Sunday, November 14, 2010

asma ulhusna

Udarakah itu
terasa menampar pipi
tiada dapat ku rasa
memberiku pernafasan memberiku harapan
daripada MU nafasku itu datang
udara itu hembusan MU
ENGKAUlah penghidupan
adalah firman MU
pemandu jalan sebenarku.

(petikan buku Cipta Syurga Hati)

Thursday, November 11, 2010

Makanan sunnah vs barat

• 1. Hati
Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita?

Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini. ?




• 2. Kopi
Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.

• 3. Daging Kambing
Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.
          Foto :klik Pak Ngah Helmi Grill Lamb Steak 

• 4. Makanan segera
Kita diajar bahawa makan makanan segera seperti  McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.


• 5. Coke
Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.


• 6 . Air Soya
Untuk pengetahuan, para kafir jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.


Tahukah anda minuman apakah yang paling digemari oleh Nabi S.A.W kita? Adakah air soya? Tentu sekali tidak bukan? Minuman paling digemari Nabi S.A.W dan tentunya paling berkhasiat ialah
SUSU KAMBING!

Sekian, fikir-fikirkanlah…
Sumber : email

Rintik rahmat

Jumaat 12112010

Pagi ini rintihan pokok-pokok dan binatang-binatang dikabulkan
Allah izinkan kehendak mereka..
Membersih ruang-ruang kotor pencemaran dan pemanasan global
Terima kasih Allah. 

Ku cuba merasai dan menghargai setiap titismu
Meniti di balik rahmatmu
Rahsia yang tersembunyi
diriku hanya sebahagian dari alam yang diciptakan


Semakin ku tunduk hati
ku redza ya ALLAH
ku rela ya ALLAH
La ila haillallah. 
Syukur Ya Robb

Mabruk !!



Hari ini keputusan UPSR diumumkan...
Keputusan yang diraih ini adalah ukuran usaha yang telah mereka usahakan.  Kejayaan hari ini adalah satu pencapaian terbaik untuk dinobatkan dalam family. Pastinya gambaran keceriaaan di wajah2 ibu bapa yang turut serta meraikan kejayaan anak-anak. Betapa bahagianya ibu dan bapa menyambut kejayaan anak-anak.
ALHAMDULILLAH..

Seperti dalam n3 terdahulu(Upsr 2010),  empat  orang anaksaudara saya juga telah mencipta kejayaan peribadi. Rasa syukur dan tahniah saya ucapkan buat kakak2 dan abg2 saya atas sokongan dan perhatian di berikan buat anak-anak mereka. Betapa payah membesar dan mendidik anak-anak di zaman sekarang jika tanpa sokongan moral, masa dan duitan untuk menterjemahkan kejayaan mereka hari ini.

CongratulatiOn & Tahniah : 
5a - Muhammad Shahmi dan Muhammad Zaid
4a1b -  Muhamad Ibrahim
2a2b1c - Imad

Selain itu tawaran insentif  daripada Takaful EtiQa juga bakal dperolehi ats kejayaan cemerlang mereka. Syukurlah , kejayaan diraih, imbuhan jugak bakal diperolehi. Makanya raya sakan laa  anak2 saudaraku yang cemerlang ini. Imbuhan dari saya pasti menanti mereka juga...tawaran yang sama dari dulu..Bukan apa biar seimbang sama rata kata orang...Apa yang penting mereka usaha dan kejayaan ini juga untuk mereka.

Mudah-mudahan peluang 3 daripada anak-anak saudaraku ini untuk meneruskan ilmu di Maktab Mahmud setelah menjalani proses ujian dan temuduga tempuhari kan di terimaa. Walau bagaimana pun, tawaran kemasukan ke sekolah yang sewaktu dengannya juga kan di pohon sebagai alternatif sekiranya rezeki mereka tiada di sekolah itu. Kita merancang, ALLAH juga merancang dan DIA sebaik-baik perancang.
Terima kasih ats doa dan sokongan diberikan.

