Tuesday, April 20, 2010

Deritanya HANNA.....

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.
Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.
Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.
2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.
Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.
Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.
Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.
Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my.

Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.
Solat Hajat:

1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan AL IKHLAS sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.



Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.




Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.






Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.







 

Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.




Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.
Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.
Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.


KOMEN:
Semuga ALLAH mmberikan ketabahan dan kekuatan fizikal dan mental dan kesabaran yg berterusan buat Puan Rohaiza dan keluarga dgn ujian ini. Jangan lah risau masih ramai sahabat, rakan dan saudara kita bersimpati dan meratap serta mengaminkan doa. Marilah kita sama2 mndoakan kesejahteraan dan kebaikan buat anakanda Nur Hanna. Hari kita mereka diuji---apakah mmpu kita meghadapinya andai itu takdir kita kelak??? Bukan wang ringgit dipinta..memadailah DOA DOA dan DOA berterusan.

YA ALLAH, ampunilah kekhilafan dan kecuaian kami, ampunilaaa. Hari ini kumenadah rahmat innayahmu, malunya diriku utk terus memohon namun  atas ukhuwah islami, ku munajat padamu ya ROBB, kurniakanlah nikmat kesembuhan buat Nurhannah, berilah "keajaiban" utk ku melihat anak ini kembali senyum dan siihat. Cukuplah tangisnya dan deritanya kerana diriku tak sanggup utk melihatnya berterusan begini. Dengan  rahmat dan kasih sayang daripada 99 namaMU----berikanlah kebaikan buatnya, keluarganya dan semua yang mangaminkan doa dan memohon hajat buat anak comel ini. Hannah seindah namamu...ucu akui..ucu turut mengasihimu walaupun kita tak pernah ketemu...semuga panjang umurmu dan deritamu kan berakhir. Semuga ikhtiar dan usaha kita ini dikabulkan ilahi..aMIN

sumber : http://putridmummy.blogspot.com ( TQVM)

Monday, April 19, 2010

"Nilai Setitis Susu Ibu "

Meredah pagi hari bersama d’va mmberi ketenangan yg teramat. Lengang jalanraya seketika di waktu pagi di hujung minggu. Mungkin warga kota sedang beriadah dan bercuti bersama family. Sasaran saya kali ini adalah menjejaki masjid usamah bin zaid. Masjid gah yg berada di ats bukit itu menjadi land mark untuk ke alpha angle/ jusco wangsa maju.  Walaupun saya pernah meng’capture’ masjid tersebut di memori tua ini namun kerana jarang di gilap, dikunjungi saya tersasar dari laluannya. Selepas berhenti dan bertanya kepada seorang pak chik di masjid Almuttaqin, beliau memberikan petunjuk jalan dan akhirnya saya sampai ke lokasi sebelum majlis bermula. Jazakallahu khairun kathira buat pakchik tersebut.

Sessi Talkshow nisa WP kali ini merupakan aktiviti yg dilaksanakan di luar masjid KLCC. Menghimpunkan anak- anak nisa yg lazimnya penuntut IPT, golongan remaja yang sedang belajar dan cintakan ilmu, juga muslimat di hujung minggu memerlukan kesabaran dan komitmen berterusan. Tahniah dan syabas buat Nisa WP atas program kali ini yang bertajuk “Nilai Setitis Susu Ibu” di Masjid Usamah bin zaid.

Penceramah undangan pertama, Ustazah Teh Izanuri , seorang kolumnis majalah Muslimah merupakan seorang pendakwah bebas, dengan wajah yg ayu lagi tenang, berbicara dengan sopan, mengupas secara ilmiah “ keajaiban seorng wanita dan nilai keistimewaan susu ibu” Mawaaddah yg tercipta hasil perkahwinan yg direstui , akan bersaksi dengan keintiman dan matlamat KPI rumah tangga. Hujah dan kupasan semasa beliau mengaitkan tentang masalah wanita hari ini dari sudut semasa dan agama. Natijah titisan susu ibu akan terkesan di otak anak yg dilahirkan.

