Wednesday, December 16, 2009

Jom berdoa Hijrah 1431

Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu; sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia

Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya

DOA AKHIR TAHUN

Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, telah berlalu setahun dalam hidup kami. Sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kami nikmat-Mu yang tidak dapat kami menjangkau kehebatannya. Engkau telah memelihara kami daripada keburukan yang tidak mampu kami menolaknya. Kami telah melakukan dalam tahun tersebut perbuatan dan amalan yang Engkau Maha mengetahui baik dan buruknya.

Ya Allah, sekiranya amalan tersebut bersesuain dengan ketetapan-Mu, terimalah dan catatkannya sebagai amalan soleh kami di sisi-Mu. Dan sekiranya amalan tersebut berbaur dengan sifat riya', ujub, dan menunjuk-nunjuk atau kami lakukan perilaku dosa, kesalahan dan keinginan yang buruk, maka kami pohon pengampunan-Mu dan tutupilah segala keaiban dan kesalahan. Kurniakanlah ke atas kami kelebihan dan keluasan sifat pemurah-Mu. Itulah kemuncak permintaan dan doa kami.

Ya Allah, sesungguhnya telah datang kepada kami tahun baru setelah kami meninggalkan tahun ini sebentar nanti, kami tidak tahu apakah yang terkandung dalam pengetahuan-Mu mengenai diri kami. Kami jahil ke mana arahnya penghidupan kami di alam maya ini. Harapan kami agar Engkau membuka lembaran tahun baru ini pintu taubat yang jujur dan tulus untuk kami, yang tidak berakhir dengan kekufuran dan kesesatan. Dan Engkau kurniakan taufiq kepada kami pada tahun ini untuk melakukan amalan-amalan soleh yang Engkau redai, kehidupan yang murni yang Engkau rahmati.

Ya Allah, peliharalah anggota kami agar melakukan ketaatan kepada-Mu. Peliharalah hati kami agar dipenuhi dengan kecintaan. Lapangkan hati kami agar dapat kami mendekati-Mu seperti mana Engkau telah lapangkan hati hamba-hamba-Mu yang soleh. Jadikan kami di antara orang-orang yang menepati janji dalam menjalankan hak. Jadikan kehidupan kami sebagai saksi yang benar terhadap setiap amalan seperti mana yang Engkau syariatkan kepada kami, Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penganugerah

Waktu  Membaca: pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

DOA AWAL TAHUN

Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, kami menadah tangan kepada-Mu pada waktu malam dan siang dalam keadaan kami bertawassul dengan nama-nama Mu, dalam keadaan kami mengharapkan gedung rahmat yang sarat di samping Mu. Dan dalam keadaan kami cinta sesungguhnya kepada-Mu dan cinta apa yang menghiasi kebesaran-Mu.

Ya Allah, Ya Rabbul Jalil. Dengan sunnah-Mu menjelang kini tahun baru yang telah Engkau tentukan mengikut qada dan qadar di Loh Mahfuz-Mu. Kami meredahnya di bawah Iradah dan Qudrat-Mu. Sebagai makhluk-Mu yang sentiasa mencari keredaan-Mu. Kehadiran tahun baru ini, memungkinkan kami menadah tangan memohon rahman-Mu, kami pertautkan permohonan kami sekental-kentalnya kepada Mu. Kami mengharap perdampingan taufik dan hidayah-Mu yang telah Engkau berikan kepada kami pada masa-masa yang lalu sepanjang usia kami. Engkau sempurnakan perlindungan dan pemberian-Mu yang begitu melimpah kepada kami. Jadikanlah diri kami, hati kami serta seluruh anggota badan kami jati kekuatan, sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Supaya kekuatan ini dapat kami gunakannya sebagai pelindung daripada segala kemungkaran, sama ada yang zahir atau yang batin. Dan dengannya kami dapat kelapangan pemikiran, keindahan kehidupan, kekuatan dalam keyakinan, ketetapan dalam pegangan agama, dan kebaikan untuk diri kami dan orang-orang sekitar kami.