Semuga anak-anak ini akan terus membahagiakan ibu ayah dan menjadi anak-anak soleh dalam family. Memberi kejayaan di sini dan kejayaan di akhirat. InsyaALLAH. Terima kasih ALLAH
PENGHARGAAN TERIMA KASIH BUAT GURU-GURU YANG MEMBERIKAN KOMITMEN UNTUK KEJAYAAN MEREKA.

Tuesday, November 9, 2010

Muhasabah diri

Daripada takut akan timbulnya muhasabah

Daripada muhasabah timbulnya muraqabah

Daripada muraqabah hati akan sentiasa sibuk bersama Allah Taala.
            (as-Sayyid Ahmad ar-Rifaie)

Monday, November 8, 2010

kelebihan 10 hari di pertama Dzulhijjah

Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).


Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).
Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.

Amalan yang dianjurkan
1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.

3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.

4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.  Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.
Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.

7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.
8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban.
Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya).
Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada empunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.
Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.

10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.

AYUH...teruskan beramal


SUMBER : 
http://inijalanku.wordpress.com/2007/12/03/kelebihan-10-hari-hari-pertama-zulhijjah
http://fajarsubuh.blogspot.com
http://kelanafaqir.blogspot.com/2010/11/nota-112-kelebihan-10-hari-hari-pertama.html

Thursday, November 4, 2010

Perlatihan Solat Khusyuk

Tarikh: 6 - 7 November 2010 (2 hari)
Masa : 9 pagi - 6 petang
Tempat: Anjung Rahmat, Gombak
Bersama : Ust Abu Sangkan ( pengasas Solat Centre)
Rujukan : http://www.solatcentermalaysia.com/
Dibawakan oleh :
 Semuga majlis ilmu yang bakal dihadiri nanti memberi impak dalam ibadahku. Terima kasih  ALLAH menemukan saya dgn program SCM yang menganjur dan membimbing secara praktikal dan spiritual konsep solat dan pengisiannya.. Bukan kita tak tahu solat tetapi sejauh mana kita mengenal ALLAH MAHA segalanya.....ALLAH dekat dari urat leher kita...ALLAH meliputi kita...dan sesempurna manakah solat kita...Segalanya terjawab di sini...Satu koreksi dan muhasabah buat diri muga ibadat solat selepas ini lebih baik dari sebelumnya...Segalanya bermula dari ilmu dan rebutlah peluang yang ada kerana belum tentu esok untuk siapa...wallahuaklam

Maklumat terkini bencana

Meneliti perkembangan semasa banjir(bah)  di Kedah...
Menurut  adik saya dan pandangan pemerhati lain..kali ni  lebih teruk dari 2005..
di Haadyai 100 000 dah dipindahkan.. ayaq dr sana la dok turun mai...tudia ah...macam ni ka nahas bencana alam yang sedang menimpa  Kedah negeriku. 
Sapa-sapa yang dok merantau pasti prihatin dengan masalah yang mungkin melibatkan kaum keluarga sendiri. Simpati  dan takziah buat  4 mangsa korban di kedah hingga kini. Muga tabah degn ujian ini
Alhamdulillah buat masa sekarang, Pendang belum terlibat dengan bencana alam ini ..

Sebagai pemerhati....ayuh sama2 kita pantau di SINI 
atau  http://bencanaalam.jkr.gov.my/content.php?page=map&code=02d  
kan bagus..adanya kemudahan ini ..ayuh layan


Semuga  bencana ini tak melarat dan kembali pulih dengan berkat  doa semua dan izin ALLAH.

Wednesday, November 3, 2010

Selamat Mengundi

Selamat melaksanakan tanggungjawab buat warga GALAS dan BATU SAPI.
Perjuangan Rakyat harus diteruskan..:)

Kecuh....
Gara-gara duit yang memberi
Ributnya membadai
tiada surutnya 

Usah gentar
Kami tak buta lagi
Pancaran iman cahaya ilahi
Petunjuk hidayah wajib diberesi



Semoga Dun Batu Sapi beralih tangan ke PKR, Dun Galas kekal di tangan Pas. Sama samalah kita berdoa untuk kemenangan calon kita Ansari Andullah(Peguam) dan  Dr Zulkifli Muhammad.Takbirrrrr.....

ada mata lihat...

