Thursday, November 12, 2009

seminar dakwah


"Seminar Dakwah Masyarakat Majmuk - Siri 1"

Tarikh : 22 November 2009 (Ahad)
Masa  : 8.30 pg - 2.00 ptg
Tempat : Masjid Asy-Syakirin, KLCC

Ahli panel :
1) Ustaz Rashidy Jamil (Pengasas Tuan Sharifah Islamic Foundation, Pendakwah Bebas)
2) Brother Kamarudin (Pengasas Islamic Propagational Society International, Penerima Anugerah Muslim Terbaik 2009)

Berminat? Sila hubungi untuk mendaftar :
Syuhada (019-7516020)
Shikin    (013-2222589)
JUMPA DI SANA YA!

sumber: nisa wilayah

Wednesday, November 11, 2009

Cengkih dari dapur

5 Khasiat Bunga Cengkih
Antara amalan yang diamalkan oleh Tuan Guru Hj Hashim, Mudir Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan daripada umur 17 tahun lagi hingga sekarang yang hampir mencecah umur 90 tahun ialah makan bunga cengkih.

Antara kelebihan makan bunga cengkih ialah :
1. Paru-paru dapat berfungsi dengan baik yang membolehkan suara sentiasa lantang
2. Jantung berdegup dengan baik yang menjamin kesihatan
3. Mata dapat melihat dengan baik walau pun telah berusia
4. Gigi dapat tahan daripada gangguan ulat sehingga tahan lama
5. Otak sentiasa berkembang yang menguatkan ingatan berbanding suka minum ais atau pulut yang membawa kepada tertutupnya otak yang melemahkan ingatan

Cara makan
Sebaiknya 10 kuntum bunga cengkih sehari
Buat macam coklat dengan digigit dan dihisap airnya.
JOM KITA SAMA2 amal

SUMBER : http://aki2004.wordpress.com/2008/10/21/5-khasiat-bunga-cengkih/

di sini bermulanya

Di sini segalanya bermula......
Selamat berangkat duhai adikku & Selamat Menunaikan Haji 2009
khabar dari kg...
laungan azan daripada abg ke 3, abg Din diiringi dengn doa selamt jalan oleh ustz ismail, tuan imam masjid di kg saya mengiringi pemergian paksu dan maksu yg bertolak dari rumah ke airport kepala batas....Sebak dan kepiluan pastinya dirasai oleh sanak saudara...saya yg dijauhan hanya mampu berimaginasi suasananya......Anakanda  fatin melaporkan tapi yang kelakarnya bateri kamera pulak weak...hmm buat masa ini tiada bukti yng dapat saya sertakan. anak ooo anak.....
Semuga  kita berkesempatan bertemu di KLIA ptg ni sambil membawa salam buat kekasihku, Rasullullah saw. Doakan cu jugak!!

Ya ALLAH selamatkanlah perjln dan restuilah adik2ku menuju ke perhimpunan ibadah di kota sucimu, catatkanlah setiap langkah mereka kebajikan dan pahala buat ayah juga emak yng mendewasakan kami. Semuga PS Fuad dan MS Norul bahagia dan sempurna dalam menunaikan ibadah padaMU. Perkukuhan hub kasih sayang antara mereka dan sambutlah mereka sbg tetamumu sepanjang masa di sana dan berilah mereka antara kalangan yg memperolehi haji yg mabrur.
Amin

Rayuan ku...

" Wahai Tuhanku, aku tak layak ke SyurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu, 
Dari itu ALLAH, Ampunkan dosaku, terimalah  taubatku, sesungguhnya Engkaulah  Mengampun dosa² ku. 
Amin Ya Rabbal'alamin "

 "kita ini semuanya sama, tiada beza muda ataupun tua, jangan menyombong(hipokrit) atau takbur sesama manusia,sekalipun kita berpangkat atau berilmu-kerana di sisi ALLAH SWT kita semuanya sama - cuma yang membezakan kita hanyalah AMAL dan TAQWA"

Namun REDZA ALLAH kita cari....
Layakkah syurgaMU ku takluki ???
Maafilah daku atas khilaf ku dulu, kini dan akan dtg. Muga petunjuk dan hidayah ilahi besamaku, family dan org2 ku sayang.....amin

d' ViVa-03

hmm surat saman dari MBPJ. Hadiah utk d'viva yg setia.
kenapa?  kesalahan parking melewati setengah jam dari tiket yang dipaparkan....
bila? 16 january 2009.
kompaun kena dibayar: RM30
                                           
Org buat salah perlu mngakui kesilapan dan bernekad  tak mengulangi lagi.  Saya mengakui mungkin kecuaian sendiri yang tak disengajakan walaupun tegar mengatakan ini mungkin bukan silap saya. Inilah risiko bila saya adalah penama yg mutlak.  Alhamdulilllah segala urusan pembayaran telah dilangsaikan dan diberikan diskaun. Bagus juga jika diwar2kan bersegeralah membayar saman anda kerana anda akan diberikan diskaun...hanya di MBPJ.