Ya Allah, hindarkan kami daripada segala yang merungsingkan, pemikiran yang membingungkan, pengalaman yang menyedihkan dan menyempitkan dada kami. Kurniakan kepada kami keselamatan dalam pemeliharaan-Mu yang dapat melindung kami dari sebarang kejahatan, keburukan dan kerunsingan. Ya Allah, rahmatilah permintaan kami, terimalah kepasrahan diri kami kepada-Mu, Wahai Penolong hamba yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Pencegah kemusnahan, hindarilah kami dari kemusnahan dan keporak-perandaan. Ya Rahman Ya Rahim! Jadikanlah lipatan tahun baru ini pembuka bagi kejayaan, ketenangan yang menyeluruh untuk kami dan kaum Muslimin keseluruhannya memelihara agama-Mu. Hamparkan di dalamnya hamparan rahmat-Mu sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Rahmat yang dapat menghindarkan segala kepayahan dan kerunsingan. Ya Allah, kekalkanlah tahun-tahun yang akan datang dalam hidup kami dengan catatan kegembiraan, kebahagian dan kelapangan, supaya kami dapat rasakan dalam detik hidup kami kenikmatan yang ada padanya. Ya Allah, jadikanlah tahun yang akan datang, semulia-mulia tahun yang Engkau berkati ke atas kami. Jadikanlah kami orang yang paling bahagia bersama-Mu. Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahan kami, dan terimalah kebaikan kami, berkatilah masa, waktu dan segala gerak-geri kami. Wassallalahu Ala Sayyidina Muhammad wa Ala Aalihi wa Sahbihi Wassalam....

waktu membaca : Doa ini dibaca  setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram,

SUMBER : http://halimislam.multiply.com/item/reply-to-message/halimislam:journal:107

Tuesday, December 15, 2009

Sesiapa yg berdoa utk saudara Islamnya tanpa pengetahuannya, berkatalah Malaikat yg ditugaskan: "Amin dan engkau juga akan beroleh spt itu".

teater NATRAH


         Kisah Natrah pernah mencetuskan kontroversi di Singapura sekitar era 50an sehingga mengakibatkan tragedi berdarah di kalangan masyarakat di sana.Rusuhan yang menyebabkan seramai 18 orang terbunuh dan lebih 200 orang cedera dalam pertempuran dengan tentera dan polis British itu berlaku demi perjuangan mereka terhadap gadis Belanda bernama Bertha atau Natrah itu. Bertha dilahirkan di Jawa, Indonesia dan kemudiannya pada usia lima tahun, dia diserahkan kepada ibu angkatnya, Che Aminah untuk dipelihara yang mana kemudiannya dia diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana pendidikan Islam.
Natrah menjadi rebutan antara ibu angkat dan keluarga kandungnya sehingga mencetuskan 'Rusuhan Natrah' setelah masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa gadis itu akan dimurtadkan.
Bukan itu saja, kisah Natrah yang dikahwinkan pada usia 13 tahun dengan Mansor Adabi juga membawa cerita tersendiri yang amat memilukan.Keikhlasan kasih Mansor yang berjanji tidak mahu 'menyentuh' Natrah kerana usianya yang masih muda ketika itu serta cinta sejati mereka yang terpaksa dipisahkan kemudiannya sehingga membuatkan pasangan ini merana memang cukup menyayat hati.Lebih menyedihkan, Natrah menjalani kehidupan yang penuh berliku sepanjang hidupnya, sehinggalah dia meninggal dunia pada 8 Julai lalu di Huijbergen, Belanda, pada usia 72 tahun setelah menderita akibat penyakit leukemia.

YESS!! dapat jugak saya saksikan pementasan teater di IB kali  ini .


Saya membeli  tiket sejam sebelum bermulanya pementasan. Alangkah bertuahnya kita di lahirkan, dibesarkan dan hidup sbagai muslim di malaysia, bahkan kita bebas untuk beribadat. Saya bangga kerana walau sesibuk manapun kita dan sesempit manapun ruang waktu, warga  yang taat tetap melaksanakan  tuntutan solat dgn kemudahan yg disediakan.  Seusai solat magrib dan  isya( saya lewat masuk ke panggung)   saya pun tercari2  seat "teristimewa" yakni , di level 3, Hmmm..saya mampu melihat segalanya dari atas. Dari  paparan subtittle- sarikata  terjemahan bahasa inggeris saya mengenali watak dan pertuturan mereka. Ini sesuatu yang menarik yang selama ini saya tak pernah ambil peduli.