Sunday, October 31, 2010

Recap Birthday - October

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

OKTOBER …Almarhum ayah dan emak dilahirkan pada bulan ini. Begitulah mengikut catatan pendaftaran yang tertulis di kad pengenalan mereka walaupun tak diketahui ketepatan tarikhnya. Mengikut kata aruah ayah, org dulu-dulu tak mendaftar secara langsung selepas kelahiran anak mereka dan apabila didaftarkan, pihak polis balai lebih mudah mencatat tarikh hujung bulan sebagai tarikh kelahirannya. (sekiranya tarikh sebenar tak dimaklumkan). Apapun saya tetap mengabadikan tarikh-tarikh keramat ini.

Selamat Ulang Tahun Kelahiran :
buat emak, anak2 saudara dan cucu2 saudara yang disayangi:


Haizanizam
Hajar Fatimah
Ahmad Handzolah
Mohammad Hamzah
Mohammad Ibrahim
Maryam Nusaibah
Muhammad Aufa Syauqie (cucu)
Amirul Hakim (cucu)
Aris Fathi : 31 October
Emak       : 31 October


Semuga generasi ini seindah nama dan akhlak menghiasi peribadi mereka. Jadilah anak2 soleh dan solehah dalam mentaati ALLAH dan family. Umur merupakan modal untuk mencipta bekalan akhirat. Dalam nikmat umur yang dilalui, berbuatlah maaruf sebanyak mungkin utk mancapai kebahagiaan di akhirat. Selamat meraikan kelahiran dan bersyukurlah akan setiap nafas yang disedut dan di hembus.

Memetik dari sumber pembacaan, perjalanan umur seseorang di dunia ini seumpama menaiki sebuah bas ke satu-satu destinasi yang berbeza ….Ada masanya yang naik dulu akan turun kemudian dan ada pula yang naik kemudian akan turun dahulu. Oleh iu bersedialah untuk dipanggil mengadap ilahi. Kita semua akan dipanggil. Namun masa dan tikanya belum pasti. Salam takziah buat mangsa tragedy bas di Genting apabila 7 penumpangnya telah sampai ke destinasinya/di panggil dulu walaupun dalam bas yang sama. Kita yang hidup masih meneruskan perjalanan..Insya ALLAH selamat.

AL FATIHAH juga di khususkan buat aruah ayah dan aruah ngah (mak saudara) yang disayangi yang telah mendahului . Semuga ALLAH merahmati dan mengampuni dan mengasihani mereka seperti mana mereka pernah mengasihi kami sebelum ini dan meluaskan kubur2 mereka dan memberi kerehatan laksana di taman2 syurga buat mereka dan seluruh pengguni alam barzah yang lain..

Amin.
Harap-harapnya tak de yang tercicir lagi...sory tokchu khilaf tadi.

Thursday, October 28, 2010

Hanya 1100 ??

Angka yg menarik utk plat sebuah kereta atau motor, no. rumah, no. telefon atau apa2 saja yang mengingatkan kita kepada sesuatu peristiwa atau sejarah…:)  Jika ukuran 1100 dlm nilai mata wang dolar atau RM ia mungkin sedikit bagi setengah orang tetapi tidak bagi seseorang.

Segalanya bermula hanya di hujung jari:
Menerima email dan mengikut arahan mengupdatekan e-banking (maybank2U).
enter dan enter..next…????
Menyemak semula bakinya…Kejutannnn!!!
Bakinya kini hanya cukup sekadar tambang bas KL-Kuantan(RM23). Kemana ghaibnya RM1100????