Dulu dik kerana meletakkan motor KAW di atas pakir jalan depan Menara TR, saya di kompaun RM30 tnpa budi bicara. Saya menyegerakan pembayaran ini pada hari yng sama dan semenjak itu saya bebas dari DBKL.Mungkin ini cara  DBKL yang muktamad tetapi berbeza di MBPJ....inilah cacatan kembara yang berkelana mencari rezeki di kota bernama BANDARAYA....
--hati2 ye kepada pengguna jlnraya
-- semuga selamat  ......

masihkah kau ingat_02

Kembara kami ke Baling tempuhari, sempat singgah solat dzuHur di masjid Parit Panjang Baling...
sambil melayan cucunda nisa' teringat  saya satu sejarah tentang memali dan makam syuhada. Tapi suasana nya telah berubah, Kini ada petronas  dan kwasan lapang di hadapan tanah perkuburan ini. Berbanding 26 tahun lalu, di kelilingi degn rimba dan becak utk menyusuri ke sana. Seusai solat kereta kami berkonvoi , menziarahi makam  13 syuhada Memali ini. Utk pertama kalinya juga mak menyaksikan sebarisan batu nisan yang dipagari dengan pagar besi dan di rimbuni dengan pohon puding yng memdamaikan. Abg Mat membacakan doa dan kami mengaminkan. Sedekah ALFATIHAH tak dilupai sbg hadiah buat syuhada ini.

26 tahun lalu, para syuhada ini dikebumikan dgn pakaian yng masih berdarah dan tanpa dimandikan. Inilah satu "anugerah" dan kunjungan Sultan kedah satu ketika dulu juga membuktikan pemimpin tertinggi Kedah juga mengiktiraf para syuhada ini. Ade ketikanya dari sumber yng boleh dipercayai, sekitar makam ini berbau harum walaupun ade pihak mempertikaikannya. Apapun yng berlaku telahpun berlalu walaupun tanpa ade sebarang penanda atau petunjuk namun sejarah yg terpahat tak mungkin kan luput dan semangat yng terbina akan terus hidup segar dan sejarah tak mungkin dapat diputar belitkan. Saya mengutuk tuduhan akhbar  kosmo atas kejadian Memali ini. Semuga himpunan Memali pada 19 nov  yang akan diiringi dengan solat hajat akan menterjemahkan makna dan hakikat sebuah berita.
Ya ALLAH kami mohon petunjukmu..berikan yang benar itu benar....


Terimakasih abang Zan, bersamamu  dulu kita pernah ziarahi makam ini dan kunjungi rumah ustaz ibrahim libya yang mempunyai banyak mehnah dan fitnah. Hakikatnya amat amat jauh dari apa yng dipaparkan.
Masih saya ingat,saya dapat lihat kandang lembu yang dikatakan pondok pengawal, telaga-satu2nya sumber air utk kwasan pendalaman dikatakan air berjampi ustaz, pagar yang dibuat dari buluh dikatakan buluh runcing sbg benteng memagari rumah dan kesan2 peluru di celah2 pokok pisang dan dinding rumahnya..Subhanallah....inilah antara fakta yg dipesongkan dan hanya airmata menjadi saksi penderitaan dan
pengalaman mereka amat berharga. Semasa kami mengunjungi kwasan situ masih lagi "carpue" dan syukurlah saya dan abg dapat melihat secara live kesan selepas di serang .

masih kah kau ingat?????