Tahniah diucapkan kepada Erma Fatima yg berjaya mengembalikan nostalgia Natrah dan wartawan Fatini (buku Natrah juga di jual di sini)yng pernah saya kenali melalui penulisannya menerusi dewan masyarakat satu ketika dulu.  Saya merasai seolah2 dilahirkan di era 50an bila set dan prop menepati ciri2 kemelayuan dan keislaman. Floating stage, transission time dan muzikalnya  amat terurus. Bahasa nya amat berbunga dan ada lentuk tersendiri.( walaupun  bahasa asal sepatutnya selanga melayu -indonesia)


Terkasima saya dgn watak tua  Maria@ Bertha(sofea jane) yg bergaun serba putih lambang kebersihan jiwa yang mengakhiri bait2 terindah " if i'm die today"..beberapa kali di ungkap. JIKA saya mati hari ini sudahkah kalian mengenali aku dan andai aku benar2 mati hari ini  mungkinkah talkin mengiring pemergianku?? "sebelum langkah demi langkah tuanya memasuki pintu gereja yang terbuka luas utknya. Bingitnya bunyi pintu besi itu dan bisingnya loceng bagaikan memenjarakannya dan mengakhiri kehidupannya..

Kenapakah kita tak sempat menyambut dan memimpin tangannya yang terkapai .
Dia menjadi momentum kebangkitan islam bahkan rusuhan atas nama mempertahankan akidah seorang anak berusia 13 tahun. Walaupun campurtangan gerakan pemimpin islam bahkan Tunku Abd Rahman, Natrah tetap di manipulasikan oleh British dan sekutunya. Sejauh manakah sensitifnya kita andai NATRAH 2 berulang?   Kesian Natrah hidupnya tidak keruan selepas  kembali ke negara asalnya yang tak pernah di restuinya.


Kasih sayang , cinta dan air mata adalah kehidupan. Namun sejauh mana, kasihnya cik Aminah kepada anak angkatnya kini  hanya dapat di ungkap melalui kata2 juga cintanya Mansor Adabi pada Natrah. Natrah amat sopan dan terdidik seperti seorang muslim seperti skrip yang saya. ingat...anak orang putih tu  tahu jawap salam??? Natrah pergimu di ragut bersama sejarah. Namun jiwamu  tetap bersih kerana dirimu menjadi hamba atas nama pertalian kasih sayang juga.  Biarpun telah tersurat dan pastinya sejarah tak kan berulang lagi.

Bila laungan takbir suasana rusuhan dengan membakar kereta  & pergaduhan menghangatkan IB: bibir ini pastinya turut serta mengucapkannya.. "ALLAH AKBAR". tak rela di kudakan lagi, cukuplah atas nama perundangan sekular dan veto, kembalilah kepada syariah Islam kerana kepincangan ummah kini atas kelalaian kita semalam. Semuga diampunkan dan ummh terus bersatu...
Majlis berakhir lebih kurang jam 11 malam dgn pelbagai persoalan tentang kehidupan semalam, hari ini dan akan datang....masih adakah natrah atau maria???

Monday, December 14, 2009

apa cerita ROAD TO MECCA

Pada mulanya saya menjangkakan movie “Road to Mecca “ adalah sebuah dokumentari tentang gambaran perjalanan ke kota Mekah. Namun tekaan saya salah sama sekali kerana dokumentari ismiah ini adalah berasas kehidupan seorang journalist, traveler, social critic, linguist, thinker, reformer, diplomat, political theorist and translator, a scholar dedicated to the service of God and humankind, and to leading a righteous life. Subhanallah

Documentary yang diterbitkan oleh Georg Misch’s ini merupakan travellog seorang muslim bernama Muhammad Asad @ Leopard. Walaupun mengambil masa lebih kurang 2 jam tetapi saya amat berpuas hati kerana di dedahkan dengan video, photo dan cerita di sebalik helaian album milik Muhd Asad dari Gurun Sahara ke Ground Zero dan beberapa negara yang pernah di singgahi dan dilawatinya. Scene terakhirnya adalah menziarahi makamnya yang terletak di Andalusia. Kedudukannya makamnya yang tinggi di atas bukit walaupun seperti terbiar tetapi ribuan peminat dan pemikir terus mengimbau kembali jasa dan pengorbanannya. Berbahagialah Muhd Asad di persemadianmu kerana syuga lebih layak untuk mu.