Astaqfirullahal Azim…jenayah apakah ini? Siapakah yang memukau dan mengalihkan RM dari akaun ini ?? Bagaimana pantasnya misteri 1100 ghaib nie? Dan kenapa fenomena ni berlaku dalam kekalutan pembangunan e-teknologi. Teknologikah yang bersalah atau ??? Di mana langkah2 protection yg disediakan pihak bank? Mana peranan KDN, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia yang memantau gejala jenayah siber ini dan yang berkaitan dengannya??

Pihak bank seolah-olah melepaskan tangan, dan baginya ia adalah lumrah. Biarpun rakyat marhaen ini hanya kehilangan RM1100 tetapi nilaian baginya umpama ratusan ribu bahkan melangkau jutaan ringgit berbanding yang tersurat RM1100. Komitmen family dan diri terpaksa ditangguhkan gara-gara ghaibnya nilaian RM1100. Bank tak dapat menyediakan access utk mengenalpasti punca dan mengesan kehilangan…ajaib bukan???

Jika di segi logik, e-banking pasti berhubungkait dengan access, pengkalan data dan server. Dan setiap urusan perbankan mesti ada work-flownya.. Dari akaun 1 ke akaun 2 dan ke 3 dan kemana destinasi aliran kewangan itu..Tetapi bila laporan ini dibuat, pihak bank seperti melepaskan batuk ditangga. Menerima laporan jenayah siber ini, tetapi tak dapat berbuat apa-apa…Kononnya pihak bank belum mampu menyediakan RM tertentu untuk menyediakan acess pengesan tersebut .Wallahuaklam.

Ohhh terlalu mudah kita menuding jari pada teknologi hujung jari.. :
- Sory, network failure.dot dot…
- tandatangan tak diperlukan. Ini adalah cetakan komputer
- Harap maaf, elektrik terputus. Segala urusan ditangguhkan dan sebarang kesulitan, amat dikesali.

Flashback seketika, dulu tanpa teknologi, segala urusan dapat dibereskan seperti biasa dan human error bukanlah satu kekangan, tapi sekarang….siapakah yang menggerakkan teknologi tersebut dan kenapa human error bukan punca tergendalanya urusan??

Bila di adukan kepada pihak polis yang berdekatan…ia sekadar pelengkap sebuah ceritera. Pihak kami menerima laporan ini dan tak dapat berbuat apa-apa kerana ini bukanlah kes pertama. Ada lagi kes yang lebih besar nilainya tetapi bank tak dapat bekekerjasama dan kita masing-masing ada policy. Astaqfirullah.

Inilah situasi yang dihadapi oleh yatt@ismihayati seorang sahabat, frenz merangkap adik yang seusia anak2 saudara saya yang dipilih menerima musibah ini (saya mengenalinya sejak 4 tahun dulu ketika dia menjalani latihan praktikal di BTP). Biarpun dihadapi dengan tabah, namun sejauhmanakah kekuatan jiwa adik nisa’ ini dlm meniti kehidupan di kota yang memerlukan duit. Kemelut diri membelenggu dan resah merantai, antara kesilapan atau kecuaian…Biarpun ianya berlaku di pagi hari bekerja….gusar dan laranya selangit kelam malam berlarut hingga ke mingguan. Resah hatinya dikongsi sepertimana sms tercatat biarpun ianya  telahpun berlalu:
Itulah reality yg saya hadapi minggu ni, emosi pada semua org ..menangis sendirian, gaduh dgn pihak bank, berurusan dgn polis yg handle kes…semuanya settle sendirian. Maaf sekali lagi cu,saya keterlaluan dlm berkata2..

Apa yg berlaku telahpun berlaku…menerima dalam keterpaksaan inilah takdir yang harus dibayar untuk minggu2 terakhir Oktober 2010. Pada siapa diharapkan lagi, institusi kewangan hanya memandang sebelah mata, pihak polis hanya melaksanakan prosedur, yang tinggal hanyalah makna sebuah persahabatan.