Tuesday, November 10, 2009

Lambaian kaabah

Mlm ni bacaan yasin/ tahlil & doa kesyukuran bagi meraikan adik- Paksu Fuad & Maksu Norul dan  kak Na & abg Zul yang akan berangkat ke Mekah pada 12 dan 15 nov ni. Majlis yang diadakan di masjid memohon  doa dari anak2 khariah masjid kami..Masjid Ar Rahman. Kebetulan juga dalam tempuh ini ada kematian sahabat2 mak & ayah( almarhumah mak teh yam dan almarhum pak cik ly). Maka wajarlah  doa&tahlil buat ayah dan sahabat2 yang menurutinya di kirimkan sbg tanda mereka juga sebahagian dari kita. Semuga ALLAH memberi tempat yang terbaik buat mereka di JANNAH dan di cucuri rahmat yg berterusan.

Andainya ayah masih ade........adakah kan ayah ulangi lagi...".doakan ayah tenang  " sepertimana yg  di ucap ayah utk cucunya Saiful, yg mengerja umrah tempuhari: doakan wan tenang..Tenang dan berbahagialah ayah kini mengutip kuntuman harum butir2 pahala yg pernah disemai, di baja dan di tuai.....  


Apa yg nak dikatakan...apabila tiba masa dijemput dan ia hadir sebagai tetamu ALLAH, wajarlah kita mensyukuri kerana peluang ini hanya hadir sekali dan jangan di tangguh lagi. Masa buat kakak, abg dan adik2 saya telah tiba dan semuga undangan juga hadir lagi buat keluarga saya di tahun hadapan...Saya juga  rindu ingin melihat dan sujud di  KAABAH MU...Muga kesampaian hajat ini.


Kepada kak nora, terimakasih atas perkongsian pengalaman umrah. Semuga doa kita dikabulkan dan kita dapat menyempurnakan haji sbg pelengkap rukun ISLAM yng LIMA. Hanya ALLAH mengetahui di balik rahsia segala rahsiaNYA.

Ya ROBB, selamatkanlah keluargaku ini  menyempurnakan ibadat haji ini. Berikan mereka kesihatan, keselamatan dan kemudahan dlm setiap ibadat yg dikerjakan. Ampunilah mereka, berkatilah mereka dan sayangilah mereka kerana mereka adalah antara saudara2ku yang amat ku sayang. Mereka adalah anak2 yng soleh utk mak/ayah dan mereka suka membantu....Permudahkan mereka seperti mana mereka mmpermudahkan urusan kami...... amin

Monday, November 9, 2009

masihkah kau ingat_01

Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 18 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang. Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara/Operasi Hapus'.

Peristiwa ini terjadi ketika Datuk Seri Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di China.

Peristiwa berlaku di Kampung Memali yang terletak di mukim Siong, Baling, Kedah berhampiran dengan sempadan Kedah-Thailand. Penduduknya keturunan Melayu. Sebahagian lagi mempunyai kaitan dengan Siam/Patani. Aktiviti ekonomi mereka ialah menoreh getah dan bersawah padi.

Baling merupakan sebuah daerah yang dikaitkan dengan pertemuan antara Tunku Abdul Rahman dengan Chin Peng dari Parti Komunis Malaya pada tahun 1955. Baling dikejutkan lagi pada tahun 1974 berikutan insiden kebuluran pada era Anwar Ibrahim menjadi pemimpin pelajar. Seterusnya Baling dikejutkan dengan Peristiwa Memali.

Pihak FRU pula menggunakan dua buah kereta perisai bagi memecahkan pintu papan di rumah Ibrahim Libya. Kelihatan juga seorang perempuan tua yang bagaikan histeria mahu mempertahankan Ibrahim Libya.

Walaubagaimanapun, tayangan video berkenaan dikatakan telah disunting oleh pihak berkuasa untuk menampakkan kumpulan yang diserang sebagai pengganas.

Video berkenaan turut menayangkan pengakuan daripada bapa Ustaz Ibrahim Libya, Haji Mahmud Senapi, adiknya, Ismail Mahmud dan orang kanannya, Yusuf Husein. Ketiga-tiga mereka ketika itu masih berada di dalam tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Mereka membuat pengakuan salah serta mendedahkan beberapa perancangan kumpulan mereka. Mereka turut menyatakan kesal di atas penglibatan mereka di dalam kumpulan Ustaz Ibrahim Libya dan menyeru rakyat Malaysia supaya memaafkan mereka.

Bagaimanapun selepas dibebaskan, ketiga-tiga mereka telah menyampaikan ceramah ke seluruh Malaysia di atas pentas PAS, mendedahkan bahawa mereka sebenarnya telah dipaksa membuat pengakuan berkenaan.