Anak yg merupakan satu anugerah ALLAH dan menerusi titisan susu ibulah kesinambungan berterusan menerusi sentuhan dan emosi. Betapa seorang anak kecil mengetahui bau ataupun lintasan keujudan ibunya walaupun tanpa melihatnya kerana instinct ibunya meredakan kerinduan dan kesakitannya. ALLAH MAHA KAYA juga menciptakan manusia yang pelbagai rupa dan karektor, kehebatannya tiada tandingannya.

Sejarah telah tercipta dgn keagungan Srikandi Islami:

- Ibunda Nabi Muhammad( Aminah) pernah menyusuinya sebelum diserahkan kepada Halimatul Saadiah . Keberkatan dan keluasan rezeki berterusan buat bonda susuan ini setelah memelihara Nabi Muhammad SAW.

- Bonda Maryam pernah menyusui Nabi Isa a.s walaupun mengalami kontravesi memuncak di awal kelahirannya.

- Bonda Siti Hajar juga pernah menyusui Nabi Ismail walaupun menghadapi saat genting untuk survive di kota mekah setelah ditinggalkan di sisi kaabah( mekah) sehingga melakarkan sejarah air zam-zam

Ini antara khazanah sejarah yang mengaitkan peranan besar ibu dlm penyusuan dan pembentukan generasi . Saranan menyusui sehingga usia dua tahun juga mmpunyai hikmahnya tersendiri dan betapa manfaatnya susu ibu.

SESI kedua disampaikan oleh Puan Rita Rahayu Omar-kolumnis majalah PA MA, merupakan consultant nurturing dan ibu muda kepada 3 cahayamata. Dengan paparan slide dan ‘baby cute”nya , beliau berkongsi pengalaman dan memanfaatkan sessi ilmu ini degan berkesan. Sesi soal jawab menjadi lebih meriah bila pelbagai soalan berkaitan diketengahkan. Beliau yg kelihatan ayu lagi comel mengamalkan breastfeeding dan mengajak para peserta menghentikan susu formula terhadap anak-anak. Mengaitkan faedah dan keajaiban susu ibu yang mempunyai sumber antibody dan pertahanan imuniti yg baik perlulah dipertahankan. Untuk memperolehi info berkaitan sila layari www.susuibu.com


Yang dapat saya simpulkan, sessi talkshow ini amat baikdan berinfomasi. Beberapa fakta baru ditemui dan nilai agama dan kesihatan ditekankan. Menyelak kembali hukuman rejam yang dilakukan oleh seorng wanita di zaman rasullulah kerana penzinaannya ada kaitan agama dan pendidikan. Islam tidak menzalimi umatnya tetapi umatnya lazim menzalimi dirinya sendiri. Walahuaklam

YA ALLAH, berikan kami mencintai ilmu, mendalami ilmu dan memanfaatkan ilmu. Cahayailah nur keimanan, keikhlasan dan keberkatan dalam hidup kami. Berkatilah hidup kami muga dapat mmberikan yang terbaik buat komunity kami. Bantulah kami ya Robb

Sunday, April 18, 2010

Lima cara pilih sahabat

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:


Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.


Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka dan (menyebutnya) .


Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.


Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.


Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.


Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.


Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Saturday, April 17, 2010

tahniah fiza& azle

Chu.. dik ja dah selamat besalin.bb boy~ - own,17/4/2010

Alhamdulilah cucu saudara saya yg ke 19 ini lahir di Hospital Teluk Intan,Perak dan bakal memegang katakunci 010417-08-xxxx. Syukur, Alhamdulillah dan tahniah buat anak saudara saya ke 11 ni - nurhafiza. Walaupun melahirkan secara ceasarian(1330pm) atas sebab2 kesihatan beliau mendapat sokongan daripada suami tercinta dan mertuanya. Walaupun berjauhan daripada family sendiri dan kg halaman, namun doa terus dipanjatkan demi kebahagiaan rumah tangga mereka.