Secara peribadi, saya turut kagum dengan keprihatinan rakan2 sepejabatnya yang memberi kekuatan semangat untuknya. Bahkan menghulur bantuan saguhati dari masa ke semasa. Begitu juga dengan Mala, seorang rakan serumah yang juga rakan seopis dengannya  yang amat memahami. Kepada Kak Wan saya kagum dengan ciri-ciri kepimpinannya dalam meredakan keresahan anak buahnya ini. ALLAH menyukai dan memuliakan kebaikan seseorang dan pastinya kebaikan hari ini akan beroleh pahalanya di akhirat.
Pada Yatt ...ucapkanlah terimakasih kepada mereka yang telah membantumu. Jazakillah...

Benarlah, ini sebahagian ujian yang memerlukan kesabaran, ketabahan dan kekuatan dalaman. Sejauhmana konsep redza, pinjaman dan tawakal yg kita ada dapat diaplikasikan? Tebal atau nipis iman kita akan teruja bila di timpa musibah. Sejauhmana kita bermuhasabah, menjadikannya iktibar dan hikmah atas kejadian yang telahpun berlalu…

Gantian ALLAH pastinya diperolehi dan berilah kemaafan untuk memperolehi ketenangan. Biarlah tangan-tangan kotor itu dikatakan hero siber, menyedut duit2 dari kepayahan orang lain dan yakinlah ALLAH tetap menyaksikannya. ALLAH menyukai dan memuliakan kebaikan serta org yang melakukan kebaikan dan DIA amat membenci dan menghinakan kejahatan serta org yang melakukan kejahatan.Nauzubillah

Penggunaan komputer dan internet menggamit pada aktiviti jenayah. Sama ada sebagai mangsa kepada jenayah atau peralatan bagi jenayah atau kedua-duanya. Operasi input, pemprosesan data, operasi output dan komunikasi data boleh terdedah kepada tujuan yang tidak sihat. Sejauhmanakah jabatan kerajaan membuat persediaan bagi melindungi keselamatan data2 menerusi HRMIS, myASET, e-penyatagaji, dsb yang sedang disuruhguna pakai sekarang..Fikir2kan.

Moralnya, berhati-hatilah dengan apa yang ada di sekeliling kita. Pekalah dengan persekitaran dan waspadalah dengan segala kemungkinan. Menggunakan pancaindera anugerah ilahi, buatlah penelitian dan bertindaklah mengikut susur ALLAH. Catatan ini juga untuk peringatan buat diri sendiri dan teman2 yang menggunakan apa saja aplikasi teknologi . Kecuaian kita mungkin memberi keuntungan di pihak lain dan alangkah indahnya jika ia disalurkan ke saham akhirat.Wallhuaklam.

Wednesday, October 27, 2010

Kiranya bersama lagi

PADA HARI INI 28 OCTOBER 1922
 kelahiran
AYAHANDAKU HJ MANSOR BIN ABDULLAH BIN KHAMIS
Kiranya ayahanda ku masih bersama, usianya hari ini 88 tahun. 
11 JUN 2009 dalam usia 87 tahun ayahandaku pergi menyahut seruan ALLAH.
AL FATIHAH

Walaupun jasad ayahanda telah disemadikan,  tak lekang ku menghadiahkan kuntuman doa
untuknya setiap hari.  
Dan pusaramu akan diziarahi tiap kali pulang ke kampung..
Ya ALLAH ampunilah, rahmatilah dan kasihanilah ayahandaku tanpa terbatas dengan cucurilah RahmahMU,dan kasihanilah dan tempatkan ayahandaku di taman2 syurga..
Ayah....saya rindu ayah
 YA ALLAH  YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 ibu bapaku, tempatkanlah
bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman. 
 
  "Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibubapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)


 kita akan sama-sama jaga pusara ayah@ wan




 kita akan menghadiahkan tahlil dan doa

 kita berkumpul dan mendoakan ayah@wan dan semua yang telah mendahului

   cinta kasih mak pada ayah tiada penghujung...
dirimu kini syurga kami

Doa untuk ayah..amin