Musa Hitam selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia menjelaskan Operasi Angkara bertujuan menangkap dan menghapuskan penjenayah. Ibrahim Libya memang dikehendaki pihak polis di bawah ISA. Ibrahim Libya dituduh mengancam keselamatan negara dengan kegiatan memecah-belahkan masyarakat Islam. Selain itu, dalam sidang akhbar New Straits Times bertarikh 21 November 1985 Musa Hitam turut menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Kedah yang mengatakan Ustaz Ibrahim hanyalah memberikan ceramah agama.

Ibrahim Libya juga dituduh melindungi penjenayah yang sangat dikehendaki oleh Polis iaitu Yusof Che Mit dan Ramli Che Mit. Sebelum polis menyerang, penduduk kampung yang berkumpul di rumah Ibrahim Libya diminta menyerahkan Yusuf dan Ramli, tetapi mereka berdua tidak ada di situ. Beberapa hari kemudian Ramli ditangkap, tetapi tidak pula dibicarakan di mahkamah kerana dia ditahan di bawah ISA.

Ibrahim Libya lahir dan tinggal di Kampung Memali,mukim Siong, Baling, Kedah.

Lulusan Universiti Al Azhar, Mesir. Kemudian menyambung pengajiannya di India dan Libya. Bekerja sebagai pegawai pendakwa di Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

Beliau kerap berceramah di RTM 1 Malaysia. Kemudian memulakan kelas agama dan sekolah agama di kampungnya di Kampung Memali. Beliau ingin meneruskan usaha tuan-tuan guru pada masa yang dahulu yang membuka sekolah pondok atau sekolah agama. Perjuangannya sealiran dengan PAS dan menyertai PAS kemudiannya.

Pada tahun 1978, atas tiket PAS bertanding di kawasan Bayu-Baling. Beliau memperoleh 5,081 undi berbanding 6,169 undi yang dimenangi Barisan Nasional.

Terlalu banyak ajaran sesat di Malaysia sehingga menyerang Balai Polis Batu Pahat dan serangan terhadap kuil Hindu di Kerling pada tahun 1979. Kementerian Dalam Negeri Malaysia menerusi polis dan pegawai agama di Jabatan Agama Islam tidak mahu insiden ini berpanjangan. Ajaran sesat haruslah ditumpaskan terlebih dahulu sebelum menjadi tragedi. Peristiwa Memali adalah insiden yang dituduh oleh parti pemerintah sebagai satu kaedah untuk menghapuskan ajaran sesat.

Di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3,600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Pulau Pinang), Pasukan Senoi Praaq, anggota polis beruniform, Unit Tindakan Khas (UTK Berpakaian Komando 69) dari Bukit Aman menerima taklimat dari pegawai Bukit Aman.


Malam itu Ibrahim Mahmud memberi kuliah sehingga jam 11.45 malam . Penduduk seramai 50 orang hadir. Kuliah atau ceramah biasa jarang benar sehingga 11.45 malam. Kecualilah ceramah politik, itupun ada sekatan dan larangan dan perlu permit daripada Balai Polis Daerah.

Sekatan jalan raya dan meminta Ibrahim Libya menyerah diri merupakan tindakan terbaik. Alternatif lain turut difikirkan. 10 orang polis dikatakan telah menyusup masuk ke Kampung Memali dan memberi laporan.

Jika tindakan mengepung dilakukan, mungkin memakan masa 3 bulan. Dua buah kereta perisai digunakan bagi mengelakkan kemalangan di kalangan FRU dan polis. Tambahan pula Baling merupakan kawasan berhampiran sempadan di mana komunis dipercayai masih berkubu . Komunis sentiada mencari titik lemah anggota tentera yang meronda sempadan Malaysia-Thailand.

Ibrahim Libya dan 39 pengikutnya yang tidur di madrasah tersebut telah dimaklumkan oleh seseorang akan bilangan polis yang ramai di Balai Polis Sungai Petani.

Pelbagai senjata ala kampung disediakan seperti kapak, pisau dan buluh runcing. Mereka yang mahir memasang molotov cocktail yang diperbuat daripada minyak tanah dan petrol.

Seluruh pengikut Ibrahim Libya didakwa percaya tubuh mereka kebal setelah minum air telaga di kawasan madrasah. Mereka turut menunaikan solat hajat, membaca surah Yassin dan berzikir sebagaimana pahlawan Islam dahulu.