Pelbagai sudut persoalan kehidupan muslim diketengahkan walaupun satu sindiran dalam rakaman candid ini tetapi hakikatnya itulah reality. Gambaran gurun sahara jelas ditatap digabungkan dengan sound sistemnya yang mantap . Walaupun masyarakat barat masih mencemuh Islam sbg terrorist namun inilah hakikat pemikiran, pengamalan bahkan ketamadunan yang kita miliki belum mampu kita takluki sepertimana perjuangan Nabi Muhammad S.A.w

Dalam kembaraannya juga beliau menyaksikan sendiri beberapa pergerakan pembebasan yang muncul pada awal abad 20 untuk membebaskan daerah Islam dari kaum kolonial. Ia berkunjung ke India di mana ia berjumpa dan bekerjasama dengan Muhammad Iqbal, filsuf dan penyair yang menginspirasikan lahirnya negara Pakistan.
Antara aksi yang menarik hati saya ialah, penunggang unta terjatuh ketika perubaannya menaiki unta( candid shot). Inilah gambaran sebenar Muhd Asad yang ingin merasai sendiri kenderaan rasullullah. Perbahasan dan temubual ( terdapat aksi tegang, sindiran tajam dan melucukan) dengan beberapa sahabatnya, saudara tirinya sama ada di Vienna, India, Pakistan dan beberapa Negara Eropah menarik dan mempengaruhi dokumentari ini

Semuga ALLAH memberikan rahmat dan kebaikan buat seorang kembara spt Almarhum MUHAMAD ASAD ini. Dirinya mencari kebenaran menemui ISLAM dan berjaya mempengaruhi bangsa lain menyemak diri berlandaskan ALQURAN yang menjadi rujukan …Catatan terakhirya….”the massage of the quran”. Seperti kata Mr.Tariq Ramadan, Al quran itu tak mungkin dpat diterjemahkan ke bahasa lain kerana maknanya tak dapat di rungkaikan. Sebagai contohnya ..what is taqwa? Bertuahlah mereka yang memahami dan di lahirkan berbangsa Arab. Saya??? berazamlah untuk belajarlah memahaminya secara mendalam.====Islam is a natural religion but a a massage of quality, integrity and the way of life .


Trimakasih kepada penganjur " tribute to Muhd Asad, IslamicBookTrust,di SC, Bukit Kiara

Tribute to Muhammad Asad

Muhammad Asad, Leopold Weiss, was born in Livow, Austria (later Poland) in 1900, and at the age of 22 made his visit to the Middle East. He later became an outstanding foreign correspondent for the Franfurtur Zeitung, and after his conversion to Islam travelled and worked throughout the Muslim world, from North Africa to as far East as Afghanistan. After years of devoted study he became one of the leading Muslim scholars of our age. After the establishment of Pakistan, he was appointed the Director of the Department of Islamic Reconstruction, West Punjab and later on became Pakistan's Alternate Representative at the United Nations. Muhammad Asad's two important books are: Islam at the Crossroads and Road to Mecca. He also produced a monthly journal Arafat. At present he is working upon an English translation of the Holy Qur'an. [Asad completed his translation and has passed away.]

