapi tidak pernah mengambil pelajaran dari peristiwa itu.
Ada 6 punca hati jadi rosak/mati ;

| AL FATIHAH buat almarhum ayah |
Thursday, November 25, 2010
Ku harus pulang lagi
Balik kampung..ooooo balik kampung......
Minggu ini, balik kampung lagi...misi kekeluargaaan yang perlu dilunaskan. Segala aktiviti mingguan di ibukota ditangguhkan dan muga ALLAH memudahkan urusan yang dirancang oleh manusia kerdil ini.
Jika minggu lepas, meraikan majlis pernikahan Ilyas Tufail dan Rohaida daripada abang ke 3 , minggu ini pulak abang no 2 di Pendang, akan mengadakan majlis pernikahan anak perempuan bungsunya. Majlis pernikahan direncanakan pada hari Jumaat ini sebagai mengambil keberkatan hari penghulu segala hari. Sinonim dengan permulaan segala kehidupan ....
Pada hari ini juga di SP, anak kedua daripada aruah sepupu saya, almarhumah Siti Hajar akan dinikahkan. Walaupun dia hanya anak saudara sepupu tapi jalinan kemesraaan yg ada dirasai bagaikan anak saudara sendiri juga. Tambahan pula, aruah emaknya meninggal di tahun dia menerima ijazah dari sebuah institusi pendidikan(2008). Semuga segala perencanaan mereka hari ini di restui Ilahi.
Inilah nota2 tarikan yang menggamit kepulangan saya utk minggu ini. Majlis perkahwinan akan diadakan pada hari Sabtu ini .Saya perlu membahagiakan anak-anak yang bakal menjadi isteri. Saya mahu melihat keceriaan mereka pada hari tersebut dan betapa nilainya sebuah kasih sayang daripada seorang ibu saudara. Semuga ALLAH memberi kelapangan untuk saya menghadiri dan pulang dengan selamatnya dgn membuat rencana untuk mnghadiri majlis di dua lokasi yg berbeza dalm waktu yang sama.

Nota buat dua anak saudaraku :
Sara Mashitoh dan Azreen Dalilah
Dua puteri keluarga yang dicintai
Jadilah permata suri yang mendamaikan
Penyejuk sebuah keharmonian
Kesinambungan sebuah tuntutan
Tugas kalian bukan mudah
Usah bersunggut jauh mengeluh
Redza ALLAH itulah ketentuan
JodOh terbaik itulah pilihan
Sara dan Dilla....
selamat menjadi isteri
hargailah amanah yg diberi.
Perjalanan ini baru bermula
jalan ALLAH pilihannya SYURGA
Nota untuk bakal menantu lelaki???
InsyAALLAH akan dititipkan
Terima Kasih dan doakan mereka
Segalanya kerana ...25
20112010. Tema biru membaluti pasangan pengantin yang diraikan. Bermula konvoi seusai solat dzohor di Masjid Pendang yang menghimpunkan saudara mara dari Batang Kali, Selangor (sebelah ibunya). Perarakan pengantin lelaki bersama 9 biji kereta kemudiannya bertemu di Masjid Kg. Baru, Sg Tiang yang menghimpunkan 5 biji kereta lagi menjadikan konvoi ini semakin meriah. Tanpa di duga seramai ini rombongan pengantin lelaki akan turut serta bagi merapatkan jalinan kemesraan.Menyusuri ke rumah pengantin perempuan pula pandangan sawah bendang yang menghijau menyejukan permandangan. Indahnya lakaran ALLAH atas setiap jadiannya. Subhanallah.
![]() |
| Serba biru mnghiasi majlis- nie baru sepupu2 jer.. |
![]() |
| Tu dia ramainya kategori mak/bapa saudara.... |
![]() |
| Sesii menjamu selera |
Pertemuan keluarga Batang Kali dan Pendang ini menjadi semakin rancak bila masing-masing saling beramah mesra dan sesekali sempat mengusik pengantin . Mereka pastinya akan setuju dengan apa saja aksi yang dikehendaki. Walaupun masing-masing malu tetapi mereka mmberikan kerjasama. Inilah memori indah itu pasti akan menyimpan seribu kenangan nantinya.
![]() |
| mengabadikan kenangan bersama undangan |
Kepada
Anakanda ILYAS dan IDA yang diraikan
Hargailah nikmat yg dianugerahkan
Titipkan dgn kasih sayang dan pupuklah dgn keimanan dan bentengilah dari kejahilan dan kekufuran
Barokallah
Terima Kasih ALLAH
Terima Kasih ALLAH
Wednesday, November 24, 2010
Segalanya kerana ...2
Tarikh: 19 Nov 2010 @ 12 Dzulhijjah 1431H
Tempat kejadian : Kg Baru, Sg Tiang, Kedah
Pada hari ini dia telah terpanggil untuk memikul tangggungjawab sebagai ketua keluarga. Tampan bergaya sang arjuna dgn pakaian rekaan adindanya dikasihi AZAN ADAWIYAH. Berkonsepnya lain dari yang lain…Namun konsep putih yg membaluti dirinya memcerminkan keperibadiannya…
Senyumnya tawar selagi genggaman imam belum bersambut. Imam mengujinya dgn menyuruhnya membacakan ummul kitab dan menjawab beberapa soalan tentang perkahwinan. Lebih kurang jam 1730 pada 19112010 dengan sekali lafaz anak saudara saya ini telah selamat menikahi puteri bongsu dari Kg Baru, Sg Tiang. Masjid Jamek Kg Baru menjadi saksi pernikahan ini dan bermulalah sebuah pelayaran .
BAROKALLAH
Semuga di rahmati ALLAH
...bersambung