Sepasukan polis yang terdiri daripada Pasukan Polis Hutan, Senoi Praaq, Polis Anti-Pengganas Unit Tindakan Khas (UTK berpakaian Komando 69), Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) serta Tugas Am bertindak melakukan serbuan di madrasah tersebut. Dalam serbuan tersebut, seorang pegawai kanan Pasukan Polis Hutan, seorang anggota pangkat rendah dan seorang konstabel tertembak. Mengikut sumber dalaman, mereka yang terkorban terkena peluru sesat dari pasukan tersebut itu sendiri semasa serbuan dibuat.[perlu petikan] Tiada penduduk yang pernah dibicara kerana memiliki senjata api selepas kejadian tersebut.

Dua helikopter polis digunakan bagi membawa pegawai polis yang terkorban. Mangsa yang cedera dan mati dihantar ke Hospital Sungai Petani dan Hospital Alor Star. Dianggarkan seramai 13 penduduk Memali terbunuh dalam serbuan tersebut termasuk Ibrahim Libya. Menurut sumber, beliau ditembak berpuluh kali di dadanya oleh anggota Unit Tindakan Khas (UTK), dan sempat mengucapkan kalimah syahadah dipangkuan seorang pegawai kanan polis yang memangkunya sebelum beliau meninggal dunia. Jenazah Ibrahim serta pengikutnya dikebumikan dalam kubur panjang tanpa dimandikan kerana dipercayai tergolong sebagai para syuhada. Darah dan peluh mereka dikatakan masih basah walaupun sudah berhari-hari di bilik mayat. Sultan Kedah sendiri turun mencemar duli untuk mengunjungi makam tersebut.

Status mereka sebagai syahid disahkan oleh ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah, Tuan Guru Haji Yahya Junid dan Ustaz Azahari Abd Razak berdasarkan mereka yang mempertahankan diri dan harta mereka adalah syahid. Bagaimanapun mereka yang mengeluarkan fatwa berkenaan disingkirkan daripada menganggotai badan fatwa berkenaan

Korban Memali

1. Ustaz Ibrahim Mahmud, Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil.

2. Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah.

3. Syafie bin Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menegah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.

4. Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.

5. Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

6. Ghazali bin Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.

7. Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama.

8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah.

9. Mohd Aroff bin Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.

10. Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

11. Abdullah bin Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

12. Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

13. Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, mekanik motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.

14. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986

sumber: http://ex-smkay.forumotion.net/perpustakaan-f36/fakta-sejarah-memali-t548.htm

bila tiba musim haji

Balik kali ni kami berkonvoi ke Baling...majlis kesyukuran dan yasin bagi meraikan pemergian maksu dan kakaknya- kak Teh ke Mekah. Turut menjadi muhram mereka ialah Paksu fuad..tahniah adik2ku...Kebetulan juga keluarga Pak cik Mansor Baling mewakilkan 2 anggota keluarganya keMekah manakala keluarga almarhum Tn Hj Mansor Pendang pula mewakilkan 2 anggota keluarga jua..iaitu Paksu dan Cik Na.. Oh alangkah meriahnya mereka menjadi tetamu ALLAH kali ni.. Semuga segalanya selamat dan dipermudahkan....

Gulai daging rias pisang, kari ikan kering, dalca, ayam madu dan kerabu tembikai adalah menu yang disediakan......

Thursday, November 5, 2009

jom selawat

Apakah pentingnya selawat? Kenapa semua orang berselawat? Besar sangatkah selawat itu? Mari kita sama-sama selidik kebesaran selawat ini. Tak seronoklah berselawat bila kita tak tahu kelebihan-kelebihan selawat. Marilah kita bedahsiasat tentang keajaiban selawat.
  1. Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)
  2. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
  3. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
  4. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
  5. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
  6. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
  7. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
  8. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
  9. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.
  10. Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.
  11. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
  12. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
  13. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.
  14. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
  15. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
  16. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
  17. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.
  18. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
  19. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
  20. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
  21. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
  22. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
  23. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
  24. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.
  25. Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
  26. Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
  27. Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
  28. Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
  29. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Hadis Riwayat Abu Naim.
  30. Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani
Betapa banyaknya ganjaran bagi orang-orang yang berselawat. Alangkah ruginya jika kita mengabaikan selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan kita tergolong dalam orang-orang yang beruntung di dunia dan di akhirat, insya-Allah.