Kelahiran permata sulung ini bakal menyimpul kasih sayang berterusan buat cikgu azli dgn amanah yg dipikulnya. Tahniah dan selamat melaksanakan tugas sebagai ayah dan bimbinglah anakanda putera ini dgn penuh cahaya keimanan dan jalan yg diredai ALLAH.

Instinct?? kebetulan juga , pagi tadi kakak saya@ cik na tetiba teringat pada dik ja sama ada dh bersalin ke belum..Dan bila khabaran ini di kongsikan barulah dia memaklumkan. Adakalanya benarlah kata org tua, pabila kita teringat seseorang itu, org itu juga sedang mengingati kita. Wallahuaklam.

Menyelak helaian Al Quran dari Surah Lukman ayat 17, “ wahai anak kesayanganku dirikan solat dan suruhlah membuat kebajikan serta larangan drpa melakukan perbuatan mungkar dn sabarlah ats segala bencana yg menimpa. Sesungguhnya itu termasuk dlm urusan yg dwajibkan”
Nasihat Lukman ini mempunyai” nilai” dakwah didalam pendidikan anak dan tggungjawb ibu bapa. Nasihat ini ditujukan kepada ibu bapa pula bagi meneruskan kesinambungan dakwah ni. Didiklah anak2mu agar mempunyai jati diri kental, semuga lahir generasi pendakwah masa depan. Dunia busuk harus diharumkan oleh pendakwah dan bermula insan kecil inilah dunia akan mncorakannya. Kembalikan Dunia ISLAm yg syumul ..

Ya ALLAH selamatlah kami dan hindarilah keturunan kami dari melakukan maksiat dan mengotori dunia ini. Maafilah  kelalaian dan kecuaian kami melaksanakan amanah di dunia mu ni. Sesungguhnya kami tak layak ke syurgamu tapi kami tak sanggup akan api nerakamu. Terimalah taubat kami dan ampunilah dosa-dosa-dosa . Sesunggunya DIKAU lah pengampun dosa2 kami..

Kepada dik ja dan azle …..selamat menjadi ibu ayah dan memelihara anakanda tercinta

Tuesday, April 13, 2010

bertunang??

Salam chu. Pai dah bertunang, pai cari org Pendang jer
                                         (11/4/2010 11.12 am)

Alhamdulillah...rupa2nya anak saudaraku ini telah dewasa dan sampai masanya mencari pilihan hati. Biarpun segalanya rahsia, akhirnya saya menerima sms makluman ini. Hmmm... teringat juga rupanya pada cu ya. Sememangnya Dik pai merahsiakannya sehinggalah ke majlis pertunangannya ini. Nanti jemput kenduri pun pakai sms je tau..kan 2525??
Saya mngharapkan dik pai dapat memelihara adab dan tatatertib pertunangan.
SELAMAT BERTUNANG dan lekas2la kawin...

Sempena lahirnya

13 APRIL...

Untuk Anakanda saudaraku: Faezah Saniah.
"Semuga panjang umurmu dalam keberkatan, sihat dan berjaya dunia akhirat."
Kejayaan hakiki apabila berjaya melepaskan diri dari kepanasan api  neraka dan mendiami syurga yg mutlak. Untukmu anak saudaraku yg kecik comel, bertahi lalat manis di pipi - hargailah setiap nafas yg disedut dan bersyukurlah kerana mempunyai waktu untuk bertaubat apakala melakukan kekhilfan. Hargailah tangkai16 ini semuga anak nisa ini bakal 'mencipta sejarah, mmbahagiakan ayah ibu dan memelihara maruah family kita. Adik@ kak Ngah@ faizah adalah nama timangannya dan betapa manjanya namanya begitulah dekatnya di hati saya. Mudah2an  SMK Seri Tasek( SPSelatan) bakal di coretkan lagi dgn sejarah kegemilangan kak Ngah.   Kak Ngah - jaga diri, jaga agama !!