" Alhamdulilah..Aku terima nikah dgn maskahwinya 2525 tunai"
Kami bahagia punya anak seperti kamu...
".
"tak per tok, esok dik pai pakai sampin pula" Sayang tok.
Mampukah mereka sepertimana cinta tok dan wan yg berpisah cuma kematian?
Inilah pereka baju pernikahan ..cantikkan..:)
Bila segalanya menjadi halal....sentuhan cinta bersemi
Dia kini telah empunya isteri
Ijab dan kabul menjadi bukti
Pernikahan direstui kaum family
Semuga sakinan kan dimiliki
Walaupun dalam nada kegembiraaan, namun hati kecil saya sedih...ayah tak dapat turut serta meraikannya kehadiran cucu menantu perempuan dan keluarga kita semakin besar .Anak saudara saya kini mmpunyai tanggungjawab tersendiri dan perlu komited pada rumahtangga dan agama. Saya yakin dgn kepimpinan dan keperibadian dia dalam mengemudikan sebuah pelayaran kehidupan.
Selamat Pengantin baru buat anakandaku
ILYAS TUFAIL dan NORLIDA
BAROKALLAH
Semuga di rahmati ALLAH
...bersambung
Segalanya kerana ..
Dgn nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Aidil Adha kali ini saya bukan shja dapat bersama emak dan family di kampung tetapi di ulit percutian hujung minggu yg panjang…..Segalanya kerana dia… Kami akan sering berbalah, jika dia tak memulai , saya yang mendahului.. Kekadang saya di teguri oleh kakak-kakak saya kerana suka menyakatnya tetapi inilah cara kami bermesra.
Sebagai anak ketiga, karektornya agak berbeza daripada yang lain. Dia suka mengusik dengan sepupunya juga dan bagi yang tak mengenalinya pasti mengatakan dia berwatak pendiam. Pernah mengikut familynya ke Dundee,UK semasa abg saya melanjutkan pelajarannya ke sana dan ini membakar semangat untuknya untuk menjejaki kejayaan ayahnya jua.
Masih saya ingat perkara yang membanggakannya ialah ibu menyarungkan pakaian seragam sekolahnya di AWAL persekolahannya dan IBU jugalah menyarungkan pakaian seragamnya di AKHIR persekolahan kerana ketika itu dia mengalami kecederaan akibat kemalangan dalam tempuh menghadapi SPM . Namun berbaloi-baloi kerana dia berjaya juga menamatkan pengajiannya di sebuah IPTA dan telah menjawat jawatan sewaktu dengannya.
bersambung..