oh klnte


Alhamdulillah..paparan Harakah tentang misi mengukur pelantar minyak di Laut cina selatan yng mengundang bahaya dan hampir meragut nyawa bagaikan di'recall"semula di mata pemikiran saya. Betapa payahnya utk rakyat membuktikan hak yang sepatutnya diterima. Masih saya ingat juga, TGNA yang melepaskan dan membacakan doa untuk misi ini . Hari ini, dalam dalih dan kalih, Kelantan diberikan hak yg berbentuk ehsan oleh PM. Walaupun kita boleh bersyukur dan TGNA sendiri juga akan menunaikan nazarnya yakni berpuasa, tetapi kita masih kurang berpuas hati dengan pemberian ini. 
" PAS kesal dan dukacita dengan jawapan PM tentang pembayaran royalti minyak yang ditukar dengan wang ehsan. Jelas ianya penyelewengan fakta yang terkandung dalam akta 144 petroleum negara yang jelas memberikan lima peratus untuk negeri yang mengeluarkan minyak. Rakyat Kelantan tidak mengharapkan wang ehsan sebaliknya mahu hak mereka ke atas royalti minyak dikembalikan.Rakyat Kelantan bukan peminta sedekah".

Teruskan perjuangan Kelantan..Mara dan terus mencipta sejarah. Habuan umrah utk pemain dan cuti ahad adalah motivasi untuk mencipta kegemilangan hujung minggu ni. Semuga semngat kesukanan  dikekalkan dgn membenamkan N9!!!....sokong tetap sokong...
on the mark...go for d'goal

sudahkah selawat?

berselawatlah kepada ku( Rasullullah Saw)

Wednesday, November 4, 2009

Fikirla sendiri

salam..kita dikejutkan dengan isu penangkapan Dr Asri. Isu pendakwaan terhadap Dr Asri bukanlah perkara aneh atau pelik. Cuma yang anehnya ialah kenapa mereka bersungguh-sungguh membantah dakwaan terhadap Dr Asri, sedangkan sepatutnya kita kena konsisten terhadap kes, bukan siapa yang terlibat.

Isu larangan ceramah tanpa permit bukan perkara baru. Bahkan sebelum ini pun sudah ada beberapa kes mengenai isu ini:
i. Bekas Mufti Selangor, Almarhum Dato' Ishak Baharom pernah dihalang menyampaikan ceramah di Selangor. Lagi pelik, beliau bekas Mufti Selangor, tak dibenarkan ceramah di Selangor.
ii. Dato' Dr Harun Din juga pernah dihalang, sedangkan ribuan pelajarnya di UKM menerima ilmu darinya, bahkan yang nak halang dia pun bekas anak muridnya.
iii. Dato' Ismail Kamus
iv. Ustaz Nasarudin Tantawi yang hampir tertangkap ketika menyampaikan kuliah dhuha di Surau Ar Raafiq Kota Damansara pada satu ketika dahulu

Apakah istimewa Dr Asri berbanding tokoh lain? Isunya bukan Dr Asri, sebenarnya isu yang besar adalah bagaimana untuk memburuk-burukkan kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat. Kerana itulah media membesar-besarkan isu ini. Semalam terpampang di dada KOSMO dengan tajuk
Kerajaan Selangor yang celaru. mungkin ini agenda utama yang nak disampaikan.

Semestinya kita sangat tidak bersetuju bila mana tokoh agama dilarang menyampaikan kuliah dan ceramah atas alasan tiada tauliah. Kita telah kenal ilmunya dan kemahiran yang ada, tetapi itulah hakikat yang sedang berjalan. Sebenarnya tindakan JAIS itu betul dengan peraturan, yang sepatutnya kalau dilihat dari sudut penceramah yang menyampaikan ceramah tanpa tauliah, memang melanggari peraturan dan JAIS mengambil tindakan tepat pada kesalahan tersebut. Yang pelik bukan tindakan JAIS, tetapi tindakan mereka yang membela pesalah mengikut undang-undang Jababan Agama Islam Selangor. Jawapannya bukan kerana Dr Asri, tetapi kerana ia berlaku di negeri Selangor. Sebagai perbandingan kalau ia berlaku kepada Dr Harun Din, dan tangkapan dibuat pula di negeri Johor, saya yakin kenyataan dari mereka akan berubah bentuk. Inilah hakikat yang cuba disembunyikan.