Untuk mu Maria
HAPPY BESTDAY TO U
Namamu mengingatkan kepada nOstalgia Maria Hertogh@ Natrah. Satu2nya pencipta sejarah perpaduan bangsa dan agama. Biarpun NATRAH tak dapat diselamatkan akidahnya namun jiwanya tetap hidup subur bersama kita dan andainya diberi masa lagi pastinya islam masih berbekam dalam jiwanya juga. Apakah namamu juga satu kebetulan atau perencanaan..?.
 
Bukan mudah tugasmu seorang bakal pendidik yang bakal mencipta aset negara. Kepayahan dan pengorbanan akan berakhir dengan kejayaan bergelar graduan MPIK yang mmbanggakan ibu.  Gelaran dan panggilan guru merupakan cermin abadi kepada anak muridmu kelak. Sesungguhnya ucu menghargai segala pengorbananmu selama ini. Walaupun seketika kita ditemukan tetapi daripadamu juga ucu mengenali hakikat sebuah kehidupan yg pudar warnanya. Terimakasih yg tak terhingga atas "segala" penanggungan selama ini. Dirimu ku hargai...Muga cahaya ilahi dan nur hidayah berterusan mengalir di jiwanya kita dan kita sama2 mnghargai dan mensyukuri

Doa ucu sempena hari lahirmu Maria : Semuga ALLAH memberikan kebaikan, keberkatan dan rahmah berterusan buat mu dan family. Jadikan semlam sebagai pengalaman dan esok adalah harapan . Garapan ilmu perlulah berterusan dan buktikan dengan akhlak mulia. Alangkah bahagianya andai ucu mmpunyai anak saudara sepertimu lagi....amin   

Untuk Kak Ngah dan Maria___HAPPY BIRTHDAY @ 13 APRIL

Monday, April 12, 2010

Geledah ilmu

“Pelajarilah Ilmu kerana Allah, Menuntutnya adalah ibadah, mempelajarinya adalah Tasbih, mencarinya adalah Jihad, Mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahui adalah Shadaqah, menyerahkan kepada ahlinya adalah Taqarrub. Ilmu adalah teman dekat dalam kesendirian dan sahabat dalam kesunyian.
(Muadz bin Jabal Radhiyyallahuanhu)

Khasiat Durian Belanda

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia , dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis , dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika . Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar , Payu Dara , Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.

Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.


Friday, April 9, 2010

Cantiknya berakhlak

Sesungguhnya ALLAH benci setiap manusia yang kasar (suara dan tingkah laku),
kuat makan, bising semasa di pasar, tidak bangun solat malam seperti bangkai, 
berkerja keras pada waktu siang seperti himar,
amat mengetahui tentang ilmu dunia dan jahil tentang akhirat.”
                                                                                                         (Riwayat Abu Hurairah)

Wednesday, April 7, 2010

di hari terakhir KLIBF 2010


Ustaz Hasrizal tengah menurunkan bukti utk kedua2 buku terbarunya..SUBHANALLAH..cantiknya tandatangan ni. Ini  betul2 hari yg terakhir bagi pesta kali nie dan yang pastinya tentulah tandatangan ini mengumbirakan buah hati saya- peminat setia ustaz. Adik sara- andai ada adik bersama, pastinya dapat bergambar dengan ustazkan.
Subhanallah, buku kezuhudan Umar Abd Aziz dan Nik Aziz menarik perhatian saya. apatah lagi baru dilancarkan. Andainya TGHA yg sepatutnya melancarkannya hadir bersama tentunya ada bukti lagi.. Dapat beg kertas tok guru dan poster pun boleh laaa.....Terimkasih kemilau