  • Kelahiran Austria (1900) dengan nama Leopold Weiss
  • Belajar kitab-kitab suci Yahudi - Kristen dengan bahasa Ibrani - Aramea, Polandia dan Jerman.
  • Belajar sejarah, falsafah dan psikologi.
  • Wartawan United Telegraph di Berlin (1921).
  • Wartawan Frankfurter Zeitung dan koresponden di Timur Tengah (1922-1926).
  • Masuk Islam di Berlin dan memilih nama Muhammad Asad (1926).
  • Tinggal di Hejaz dan Najd (Saudi Arabia) (1926-1932).
  • Menjelajah wilayah-wilayah negeri Islam (1932-1947) kecuali Asia Tenggara.
  • Bersahabat dengan tokoh-tokoh Islam, termasuk Raja Abdul 'Aziz, Ibnu Saud dan Muhammad Iqbal.
  • Membatalkan rencana ke Indonesia dan Asia Tenggara karena ditugaskan  sbg pengarah Department of Reconstruction Islam Pakistan (1947-1951).
  • Mengetuai bagian Timur Tengah Kementerian Luar Negeri Pakistan.
  • Menjadi Duta Tetap Pakistan untuk PBB
  • Menulis Islam at the Crossroads (1935), The Road to Mecca (1952) dan The Message of the Quran.
  • Muhammad Asad diangkat sebagai warga negara kehormatan di berbagai negeri Islam;  dan meninggal dunia pada 20 February 1992. He was buried in the Muslim cemetery in Granada, Andalusia.
  • With his death passed a journalist, traveler, social critic, linguist, thinker, reformer, diplomat, political theorist and translator, a scholar dedicated to the service of God and humankind, and to leading a righteous life.



    But death will not be the final chapter in Asad's close relationship with the Muslims: His luminous works remain a living testimony to his great, enduring love affair with Islam.
     

Sunday, December 13, 2009

ROAD TO MECCA



lihatlah dengan pandangan mata hati....perjalanan seorang daie mencari  tentang ISLAM..
Setelah memeluk islam, almarhum Muhammad Asad memperhambakan dirinya untuk agama...menyampaikan dakwah dan mengkaji tentang quran. Almarhum meninggal dunia di usia 92 tahun (1900-1992) AL FATIHAH

Thursday, December 10, 2009

bila cinta bertasbih

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus hati ini
Kuserahkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Suda di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta

Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta
Ketika cinta bertasbih

KOMEN:  pernahkah  membaca novel  ini, apa yg dapat di kongsikan???..pengarang terhebat  ini berjaya mengajak kita mencari erti kehidupan. Jarak dan kesulitan bukanlah halangan.  Setiap cita-cita harus suci dari hasad dengki sama ada dalam keadaan yng susah senang. Hidup saperti roda yang sesekali diatas, sesekali dibawah. Jika rajin berusaha, Insyallah rezeki Allah sentiasa ada untuk umatnya. Hanya harus beringat kebesaran Allah s.w.t. mengatasi cita-cita manusia.

Manusia hanya bisa merancang, tetapi Allah juga yang menentukan. Mengandungi 2 siri dalm versi bahasa melayu nya...Harus di tatap kerana kejujuran adalah harapan sebuah percintaan manakala keimanan adalah paksi dalam sebuah kehidupan. Manakala rentak lagu ni pula mengingatkan saya pada lagu my heart....   

Wednesday, December 9, 2009

Pidato rakyat

Pidato Rakyat ' Antara Royalti & Ihsan, Siapa Pengkhianat bangsa?
bersama

1- YB Dato' Husam Musa ( Exco Kerajaan kelantan)
2- YB Khalid Samad ( Ahli Parlimen Shah alam)
3- YB Mohamed Azmin Ali ( Naib Presiden keADILan & Ahli Parlimen Gombak)
4- YB Dr Mohd Hatta Md Ramli ( Bendahari Agong PAS Pusat)
5- YB Saari sungib (ADUN Hulu Kelang)

pada 13/12/2009 (ahad) jam 9.00 malam di Dewan Serbaguna MPAJ AU5, Lembah Keramat, Hulu Kelang...

semua di jemput hadir beramai-ramai ...

tolong sebarkan demi kebenaran sejagat ...

happy birthday sha

Fatin Shahira... anak solehah idaman ibu bapa,bersamanya habuan pahala dan keberkatan dalam kehidupan.  Jadilah dan berazamlah untuk memiliki tittle anak solehah.
Sempena ulang tahun ke 9 anak saudara saya ke 44, saya mencoretkan harapan tersebut pagi tadi. Kali ini di sambut bersama sepupu2nya di kampung. Cu yakin pastinya ayah dan ibu tidak melupai tarikh keramat ini dan alangkah bahagianya mereka mendoakan anakanda di Tanah Suci. Sesuatu yang jarang2 berlaku dalam famly kita. 