Berjimat sambil berilmu
![]() |
Masa senggang eloklah di manfaatkan dan peluang yang ada jangan dihampakan.
Ayuh rebut kesempatan ini ...
( choop macam kempen untuk karangkraf pulak...hihii)
lupa
"Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa."
Monday, November 15, 2010
ku ingin pulang
ku ingin pulang,
menatap wajah rindu
seorang IBU yang ku sanjungi
mendamaikan hatinya yang kesepian
biar tawa senyumnya
sujud doa penuh kekusyukan
ku ingin pulang
menatap rindu
pusara AYAH ku sirami lagi
doa kudus memohon maghfirah
tafakur seketika di badai kerinduan
ku kutip dedaun
menyingkap makna di sebalik keguguran
Aku ingin pulang
tak puas mendengar
IRHAM FAKHREY wajar dipangkuan
tangis senyumnya pasti menawan
cucu ke53 warisan keturunan
Aku bangga tumpang sayang
kerana dia anak manakan
Aku ingin pulang
ada jemputan datang mengundang
Jodoh kesampaian inilah ketentuan
mengakad ILYAS TUFAIL bersama pasangan
Anak saudaraku kan punya teman
Isteri solehah menjadi pilihan
ku ingin pulang
AIDIL ADHA punya pengertian
Dakapan kasih tak bersempadan
Misi pengorbanan satu kebanggaan
SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA
MAAF DZAHIR DAN BATHIN
Sunday, November 14, 2010
Udarakah itu
terasa menampar pipi
tiada dapat ku rasa
memberiku pernafasan memberiku harapan
daripada MU nafasku itu datang
udara itu hembusan MU
ENGKAUlah penghidupan
adalah firman MU
pemandu jalan sebenarku.
(petikan buku Cipta Syurga Hati)
Thursday, November 11, 2010
Makanan sunnah vs barat
• 1. Hati
Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita?Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini. ?
• 2. Kopi
Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.
• 3. Daging Kambing
Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol. Foto :klik Pak Ngah Helmi Grill Lamb Steak
• 4. Makanan segera
Kita diajar bahawa makan makanan segera seperti McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.• 5. Coke
Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.• 6 . Air Soya
Untuk pengetahuan, para kafir jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.Tahukah anda minuman apakah yang paling digemari oleh Nabi S.A.W kita? Adakah air soya? Tentu sekali tidak bukan? Minuman paling digemari Nabi S.A.W dan tentunya paling berkhasiat ialah
SUSU KAMBING!
Sekian, fikir-fikirkanlah…
Sumber : email
Rintik rahmat
Jumaat 12112010
Pagi ini rintihan pokok-pokok dan binatang-binatang dikabulkan
Allah izinkan kehendak mereka..
Membersih ruang-ruang kotor pencemaran dan pemanasan global
Terima kasih Allah.
Ku cuba merasai dan menghargai setiap titismu
Meniti di balik rahmatmu
Rahsia yang tersembunyi
diriku hanya sebahagian dari alam yang diciptakan
Semakin ku tunduk hati
ku redza ya ALLAH
ku rela ya ALLAH
La ila haillallah.
Syukur Ya Robb

Mabruk !!
Hari ini keputusan UPSR diumumkan...
Keputusan yang diraih ini adalah ukuran usaha yang telah mereka usahakan. Kejayaan hari ini adalah satu pencapaian terbaik untuk dinobatkan dalam family. Pastinya gambaran keceriaaan di wajah2 ibu bapa yang turut serta meraikan kejayaan anak-anak. Betapa bahagianya ibu dan bapa menyambut kejayaan anak-anak.
ALHAMDULILLAH..
Seperti dalam n3 terdahulu(Upsr 2010), empat orang anaksaudara saya juga telah mencipta kejayaan peribadi. Rasa syukur dan tahniah saya ucapkan buat kakak2 dan abg2 saya atas sokongan dan perhatian di berikan buat anak-anak mereka. Betapa payah membesar dan mendidik anak-anak di zaman sekarang jika tanpa sokongan moral, masa dan duitan untuk menterjemahkan kejayaan mereka hari ini.
CongratulatiOn & Tahniah :
5a - Muhammad Shahmi dan Muhammad Zaid
4a1b - Muhamad Ibrahim
2a2b1c - Imad
Selain itu tawaran insentif daripada Takaful EtiQa juga bakal dperolehi ats kejayaan cemerlang mereka. Syukurlah , kejayaan diraih, imbuhan jugak bakal diperolehi. Makanya raya sakan laa anak2 saudaraku yang cemerlang ini. Imbuhan dari saya pasti menanti mereka juga...tawaran yang sama dari dulu..Bukan apa biar seimbang sama rata kata orang...Apa yang penting mereka usaha dan kejayaan ini juga untuk mereka.
Mudah-mudahan peluang 3 daripada anak-anak saudaraku ini untuk meneruskan ilmu di Maktab Mahmud setelah menjalani proses ujian dan temuduga tempuhari kan di terimaa. Walau bagaimana pun, tawaran kemasukan ke sekolah yang sewaktu dengannya juga kan di pohon sebagai alternatif sekiranya rezeki mereka tiada di sekolah itu. Kita merancang, ALLAH juga merancang dan DIA sebaik-baik perancang.
Terima kasih ats doa dan sokongan diberikan.
Semuga anak-anak ini akan terus membahagiakan ibu ayah dan menjadi anak-anak soleh dalam family. Memberi kejayaan di sini dan kejayaan di akhirat. InsyaALLAH. Terima kasih ALLAH
PENGHARGAAN TERIMA KASIH BUAT GURU-GURU YANG MEMBERIKAN KOMITMEN UNTUK KEJAYAAN MEREKA.
Subscribe to:
Posts (Atom)