Pilihan terakhir di hari terakhir lagi meriah. Bagi booth2 yg tertentu, ada tawaran satu buku yg beli satu percuma, majalah kat geleri ilmu,6-RM10 dan mcm potongan gila2 lagi. Kalau tak pecaya kunjungilah PTS, Hidayah dan lain2. Alhamdulilah berkesempatan melayan kakak kesayangan saya mencari buku. Sebenarnya mereka baru sampai dari Kedah atas urusan lain tetapi saya terus bawa ke sini. Maafkan saya kalau kepenatan tetapi yg terpancar adalah ketidakpuasan hatinya kekangan waktu... Jgn risau tahun depan ada lagi
tuu dia lastkopek- Tafsir AlAzhar menjadi sasaran. Jilid yg didatgkan dari indon nie memg sukar ditemui dan mcm gorpis. Hanya dua penerbitan yg menjualnya sepanjang recce saya. Tetapi yang hebatnya saya mendapat harga runtuh. Terimakasih penerbitan hidayah..boleh discuss rupanya  ..Subhanallah.
ALHAMDULILLAH...inilah antara koleksi yag telah berpindah tangan . Saya merupakan pengunjung tegar pesta buku ini dan andainya saya memiliki wang berjuta, pastinya banyak lagi buku menjadi miliku...Terimakasih ALLAH kerana mmberi kesempatan dan ruang waktu untuk utk bersantap dgn penulisan dan berkongsi ilmu ini. Semuga pahala berterusan buat penulis, pencetak, penerbit dan pembaca..amin
Hati saya turut kecewa kerana tak jumpa pulak org tu disaat akhir di sana. Maklumla org sedang bekerja dan berpose utk kenangan. Yang pastinya dia gembira dengan dunianya . Teruslaaa tiey

YA ALLAH jadikanlah diriku, sahabatku, familyku dan orang2 yg dekat dengan ku mencintai ilmu dan berusaha menambah ilmu dengan apa cara sekalipun. Ilmu memantapkan minda dan ilmu juga mmbezakan kejahilan seseorang. Semuga ALLAH restui kita..

Tuesday, April 6, 2010

Di Balik Cermin Mimpi

Di balik cermin mimpi
Aku melihat engkau
Di dalam engkau
Aku melihat aku
Ternyata kita adalah sama
Di arena mimpi yang penuh bermakna

Bila bulan bersatu dengan mentari
Bayang-bayang ku hilang
Di selebungi kerdip nurani
Mencurah kasih, kasih murni
Mencurah kasih

Di balik cermin, cermin mimpi
Adalah realiti yang tidak kita sedari
Hanya keyakinan dapat merestui
Hakikat cinta yang sejati
Hakikat cinta yang sejati

Dengan tersingkapnya tabir siang
Wajah kita jelas terbayang
Dan terpecah cermin mimpi
Menjadi sinar pelangi
Pelangi

Ku hadiahkan buatkan diriku yg kusut dgn bayangan muga cerminan sebenar ku temui dgn  keredaan ALLAH dicari dan restu family ku iringi . Sesungguhnya kasih sayang ALLAH merestui..amin 

hak kita

Abu Hurairah RA melaporkan, Rasulullah pernah berkata "Ada lima hak yang perlu ditunaikan oleh seorang Muslim kepada Muslim yang lain iaitu:-

1. Menjawab salam
2. Menziarahi orang sakit
3. Mengiringi jenazah
4. Menghadiri undangan
5. dan Mengatakan 'Yarhamukallah' kepada orang yang membaca 'Alhamdulillah' selepas bersin".

Abu Hurairah juga melaporkan, katanya Rasulullah SAW pernah berkata "Pada hari kiamat nanti Allah SWT yang Maha Mulia dan Tinggi MartabatNya berkata, "Wahai anak Adam, Aku sakit tetapi kamu tidak pernah melawatKu".

Manusia bertanya, "Wahai Tuhanku, bagaimana aku mungkin dapat melawatMu sedangkan Engkau adalah Tuhan seluruh alam?"