Mungkin juga ini adalah strategi untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor. Pelbagai andaian yang boleh di buat. Jangan cepat melatah kita ikuti episod seterusnya bagaimana strategi mereka seterusnya.
'Kita merancang Allah juga merancang namun perancangan Allah itu adalah yang terbaik'. Allah memberi kuasa kepada siapa yang Dia kehendaki dan menarik kuasa kepada siapa yang Dia kehendaki. Wallauhua'lam sekadar pandangan dengan ilmu sejengkal ilmu yang ada..
 
Sumber asal : dik sara
..... cu sokong pandangan  adik ini 200%...Semuga ALLAH selamatkan SELANGOR di bawah pimpinan PAKATAN RAKYAT.Seperti kata raja lawak ...lu piki la sendiri...bermain dikotak kepala ini .Kenapa sekarang? dan kenapa menjadikan agama sbg isu tangkapan..Cukupla memanipulasikan isu Kartika, sehingga SIS berdiri menentang hukum...apakah akan tiba pula SIS akan berdiri di sebelah MAZA utk membela ?.
 

Monday, November 2, 2009

untukmu nisa'


2 NOV merupakan ulangtahun pertama kelahiran adik  nisa'. Nisa merupakan satu-satunya adik perempuan Aufa buat masa kini. Memandangkan abgnya telah "discharge" hari ni, saya mencadangkan kepada umminya membelikan aiskream bg meraikan ulngthn Nisa'. Ini baru pra nanti apabila abg Aufa sihat dan tekak dah sembuh sepenuhnya barulah boleh makan kek pula. Boleh jugak join dengan pak long Aris yang  baru 2 hari berlalu usianya ke 5 tahun.


Syukurlah di usia setahun ini, nisa merupakan anak yng pintar dan cute.Rasanya dah boleh berjalan setapak dua dan pandai bergaya. Kalau nak tau lebih kena lah tanya uminya..

Semuga cucunda saya ini dapat menghargai pengorbanan abah dan ummi apabila besar kelak. Jadilah anak seindah namamu ....."sebaik2 wanita"


    oppp pinjam foto birthday aufa boleh:??

Sunday, November 1, 2009

sabarlah sayang

       SmS : " Insya ALLAH  730pg esok aufa operation tonsil. Doa ya chu"


Syukurla aufa dah selamat menjalani operation pg ni... Jam 1036 uminya memaklumkan aufa dah berada di wad. Apabila dia menangis ngadu sakit, nurse kemudiannya memberikan ubat kumur yng memberikan kesan kebas dan aufa pun tidur semula.. Aufa memang anak yg hebat, baru  berusia 3 tahun dah merasai pengalaman . Syukurlah ianya juga dapat dikesan di peringkat awal, semuga kelak tidak memudaratkan kehidupan cucu saudara saya ni...Kepada anak Siti dan farid- semuga sabar dan tabah melayan aufa tu. Sokongan dari semua amat2lah dialu2kan...Tok chu turut mendoakan kesihatanmu sayang...

Apa khabar pulak kwan opis saya si Liza, yg dimasukan ke hospital sg buluh. Berat dan susahnya seorang ibu mengandungkan anaknya hanya dirasai oleh orang luar sedangkan si ibu tak mungkin bersungut tentangnya. Inilah hikmahnya "seorang ibu bukan sebarangan ibu ". Keberangkalian bb keluar ikut tingkap adalah tinggi kerana mama liza baru disahkan diabetis dengan kandungannya yang berusia 35 minggu.  Sama2lah kita mendoakan agar liza dan bbnya selamat dengan kepakaran pihak hospital dan  izin ALLAH.


Semuanya menuntut makna kasih sayang, sokongan moral dan ketabahan bila diuji begini. Cukuplah Ya ALLAH, kami redza dengan pemberianmu ini bahkan berilah kebaikan, kesihatan dan kebahagiaan bersamanya. Hanya ALLAH Maha Penyembuh, berilah nikmat kesembuhan kepada mereka yang kami sayangi ini- aufa, shuhada, liza, ti, hj rokman .... Sesungguhnya kami melakukan kesilapan, kami mohon bertaubat, ampunilah ya ROBB, ampunilah . Ya ALLAH, berilah pengampunanmu dan sesungguh Engkau MAHA pengampun dan MAHA mengetahui.. Al fatihah.Amin


* Hj Rokman - masih di HKL kerana komplikasi usus