pada 30/11 tempuhari pulak ....
ahmad husaini dan fathiyah awanis- dua anak saudara saya( ke 33 & 25) yg berkongsi tarikh lahir  menyambutnya juga.(berbeza tahun pula).  Ketika itu saya  masih bercuti di kg dan sempat meraikan birthday husaini dengan suasana yg sederhana meriah. Apa lagi kalau bukan tajaan kek.  Inilah indahnya zaman kanak2 dapat makan kek, dapat potong kek dan dapat hadiah. Apa yg penting kerjasama menjayakannya dan sebagai satu suntikan agar mengingati tarikh2 penting dalam family. Lebih sporting  lagi...husaini dapat banyak hadiah dari adik & sepupu2nya.

BUAT ANAK2 SAUDARAKU,,,,
sesungguhnya pada diri rasullulah ada contoh teladan yang amat terpuji.....ayuh contohilah...kami bangga bila melihat kejayaan mu di dunia dan akhirat....amin



Tuesday, December 8, 2009

naluri anak kecil itu

Ketika ayah dijemput Ilahi anakanda Fatin Nadhia baru berusia 1 tahun 7 bulan 7 hari. Beliau merupakan cucu yang ke 51 daripada 52 org cucu2 ayah emak.  Merupakan anak bungsu dari 5 beradik daripada kakak saya yng ke 10 - kak Na.

Masih saya ingat, ketika itu ayah masih di rawat di PMC 10/6/2009, kira2 jam 4 petang, Nadia masih boleh mencium  dan bermanja di sisi katil ayah. Walaupun pada mulanya dia seolah tidak mengenali ayah tetapi seketika cuma mungkin kerana kepenatan dalam perjalanan..  Sehari sebelum itu ayah menghadapi kesukaran  utk bernafas dan seorang pakar fisioterapi bernama norhayati( nama yg sinonim mengingtkan saya pada seseorng) muncul menghulurkan servisnya, Beliau menepuk2 dada ayah bagi mencairkan kahak yang mengganggu pernafasannya ketika itu dengan penuh rasa tanggungjawab.  Apa yang pasti selepas itu ayah menuruti segala skil yang di berikan seperti tarik , tahan nafas dan hembus. sesuatu yang saya kagumi tentang ayah ialah beliau amat positif  .

berbicara lagi tenang Nadhia.....
memandangkan kepenatan dalam perjalanan dan maghrib akan melebarkan tirainya, kakak di suruh pulang ke rumah dulu bersama anak-anaknya .( saya tak pasti sama ada dia pulang dengan abang Zan atau Pak su).  Tetapi kali ini sudah menampakkan perbezaannya. Nadia tak mahu lagi mencium ayah tetapi dia menangis dan merenget. Ayah memandang sayu dan melambaikan tangan pada cucunye ini. Kakak saya merapati dirinya dan mencium ayah dengan penuh kasih sayang. Yang nyata katanya, bukankah hidung ayah selama ini mancung tetapi tidak lagi kini  dan telinga ayah juga menunjukan ciri-ciri menghampiri kematian.....
Saya akui, ketika itu saya ade bertanya pada kakak tentang apa yang dia nampak dan cuba menyembunyikan  rasa hatinya itu. Yang pasti lagi itulah lambaian  dan senyuman terakhir ayah untuk Nadia.


kira2 jam 1 pagi 11/6/2009 (anggaran saya walaupun ketika itu saya memakai jam tangan citizen milik ayah), ayah seolah2 terpandangkan bayangan mak dan bertanya '''MAK?". Saya yang berada di sisi kepala ayah terus memandang kak Wan( kakak ke 9)berada di sisi kiri pinggang ayah dan serentak itu handpone berbunyi. SUBHANALLAH instinctnya Nadia dengan ayah...... Kak Na bertanya apa yang berlaku kerana ketika ini Nadia sedang menangis seperti kesakitan. Saya memaklumkan keadaan ayah dan meminta datang segera bawa mak ke sini, ayah cari mak nie....  Jarak antara rumah ke PMC lebih kurang 30 min bagaikan di antara telinga kanan dan kiri shaj. Hakikatnya saya tak menjangkakan ayah akan pergi setelah emak sampai dan melafazkan ucap kemaafan, halalkan dan pergilah, jgn risau anak2 ada utk menjaga mak.