Allah SWT menjawab, "Bukankah kamu tahu seorang hambaKu yang sakit, tetapi kamu tidak melawatnya. Bukankah kamu sudah tahu kalau melawatnya kamu mendapat pahalaKu?"

Allah berkata lagi "Wahai anak Adam, Aku meminta makanan daripadaMu, tetapi kamu tidak memberinya kepadaKu!"

Manusia bertanya "Tuhanku, bagaimana mungkin aku dapat memberi makan kepadaMu sedangkan Engkau adalah Tuhan seluruh alam?"

Allah menjawab "Bukankah kamu tahu seorang hambaKu pernah meminta makanan daripadamu tetapi kamu tidak beri kepadanya. Bukankah kamu sudah tahu apabila kamu memberi makanan kepadanya kamu mendapat pahala daripadaKu?"

Allah berkata lagi "Wahai anak Adam, Aku meminta minuman daripadamu tetapi kamu tidak memberikannya kepadaKu!"

Manusia bertanya, "Wahai Tuhanku, bagaimana mungkin aku dapat memberi minuman kepadaMu sedangkan Engkau adalah Tuhan seluruh alam?"

Allah menjawab "Seorang hambaKu pernah meminta minuman daripadamu tetapi kamu tidak beri kepadanya. Bukankah kamu sudah tahu apabila kamu berikan minuman kepadanya kamu mendapat pahala daripadaKu?""

Tuhan..ampunilah dosaku



adakalanya kita bagaikan tersedar apakala ditimpa ujian...
adakalanya kita bagaikan menyalahkan keadaaan
dan adakalanya kita mmbiarkan
yang terbaik kita membuat pengampunan
asafirullah hal azim

Thursday, April 1, 2010

nilai setitis susu ibu

ooo adik huda

Mesra dipanggil dik da, juga dipanggil kak Huda atau kadang2 dipanggil maksu huda. Huda atau nama sebenarnya NABIATUL HUDA HJ SOLEH merupakan anak saudara saya yg ke 42 dan mesra dengan semua org. Adik Huda penuh dgn limpahan kasih sayang dan dia mnjadi cucu yang suka menceriakan. Ada ketika bila almarhum ayah sakit, dia "caring" pada ayah, dipastikan ayah minum/makan ubat dan bila ayh tidur dia akan menjenguk dari masa ke semasa. Di awal persekolahannya dulu, setiap ayat atau huruf yg dipelajarinya akan di ajarkan pada ayah dan emak saya. Pendek kata ayah kena jadi muridnya pula. Namun itu semua tinggal kenangan kini.

Bersekolah di SRA Islah, Pendang, kini dilantik sebagai pengawas pada usianya 9 tahun (mulai tahun ini.)
Sifat manjanya menjadi2 jika keperluannya tak dipenuhi. Paling saya terkasima, tiap kali berhubungan menerusi telepon, 'cu bila nak balik, dik da rindu cu laaa". Ayatnya mmbuatkan hati ingin pulang segera ke kg.
Kabarnya semalam telah dibahagi2kan bungkusan coklat dan gula2 untyuk rakan2nya di sekolah. Cuma mengadunya pada saya bila nak beli kek untuknya...

Kek birthday dengan anak2 memang tak dapat dipisahkan. Ibunya berjanji, bila abg dan kakak balik hujung minggu ni dari asrama, bolehlaaa diraikan bersama. Maklumlaa adik da kan dah selalu makan kek pun. Asal ada yg menyambutnya di kampung, pasti mnjadi rezeki adik huda juga.

Semuga adik Huda, sihat, terus ceria dan mnjadi anak solehah. Menjaga adab dan solat jangan ditinggalkan. Jangan lupa baca quran dan hadiahkan fatihah untuk aruah wan setiap kali lpeas solat.
Sayang dik huda..happy besday to u