Ayah.....prgimu dengan senyuman tanpa ade urusan yang tak sempurna
Ayah...anakanda tidak nampak erti kematian sebelum ayah tinggalkan kami
...hanya anak kecil seperti nadia yang nampak jelas tanda2  akhir kematian wannya.

satu keajaiban

" cu, masa nak hiris daging, kami jumpa kalimah ALLAH..."


SMS yg diterima drpd anakanda Fatin di kg pagi tadi  saya susuli dengan  kalimah takbir, ALLAH AKBAR
Subhanallah ...inilah keajaiban yang ALLAH tunjukkan untuk kita berfikir tentangnya.]

Saya cuma mengharapkan anakanda Huda amikkan photo sebagai bukti. Tapi kata anakanda Fatin, semalam kak Huda ni  sembunyikan telefon ibu. Macam ni la perangai anak-anak zaman sekarang memberontak dalam senyap. Manakan tidaknya, di kampung sekarang ni dah bertambah lagi 5 beradik yang menumpang kasih sayang ibu kak Huda. Adik Nadia yang berusia  1 tahun lebih dah pandai bawa diri dan bermanja dengan teh.( mak saudara yang dipanggilnya ibu sekarang- kakak ke 6 saya ).  Sampai ade tikanya, Kak Huda jelous dengan adik Nadia ni.


Jika dulu, adik Nadia ni tak boleh berenggang dengan ibunya dan suka menangis tetapi sejak ibu ayahnya menunaikan haji  lain pulak karektornya. Mungkin berkat niat dan doa dari semua. Sekarang ni, bangun pagi senyum, lapar carikan sendiri botol dan minta di buatkan dan dia makin rapat dengan mak saya( tok).

Mak melayannya dengan penuh sempurna dan kasih sayang. Waktu mandi, tidur,makan, minumnya teratur dan menjadi kesayangan semua.  Sesiapa saja boleh membuatkan dia senyum dan riang. Indahnya bersama ahli2 syurga ini yang melebarkan pahala buat kita  . sayang si nadia

alangkah indahnya pertemuan ini

detik waktu yang menganjak ke ambang magrib membuatkan hati saya tak keruan. Melewati jalan ampang di kala begini adalah satu kecelaruan....kenderaan berpusu-pusu ingin pulang ke sarang. Kembali bersama keluarga dengan perencanaan tersendiri di musim cuti persekolahan ini.

Sebagai jalan pintas, saya singgah di Masjid Aman di Jln Damai. Janji ALLAH bila kita mendahului NYA, pasti kehidupan menjadi  lebih tenang. Satu keajaiban hikmah dari perhentian ini.  Saya mengikuti kuliah magrib yg di sampaikan oleh Yang berbahagia Prof Madya Dr Musa Fathullah Harun. Subhanallah di usia 71 tahun  Prof ustaz masih sihat dan tak di jengah sebarang penyakit. Sekali imbas wajahnya mirip kepada almarhum Dato Isha' Baharum bekas mufti Selangor. Orangnya baik,wara', tenang di kala berbicara dan amat teliti dalam penyampaiannya.

Pengajian  kitabTasawafnya PERJALANAN RABBANI merentasi alam dunia, barzah & akhirat amat menarik perhatian saya. Intipati dari majlis taman syurga itu, dalam perjalanan hidup kita menuju jalan akhirat , kita memerlukan perbekalan; dan tidak ada perbekalan yg lebih baik melainkan  ketaqwaaan kita kepada ALLAH. Dgn berbekalkan ketaqwaan, kita sentiasa menginsafi diri / munasabah melihat kecuaian dan menampung dgn kebaikan dan menebusnya degn keampunan dan bertaubat. Amalan dan kebajikan ini membawa seribu harapan semuga memperolehi kejayaan pada hari pengadilan di  padang masyar kelak. Ayuh bertanyalah pada diri  sejauhmanakah amalan yg kita lakukan selama ini dalam mencapai keredaaNYA??

Alangkah indahnya pertemuan ini.....
Buat pertama kalinya saya menemui ustaz Prof Dr Musa( seorang ulamak yg mempertaruhkan ilmu dan memperjudikan masanya utk penulisan dan menyebar luaskannya)  dan ustazah (isterinya seorang yang baik hati dan penyayang) .

Menerusi isterinya saya memperolehi ilmu yang boleh dikongsikan:
Seusai azan berkumandang ......kita lazimnya kan membacakan doa slpas azan......
kini ilmu baru yang diterima dan akan diamalkan: di teruskan membaca doa ini
ALLAHOMAR FIRLI----- 4 kali
ALLAHOM MAR FIRLI Waliwalidai ya.....hingga akhir
Amat mudah untuk diamalkan

ustazah juga mengakhiri solat isya dengan witir.
Alangkah indahnya pertemuan ini....garapan ilmu yang saya perolehi secara percuma.

Dan kini kitab itu rujukan saya:  cetakan ke 2 indonesia (augustus 2009)
indahnya diri bila ade penyucian diri....terimakasih ALLAH
Amin


P/s ingatkan saya: setiap hari Isnin minggu pertama setiap bulan......di Masjid Aman

Friday, December 4, 2009

for people who think


 Ayuh kita sama2 perbaiki graf kehidupan dgn menghdiri majlis ilmu.

 SUMBER : http://www.ibtbooks.com/think/home.html


Islamic Book Trust and Islamic Renaissance Front invite you to join us to three events on
Saturday, 12 December 2009  & Sunday, 13 December 2009
at       Auditorium, Securities Commission,
              3 Persiaran Bukit Kiara,
             Bukit Kiara, Kuala Lumpur

Click here for a map to the venue.


Throughout the events, an educational exhibition on the life and works of Muhammad Asad
will be on display, bringing together unique photographs on the late scholar and presenting
to visitors a tour of his works and thoughts.

There will also be sale of all IBT and TOP titles at discounted prices.


Date
Event
Admittance
Saturday,
12 Dec 2009
2.00 pm

Keynote Lecture by Professor Tariq Ramadan on “Islamic Renaissance: The Need for Reform and Renewal” to officiate the launching of Islamic Renaissance Front.
By reservation only. Please click here for details.
Saturday,
12 Dec 2009
8.00 pm
Movie Screening: "A Road to Mecca", a 90-minute exclusive documentary produced in 2008 on the life and travels of Muhammad Asad.
RM10.00 (RM5 for students). Requires registration. Click here for details.
Sunday,
13 Dec 2009
10.00 am

A tribute to Muhammad Asad - a lecture delivered by Prof Tariq Ramadan,

Free. Requires registration.
Click here for details.

Thursday, December 3, 2009

TIP murah rezeki

1- Menyempatkan diri beribadah
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: "Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu."ť (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2- Memperbanyak istighfar
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: "Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka."ť(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3- Tinggalkan perbuatan dosa
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: "Dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)

4- Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: "Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya."ť(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

5- Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: "Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu."ť(Riwayat Bukhari)

You Came To Me


You came to me
In that hour of need
When I was so lost, so lonely
You came to me
Took my breath away
Showed me the right way
The way to lead

You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want
Is to be with you
You are my One True love
Taught me to never judge
Now all I want
Is to be with you

You came to me
In a time of despair
I called on you, you were there
Without You
What would my life mean?
To not know the unseen,
The worlds between

For you I’d sacrifice
For you I’d give my life
Anything, just to be with you
I feel so lost at times
By all the hurt and lies
Now all I want
Is to be with you

Showed right from wrong
Taught me to be strong

Need you more than ever
Ya Rasul ALLAH

You came to me
In that hour of need
Need you more than ever
Ya Rasul ALLAH

You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want
Is to be with you

You are my One True love
Taught me to never judge
Now all I want
Is to be with you